Saturday, August 27, 2011

Oh!!!~ Misi I.N.I. terlaksana!~

Assalamualalaikum semua!~ (^_____^)V

Baru sahaja nak baik demam, saya telah diduga lagi... Pagi tadi semasa sahur, sedang minum air masak (baru gelas yang kedua, selalunya saya akan minum 4-5 gelas setiap kali waktu sahu   r), saya rasa lain macam... Dan apa yang saya risaukan telah berlaku... Oh!~ Dah agak dah!~ Keuzuran untuk kali kedua dalam bulan Ramadhan!~ Uhhh!~ Kepada Cik Sima, kita seri!~ (^_____^)V

Ok ya, pagi tadi saya melaksanakan misi I.N.I. dimana misi ini telah saya rancang dari awal bulan Ramadhan lagi... I.N.I. stand for 'It's Not Impossible'... Kalau ikutkan, asalnya misi ini bernama misi N.I.N.I. iaitu singkatan daripada 'Nadiah, It's Not Impossible'... Tetapi disebabkan panjang sangat, maka saya membuat keputusan untuk meringkaskannya lagi... Nak tahu apa itu misi I.N.I.? Misi tersebut adalah misi mengecat rumah!~ Hehe!~ Kenapa saya namakan ia sebagai sesuatu yang tidak mustahil? Kerana kalau ikutkan, saya hanya akan mengecat rumah dua tahun sekali... Tetapi disebabkan keadaan dinding yang penuh dengan lukisan grafiti hasil kerja tangan oleh anak2 yang Emak jaga, maka saya mengambil keputusan untuk mengecat dinding rumah pada tahun ini... Kalau tahun lepas tema adalah warna ungu, tahun ini warna oren menguasai...

Saya mengecat sorang2!~ Serius!~ Tapi itu sudah menjadi kebiasaan... Sebelum2 ini pun saya memang mengecat sorang2... Penat memang penat tetapi ia merupakan satu kepuasan bagi saya... Saya mula mengecat pada jam 9:30 pagi dan habis mengecat dalam jam 2 petang... Sebenarnya tahap kesihatan saya masih belum pulih dan ada ketikanya sewaktu mengecat saya rasa nak pitam... Tapi disebabkan sesi mengecat sudah bermula, maka saya habiskan juga... Setelah selesai mengecat, sesi mengemas barang2 yang dialihkan kepada kedudukan asal bermula + mengelap cat2 yang tumpah...



Sebenarnya semasa mengecat pagi tadi, ada satu insiden yang berlaku... Insiden tersebut adalah cat di dalam mangkuk cat telah tertumpah di atas sofa dan lantai... Banyak gila!~ Penat nak mengelap... Kalau lap lantai ok lagi, ini kena lap sekali sofa yang terkena tumpahan cat itu... Uhhh!~ Pitam2... Terima kasih kepada Wani yang ringan tulang menolong saya mengelap lantai... (^_____^)V

(Sila klik gambar untuk tumbesaran)

Home Sweet Home... (^_____^)V


Selepas habis mengecat, saya ber-siap2 untuk keluar dengan Emak dan Wani... Keluar membeli belah sedikit... Esok dah nak balik kampung... Yahoo!~


P/S : Malam ni nak packing baju2 raya!~ (^_____^)V


Friday, August 26, 2011

Oh!!!~ Dugaan seminggu Lailatul Qadar!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sudah seminggu saya tak berkesempatan untuk meng'update' blog saya... Bukan tidak punya masa, tapi tahap kesihatan yang teruk sangat membataskan pergerakan saya... Seminggu saya terlantar... Entah tak tahu mana silapnya saya diduga pada bulan mulia ini... Lailatul qadar pun saya tak sempat nak rasai... Sedih!~ Di bawah ini rentetan kisah hidup saya selama seminggu yang lepas...

20 OGOS 2011

"Selamat Hari Lahir, Emak!~" Hari tersebut saya terpaksa bekerja untuk menggantikan cuti raya yang diberikan oleh pihak atasan... Pada hari yang sama juga famili saya sibuk membeli belah keperluan raya tanpa saya... Keadaan di dalam pejabat office sangat sejuk (!) sampaikan sweater Manchester United yang membaluti tubuh saya pun tidak bisa menghangatkan tubuh saya yang kurus ini... Mungkin bila dipeluk oleh Rooney, Scholes atau Fabregas baru hilang kesejukan yang melanda... Sampai menggigil jari jemari ni semasa membuat kerja (walaupun sudah mengenakan sweater Manchester United!~). Waktu balik kerja, sampai di rumah, terus baring sebab badan rasa tak larat yang amat... Jam 6:45 petang baru bangun untuk sembahyang Asar dan menunggu iftar...

21 OGOS 2011

Badan sudah rasa lain macam sewaktu bangun pagi... Semasa bersahur, masih larat lagi... Semasa Emak membuat biskut Cornflakes madu, saya mengajak Emak untuk teman saya membeli baju raya di @-Mart tetapi Emak mengajak pergi ke Plaza Angsana dahulu... Disebabkan itu, saya decide untuk membeli baju raya di Plaza Angsana sahaja... Dalam pada tak larat tu, masih sempat nak berjalan!~ Semasa di Plaza Angsana pun jalan sudah terhuyung-hayang... Serius!~ Cik Nurul pula kata nak datang hantar baju dan tudung... Sempat jumpa dia sekejap sahaja...

22 OGOS 2011

Abah kejut untuk bersahur... 5 minit selepas Abah kejut, saya berjalan ke ruang makan dan cakap pada Emak, "Emak, orang tak puasa hari ini... Tak larat... Orang tak pergi kerja juga...". Abah dengan nada terkejut bertanya, "Kenapa, demam ke?". Saya yang tidak larat terus berlalu masuk ke dalam bilik dan sambung tidur... Sebelum tidur, saya mesej pada Kak Su mengatakan yang saya tidak kerja... Seharian saya terlantar di atas katil... Tak mampu nak buat apa2...

23 OGOS 2011

Bersahur... Melaratkan diri untuk ke pejabat office sebab buat keputusan untuk ke klinik... Sebelum keluar dari pejabat office, muntah sebanyak dua kali di tandas... Tidak berpuasa lagi... Mula risau sebab kalau ikutkan saya akan didatangi keuzuran sebanyak dua kali pada bulan ini iaitu pada awal dan akhir Ramadhan... Nanti banyak hari pula nak kena ganti... Sampai di klinik, macam biasa saya beri salam pada doktor dan doktor bertanyakan sakit saya... Sempat ber-bual2 seketika dengan doktor yang sangat baik hati itu...

Sampai di rumah, teringin makan maggi... Potong lada merah, lobak dan sayur sawi... Tapi lepas dah potong, terus tinggalkan sayur2 sebab sangat2 tak larat... Petang bila bangun, tengok sayur2 tu masih ada lalu memasukkan sayur2 yang sudah dipotong ke dalam peti ais... Ingat nak buat maggi malam tu, tapi tak jadi...

24 OGOS 2011

Bersahur... Emak buat nasi goreng... Tengok sayur2 dalam nasi goreng, macam kenal... Pergi tengok di peti ais, sayur2 saya sudah tiada... Sedih sangat!~ Sedih sebab membayangkan keadaan saya semasa memotong sayur2 tersebut...

Masih berdegil untuk ke pejabat office... Masih kerja luar lagi... Teman Kak Su pergi Giant sebab dia nak beli botol susu Sarah... Rasa badan sudah semakin sihat... Alhamdulillah... Sampai di rumah, buat maggi, makan maggi, makan ubat, tidur...

25 OGOS 2011

Bersahur... Tapi badan sudah rasa lain macam... Panas semacam... Semasa ber-siap2 untuk ke pejabat office, rasa pening sangat2 kepala ni... Macam biasa, lepas bersiap, terlentuk sekejap di sofa sementara menunggu Kak Su... Di pejabat office, pada mulanya masih larat... Tapi lama-kelamaan, kepala menjadi berat... Macam biasa, kepala terlentuk di atas meja sambil membuat kerja... Membuat pengiraan akaun sangat meletihkan kepala!~ Jam 11 pagi, baru keluar dari pejabat office dengan dua beg... Satu beg tangan, satu lagi beg yang penuh berisi dengan kerepek2 yang dipesan dari kawan2 pejabat office... (^_____^)V

26 OGOS 2011

Doakan saya semakin sihat ya!~ (^_____^)V

Setelah seminggu tanpa pengawasan... (^_____^)V


P/S : Sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa2 kecil... Tetapi Allah suka mukmin yang sihat tubuh badannya... (^_____^)V

Friday, August 19, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari kesembilanbelas puasa : Bazar Ramadhan

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Saya nak sambung mengenai artikel tentang '10 Amalan Terbalik'... Sebelum ini saya ada ulas salah satu perkara yang terdapat di dalam artikel tersebut... Kepada yang terlepas, boleh klik DI SINI... Kali ini saya nak sentuh mengenai bazar Ramadhan dan di dalam artikel itu ianya berbunyi begini :

'Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati bahawa perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun... Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah... Bukankah amalan kita terbalik?'

Saya akui perkara itu dan siang tadi adalah kali ketiga saya pergi ke bazar Ramadhan sepanjang hidup saya... Dan saya berbelanja sebanyak RM7... Untuk saya seorang!~ Seperti yang saya dengar dari berita semalam, ada salah sebuah negara Islam yang sisa makanan di negaranya adalah paling tinggi apabila tiba bulan Ramadhan... Kenapa ini semua berlaku? Adakah kerana kita terlalu mengikut nafsu lapar yang menghuni jiwa dan minda kita?

Apabila tiba bulan Ramdhan, pembaziran akan berlaku... Tidak kiralah sama ada dari pengeluaran wang atau darip segi pembuangan sisa makanan yang tidak habis... Kalau dari segi pengeluaran wang, saya tidak namakan ianya satu pembaziran kerana pada bulan Ramadhan inilah ada sesetengah para peniaga menaikkan harga makanan yang dijual... Tetapi, pembeli juga harus disalahkan kerana kita harus membuat pilihan yang bijak di dalam memilih gerai yang menjual makanan dengan harga yang berpatutan... Seperti siang tadi, saya membeli roti john yang kebiasaannya berharga RM2.50 kini dijual pada harga RM4.00... Itu memang salah diri saya sendiri kerana tidak survey harga makanan terlebih dahulu...

Kalau dari segi pembuangan sisa makanan pula, ini adalah kerana sifat tamak yang menguasai diri kita... Bila tiba di bazar Ramadhan, mula rambang mata untuk beli ber-macam2 jenis juadah... Dan kerana terlalu ikutkan nafsu makan, kadang2 ada yang sanggup berbelanja hampir RM50 dalam sehari!~ Dan apabila makanan yang dibeli tidak habis dimakan, maka ke tong sampahah jugalah dicampakkan...

Kepada mereka yang boleh memasak, silalah memasak di rumah sahaja kerana kita boleh bajet nak masak untuk berapa orang makan... Dari situ perbelanjaan dapur akan sama seperti perbelanjaan2 pada bulan2 lain... Ataupun mungkin kurang!~ Itupun kalau mereka tidak menjejakkan kaki ke bazar2...

Sebenarnya, pada bulan Ramadhan inilah kita mendidik hawa nafsu kita untuk tidak ber-lebih2an... Tetapi ramai yang tidak dapat melakukannya... Semuanya kerana nafsu menguasai akal... Tetapi ada yang akal menguasai nafsu, namun akan ditepis di dalam hati dengan kata2, 'Sekali sekala aku berbelanja besar... Setahun sekali je...'.

Selagi nafsu menguasai akal, apapun tak boleh (!) bak kata kumpulan JAMBU... Maka renung2kanlah untuk ingatan bersama... (^_____^)V

Gambar ihsan dari Google... (^_____^)V


P/S : Terima kasih kepada Emak yang memasak juadah iftar setiap hari untuk kami... (^_____^)V

Wednesday, August 17, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari ketujuhbelas puasa : Kematian...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Malam tadi, sebelum memulakan solat sunat terawih, Imam membuat pengumuman bahawa selepas sembahyang terawih akan dilakukan sembahyang jenazah kerana salah seorang jemaah telah meninggal dunia pada petang semalam... Baru semalam saya publish satu entry yang bersangkut paut dengan kematian... Patutlah malam tadi jumlah jemaah wanita sangat sedikit... Daripada 5 saf pada malam2 sebelumnya, hanya tinggal 2 saf...

Selepas Imam membuat pengumuman, jemaah2 wanita yang ada saling berteka-teki antara satu sama lain, siapakah jemaah yang dimaksudkan... Saya tidak terkecuali... Saya biarkan pertanyaan di dalam hati saya tidak berjawab... Dan seperti malam2 sebelumnya, saya hanya membuat 8 rakaat solat sunat terawih... Semasa menuruni tangga surau, seorang jemaah wanita menegur Emak, dan daripada ceritanya mengenai si mati, saya macam mengenali si mati... Hampir kesemua jemaah wanita saya kenal... Dan saya andaikan bahawa jemaah wanita yang meniggal itu adalah seperti apa yang diceritakan oleh jemaah yang menegur Emak...

Garah dan Abah buat terawih sampai habis... Dan mereka melakukan solat jenazah sekali... Sejurus Farah memasuki bilik, saya bertanya :

Saya : Siapa yang meninggal?

Farah : Saudara kau...

Saya : Saudara aku? (Dalam keadaan bingung)

Setelah beberapa ketika, Farah membalas...

Farah : Ala... Yang duduk kat Taman Dahlia tu... Siapa tu... Isteri pakcik Zakaria... Makcik Rokiah punya kakak... Panggil Cik Kiah kan? Kakak Cik Kiah...

Nampaknya jawapan yang diberikan oleh jemaah wanita yang menegur Emak adalah salah... Darah saya terus berderau... Saya kenal si mati!~ Dia emak kepada kawan saya!~ Kawan satu kelas semasa sekolah rendah... Kawan yang merangkap saudara ber-pupu2... Semasa sekolah, kami tak pernah mengetahui yang kami saudara ber-pupu2... Pada tahun 2009 baru kami tahu... Itupun kerana majlis perkahwinan sepupu kami!~

Berbalik kepada cerita asal, setelah mengetahui siapakah si mati, saya terus on facebook untuk memastikan kesahihannya.... Dan ternyata ianya BETUL!~ Saya mula rasa menyesal kerana tidak membuat solat sunat terawih secara penuh dan melakukan solat jenazah...

Apa2pun, saya doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan solehah... Harap rakan saya itu tabah dalam menghadapi dugaan ini, lagi2 Syawal bakal menjelma...


P/S : Setiap yang hidup pasti akan mati... Insaf...

Tuesday, August 16, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari keenambelas puasa : Sedekah

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam sementara menunggu iftar, saya terbaca satu artikel... Artikel tersebut berbunyi '10 Amalan Terbalik'... Begini bunyi salah satu amalan terbalik tersebut :

'Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kendur kahwin), orang kerap melakukan 'salam berisi' iaitu hadiah wang yang diberi semasa bersalam (saya tak tahu di tempat korang dipanggil apa)... Kalau tidak ada duit nak dikepit di dalam tangan, maka malu nak pergi kenduri.. Tetapi kalau menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi... Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah... Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan, bukan untuk menambah pendapatan...'.

Bila di-fikir2 balik, ada betulnya kata2 tersebut... Orang yang kematian ahli keluarga lebih memerlukan sumber kewangan kerana kemungkinan ahli keluarga yang meninggal itu merupakan ketua keluarga mereka... Kebetulan pagi tadi di pejabat office, ada dilancarkan kutipan derma untuk seorang pegawai yang kematian bapa... Tak tahulah berapa yang dia terima... Saya ada memasukkan beberapa keping not 1 ringgit... Tapi tak tahulah ianya mencukupi atau tidak...

Apa salahnya kita saling bantu membantu sambil meringankan beban keluarga si mati... Lagi2 di bulan yang mulia ni... Banyak pahalanya... Di bulan Ramadhan sendiri dituntut supaya umat Islam memperbanyakkan sedekah... Tak luak pun duit yang korang ada tu...

Kalau di hari perkahwinan pula, ia se-olah2 menjadi satu syarat untuk kita memberikan 'salam berisi'... Atau mingkin ianya sudah menjadi adat di negara kita... Sebenarnya 'salam berisi' ini tujuannya pun untuk meringankan beban si pengantin... Yelah, mana nak bayar duit orang yang datang rewang, mana nak bayar duit khemah yang ala2 mewah, mana nak bayar duit pelamin yang ala2 istana... Sebab tu orang kata buat majlis perkahwinan biar bersederhana... Tapi ramai yang mengiakannya tapi yang mengiakan tu la yang buat majlis ala2 40 hari 40 malam... So, nak bagi ke 'salam berisi' pada majlis grand tersebut sebab confirm2 duit dorang sangattttt banyak untuk membuat majlis tu...

Errr... Lagi 1 jam nak berbuka... Apa2pun, 'tepuk dada, tanya iman'... (^_____^)V


P/S : Orang kata 'What You Give, You Get Back'... Wah!~ Dah macam lagu Scorpion pula... (^_____^)V

Sunday, August 14, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari keempatbelas puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini buat biskut raya lagi... Namanya 'Biskut Kelapa Rangup Nestle Corn Flakes'... Hai... Berapa panjang punya nama daa... Emak yang buat, dibantu oleh Farah dan Fatin... Saya hanya memerhati je pada mulanya... Penat buat biskut sendirian pada hari semalam tak hilang lagi... Tak lama lepas tu, baru saya campurtangan dalam 'urusan' mereka... Saya tolong gentel biskut, Farah tolong salutkan biskut yang digentel ke dalam Corn Flakes yang telah dihancurkan, Fatin letakkan ceri di atas biskut + susun biskut di atas loyang, Emak masukkan biskut ke dalam oven...

Hari ini, pembuatan biskut mengambil masa yang sangat singkat... Mula buat jam 12 tengah hari, habis buat dalam jam 5 petang... Sebab apa sekejap? Sebab adunan tersebut tidak perlu ditekap dengan acuan + orang yang membuatnya adalah ramai... Untung Emak ada ramai anak perempuan... Kali ini, tiada biskut yang hangus macam semalam... Hehe!~

 Baunya semasa dibakar sangat menusuk kalbu...

Tadaa!~ Siap sudah!~ (^_____^)V


P/S : Malam ni lepas Terawih mungkin buat Corn Flakes madu kot... (^_____^)V

Saturday, August 13, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari ketigabelas puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Oh, biskutku hangus!~ Huhu!~ Tak fasal2 naik hangit biskut yang dibakar dalam oven... Nasib baik loyang yang pertama... Hangit pun hangitlah... Sebenarnya saya suka makan biskut yang hangit... Rasanya sungguh menusuk kalbu... Jadi, yang hangit tu saya simpan di dalam satu bekas, untuk santapan pembuka bicara saya... Hehe!~

Hangus sudah!~ (^_____^)V


Untuk loyang2 yang seterusnya, saya sangat ber-hati2... Setiap 5 minit saya akan menjenguk ke dalam oven (padahal dah set masa dah)... Penat gila buat biskut ni... Biskut yang diberi nama Butter Cookies ni memang setiap tahun saya akan buat... Ya (!), saya yang buat tanpa bantuan siapa2... Emak tolong sukat bahan je... Hehe!~ Tahun lepas saya buat pada waktu malam... Nak tahu sampai jam berapa saya buat? Sampai jam 12:30 tengah malam... Masa tu semua sudah masuk tidur... Saya seorang je yang bertungkus lumus bersengkang mata di dapur bersendirian untuk menyiapkan biskut kegemaran saya ni... Demi Butter Cookies, apapun sanggup saya lakukan...

Menunggu bunyi 'ting'!~


Tahun ni saya buat pada waktu siang... Dari jam 11 pagi sehingga 7:30 malam... Hampir 8 jam!~ Saya hanya berhenti untuk sembahyang... Nak berhenti untuk minum air tak boleh sebab bulan puasa... Huhu!~ Lagipun buat biskut bukannya memerlukan kita ber-lari2 anak... Duduk je atas lantai, uli2 tepung, tekap2 dengan acuan, masukkan dalam oven... Siap!~ Tadi semasa iftar, tinggal loyang terakhir je...

Siap sudah!~ (^_____^)V


Resipi : 1 buku butter + 300 gram tepung gandum + 90 gram tepungg jagung + 100 gram tepung ising... Uli kesemua bahan, tekap guna acuan dan bakar dalam oven / microwave (160 darjah celcius) selama 15 minit...


P/S : Esok buat biskut lain pula... (^_____^)V

Friday, August 12, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari keduabelas puasa...

Assalamualaikum smeua!~ (^_____^)V

Hari ini the whole family pergi sembahyang terawih di surau yang terletak hanya 120 langkah sahaja dari rumah saya... Dan bukannya 30 - 40 langkah... Wah!~ Sempat lagi saya mengira langkah dari surau ke rumah semasa balik dari sembahyang terawih tadi... Sebenarnya, bukan the whole family yang pergi sembahyang terawih sebab Upin dan Ipin duduk di rumah berdua... Puas Kak Ros mengajak, tapi mereka taknak pergi... Degil...

Macam biasa, saya hanya buat 11 rakaat sahaja termasuk witir... Begitu juga dengan Fatin dan Emak... Abah dan Farah buat penuh... Iwan pula saya tak tahu sebab dia sembahyang di masjid... Setibanya saya di rumah, masuk je dalam bilik, saya lihat Amir dan Aiman leka bermain permainan online... Memang itulah hobi mereka... Selalunya mereak akan main permainan yang ada 2 players... Dan bila salah seorang kalah, mulalah nak bergaduh... (-_____-")

Tapi bukan fasal mereka yang ingin saya ceritakan... Saya nak cerita fasal Emak... Sejurus pulang dari sembahyang terawih tadi, Emak telah membuat panggilan kepada adik saya, Wani, yang berada di Batu Pahat... Dia sedang belajar dan tidak dapat cuti sepanjang Ramadhan ini... Nak tahu apa yang dibualkan mereka? Let's check it out...

Emak : Assalamualaikum... Buat apa tu?


Wani : Wa'alaikumsalam... Duduk2 je...


Emak : Kat bilik ke?


Wani : Ha'ah...


Emak : Eh, semalam ada badminton ea? Datuk Lee Chong Wei lawan dengan Korea... Tengok tak?


Wani : Yeke? Tak tahu pun...


Emak : Tu la... Emak pun tak tahu... Emak tengok kat suratkhabar tadi... Kat sana boleh tengok siaran langsung ke?


Wani : Boleh... Kalau orang tahu, orang tengok dah...

Begitulah sedikit sebanyak perbualan antara Emak dan Wani... Saya tak tahu apa jawapan Wani dan itu adalah jawapan yang saya andaikan keluar dari mulut dia... Itulah Emak saya... Kalau ada perlawanan badminton atau perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dengan negara luar, Emak pasti akan 'report' pada Wani...

Kalau korang nak tahu, kami satu keluarga tidak akan miss perlawanan badminton dan bolasepak... Selalunya ke-dua2 game ini yang akan membuatkan kami berkumpul satu keluarga di depan televisyen... Ke-dua2 game ini berjaya menghimpukan kami satu keluarga... (^_____^)V


P/S : Kadang2 Abah ambil cuti sebab nak tengok game badminton antara Malaysia dengan pasukan luar... Beliau hero badminton!~ (^_____^)V


Thursday, August 11, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari kesebelas puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sebelum iftar saya sudah hasilkan satu entry... Lepas sembahyang terawih ni pun saya hasilkan lagi satu entry... Lepas gian nampaknya jari jemari saya... Ok, saya saja nak mention yang saya pergi sembahyang terawih kat surau... Hehe!~ Dan apa yang saya nak ceritakan ini pun ada kena mengena dengan sembahyang terwaih di suaru yang baru sahaja selesai sebentar tadi...

Tadi semasa azan Isya' berkumandang, saya dan adik saya, Farah, menuju ke surau yang terletak lebih kurang 30 hingga 40 langkah dari rumah saya... Semasa sampai di bahagian wanita, ada seorang akak menegur saya... Dia duduk di hadapan saya...

Akak tu : Eh, macam pernah nampaklah... Pernah kerja kilang tak?


Saya : Apa dia, kak?


Akak tu : Macam pernah nampak... Kerja mana sekarang?


Saya : Kerja kat 'tuttt'...


Akak tu : Pernah kerja kilang tak sebelum ni?


Saya : Pernah... Kat Malaya Glass... (Tapi sebagai kerani sambilan ye... Bukan operator)...


Akak tu : Oh, maaf... Muka awak macam muka kawan saya...


Saya : Oh... (Sambil senyum)...


Akak tu : Tapi dia asal dari Bandung... Muka dia macam Jennifer Lopez... Dan muka awak iras kawan saya tu... Saya ingatkan dia... Maaf ye...


Saya : Takpe, kak... (Senyum lagi)...

Kesimpulan di sini, muka saya iras muka kawan akak tu yang ala2 Jennifer Lopez... Maksudnya di sini, muka saya ada iras Jennifer Lopez... Sekian...

Eh, belum nak habis lagi ni... Sebelum2 ni, kalau saya pergi ke tempat2 baru (tempat yang saya tak pernah kunjungi), mesti ada orang akan menegur, "Eh, macam kenallah...". Tak pun orang akan tegur, "Eh, macam pernah nampaklah...". Baru dua hari lepas salah seorang penyelia saya menegur saya dengan ayat kedua tu... Sebenarnya, perkara sebegini memang kerap terjadi... Sejak dari sekolah rendah lagi... Apa, ingat muka saya ni muka fotostat ke? Huh!~

Kami adalah 'kembar'... Lain Emak, lain Abah... (^_____^)V


Saya rasa apa yang dia rasa... Begitu juga dia... Uhhh!~


Dari pandangan sisi... 'Eh2!~ Yang kiri tu Jennifer Lopez ke?' (^_____^)V


P/S : Kalau korang jumpa saya, korang se-olah2 jumpa dengan Jennifer Lopez... Sekian!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Ceritera hari kelapan, kesembilan dan kesepuluh puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sementara menunggu waktu iftar, maka terhasillah entry ini... Setelah blog saya berpuasa selama 3 hari gara2 tuan punya blog pergi 'melancong' ke Penghujung Benua Asia, maka hari ini terhasillah entry ini... Ish!~ Apalah guna ayat copy paste... (-_____-") Ok2... Penghujung Benua Asia... Bunyi macam ala2 kat luar negara padahal dalam Malaysia je!~ Dalam negeri tempat saya tinggal je!~ Johor!~

Hari Isnin kami bertolak ke Tanjung Piai Resort yang terletak di Pontian, Johor... Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam semasa pergi... Perjalanan pulang pula mengambil masa 1 jam sahaja... Pelik takErrr... Abaikan... Sesampai di Tanjung Piai Resort, saya, Cik Nurul, Cik Sima, Kak Su telah check in di dalam satu bilik... Manakala Cik Mira, Cik Liza, Kak Aida dan Raudhah di dalam satu bilik... Bilik kami dipanggil 'Family Sharing'... Orang kata 'sharing is caring'... Memang kami caring antara satu sama lain pun... Ok, stop mengarut...



Jam 5:30 petang kami kelaur untuk ke bazar... Niat untuk membeli juadah iftar di bazar pada hari itu terpaksa dilupakan kerana keadaan bandar Pontian yang sesak teruk... Lalu kami mengambil keputusan untuk ke Econsave konon2nya untuk membeli makanan untuk bersahur... Assume yang pihak Resort tidak menyediakan makanan sahur... Kalau Resort tidak sediakanlah... Ber-ingat2 je... Orang kata, 'sediakan payung sebelum hujan'... Dan kalau Resort sediakan makanan sahur, kami assume yang makanan Resort tidak mampu membuatkan kami bertenaga sepanjang hari (means Resort tidak menyediakan makanan yang cukup)... Haha!~

Main cop tiang... (^_____^)V


Selewat jam 7:05 malam kami berempat sampai di Resort... Macam2 kami beli di Econsave... Oh, nafsu... Makanan iftar yang disediakan pada hari pertama amat menyelerakan... Tidak perlulah saya taipkan di sini... Setelah azan berkumandang (padahal tak dengar azan pun), kami iftar be-ramai2... Alangkah indahnya, dengan bertemankan deruan ombak laut dan angin malam yang bertiup sepoi2 bahasa... Malam tiada aktiviti... Hanya ucapan alu2an sahaja...

Tempat kami iftar pada hari pertama... Di bahagian depan belah kanan... (a.k.a view depan bilik saya)...


Keesokannya (Selasa, 9 Ogos 2011) dalam jam 4:30 pagi, kami bangun untuk bersahur... Oh, kami berempat lewat sedikit sahaja, lauk pauk sudah hampir habis... Sadis sungguh... Nasib baik ada makanan yang dibeli di Econsave... Balik bilik, kami sambung sahur... Hehe!~ Kemudian jam 8:30 pagi start taklimat... Lalu kami menuju ke 'cruise' yang terletak lebih kurang 30 langkah dari bilik kami... Taklimat kami diadakan di dalam 'cruise'!~ Haha!~ Selepas taklimat, masing2 kusyuk dengan kerja masing2... Sebelum mulakan kerja, sesi bergambar adalah WAJIB!~ Hehe!~

Kami di dalam 'cruise'... (^_____^)V


Hari kedua iftar, kami ke bazar terdekat untuk menghilangkan kempunan masing2... Sebelum ke Bazar, ambil gambar dulu... Hehe!~ Di bazar, saya beli murtabak... Murtabak tersedap dan termurah kata pakcik penjual murtabak itu... Memang sedap dan memang murah... Cayalah pakcik!~ Iftar hari kedua, pihak Resort menyediakan lauk asam pedas yang sangat pedas!~ Uhhh!~ Tapi menyelerakan...

Iftar hari kedua... 


Hari kedua bersahur (Rabu, 10 Ogos 2011), kami berempat keluar dari bilik seawal jam 4:30 pagi... Hanya ada beberapa pegawai tetap sahaja masa tu... Selesai sahur di luar, kami sahur di dalam (dalam bilik la tu)... Hari ketiga adalah hari terakhir kami 'bersuka ria' di Tanjung Piai Resort... Tidak sabar nak balik ke rumah punya fasal, kami 'cabut' dahulu... Hehe!~ Jam 12:30 tengah hari, saya sampai di rumah...

Selamat tinggal Tanjung Piai Resort... (^_____^)V


P/S : Semasa pergi tukar 2 kereta... Semasa balik tukar 3 kereta... (^_____^)V

Sunday, August 7, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari ketujuh puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Wah!~ Alhamdulillah... Pejam celik, pejam celik, sudah seminggu umat Islam seluruh dunia berpuasa... Yang perempuan, macam mana berat anda? Sudah dapat berat yang di-idam2kan? Hehe!~ Yang lelaki, ada ponteng2 tak? Huhu!~ Ni saya nak cerita apa yang berlaku sepanjang seminggu berpuasa... Dari pemerhatian, pendengaran dan perbualan saya...

Seawal puasa kedua, bunyi2 mercun sudah kedengaran di kawasan perumahan saya... Orang2 tua sibuk2 sembahyang terawih, yang muda2 sibuk main mercun... Kalaulah Pak Imam jenis yang melatah, mahu jadi cerita 'Lawak Minggu Ini' di kawasan perumahan yang saya... (Mood : Girang!~)

Lagi satu, lagu2 raya pun sudah mula kedengaran... Ini sangat2 tak boleh blah, ok!~ Mana2 pergi (terutamanya butik2 kecantikan seperti Whatsun, Guardilator dll) sudah mula dibuai dengan lagu2 raya yang syahdu tak ingat... Oh... Rasa macam nak menangis je bila dengar lagu2 tersebut... Bukan nak nangis sebab terkenang family di rumah tapi nak nangis sebab persiapan2 raya belum dibuat lagi... Huhu!~ (Mood : Sentap!~)

Bazar2 pra-Syawal pun dah mula dibuka untuk menghabiskan dan mengeringkan poket2 para pembeli a.k.a pengguna... Saya adalah salah seorang antara mereka (pembeli)... Semalam dah aim satu baju di sebuah butik, tapi tidak ada saiz!~ Pergi mana2 butik di kawasan situ, baju2 yang berkenan di hati semuanya tidak ada saiz!~ Saya pakai saiz XS dan 36... Tapi saiz paling kecil yang mereka ada adalah saiz S dan 38!~ Puas ronda2 di butik2 yang ada di situ dengan Emak... Mahu 3 kali kami tawaf!~ (Mood : Kecewa!~)

Biskut2 raya pula sudah berlambak di pasaran... Tinggal tunjuk, bayar dan simpan sampai Hari Raya tiba sahaja... Kalau jenis yang tidak sabar, sebelum Hari Raya, bekas2 biskut tu semua tinggal serdak je la... Huhu!~ Minggu depan Emak dah deal dengan saya untuk buat biskut raya... Dan sudah semestinya Butter Cookies dan Cornflakes Madu adalah biskut yang wajib dibuat!~ (Mood : Tak sabar!~)

Esok kena pergi Tanjung Piai... Dah siap2 kemas beg baju dah... 3 hari kot pergi sana... Kalau korang nak tahu (bagi yang tidak tahu), Tanjung Piai adalah penghujung Benua Asia... Oklah, sekian sahaja entry kali ini... Blog saya akan berpuasa selama 3 hari... Sekian untuk makluman... (^_____^)V

Baju raya tahun lepas... (Mood : Rindu S.A.B )


P/S : Blog pun boleh berpuasa tau!~ (^_____^)V

Saturday, August 6, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari keenam puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini tiada dugaan... Hehe!~ Boleh menaip entry dengan tenang sambil tersenyum sampai ke telinga...  (^_____^)V Hari ini, hanya nak cerita fasal bertekak yang membawa kepada tangisan... Oh, ini bukan dugaan atau ujian... Ini kenyataan... Hehe!~

Pagi tadi, seawal jam 8:30 pagi Emak mengajak saya ke Pusat Terapi Al-Jabbar yang terletak di Bandar Baru Uda... Terapi tu kena bayar RM10 semasa pendaftaran... Lepas2 tu kalau nak berterapi tidak perlu bayar... Masuk hari ini, sudah dua kali saya pergi terapi tu... Tapi Emak dah masuk 7 kali!!!~ W.T.F (What the fabulous)? Bila masa Emak pergi? Bila tengok balik kad kedatangan Emak ke pusat terapi tu, rupa2nya Emak pergi semasa weekdays... Perghhh!~ Pergi senyap2, waktu hari saya bekerja pula tu... Tak patut betul!~ Ni mesti Emak komplot pergi senyap2 dengan Abah... Huh!~

Ok2, bukan itu yang ingin saya ceritakan... Apa yang saya nak cerita adalah mengenai pergaduhan antara saya dan Emak... Suspen tak? Suspen tak? Bukan pergaduhan apa pun, cuma bertekak mulut je... Semasa di kereta, saya cakap tanda protes... Tapi nak taknak lepas tu saya masuk juga dalam kereta sebab 'masa itu emas'... Dah masuk dalam kereta, saya pujuk Emak lagi agar membenarkan saya membawa kereta... Pujuk punya pujuk, tetap tidak berjaya... Siap Emak beri macam2 alasan untuk saya tidak membawa kereta... Dan kalau korang nak tahu, sepanjang perjalanan ke pusat terapi, saya terus menerus memujuk Emak... Tapi Emak buat bodoh je... . T_____T

Kemudian saya menangis... Bukan semasa dalam perjalanan ke pusat terapi, tetapi semasa memasak di dapur... Ok, saya baru belajar memasak petang tadi... Memasak untuk berbuka... First time duduk di dapur tanpa bantuan Emak... Saya menangis semasa menumbuk bawang... Pedih gila mata ni!~ Selalunya saya akan pakai 'topeng pinggan' kalau menumbuk bawang dengan lesung batu, tapi tidak petang tadi... Nak suruh Emak tumbukkan, Emak sudah 'merayap' ke luar rumah... Nak taknak, saya seorang la yang dok pulun memasak... Bukan masak benda susah pun, bihun goreng je... Lepas memasak bihun goreng, saya terus menggoreng keropok goreng... Itu sahajalah juadah berbuka puasa kami... Hasil air tangan saya... (^_____^)V

Gambar pun ambil dari Google... Tak sempat nak bergambar dengan air tangan sendiri... Huhu!~ (^_____^)V


P/S : Balik kampung confirm kena masak... Uhhh!~ (^_____^)V

Friday, August 5, 2011

Oh!!!~ Dugaan hari kelima puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Wah!~ Dugaan lagi??? Macam tak percaya je bila Nadiah Muhammad pemilik blog Oh NADIAH MUHAMMAD ! asyik diuji... 5 hari ber-turut2 pula tu... Entah apalah malangnya nasib si pemilik blog INI...

Haha!~ Sebenarnya hari ini saya tidak diuji pun... Penatlah asyik diuji je... Oh, saya bukan mempertikaikan ujian yang diberi oleh Allah tetapi sekali sekali nak 'berehat' dari dijui... Kadang2 saya dijuikaji oleh orang2 sekeliling, sampai longlai tubuh badan ini... Dalam bulan puasa pula tu...

Hari ini tidak diuji malah hari ini saya happy... Happy sebab gaji sudah masuk!~ Yeay!~ Jangan minta untuk saya belanja sebab duit gaji itu saya nak gunakan untuk taklimat di Tanjung Piai minggu depan... Oh!~ Taklimat oh taklimat... Tak habis2 dengan taklimat... Tapi taklimat kali ini lebih kepada 'vacation'... Mungkin ia akan menjadi 'vacation' yang akan diingati sampai bila2 jika kejadian2 aneh yang selau didengar mengenai tempat tersebut berlaku pada kami... Saya akan update fasal 'vacation' tersebut minggu depan...

Oklah... Nak tengok televisyen sebab ketawa Emak yang ber-dekah2 telah membuatkan saya terpanggil dan se-olah2 ditarik oleh magnet untuk duduk di hadapan televisyen...

Duit oh duit... (^_____^)V


P/S : Esok cuti... Yeay!~ (^_____^)V

Thursday, August 4, 2011

Oh!!!~ Dugaan hari keempat puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Eh2!~ Dugaan lagilah... Asyik2 diduga... Bila entah nak berhenti diduga... But it's ok... Saya terimanya dengan hati yang terbuka... Kali ini kisah mengenai kerja lagi... Hehe!~ Di dalam 23 kes yang saya kena pergi, hanya 3 je yang dapat respon positif... Yang lain? Yang lain semuanya negatif... Tidak jumpa dengan alamat yang diberi satu hal, yang malas nak layan satu hal... (-_____-") Tapi tak mengapa bak kata Dato' A. Rahman Hassan...

Kemudian saya ada pergi ke rumah satu responden... Hujan lebat, jadi saya gunakan payung... Sampai dipagar rumah responden tersebut, si isteri memanggil si suami untuk keluar berjumpa saya... Setelah si suami keluar, saya jerit padanya supaya stay je kat dalam rumah sebab hari hujan... Tapi dia membuat isyarat tidak dapat mendengar dan tidak dapat bercakap... Oh, baru saya tahu dia merupakan orang kelainan upaya (OKU)...

Dengan keadaan hujan dan tanpa menggunakan payung, dia keluar membukakan mangga pintu pagar dan menyuruh saya masuk ke tempat parkir kereta rumahnya yang berbumbung... Kemudian saya menunjukkan borang ungu yang tertera alamat rumahnya dan nama sebuah syarikat... Dengan menggunakan bahasa isyarat, dia mengatakan itu memang alamat rumahnya tetapi dia tidak pernah menubuhkan syarikat tersebut... Dengan menggunakan bahasa isyarat lagi, dia memberitahu bahawa dia sudah duduk di rumah itu selama lebih kurang 7 tahun dan mungkin syarikat itu milik penghuni sebelumnya...

Walaupun terpaksa berkomunikasi dengan orang kelainan upaya, saya tidak menganggapnya satu dugaan tetapi satu pengalaman baru... Dan walaupun saya kurang faham dengan beberapa maklumat yang cuba disampaikan oleh responden, saya senang 'berbual' dengannya...

Antara isyarat penting... 

Jom belajar!~ (^_____^)V


P/S : Esok duduk di pejabat office!~ (^_____^)V

Wednesday, August 3, 2011

Oh!!!~ Dugaan hari ketiga puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Oh, dugaan lagi... Tak habis2 dengan dugaan... Masuk hari ini, sudah 3 hari saya dijui dengan dugaan sejak dari 1 Ramadhan...Bagi yang terlepas mengikuti dugaan2 saya, bolehlah klik DI SINI... Dugaan hari ini, tidaklah sehebat dugaan semalam, tapi lebih kurang macam semalam... Jika semalam saya diuji dengan cuaca panas terik Gurun Sahara, hari ini saya diuji dengan hujan lebat di tanah gersang...

Errr, adakah itu satu dugaan? Dan yang pasti jawapannya adalah TIDAK!~ Itu bukanlah satu dugaan kerana keadaan hujan telah memudahkan kelancaran pergerakan organ2 di dalam perut saya untuk menahan lapar dan dahaga... Sesungguhnya keadaan hujan itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga sepanjang saya menjalankan kerja luar di sekitar Taman Pelangi... Alhamdulillah, setelah menempuh cuaca yang sangat terik pada hari semalam, hari ini Allah memberikan keringanan kepada saya dan rakan2 untuk menjalankan kerja luar dengan menurunkan hujan (walaupun hujan yang turun adalah se-lebat2 mungkin)...

Sebenarnya, memang saya diuji lagi hari ini... Diuji dengan kerenah responden... Responden tersebut telah men'sound' saya yang datang menjalankan tanggungjawab kerja dengan hati yang tulus ikhlas... Sesampai di pejabat office responden tersebut, tiada secalit senyuman yang terukir di wajah2 mereka (kecuali dari seorang pekerja lelaki berpangkat pakcik)... Yang perempuan semua muka ala2 kedut 1000... Lebih masam dari cuka...

Saya : Hello... Saya dari _______... Saya nak tanya, ada tak nama2 syarikat ni di sini? (Sambil menghulurkan beberapa keping borang biru)...


Responden : Ada... (Sambil memandang komputer dan menaip sesuatu)...


Saya : Saya nak tahu ada tak terima borang dari _______ untuk syarikat2 ni?


Responden : Mariah Carey, tolong carikan borang2 syarikat ini... (Sambil menyerahkan borang biru kepada Mariah Carey)...


Responden : Macam mana _______ dapat alamat sini?


Saya : Oh... Dari SSM...


Responden : You tahu tak yang syarikat2 tu semua bukan dekat sini... Sini hanyalah sekretarial sahaja... Tiap2 tahun pun dapat... Ni borang2 ni semua I tak boleh nak serah sekarang... Bulan September baru proceed...


Saya : Oh, ok... Tak apa...


Responden : Lain kali hantarlah ke syarikat itu sendiri... Jangan hantar ke sini lagi... Penatlah mahu buat semua  ini... You tahu tak, kalau kami yang isi borang ini semua, kami charge mereka... Ada syarikat yang tak mahu bayar... So apa2 pun nanti hantar sajalah pada mereka...

Itulah sedikit sebanyak perbualan saya dengan responden tersebut dengan sedikit olahan dari saya agar ayat2 responden tu nampak lebih sopan (pada hakikatnya tidak)... Ini adalah dugaan yang wajib kami tempuh sepanjang menjalankan amanah yang diberi... Tapi saya tahu ada rakan2 saya yang terima dugaan lebih hebat dari saya...

Namun begitu, tidak semua syarikat sekretarial yang melayan kami sebegitu... Ada yang terlalu baik dan peramah... Tapi, jumlah yang 'mencuka' adalah sangat minimal...

Saya sedia terima tugas... (^_____^)V


P/S : Tunggu aje la dugaan hari esok... (^_____^)V

Tuesday, August 2, 2011

Oh!!!~ Dugaan hari kedua puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam saya diuji... Hari ini saya diuji lagi... Kepada yang tidak tahu dugaan apa yang saya tempuhi pada hari semalam, bolehlah klik DI SINI... Hari ini saya diuji lagi... Kali ini rasanya agak menguji ketahanan perut dan akal saya...

Hari ini dah masuk kerja semula setelah bercuti selama 3 hari... Agak malas sebenarnya untuk menggagahkan diri untuk bangun pagi + pergi kerja... Tapi nak taknak, wajib pergi kerana saya punya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan... Dan hari ini saya telah decide untuk menjalankan kerja luar di area Kulai dan Senai... Oklah tu...

Seawal jam 9 pagi, kami bertolak dari pejabat office... Kalau sebelum2 ni, keluar je dari pejabat office kami akan terus menuju ke Warung Batu untuk bersarapan pagi, kali ini kami tidak akan melakukannya untuk sebulan... Hebat tak? Hehe!~ Ok2... Back to the point...

Cuaca hari ini sangat2 terik... Bila dah terik, air menjadi keinginan, kehendak dan keperluan yang paling utama dalam hidup... Uhhh!~ Dah rasa betul2 macam berada di Gurun Sahara... Hanya Allah je yang tahu betapa saya berada di dalam kehausan yang amat sangat... Kak Su pun begitu... Kak Su ada berkata pada saya, "Kalau haus, minumlah air... Kak Su tak kisah...". Tapi saya menjawab, "Tak apa la Kak Su... Saya nak rasa macam mana kalau kerja dalam bulan puasa...".

Keadaan cuaca yang sangat terik + kehausan yang me-lampau2 telah membuatkan kepala saya pening dan perut rasa pedih yang amat... Apa yang mampu saya lakukan hanyalah menelan liur dan beristighfar banyak2... Habis buat kerja sekitar jam 4:30 petang... Sesampai je di rumah, korang faham2 sendirilah ye...

Kepenatan + keletihan + kehausan yang melampau...


P/S : Macam mana nak kerja luar pada hari esok? Huhu!~ (^_____^)V

Monday, August 1, 2011

Oh!!!~ Dugaan hari pertama puasa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Oh!~ Kenapalah saya kena hadapi dugaan sebegini... Sedih sebab seawal hari pertama puasa sudah kena hadapi dugaan sebegini... Bila di-imbas2, di-kenang2 dan di-ingat2, sudah dua tahun ber-turut2 saya tidak dapat merasai nikmat puasa pada hari pertama...

Kalau tahun lepas, saya tak berasa terkilan sangat sebab sudah menjangkakan penyakit itu akan berterusan sehingga hari pertama puasa... Tapi pada tahun ini saya tidak menyangka yang ianya akan menyerang secara mengejut pada hari pertama puasa tanpa memberikan apa2 amaran... Oh... Apa2pun saya tetap akan tabah mengharunginya...

Penyakit yang saya maksudkan adalah penyakit yang menyerang kaum Hawa pada tiap2 bulan... (-_-) Walaupun sudah didatangi penyakit tersebut, saya tetap meneruskan 'puasa' saya tanpa 'membatalkannya'...

Turut ingin menangis apabila melihat gambar ini... T_____T


P/S : Nasib baik sempat sembahyang Terawih pada hari pertama... (^_____^)V