Assalamualakimu semua!~
Tahun 2011 bakal meninggalkan kita dan 2012 akan menjengah kita beberapa detik dari sekarang... Setiap kali munculnya tahun baru, soalan yang akan ditanya dan sangat klise adalah ''apa azam tahun baru anda?''... Oh, tiada soalan lainkah? Seperti ''azam anda yang 5 tahun lepas sudah tertunai atau belum?''...
Adakah anda bersedia meninggalkan tahun 2011? Saya sudah sedia dan amat2 bersedia untuk menempuhi tahun 2012... Pada separuh masa pertama 2011, saya banyak melalui kisah duka dan pada separuh masa kedua kisah2 suka mula mewarnai hidup saya...
Jika bercakap mengenai azam, banyak lagi azam2 saya yang tertunggak selama ber-tahun2... Entah di mana silapnya sehinggakan ianya masih tidak terlaksana... Mungkin kerana tiadanya kesungguhan di dalam diri saya di dalam menyempurnakan azam2 tersebut... atau mungkin ianya belum diizinkan Allah untuk terlaksana sepenuhnya...
Apa2pun, tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan suka dan gembira pada saya... Diharapkan tahun 2012 mampu memberikan lebih banyak kegembiraan pada saya... InsyaAllah... Amin... (^_____^)V
P/S : Saya sudah bersedia untuk berkahwin... Tapi dengan siapa? (^_____^)V
Saturday, December 31, 2011
Saturday, December 24, 2011
Oh!!! Lelaki dan solat Jumaat...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Semalam ialah hari Jumaat... Biasanya kalau hari Jumaat, waktu rehat bagi pekerja kerajaan adalah lama... Dari jam 12:15 tengah hari sehingga jam 2:45 petang... Ini adalah untuk memberikan peluang kepada kaum Adam untuk melakukan solat Jumaat yang sememangnya kita ketahui hanya diwajibkan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat... Bagi kaum Hawa pula, inilah masa bagi mereka mencuci mata dan mengisi masa yang terluang dengan rakan2 di pusat2 beli belah yang berdekatan...
Semalam, saya dan rakan2 pejabat (perempuan) telah bercadang untuk menonton cerita 'Suatu Malam Kubur Berasap' di salah sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar Johor Bahru... Cerita hanya bermula pada jam 12:50 tengah hari dan berakhir pada jam 2:25 petang... Sebelum itu, kami pergi makan di Warung Batu bagi mengisi perut yang kosong lantaran dari pagi tidak menjamah sebarang makanan (ok, saya tipu!)...
Apa yang ingin saya ceritakan dan ketengahkan di sini bukan mengenai kebuluran yang saya dan rakan2 alami, tetapi mengenai tindakan beberapa orang pekerja sepejabat kami yang berjantinakan LELAKI... Semasa saya dan 4 lagi rakan perempuan menuju ke bilik tayangan, salah seorang rakan saya memberitahu saya bahawa ada beberapa rakan sepejabat kami yang berjantinakan LELAKI turut menuju ke bilik tayangan berada di belakang kami... Apabila saya melihat jam di tangan, waktu menunjukkan jam 12:45 tengah hari... Saya berprasangka baik, mungkin mereka ingin menonton wayang untuk jangkamasa 10-15 minit kerana mereka memakai BAJU MELAYU...
Setelah saya dan rakan2 perempuan mendapatkan tempat duduk, kami perasan yang rakan2 LELAKI tadi duduk di belakang kami... Oh, mereka juga ingin menonton filem yang sama... Saat ke saat, minit ke minit, masa terus berlalu... Dan mereka masih lagi tetap di tempat duduk mereka... Sehinggalah jam menunjukkan tepat ke 2 petang, mereka masih lagi di tempat duduk mereka... Ok, mereka tidak pergi sembahyang Jumaat... Datang bulankah mereka? (-_-)
Jika mereka sanggup tinggalkan solat Jumaat yang hanya datang menjengah hanya seminggu sekali se-mata2 untuk mendapatkan hiburan di dunia, tidak mustahil mereka sanggup meninggalkan solat2 wajib yang setiap hari wajib dilakukan... Ok, saya cuba untuk berprasangka baik... Mungkin mereka melakukan solat2 wajib, cuma solat Jumaat pada hari semalam sahaja mereka tidak lakukan... Ada juga rakan2 lelaki saya yang memberitahu saya bahawa mereka akan pergi solat Jumaat pada minggu ini, tetapi tidak pergi untuk minggu depan... Dan minggu lagi satu mereka akan pergi, dan tidak pula untuk minggu selepas itu... Maksudnya mereka pergi sekali untuk jangkamasa 2 minggu... Ada ya konsep sebegitu?
Hukum solat Jumaat adalah Fardu Ain ke atas kaum Adam... Maksudnya ianya wajib ke atas tiap2 lelaki, seperti yang terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW... Sabda Rasulullah SAW : "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit..." (Hadis Riwayat Abu Daud & Hakim)...
Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)..." (Surah Al-Jumaat : 9)...
Rasulullah SAW turut bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah SWT akan menguncikan hati mereka..." (Hadis Riwayat Abu Daud)...
Jadi, kepada kaum Adam sekalian, renung2kanlah dan selamat beramal... Saya bukan cuba untuk menjadi ustazah atau berlagak baik, tetapi cuma untuk memberi peringatan kepada kaum2 Adam yang disayangi... (^_____^)V
P/S : Harap2 lelaki2 yang saya sayangi tidak mengambil ringan akan solat Jumaat... (^_____^)V

Raef - It's Jumuah (Cover Rebecca Black - Friday)
P/S : Harap2 lelaki2 yang saya sayangi tidak mengambil ringan akan solat Jumaat... (^_____^)V
Friday, December 23, 2011
Oh!!! Perpisahan dan kekecewaan...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sejak kebelakangan ini, saya selalu disogokkan dengan cerita2 mengenai kekecewaan dan kesedihan daripada teman2 saya... Kebanyakannya melalui fasa kekecewaan lantaran kehilangan orang yang disayangi, sama ada melalui perpisahan antara yang hidup dengan yang hidup (perpisahan antara pasangan yang berkasih) mahupun perpisahan antara yang hidup dengan yang telah meninggal dunia (perpisahan kerana kematian)... Memang perpisahan ini amat perit untuk dilalui, tidak kisahlah sama ada anda seorang perempuan mahupun lelaki... Oh, saya dapat rasakan keperitan itu sekarang walaupun saya tidak melalui fasa tersebut buat masa ini... Tetapi saya akui saya pernah melaluinya dan saya akui ianya amat perit untuk ditelan...
Saya percaya kalau masa bisa diundur, pasati ramai di luar sana yang ingin memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sehinggakan terjadinya perpisahan walaupun sebenarnya anda tidak melakukan sebarang kesalahan... Mungkin pasangan anda yang buta kerana tidak tahu untuk menghargai anda yang sanggup menerimanya seadanya...
Perpisahan, sesuatu yang amat menyakitkan lagi2 kalau perpisahan yang terjadi antara dua pasangan yang bercinta...Memang perit untuk ditelan... Silap2, ada yang akan mengambil tindakan kurang bijak seperti membunuh diri... Tetapi, sebagai orang mempunyai agama, perbuatan itu amatlah berdosa dan dimurkai Allah SWT...
Saya pernah mengalami pengalaman berpisah dengan orang yang tersayang sekitar 2008... Sehinggakan pada suatu masa saya seperti hilang arah panduan untuk hidup... Setiap hari hanya airmata yang menjadi peneman saya... Dan setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan ber-sungguh2 agar dijodohkan dengan Si Dia... Banyak nasihat yang diterima daripada rakan2 yang menyayangi diri saya, tetapi semuanya ibarat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'... Namu semua itu telah berlalu... Itu semua adalah kisah lama...
Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza mengenai cinta yang tidak kesampaian... Ada yang dapat menerima kenyataan dan ada yang tidak... Bagi mereka yang tidak dapat menerima kenyataan dan masih di dalam proses pemulihan, saya sarankan anda ingat kata2 ini, "Allah tidak akan memberikan ujian atau dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hamba2-Nya... Maka bersabarlah dengan setiap ujian atau dugaan yang dihadapi kerana sesungguhnya ada hikmah disebaliknya... Sesungguhnya Allah menyayangi hamba2-Nya"...
Jujur saya akui, apabila saya berasa tertekan, tidak kiralah mengenai masalah apapun, kata2 tersebut yang akan saya ingatkan pada diri saya... Kata2 tersebut membuatkan saya lebih kuat dan tabah di dalam mengharungi ujian dan dugaan yang dihadapi... Selain itu, say juga mengalmalkan pembacaan Al-Quran kerana sejujurnya ia amat menenangkan hati dan pengubat segala duka... Dan jangan pula hanya membacanya ketika menghadapi masalah, tetapi jadikanlah sebagai amalan hidup seharian... Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya telah khatam Al-Quran beberapa kali... Lihatlah hikmah yang berlaku di sebalik perpisahan yang saya alami... Diri ini terasa semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin tenang...
Mengapa perlu terjadinya perpisahan?
Mungkin Allah SWT sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian tersebut... Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehingga kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang... Memberi seluruh cinta anda bukanlah suatu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali... Jangan harapkan cinta sebagai balasan! Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka, tetapi sekiranya ia tidak berlaku, pastikan ia terus mekar di dalam hati anda... Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari utnuk menyintai seseorang, tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang... Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu dan jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut... Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram... Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan dia bahagia... Selalulah bayangkan anda di dalam kasut seseorang... Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan hati orang lain juga... Kebahagiaan terletak kepada mereka yang telah menangis, merak yang telah terluka, mereka ynag telah mencari dan mereka yang telah mencuba... Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...Masa depan yang cerah berasaskan kehidupan yang telah lalu yang telah dilupakan... Anda tidak boleh meneruskan kehidupan yang sepmuran sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam... Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang sekeliling tersenyum... Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda meninggal dunia nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis...
Cukuplah setakat ini entry saya untuk kali ini... Apa2pun diharapkan agar entry ini dapat memberi sedikit motivasi kepada anda di luar sana... Semoga anda di luar sana bisa menjalani kehidupan yang lebih baik...
P/S : Ini adalah entry yang saya hasilkan pada 14 Januari 2011... Copy and paste sudah.... (^_____^)V

Thursday, December 22, 2011
Oh!!! Duit baru akan menjengah...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tahun hadapan, Bank Negara Malaysia akan mula mengeluarkan wang kertas dan syiling baru untuk penggunaan rakyat Malaysia... Penggunaan warna yang sangat ceria dan ilustrasi yang menarik akan membuatkan ramai rakyat Malaysia menyerbu BNM dan bank2 seluruh Malaysia untuk mendapatkannya pada hari pertama pengeluaran... Tetapi wang kertas hanya akan mula diedarkan pada separuhmasa pertama kedua tahun hadapan... Ini bermaksud ia hanya berada di genggaman rakyat Malaysia pada bulan Julai 2012... Bagi duit syiling pula ianya boleh berada di dalam genggaman rakyat Malaysia pada bulan Januari 2012...
Istimewanya bagi pengeluaran wang kertas yang baru ini adalah kerana wang kertas RM20 akan muncul kembali setelah 16 tahun hilang tanpa khabar berita... Untuk menambahkan kekaguman di hati, di bawah ini disertakan gambar2 wang baru tersebut... Sumber gambar2 tersebut adalah dari myMetro...
Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tahun hadapan, Bank Negara Malaysia akan mula mengeluarkan wang kertas dan syiling baru untuk penggunaan rakyat Malaysia... Penggunaan warna yang sangat ceria dan ilustrasi yang menarik akan membuatkan ramai rakyat Malaysia menyerbu BNM dan bank2 seluruh Malaysia untuk mendapatkannya pada hari pertama pengeluaran... Tetapi wang kertas hanya akan mula diedarkan pada separuh
Istimewanya bagi pengeluaran wang kertas yang baru ini adalah kerana wang kertas RM20 akan muncul kembali setelah 16 tahun hilang tanpa khabar berita... Untuk menambahkan kekaguman di hati, di bawah ini disertakan gambar2 wang baru tersebut... Sumber gambar2 tersebut adalah dari myMetro...
Terbaik! (^_____^)V
P/S : Tidak sabar mahu cium bau duit baru... (^_____^)V
Monday, December 19, 2011
Oh!!! Ini cinta baru saya!
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Oh, hari ini saya berada di dalamkegumbiraan kegembiraan kerana saya telah mendapat cinta yang baru! Ya (!), cinta baru yang sangat2 saya sayang buat masa kini dan selamanya... Setelah hampir 3 tahun jiwa ini sunyi tanpa cinta, akhirnya saya ketemukan yang baru...
Saya sudah janji padanya yang saya akan menjaganya dengan sepenuh hati ibaratbinatang menatang minyak yang penuh... Dan saya telah berjanji padanya yang saya tidak akan men-sia2kan kehadirannya ke dalam hidup saya... Saya akan selalu setia padanya untuk selamanya... Cewah! Macam dalam drama pula ya...
Rasa tidak sabar hendak menunggu hari esok kerana hati ber-bunga2 untuk berjumpa dengannya... Serius (!), saya mula merindukannya... Apalah agaknya khabar dia di sana... Moga2 dia sihat2 sahaja... Sabar ya sayang, esok kita jumpa...
Oh, hari ini saya berada di dalam
Saya sudah janji padanya yang saya akan menjaganya dengan sepenuh hati ibarat
Rasa tidak sabar hendak menunggu hari esok kerana hati ber-bunga2 untuk berjumpa dengannya... Serius (!), saya mula merindukannya... Apalah agaknya khabar dia di sana... Moga2 dia sihat2 sahaja... Sabar ya sayang, esok kita jumpa...
Tadaa! Haha! Bukan lukisan ini, tapi gambar di bawah...
Ini cinta baru saya... Lulu namanya... Hehe!
Yang pada pasu, bukan kerja saya... Kerja saya hanya pada bekas plastik itu sahaja... (^_____^)V
P/S : Saya mula sayangkan dia... Terima kasih, Kak Su! (^_____^)V
Friday, December 16, 2011
Oh!!! Lafaz akad nikah seorang lelaki!
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Entry ini adalah khas untuk kaum Adam, tetapi kalau kaum Hawa nak teruskan pembacaan hingga ke akhir ayat, amat digalakkan... Sebagai renungan kita bersama juga... Kalau korang nak tahu, akad nikah yang dilafazkan oleh kaum Adam semasa hari pernikahan adalah amat berat, seberat lori 3 tan... (Ehem2... Promote LORI 3 TAN sikit! Hehe!). Kita kaum Hawa yang mendengarnya, secara automatik akan mengalirkan airmata kerana sebak untuk meninggalkan keluarga... Tetapi sepatutnya kaum Adamlah yang patut menangis pada hari pernikahan tersebut! Kenapa? Ini kerana maksud yang tersirat di sebalik lafaz akad nikah tersebut...
Kebiasaannya kita akan mendengar si Adam menjawab lafaz akad nikah dengan ayat berikut :
"Aku terima nikah Si Dia Binti Ayah Dia dengan mas kahwinnya RM (berapa banyak yang dipersetujui) tunai / hutang...".
Noktah! Bunyi macam senang kan? Tetapi, apa yang tidak kita ketahui adalah maksud di sebalik lafaz akad nikah tersebut... Nak tahu? Jom baca...
"Aku tanggung dosa2 Si Dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak2 aku... Kalau aku gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku...".
Jadi kepada kaum Adam, sediakah anda untuk memperisterikan wanita yang anda cintai itu? Jika ya, maka bersedialah untuk mendidik mereka dalam mencari keredhaan Allah SAW... Sesungguhnya syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami... Jika suami tidak pandai mendidik isterinya, maka pincanglah rumahtangga yang dimeterai...

Si suami harus mengemudi bahtera rumahtangga dengan baik...
Suami soleh, isteri solehah... (^_____^)V
P/S : Sesungguhnya perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah SAW... (^_____^)V
Monday, December 12, 2011
Oh!!! Senarai sungai yang suka banjir...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Di sini saya ingin menyenaraikan nama2 sungai di Malaysia (mengikut negeri) yang berisiko untuk banjir apabila tibanya musim tengkujuh... Jadi, kepada penduduk2 yang duduk berhampiran sungai2 tersebut, bolehlah mengambil langkahseribu ber-jaga2 apabila tibanya musim tengkujuh...
PERLIS
Sungai Arau
Sungai Jarum
Sungai Korok
Sungai Repoh
Sungai Pelarit
Sungai Perlis
KEDAH
Sungai Kedah
Sungai Muda
Sungai Kerian
Sungai Ketil
Sungai Kubang Pasu
Sungai Nerang
Sungai Padang Terap
Sungai Sedim
Sungai Sik
Sungai Anak Bukit
Sungai Kulim
PULAU PINANG
Sungai Ara Kuda
Sungai Jawi
Sungai Juru
Sungai Perai
Sungai Muda
Sungai Pinang
PERAK
Sungai Bidor
Sungai Kangsar
Sungai Kerian
Sungai Kinta
Sungai Perak
Sungai Kurau
Sungai Slim (atau dikenali juga sebagai Slim River... Haha!)
Sungai Tapah
Sungai Chempias
Sungai Kampar
SELANGOR
Sungai Selangor
Sungai Bernam
Sungai Buloh
Sungai Lui
Sungai Langat
Sungai Damansara
NEGERI SEMBILAN
Sungai Batang Labu
Sungai Batang Penar
Sungai Gemas
Sungai Gemencheh
Sungai Kenaboi / Triang
Sungai Linggi
Sungai Pedas
Sungai Rembau
Sungai Serting
Sungai Temiang
MELAKA
Sungai Melaka
Sungai Kesang
Sungai Duyong
JOHOR
Sungai Bekok
Sungai Endau
Sungai Johor
Sungai Labis
Sungai Mengkibol
Sungai Muar
Sungai Benut
Sungai Segamat
Sungai Sembrong
Sungai Simpang Kanan
Sungai Simpang Kiri
Sungai Tebrau
Sungai Pontian
Sungai Tiram
Sungai Tangkak
PAHANG
Sungai Kuantan
Sungai Pahang
Sungai Cini
Sungai Endau
Sungai Isap
Sungai Jelai
Sungai Lembing
Sungai Lipis
Sungai Triang
TERENGGANU
Sungai Dungun
Sungai Kemaman
Sungai Terengganu
Sungai Air Putih
Sungai Setiu
Sungai Besut
Sungai Marang
KELANTAN
Sungai Galas
Sungai Pergau
Sungai Kelantan
Sungai Nenggiri
Sungai Lebir
Sungai Golok
Sungai Jeli
SABAH
Sungai Biah
Sungai Padas
Sungai Kinabatangan
Sungai Pegalan
SARAWAK
Sungai Balingan
Sungai Batang Sadong
Sungai Biaga
Sungai Batang Baleh
Sungai Batang Igan
Sungai Batang Ogya
Sungai Rajang
Sungai Santubong
Sungai Sarawak
Adapun senarai2 tersebut saya perolehi dari Metro Ahad (11 Disember 2011)...
P/S : Sekali bah, pantai berubah... (^_____^)V
Di sini saya ingin menyenaraikan nama2 sungai di Malaysia (mengikut negeri) yang berisiko untuk banjir apabila tibanya musim tengkujuh... Jadi, kepada penduduk2 yang duduk berhampiran sungai2 tersebut, bolehlah mengambil langkah
Apa yang penting, kerjasama! (^_____^)V
PERLIS
Sungai Arau
Sungai Jarum
Sungai Korok
Sungai Repoh
Sungai Pelarit
Sungai Perlis
KEDAH
Sungai Kedah
Sungai Muda
Sungai Kerian
Sungai Ketil
Sungai Kubang Pasu
Sungai Nerang
Sungai Padang Terap
Sungai Sedim
Sungai Sik
Sungai Anak Bukit
Sungai Kulim
PULAU PINANG
Sungai Ara Kuda
Sungai Jawi
Sungai Juru
Sungai Perai
Sungai Muda
Sungai Pinang
PERAK
Sungai Bidor
Sungai Kangsar
Sungai Kerian
Sungai Kinta
Sungai Perak
Sungai Kurau
Sungai Slim (atau dikenali juga sebagai Slim River... Haha!)
Sungai Tapah
Sungai Chempias
Sungai Kampar
SELANGOR
Sungai Selangor
Sungai Bernam
Sungai Buloh
Sungai Lui
Sungai Langat
Sungai Damansara
NEGERI SEMBILAN
Sungai Batang Labu
Sungai Batang Penar
Sungai Gemas
Sungai Gemencheh
Sungai Kenaboi / Triang
Sungai Linggi
Sungai Pedas
Sungai Rembau
Sungai Serting
Sungai Temiang
MELAKA
Sungai Melaka
Sungai Kesang
Sungai Duyong
JOHOR
Sungai Bekok
Sungai Endau
Sungai Johor
Sungai Labis
Sungai Mengkibol
Sungai Muar
Sungai Benut
Sungai Segamat
Sungai Sembrong
Sungai Simpang Kanan
Sungai Simpang Kiri
Sungai Tebrau
Sungai Pontian
Sungai Tiram
Sungai Tangkak
PAHANG
Sungai Kuantan
Sungai Pahang
Sungai Cini
Sungai Endau
Sungai Isap
Sungai Jelai
Sungai Lembing
Sungai Lipis
Sungai Triang
TERENGGANU
Sungai Dungun
Sungai Kemaman
Sungai Terengganu
Sungai Air Putih
Sungai Setiu
Sungai Besut
Sungai Marang
KELANTAN
Sungai Galas
Sungai Pergau
Sungai Kelantan
Sungai Nenggiri
Sungai Lebir
Sungai Golok
Sungai Jeli
SABAH
Sungai Biah
Sungai Padas
Sungai Kinabatangan
Sungai Pegalan
SARAWAK
Sungai Balingan
Sungai Batang Sadong
Sungai Biaga
Sungai Batang Baleh
Sungai Batang Igan
Sungai Batang Ogya
Sungai Rajang
Sungai Santubong
Sungai Sarawak
Adapun senarai2 tersebut saya perolehi dari Metro Ahad (11 Disember 2011)...
P/S : Sekali bah, pantai berubah... (^_____^)V
Sunday, December 11, 2011
Oh!!! Dua perkara besar dalam sehari! (Part 2)
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Hari ini 10 Disember 2011... Kalau tadi saya hasilkan entry 'Oh!!! Dua perkara besar dalam sehari! (Part 1)', kali ini saya hasilkan sequel-nya... Sepatutnya saya kena ceritakan cerita Part 1 dan Part 2 di dalam satu entry, tetapi saya telah bercadang untuk mengasingkan ke-dua2 cerita di dalam entry yang berlainan... Jom ikuti Part 2...
GERHANA BULAN YANG SANGAT CANTIK!
"SUBHANALLAH"... Itu sahaja yang mampu saya lafazkan tatkala melihat fenomena yang jarang2 berlaku... Berasa bersyukur sangat2 kerana saya berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan... Jikalau sebelum ini saya pernah menyaksikan fenomena Gerhana Matahari (kalau tidak salah, semasa tahun 2009), hari ini adalah pengalaman pertama saya menyaksikan Gerhana Bulan...
Sungguh indah ciptaan Allah SWT... Hanya mereka yang bertuah sahaja yang dapat menyaksikannya... Dan kepada yang berpeluang menyaksikannya, sentiasalah ingat akan kebesaran Allah... Bagi umat Islam, apabila berlakunya Gerhana Bulan, kita digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana yang disebut juga Solat Sunat Kusuuf / Khusuuf dan hukumnya adalah Sunat Mu'akkad... Untuk Solat Sunat Gerhana Bulan, cara bacaan adalah dengan suara yang nyaring... Untuk cara2 Solat Sunat Gerhana, boleh rujuk DI SINI...
Terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan untuk dilakukan ketika berlaku gerhana iaitu :
-Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah SWT...
-Melaksanakan olat Sunat Gerhana jika berjaya melihatnya di tempat di mana kita berada...
-Berdoa dan berzikir...
-Mengeluarkan sedekah...
-Memerdekakan hamba di waktu terjadinya gerhana (menurut hadis)
-Melakukan amalan2 yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah...
Di bawah ini adalah gambar2 yang sempat dirakamkan semasa Gerhana Bulan sebentar tadi... Walaupun tidak menggunakan kamera canggih, tapi hasilnya tetap ada... (^_____^)V

(Sila klik gambar untuk tumbesaran)
(Sila klik gambar untuk tumbesaran)
Dari tingkat 5 rumah saya... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)
P/S : Kita nampak bulan, tetapi sebenarnya bulan sangat jauh dengan kita... Dan sebaliknya kita tidak nampak Allah SWT, tetapi hakikatnya Allah SWT sangat dekat dengan kita... (^_____^)V
Saturday, December 10, 2011
Oh!!! Dua perkara besar dalam sehari! (Part 1)
Assalamualaikum semua!~
Hari ini, 10 Disember 2011, ada dua perkara besar yang berlaku... Hendak tahu, jom baca...
HARI BERSEJARAH KAWAN BAIK SAYA!
Hari ini, salah seorang kawan baik saya telah melangsungkan perkahwinan... Cik Nurul Fazdasima dan suaminya, Abdul Halim telah selamat diijabkabulkan dan sah bergelah suami isteri pada jam 10 pagi tadi... Alhamdulillah... Walaupun tidak dapat melihat majlis akad nikah yang berlangsung disebabkan tuntutan kerja, saya dan rakan2 pejabat office tetap 'mencuri masa' untuk ke majlis perkahwinan Cik Nurul... Oh, sekarang status dia telah bertukar kepada Puan Nurul...
Sepanjang perkenalan saya dan Puan Nurul (ehem2), banyak yang kami kongsikan... Perkenalan kami sangat unik! Kami berkenalan di pejabat office pada tahun 2009 dan semasa hari kedua kami bekerja baru kami tahu yang kami merupakan teman seuniversiti! Cuma berlainan kursus... Dan satu lagi, makcik dia merupakan rakan saya semasa saya belajar di Teknik Johor Bahru... Orang kata, dunia ini kecil... Mana2 kita pergi, kita akan jumpa dengan orang yang ada kena mengena dengan perjalanan hidup kita...
Apa2pun saya doakan Puan Nurul (oh, janggalnya kena panggil Puan) berbahagia sentiasa dengan Encik Halim... Moga perkahwinan kalian diberkati Allah SWT... Pahit masin masam manis yang berlaku adalah asam garam di dalam sesebuah rumahtangga... Moga kalian bijak di dalam mengendalikan mahligai yang kalian bina... Apa2pun saya sayangkan Kak Nurul! (^_____^)V

P/S : Tidak dapat hendak 'ambil berkat' di majlis Puan Nurul tadi sebab 'berkat' tersebut telah tiada... Huhu!~ (^_____^)V
P/S : Part 2 di sini!
P/S : Part 2 di sini!
Monday, December 5, 2011
Oh!!! Cuti2 Malaysia!
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sudah lama tidak update blog gara2 pergi ber-cuti2 Malaysiabersalji di Kuala Lumpur... Tahun lepas pada bulan yang sama saya telah ke sana, tahun ini ke sana lagi... Berjumpa dengan My Sayangs... Adakah setiap tahun saya akan ke sana? Tunggu dan lihat... Oklah... Di bawah ini coretan selama 4 hari saya di sana...
1 DISEMBER 2011
Balik dari pejabat office jam 12:30 tengah hari sebab tiket bas jam 5 petang... Sampai di rumah, kemas apa2 yang patut... Jam 4:30 petang Abah hantarkan ke Larkin... Tepat jam 5 petang, bas Transnasional bertolak dari Terminal Larkin, Johor Bahru menuju ke Terminal Bandar Tasek Selatan, Kualan Lumpur... Jam 9:30 malam, bas sampai di Terminal BTS... Nurul datang bersama Taqiah untuk ambil saya di terminal... Jam 11 malam sampai di rumah keluarga Nurul...
2 DISEMBER 2011
Ber-siap2 seawal jam 9 pagi sebab sudah janji dengan As untuk berjumpa di MidValley pada jam 11 pagi... Jam 10 pagi, saya dan Nurul keluar dari rumah dengan menaiki Swift biru Nurul yang baru dua bulan 'dilahirkan' menuju ke LRT Setiawangsa... Sudah parking kereta, kami menaiki LRT untuk ke MidValley...
Jam 11 pagi, As sampai dan kami membeli-belah sedikit di Jusco MidValley kerana ada jualan murah yang gila2 murah! Saya belikan baju untuk Amir dan Aiman... Kemudian kami bertiga menuju ke food court MidValley dan As belanja makan... Sudah puas makan, kami menuju ke bawah dan ambil gambar banyak2... Oh, saya memang kaki gambar!
Tidak lama selepas itu, Nurul mengalami alahan gara2 makan udang... Habis bengkak2 muka dia... Sekali jadi alien la! Huhu! As ajak pergi ke rumahnya di Sungai Buloh dengan menaiki kereta Honda City As... Sampai di Sungai Buloh, kami singgah di klinik dahulu kerana keadaan Nurul yang sangat teruk ketika itu... Sudah selesai, sesi berjumpa Amanee (anak As) tiba... Sebenarnya, memang hendak sangat jumpa dengan Amanee lantaran As selalu pujuk saya untuk datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Amanee... Jam 3 petang kami sampai di rumah emak mertua As... Sudah puas ber-main2 dan melayan kerenah Amanee, serta tumpang sembahyang Zohor, jam 4:10 petang, As hantar saya dan Nurul ke stesen Komuter Sungai Buloh... Sebelum itu, As belanja makan di OldTown...
Sampai di stesen Komuter, saya dan Nurul cepat2 beli tiket sebab Komuter sudah sampai... Kami naik koc paling belakang... Tidak lama berada dalam koc itu, seorang makcik Cina tegur... Dia kata itu koc lelaki dan bila saya dan Nurul pandang sekeliling, kami dikelilingi oleh kaum lelaki dan hanya 4 orang perempuan sahaja di dalam koc tersebut (temasuk saya dan Nurul)... Oh, malu gila! Sampaikan ada abang2 yang bersuara mengatakan kami salah naik koc... Tidak tahu hendak cakap apa masa itu!
Sampai di hentian Putra, saya dan Nurul turun sebab Nurul ingatkan sudah sampai ke stesen KL Sentral... Tidak fasal2 kami terpaksa menunggu Komuter seterusnya... Tetapi, kami amat lega sebab sudah keluar dari koc yang salah! Hehe! Tidak sampai 10 minit, Komuter sampai... Kami bercadang untuk menonton 'Ombak Rindu' di KLCC...
Sampai di KLCC, kami beli tiket wayang dan wayang hanya akan bermula jam 7:10 malam... Saya ajak Nurul ke surau sebab belum sembahyang Asar... Hampa sebab surau di dalam KLCC penuh! Nurul ajak saya ke surau yang terletak di kawasan parking kereta dan kami terpaksa menapak sejauh 15 kilometer! Oh, memang tipu! Sebenarnya dalam 2 kilometer sahaja... Selesai solat Asar, kami bergegas ke TGV yang terletak di tingkat 4 dan bersebelahan dengan Chilis... Oh, perlukah mention nama Chilis? Hmmm...
Jam 7:10 malam, wayang masih belum bermula hatta tayangan iklan... Tiba2 semua lampu terpasang... Dan ada seseorang berdiri di hadapan panggung... Oh, Bront Palarae! He said thanks for watching 'Ombak Rindu'... Untunglah saya sebab dapat tengok dia dekat kerana saya dan Nurul duduk seat paling depan... Ambil kau! Dan Bront berdiri selang dua seat dari saya... Oh! Rugi tidak ambil gambar dia... Huhu!
Tepat jam 9 malam, wayang habis... Tunggu LRT, naik LRT ke Setiawangsa, ambil kereta dan kami pulang ke rumah...
3 DISEMBER 2011
Saya dan Nurul merancang untuk ke Sogo dan Jalan TAR... Jam 2 petang baru kami keluar dari rumah... Kali ini kami menaiki kereta... Malas hendak naik LRT... Sampai di Sogo, saya jadi rambang mata kerana Y.E.S! Saya terus capai 3 helai baju dan bayar... Lepas itu, kami ke Jalan TAR sebab Nurul hendai cari shawl... Sebelum cari shawl, Nurul belanja makan Rojak Singapura... Oh, tidak macam Rojak Singapura pun! Sudah kenyang, kami teruskan pencarian shawl tapi tidak jumpa...
Tiba2 Sarah telefon... Dia suruh kami ke rumah dia sebab hendak jumpa... Oklah, kami turutkan padahal saya dan Nurul merancang untuk ke rumah Kak Nadia di Pandan Mewah... Nasib baik rumah Sarah (Ampang) dan rumah Kak Nadia tidak jauh... Jadi, sekali jalan sahaja... Jam 5:00 hingga 6:15 petang saya dan Nurul lepak di rumah Sarah... Jam 7:00 malam sampai di rumah Kak Nadia... Tengok anak Kak Nadia yang baru berusia 2 bulan sehingga jam 8:10 malam... Hujan sangat2 lebat! Pancaran kilat pula sangat2 terang!
Kemudian kami singgah di Carrefour dan teruskan pencarian shawl... Tapi hampa juga... Selepas itu, kami menuju ke Jusco Wangsa Maju... Makan malam dengan McDonald... Uhhh! Jam 10:30 malam sampai di rumah...
4 DISEMBER 2011
Hari terakhir saya di Kuala Lumpur... Nurul bawa saya ke Look Out Point di Ampang... Cantik pemandangan di situ... Jam 2 petang kami menuju ke KLCC kerana saya teringin makan RotiBoy... Dan mungkin ada niat yang lain? Oh!
Jam 3:30 petang Nurul hantar saya ke Terminal BTS dan saya dapat tiket jam7:30 malam... Jam 12:20 tengah malam, saya sampai di Johor Bahru!
P/S : Picture in progress! Weee! (^_____^)V
Sudah lama tidak update blog gara2 pergi ber-cuti2 Malaysia

Tuesday, November 29, 2011
Oh!!! Apabila diri ini diperbodohkan...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Ini entry khas untuk diri sendiri yang telah diperbodohkan oleh seorang Hamba Allah... Diri ini telah diperkotak-katikkan olehnya... Rasa marah, geram, sakit hati menguasai diri... Rasa macam hendak tumbuk muka Hamba Allah itu laju2 pun ada...
Tatkala saya ber-ia2 memberikan jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Hamba Allah itu di Facebook dengan ber-sungguh (jawab exam pun tidak pernah ber-sungguh2 macam itu), 10 tahun kemudian baru saya sedar yang saya telah diper-bodoh2kan...
Tetapi bila di-fikir2 dan di-ingat2 semula, ini semua berlaku kerana kedunguan saya yang tidak berfikir panjang lantaran pemikiran ini terlalu lurus dan telus... Oh! Rasa macam hendak tergelak pun ada...
Tatkala saya ber-ia2 membuat luahan perasaan kepada seseorang, si Hamba Allah ini telah pun membuatkan saya ketawa setelah hampir 1 jam juga kemarahan menguasai diri... Ketawa apabila mengingati kedunguan saya... Haha!
"Kau memang terbaiklah kerana membuatkan aku gelak berseorangan... Tatkala seluruh keluarga aku pergi bercuti dan meninggalkan aku berseorangan di rumah, engkau menghiburkan aku (tangan di dada, mata ke atas)... Mesti kau gelak guling2 kerana mendapat seorang kawan yang dungu lagi lurus macam aku... Apa hendak buat, kadang2 aku bertukar menjadi orang yang lurus secara tiba2!"
Di bawah ini ada disertakan print-screen 'pergaduhan' kami... Baru semua akan faham!

P/S : Ini bukan sequel Gelak Tergolek... (^_____^)V
Sunday, November 27, 2011
Oh!!! Glory Glory Harimau Muda (3)!!!
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
10:47 P.M.
Saya pasti dan pasti ramai yang menyaksikan perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Bahrain sebentar tadi... Dan ramai yang mengharapkan kemenangan Malaysia supaya dapat bermain di peringkat Olimpik nanti... Dan ramai yang telah mengetahui keputusannya...
Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol, tetapi Bahrain lebih berjaya kerana menjaringkan 3 gol... Malaysia berhempas pulas untuk mendapatkan 2 gol, tetapi Bahrain bersenang lenang untuk mendapat 3 gol... 3 gol dalam masa 6 minit... Hebat tak hebat negara Bahrain...
Walaupun begitu, saya tetap bangga dengan skuad kebangsaan kerana nampak kesungguhan mereka di dalam perlawanan sebentar tadi... Saya akan tetap menyokong dan akan sentiasa berdoa untuk kemenangan Malaysia untuk perlawanan2 seterusnya dan yang akan mendatang...
P/S : Tahniah kepada Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli kerana menyumbangkan gol untuk pasukan Malaysia... Tidak sia2 pengorbanan Nazmi 'ponteng' SPM... (^_____^)V

Nami memang hebat! (^_____^)V
P/S : Tahniah kepada Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli kerana menyumbangkan gol untuk pasukan Malaysia... Tidak sia2 pengorbanan Nazmi 'ponteng' SPM... (^_____^)V
Saturday, November 26, 2011
Oh!!! Tukar Mazmumah kepada Mahmudah...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Salam Ma'al Hijrah 1433 buat semua... Selalunya apabila tiba Ma'al Hijrah, orang akan kaitkan dengan penghijrahan... Ya, namapun Ma'al Hijrah... Ma'al Hijrah seperti yang kita semua sedia maklum, merupakan sambutan tahun baru bagi kalendar Islam iaitu kalendar Hijrah... Dan perhitungan bilangan hari dalam setahun bagi kalendar Hijrah adalah berbeza dengan kalendar Masihi...
Awal Muharram yang juga disebut Ma'al Hijrah disambut bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah... Penghjirahan yang berlaku pada 1 Muharram tersebut telah menjadi hari pertama bagi pengiraan takwim Hijrah...
Sebut sahaja Ma'al Hijrah, akan ada azam baru yang dibina dan ingin dicapai oleh umat Islam di seluruh dunia bagi tahun baru tersebut... Dan se-baik2 penghijrahan adalah membuang segala sifat2 mazmumah dan menukarkannya kepada sifat mahmudah...
Ya (!), memang sukar untuk membuang segala sifat mazmumah kerana yang dilarang itulah yang seronok dilakukan... Tapi itulah yang dinamakan pengorbanan... Penghijrahan boleh dilakukan secara per-lahan2 tanpa perlu ada paksaan dalam diri... Jika tidak terlaksana sepenuhnya pada tahun ini, tahun hadapan setia menanti... Tetapi, ingatlah! Kita tidak pasti bila kita akan mati... Mungkin hari ini, mungkin esok...Jadi, jika kita tersedar akan kelemahan diri, teruslah lakukan penghijrahan...
P/S : Ayuh lakukan penghijrahan! (^_____^)V

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun...
P/S : Ayuh lakukan penghijrahan! (^_____^)V
Friday, November 25, 2011
Oh!!! Bersyukurlah...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Pernah tak korang bersyukur dengan apa yang korang ada sekarang ini? Baguslah kalau korang sentiasa memanjatkan kesyukuran dengan apa yang korang ada dan nikmati sekarang ini... Tetapi, ada juga segelintir umat manusia yang tidak tahu bersyukur... Sudah ada yang terbaik, tapi tidak pernah hendak bersyukur...
Disebabkan itu, mulalah memberikan alasan2 yang bodoh dan tidak boleh diterima pakai... Seandainya perkara terbaik yang diperolehi itu adalah kerana pertolongan seseorang, maka seharusnya kita patut menjaga hati yang menolong... Dan kita juga wajib bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menolong kita untuk meletakkan kita di tempat yang terbaik...
Selalunya orang yang tidak bersyukur ini tidak pernah 'memandang ke bawah'... Tidak pernah melihat kesusahan orang lain yang berhempas pulas dan bersaing di antara satu sama lain untuk meletakkan diri mereka di tempat yang terbaik... Tidak pernah untuk bermuhasabah diri dan merenungi setiap apa yang berlaku di sepanjang 'perjalanan' mereka untuk berada di tahap yang terbaik...
Jadi, sentiasalah bersyukur dengan apa yang diperolehi sekarang ini... Kerana yang terbaik itu tidak sentiasa datang bergolek...

P/S : Syukur Alhamdulillah di atas segalan nikmat yang telah dikecapi selama ini... Amin...
Thursday, November 24, 2011
Oh!!! Just try my luck!
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
"Saya hanya mencuba nasib... Seandainya dapat, Alhamdulillah... Sekiranya tidak dapat, saya redha...".
"Tetapi tidak bermakna sekiranya tidak berhasil mendapatkannya, saya akan berputus asa... Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk se-lama2nya... Mungkin Allah telah menetapkan yang sesuatu itu bukan untuk saya, maka di situ bukan bermakna saya gagal untuk mendapatkannya kerana Allah telah menetapkan yang lebih baik untuk saya... ".
Sudah banyak cabang, bidang, perkara yang saya telah letakkan pada nasib... Tetapi, jangan terlalu meletakkan hala tuju hidup kepada nasib se-mata2... Jika inginkan sesuatu, buatlah dengan ber-sungguh2... Apa2pun, usaha jangan dihentikan dan doa jangan tidak dipanjangkan... Jika nasib menyebelahi, InsyaALLAH, tidak akan lari gunung dikejar... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...
P/S : Suka filem 'Just My Luck'... (^_____^)V

Tuesday, November 22, 2011
Oh!!! Glory Glory Harimau Muda (2)!!!
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
12:00 a.m.
Tidak tahu macam mana hendak gambarkan perasaan yang bergelodak di dalam dada ini... Gembira yang teramat sangat! Sampaikan air mata bergenang... Gembira dengan kemenangan Malaysia di dalam perlawanan akhir bolasepak untuk Sukan SEA 2011... Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan kemenangan Malaysia ini...
Tetapi, seawal tayangan perlawanan, ada sesuatu yang membuatkan saya terdiam terkaku bak mayat yang sejuk membeku... Ketidakmatangan penyokong2 Indonesia yang membuat bising semasa lagu Negaraku berkumandang amatlah membuatkan saya tidak berkenan... Sampaikan pengulas sukan di Astro Arena mempersoalkan tindakan penyokong2 Indonesia yang dianggap agak melampau... Agak terdiam seketika saya ketika itu sehinggakan apa yang dibicarakan antara ke-dua2 pengulas sukan terbabit se-olah2 sayup2 kedengaran...
Tidak mengapalah... Harap2 perkara sebegitu tidak akan terjadi di Malaysia jika negara pelawat terutamanya dari Indonesia datang untuk bertanding di sini...
Dalam banyak2 acara yang dipertandingkan, hanya sukan bolasepak yang mendapat perhatian kerana ianya 'ibu segala sukan'... Eh, ada ya istilah itu? Haha! Saya tidak mahu ulas sangat mengenai corak permainan pasukan Malaysia kerana bagi saya pasukan Harimau Muda bermain dengan penuh semangat dan ber-sungguh2 walaupun banyak kali terlepas peluang untuk menjaringkan gol...
Kasihan kepada pemain2 muda itu kerana terpaksa bermain selaman 120 minit + 5 minit masa tambahan... Satu jangkamasa perlawanan yang agak lama bagi permainan bolasepak... Pada minit ke-90 dan ke atas, dapat dilihat bahawa pemain2 Malaysia sudah kelesuan dan keletihan, tetapi mereka tetap gigih untuk terus bermain dan memberikan komitmen yang tinggi...
Dan akhirnya kejayaan yang diperolehi diperolehi daripada sepakan2 penalti apabila ke-dua2 pasukan seri 1 sama... Indonesia mendapat gol hasil jaringan melalui Gunawan ('5) manakala Malasyia mendapat 1 gol melalui tandukan Asrarudin ('34)... Walaupun kemenangan adalah melalui sepakan2 penalti, menang tetap menang!~ Semuanya berkat doa rakyat Malaysia yang mengiringi pasukan Hairmau Muda... Apa2pun, Harimau Malaya pasti akan mengaum walau di mana mereka berada...
P/S : Tahniah Harimau Muda! (^_____^)V

Monday, November 21, 2011
Oh!!! Glory Glory Harimau Muda!!!~
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Malam ini, seperti yang di-tunggu2 oleh semua rakyat Malaysia, kita akan menyaksikan perlawanan akhir bolasepak bagi Sukan SEA di antara pasukan Harimau Malaya dan Garuda di Stadium Bung Karno... Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga mengharapkan kemenangan Malaysia ke atas pasukan Indonesia... Apapun keputusannya, Malaysia tetap dihati! (^_____^)V
"Bisa guruh berdentum di langit
Hujan lebat membasahi Bumi
Di Gelora Bung Karno bersaing sengit
Tumpaskan Garuda di bumi sendiri"
P/S : Bak kata seorang rakan di Facebook, "Apapun keputusan final bolasepak malam ini, Johor tetap cuti esok..." Daulat Tuanku... (^_____^)V

Saturday, November 19, 2011
Oh!!! Didenda kerana tertidur!
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Pernah tak korang tertidur di dalam kelas sebab bosan dengan apa yang diajar cikgu, tertidur di pejabat office kerana tiada kerja yang korang nak lakukan ('pekerja cemerlang' sahaja yang tiada kerja), tertidur semasa memandu kereta yang boleh membahayakan nyawa orang lain ataupun tertidur di dalam tandas semasa korang sedang melepaskan hajat besar? Setelah itu, apa tindakan a.k.a denda yang korang dapat?
Ok2, straight to the point... Di Dubai, seorang pelajar Amerika Syarikat telah didenda sebanyak 300 dirham iaitu bersamaan RM257 hanya kerana tertidur ketika menaiki kereta api Dubai Metro... Sangat2 tidak munasabah apatah lagi munasarawak, tetapi itulah yang berlaku kepada pelajar tersebut...
Untuk pengetahuan semua, kalau sesiapa yang tidur di dalam kereta api di Dubai, maka orang tersebut akan didenda... Saya pun kurang pasti apakah yang menyebabkan seseorang itu didenda... Mungkin kerana yang tertidur itu mengganggu ketenteraman penumpang lain dengan bunyi dengkuran tahap ekzos Harley Davidson...
Setelah saya membuat 'risikan' kepada laman2 web 'Mat Salleh' yang saya memang faham Bahasa Inggerisnya, maka dapatlah saya katakan di sini bahawa di dalam setiap stesen kereta api di Dubai ada tertulis mengenai undang2 ketika berada di kawasa stesen mahupun di dalam kereta api dan salah satu di antaranya adalah denda apabila tidur di kawasan menunggu, kawasan perlindungan (tempat berteduh) dan di tempat2 yang diharamkan...
Di bawah ini saya senaraikan antara kesalahan2 yang boleh dikenakan denda semasa anda berada di kawasan stesen kereta api di Dubai... Dan denda yang dikenakan adalah antara AED (Arab Emirates Dirham) 100 hingga AED 2000...

- Memasuiki kabin yang salah dan duduk ditempat duduk yang telah disimpan untuk penumpang lain...
- Meletakkan kaki di atas tempat duduk...
- Makan dan minum di dalam kereta api...
- Menggunakan lif atau eskalator tanpa kesopanan dan kesusilaan...
- Melompat atau memanjat di dalam mana2 stesen dan kenderaan awam...
- Memasuki kawasan2 larangan...
- Membawa masuk binatang ke dalam kenderaan awam kecuali anjing bantuan untuk mereka yang buta...
Seorang pegawai di Dubai Metro berkata, "Ini adalah undang2... Tidak dibenarkan tidur di kawasan menunggu, tempat berteduh atau di mana2 kawasan awam... Denda AED 300 akan dikenakan...".
P/S : Pernah tidak tidur di dalam bas semasa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Sintok, Kedah!~
(^_____^)V
(^_____^)V
Friday, November 18, 2011
Oh!!! This is MY SAYANGS!
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Tadi semasa Maghrib saya dapat panggilan dari My Sayangs! Dan kami sudah confirm akan bertemu next month on sekian2 tarikh... Hehe! Tak sabarnya! Rindu sangat2 pada My sayangs! Nanti kita jumpa ya! (Sambil membuat lompat bintang 50 ribu kali)... Saya pernah buat entry pasal My Sayangs... Tetapi entry tidak bergambar... Kali ini saya publish gambar My Sayangs...
Jangan salah faham ya kerana My Sayangs adalah perempuan dan bukannya lelaki... Kepada My Sayangs, bersabarlah menunggu kedatangan diri ini... "Oh, gila... Awie dalam Sembilu... Jiwang siot aku!". Pinjam ayat Saheizy Sam dalam cerita 'Aku Bukan Tomboy'... (^_____^)V
P/S : Lepas Isya' tadi dapat panggilan dari seorang perempuan Indonesia... Dia tanya, "Ini nombor tukang urut ke?" Apa kejadahnya saya jadi Tukang Urut???!!! (-_____-")

Mereka adalah My Sayangs! (^_____^)V
Ini gambar di Kampung Baru, K.L. pada bulan Disember tahun lepas... (^_____^)V
Jangan salah faham ya kerana My Sayangs adalah perempuan dan bukannya lelaki... Kepada My Sayangs, bersabarlah menunggu kedatangan diri ini... "Oh, gila... Awie dalam Sembilu... Jiwang siot aku!". Pinjam ayat Saheizy Sam dalam cerita 'Aku Bukan Tomboy'... (^_____^)V
P/S : Lepas Isya' tadi dapat panggilan dari seorang perempuan Indonesia... Dia tanya, "Ini nombor tukang urut ke?" Apa kejadahnya saya jadi Tukang Urut???!!! (-_____-")
Tuesday, November 15, 2011
Oh!!! Bestnya Siti di Malaysia!!!~
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Ada sesiapa yang dapat 'tangkap' tajuk di atas tak? Haha! Hari ini saya nak ulas mengulas mengenai berita yang menjadi isi di dalam suratkhabar dan yang menjadi topik di konti Hot.fm pagi tadi... Ya! Obesiti atau nama panjangnya adalah 'Oh Bestnya Siti'...
Seperti apa yang dilaporkan di dalam akhbar Harian Metro, Malaysia merupakan 'Juara Gemuk di ASEAN'... Wah! Bangga sekejap sebab Malaysia pegang title JUARA... Tetapi tidak boleh berbangga sangat sebab Malaysia menjadi juara dalam perkara negatif...
Punca utama berlakunya obesiti di kalangan penduduk Malaysia adalah kerana pengambilan gula yang berlebihan sama ada di dalam makanan ataupun minuman... Dari situ dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia sukakan makanan yang manis... Jadi jangan nak salahkan sangatlah rakyat Pantai Timur... Selain itu ini juga berpunca daripada senyuman rakyat Malaysia yang diakui sangat manis bak gula2 kapas...
Kasihan pada Kementerian Kesihatan Malaysia sebab sanggup berhempas pulas mengadakan kempen kurangkan pengambilan gula, tapi tiada hasil yang memberangsangkan... Siap buat iklan mengenai kurangkan pengambilan gula...
Tetapi, usah khuatir... Dr Rozmey sedia membantu pihak kementerian dengan senang hati dan tanpa paksaan... "Gunakanlah Jus Mate 5", kata Dr Rozmey... "Pasti berkesan!~ Usah ragu2... Gunakanlah tanpa was2...", tambah beliau lagi. Itu adalah kata2 dari Dr Rozmey... Saya cuma sampaikan... (^_____^)V
Apa2pun, jagalah kesihatan anda sebaik mungkin kerana sesungguhnya Allah SWT sukakan mereka yang sihat... (^_____^)V
P/S : Oh!~ Nampaknya saya terpaksa lupakan azam yang saya azamkan pada setiap tahun... (-_____-")

Monday, November 14, 2011
Oh!!! Kisah Ibu dan Anak...
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Ini bukan kisah 'Ubat Batuk Cap Ibu & Anak'seperti yang korang boleh tengok dalam iklannya yang kerap dimainkan di kaca2 televisyen rumah korang (iklan fasal wayang kulit tu), tetapi ini adalah kisah yang berlaku di alam realiti baru sahaja sebentar tadi... Ini merupakan kisah di mana seorang anak yang mengidamkan sesuatu dan si Ibu dapat membaca isi hati anaknya... Hebat tak hebat Ibu tersebut...
Anak yang cuba saya ceritakan merupakan seorang yang sangat cantik dan bijakkelentong malah disenangi oleh orang2 sekeliling... Dia juga merupakan anak yang sangat taat kepada ibu bapa dan perintah agama... Manakala si Ibu pula merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan tidak pernah merungut terhadap kerenah anak2nya yang pelbagai...
Tadi saya 'menonton' kisah mereka... Dengan erti kata lain, saya melalui apa yang mereka lalui di dalam kehidupan realiti saya... Ok2, saya terus terang sahajalah sebab takut Mamat Sengal tu tak faham pula... Ini merupakan kisah saya dan Emak saya... Tadi, selepas pulang dari kerja, selepas saya basuh baju, selepas saya mandi, dan semasa saya menyapu ruang tamu, saya melihat Emak sedang makan nasi... Maka bermulalah sesi dialog antara kami...
Saya : Makkk!!!
Emak : Apa dia ini? Apa dia??? (Dengan muka cuak dan terperanjat... Nasib baik tidak terhambur nasi di dalam mulut Emak)
Saya : Eee Mak!!!!
Emak : Apa dia??? (Masih lagi dengan muka cuak dan terkejut)
Saya : Mak macam tahu2 je orang nak makan sambal udang hari ini...
Emak : Bila masa kau beritahu Emak?
Saya : Memang orang tak beritahu... Tapi malam tadi orang ingat nak suruh Emak buat sambal udang hari ini... Tapi tak tercakap...
Emak : Hmmm... Ingatkan apa la...
Lepas sapu ruang tamu, saya basuh tangan, ambil pinggan, senduk nasi, dan ambil lauk sambal udang yang Emak masak... Yummy!~ Dan sekarang saya kekenyangan ibarat kerbau berkubang di dalam lumpur... Bukan 'Bernafas Dalam Lumpur', ok!~
Pernah tak perkara sebegitu terjadi pada korang? Maksudnya, Ibu atau Emak atau Umi atau Mama korang se-olah2 dapat membaca isi hatiberulam jantung korang? Saya percaya mesti korang pernah melaluinya... Jadi, sayangilah ibu anda dan jangan sesekali derhaka pada mereka... (^_____^)V
P/S : Saya sayang Emak! (^_____^)V
Ini bukan kisah 'Ubat Batuk Cap Ibu & Anak'seperti yang korang boleh tengok dalam iklannya yang kerap dimainkan di kaca2 televisyen rumah korang (iklan fasal wayang kulit tu), tetapi ini adalah kisah yang berlaku di alam realiti baru sahaja sebentar tadi... Ini merupakan kisah di mana seorang anak yang mengidamkan sesuatu dan si Ibu dapat membaca isi hati anaknya... Hebat tak hebat Ibu tersebut...
Anak yang cuba saya ceritakan merupakan seorang yang sangat cantik dan bijak
Tadi saya 'menonton' kisah mereka... Dengan erti kata lain, saya melalui apa yang mereka lalui di dalam kehidupan realiti saya... Ok2, saya terus terang sahajalah sebab takut Mamat Sengal tu tak faham pula... Ini merupakan kisah saya dan Emak saya... Tadi, selepas pulang dari kerja, selepas saya basuh baju, selepas saya mandi, dan semasa saya menyapu ruang tamu, saya melihat Emak sedang makan nasi... Maka bermulalah sesi dialog antara kami...
Saya : Makkk!!!
Emak : Apa dia ini? Apa dia??? (Dengan muka cuak dan terperanjat... Nasib baik tidak terhambur nasi di dalam mulut Emak)
Saya : Eee Mak!!!!
Emak : Apa dia??? (Masih lagi dengan muka cuak dan terkejut)
Saya : Mak macam tahu2 je orang nak makan sambal udang hari ini...
Emak : Bila masa kau beritahu Emak?
Saya : Memang orang tak beritahu... Tapi malam tadi orang ingat nak suruh Emak buat sambal udang hari ini... Tapi tak tercakap...
Emak : Hmmm... Ingatkan apa la...
Lepas sapu ruang tamu, saya basuh tangan, ambil pinggan, senduk nasi, dan ambil lauk sambal udang yang Emak masak... Yummy!~ Dan sekarang saya kekenyangan ibarat kerbau berkubang di dalam lumpur... Bukan 'Bernafas Dalam Lumpur', ok!~
Pernah tak perkara sebegitu terjadi pada korang? Maksudnya, Ibu atau Emak atau Umi atau Mama korang se-olah2 dapat membaca isi hati
P/S : Saya sayang Emak! (^_____^)V
Sunday, November 13, 2011
Oh!!! Novel yang kelakar tak ingat!!!~
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Hari ini saya review mengenai sebuah novel... Novel yang amat kelakar! Paling kelakar yang pernah saya baca! Sebelum itu saya hendak cerita dahulu macam mana saya boleh bertemu dan seterusnya jatuh cinta pada novel tersebut...
Pada 4 November 2011 (2 hari sebelum hari yang sangat2 bersejarah), saya dan rakan2 sepejabat telah meringankan diri untuk ke sebuah pusat membeli belah yang popular di Johor Bahru iaitu PlazaPokok Angsana... Dan niat kami ke sana adalah untuk makan Ultimate Cheesy 7 Pizza dan membeli novel... Lalu menujulah kami berempat berlenggang kangkong menuju ke kedai buku Bentuk Badan setelah perut kami berlagu riang... Masuk sahaja ke dalam Badan, masing2 membawa haluan masing2 untuk mencari novel yang menarik di hati...
Sedang saya meneliti setiap novel yang ada di situ, saya terjumpa satu novel yang tatkala membaca kulit depan sahaja boleh membuatkan urat kentut saya putus kerana gelak tak hengat dunia! Lalu saya memanggil rakan2 saya dan kami semua ketawa sambil membuat larian setempat setelah membaca apa yang tertulis di kulit depan novel tersebut... Jadi, saya membuat keputusan untuk membeli novel tersebut...
Arakian sampai di pejabat office, habis satu pejabat office telah saya offer untuk membaca kulit depan novel tersebut... Maka gamatlah satu pejabat office dengan gelak hilai ketawa rakan2 ibarat pontianak2 sedang ketawa semasa menonton filem 'Hantu Kak Limah Bergigi Jongang'... Baik yang gred 17 mahupun yang gred 41, semuanya melepaskan ketawa yang membolehkan pankreas menjadi senak!
Dan untuk pengetahuan semua, dalam masa seminggu, novel tersebut telah habis dijual padahal semasa saya beli novel tersebut, terdapat hampir 100 novel bertajuk sama yang tersusun di rak buku... Sampaikan Jumaat lepas kawan saya terpaksa mencari novel tersebut di City Square... Ada dua kedai buku di situ dan kami pergi ke ke-dua2 kedai buku tersebut... Nasib baik jumpa... Tapi jumpa di tapak jualan murah untuk buku di tingkat 1... Itupun tinggal satu!~
Ok, cukuplah 5 perenggan mukadimah saya... Novel yang saya maksudkan adalah 'GELAK TERGOLEK' karya Wann Azlan... Novel ini sangat santai dan untuk pengetahuan semua, ia juga turut memaparkan jalan cerita 18SG, 18SX dan macam2 18 lagilah... Jadi, novel ini tidak digalakkan sangat untuk mereka yang bawah umur atas sebab2 yang tidak diingini... Haha!
Jadi, ayuhlah ramai2 menuju ke kedai2 buku berhampiran untuk mendapatkan 'GELAK TERGOLEK' yang pastinya akan membuatkan korang gelak tergolek sampai 5 tahun lamanya... (^_____^)V
P/S : Selamat bergelak dan selamat bergolek! (^_____^)V
Hari ini saya review mengenai sebuah novel... Novel yang amat kelakar! Paling kelakar yang pernah saya baca! Sebelum itu saya hendak cerita dahulu macam mana saya boleh bertemu dan seterusnya jatuh cinta pada novel tersebut...
Pada 4 November 2011 (2 hari sebelum hari yang sangat2 bersejarah), saya dan rakan2 sepejabat telah meringankan diri untuk ke sebuah pusat membeli belah yang popular di Johor Bahru iaitu Plaza
Sedang saya meneliti setiap novel yang ada di situ, saya terjumpa satu novel yang tatkala membaca kulit depan sahaja boleh membuatkan urat kentut saya putus kerana gelak tak hengat dunia! Lalu saya memanggil rakan2 saya dan kami semua ketawa sambil membuat larian setempat setelah membaca apa yang tertulis di kulit depan novel tersebut... Jadi, saya membuat keputusan untuk membeli novel tersebut...
Arakian sampai di pejabat office, habis satu pejabat office telah saya offer untuk membaca kulit depan novel tersebut... Maka gamatlah satu pejabat office dengan gelak hilai ketawa rakan2 ibarat pontianak2 sedang ketawa semasa menonton filem 'Hantu Kak Limah Bergigi Jongang'... Baik yang gred 17 mahupun yang gred 41, semuanya melepaskan ketawa yang membolehkan pankreas menjadi senak!
Dan untuk pengetahuan semua, dalam masa seminggu, novel tersebut telah habis dijual padahal semasa saya beli novel tersebut, terdapat hampir 100 novel bertajuk sama yang tersusun di rak buku... Sampaikan Jumaat lepas kawan saya terpaksa mencari novel tersebut di City Square... Ada dua kedai buku di situ dan kami pergi ke ke-dua2 kedai buku tersebut... Nasib baik jumpa... Tapi jumpa di tapak jualan murah untuk buku di tingkat 1... Itupun tinggal satu!~
Ok, cukuplah 5 perenggan mukadimah saya... Novel yang saya maksudkan adalah 'GELAK TERGOLEK' karya Wann Azlan... Novel ini sangat santai dan untuk pengetahuan semua, ia juga turut memaparkan jalan cerita 18SG, 18SX dan macam2 18 lagilah... Jadi, novel ini tidak digalakkan sangat untuk mereka yang bawah umur atas sebab2 yang tidak diingini... Haha!
Jadi, ayuhlah ramai2 menuju ke kedai2 buku berhampiran untuk mendapatkan 'GELAK TERGOLEK' yang pastinya akan membuatkan korang gelak tergolek sampai 5 tahun lamanya... (^_____^)V
P/S : Selamat bergelak dan selamat bergolek! (^_____^)V
Tuesday, November 8, 2011
Oh!!! Mari hafal dan amalkan...
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Bertemu lagi kita di dalam entry ini... Kali ini saya nak kongsikan mengenai 7 kalimat yang boleh kita amalkan di dalam kehidupan seharian kita... Kalimat yang menambahkan lagi pahala kita sebagai hamba-NYA yang kerdil...
Barangsiapa yang menghafal 7 kalimat, ia akan dipandang mulia di sisi Allah SAW dan Malaikat serta diampuni dosa2nya walaupun seluas lautan... Hebat tak? Mesti korang tak sabar2 kan nak tahu apakah kalimat yang dimaksudkan itu? Siap boleh diampunkan dosa lagi... Ok, mari kita amalkan ber-sama2...

- Menyebut 'Bismillah' pada tiap2 hendak melakukan sesuatu...
- Menyebut 'Alhamdulillah' pada tiap2 selesai melakukan sesuatu...
- Menyebut 'Astaghfirullah' jika lidah tersebut perkataan yang tidak sepatutnya...
- Menyebut 'InsyaALLAH' jika merencanakan berbuat sesuatu pada hari esok...
- Menyebut 'La haula wala kuwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai atau tidak diingini...
- Menyebut 'Inna lillahi wainna ilaihi raji'un' jika menghadapi dan menerima musibah...
- Menyebut 'La ilaha illAllah Muhammad Rasulullah' sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidah... Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian...
P/S : Kalimat mana yang selalu membasahi bibir anda? Renung2kan dan selamat beramal... (^_____^)V
Monday, November 7, 2011
Oh!!! Petua ini petua Imam Syafie...
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Petua ini merupakan petua Imam Syafie... Dikongsi dari Facebook seorang rakan... Renung2kan dan selamat beramal...
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara yang menguatkan badan :

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari fabrik kapas
Empat perkara yang melemahkan badan :
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara yang menajamkan minda :
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara yang merosakkan mata :
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara yang menajamkan fikiran :
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama'
P/S : Ada perkara yang perlu kita lakukan dan ada yang tidak...
Sunday, November 6, 2011
Oh!!!~ Kami 1 dalam 133590!~
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Ya!~ Kami 1 dalam 133590... Saya dan adik lelaki saya, yang merupakan anak lelaki sulung di kalangan adik beradik saya adalah 1 dalam 133590... Apa yang 1 dalam 133590? Tarikh lahir kami sama!~ Walaupun tahun kami lahir adalah tidak sama... Saya lahir pada tahun 1996 (memang tak la) dan dia lahir pada tahun 1993...
Kebarangkalian untuk adik beradik mempunyai tarikh lahir yang sama adalah 1 dalam 133590 orang... Kami lahir pada 6 November!~ Hari ini!~ Itu kalau ikut kalendar Masihi la... Kalau ikut kalendar Hijrah, saya dilahirkan pada 3 Rabiulawal 1407H manakala adik saya pula pada 21 Jamadilawal 1414H...
Kenapa dalam kalendar Masihi tahun kelahiran saya lambat daripada adik saya manakala dalam kalendar Hijrah tahun kelahiran saya cepat daripada adik saya? Haa, itulah namanya keajaiban (tangan di dada, mata ke atas)...
Nak tahu tarikh lahir mengikut kalendar Islam? Sila klik DI SINI...
Di sini saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Anniversary kepada Sir Alex Ferguson sempena tahun ke-25 menjadi pengurus Manchester United pada hari ini... Glory2 Manchester United!~ (^_____^)V

Saya dan 'kembar' semasa raya tahun 2007 kot!~
P/S : Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian...
Oh!!!~ Berkorban di Hari Ulangtahun Kelahiran...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Hari ini Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali sebagai Hari Raya Korban dan juga dikenali sebagai Hari Raya Haji... Dan lebih tepat lagi dikenali sebagai Hari Ulangtahun Kelahiran saya!~ Eh, bagi tahun ini sahaja... Untuk tahun yang lepas dan tahun2 akan datang ianya tidak akan lagi dikenali sebagai Hari Ulangtahun Kelahiran saya...
Apa pengorbanan yang telah korang buat selama korang hidup di muka bumi ini? Ada korang berkorban demi negara, bangsa, agama dan keluarga? Kalau tanya saya, memang ada... Demi negara, saya sanggup korbankan masa tidur dan rehat saya (memang dasar pemalas) untuk bekerja mencari gaji dan upah yang lumayan (berangan je lebih) demi produktiviti negara tercinta... Demi bangsa, saya sanggup dengan sedaya upaya saya mempatriotikkan diri dengan menyokong karya anak2 Malaysia (tangan di dada mata ke atas)... Demi agama, saya cuba menjadi muslimah yang terbaik seperti yang dituntut agama... Demi keluarga, saya sanggup lakukan apa sahaja supaya keselamatan mereka terjamin...
Tapi kan, untuk Hari Raya Korban tahun ini, saya terpaksa korbankan kerinduan saya yang sememangnya semakin menebal terhadap My Sayangs!~ Kalau tidak, kami rancang untuk berjumpa di Kuala Lumpur sempena cuti Raya Haji ini dan kami sudah rancang ber-macam2 aktiviti kerohanian dan kejasmanian... Tapi sayangnya, perjumpaan kami terpaksa ditunda pada bulan depan... Macammanalah nak menanggung rindu ini... Rindu semakin menebal sejurus bercakap di telefon hari Khamis lepas... Tak mengapalah... Bersabarlah wahai hati... Masa itu akan tiba jua...
Hari ini Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang ke-25... Jadi saya harapkan segala apa yang saya hajat dan doakan selama ini akan ditunaikan Allah SWT, sempena hari baik dalam bulan Islam ini... Banyak yang saya mohon pada Allah setiap kali selepas solat... Dan setiap kali itu saya akan menunggu dan terus menunggu sehingga ianya tertunai... Tapi perkara utama yang saya harap2 sangat moga Allah tunaikan buat masa sekarang adalah mengenai soal jodoh... Dan tak lupa juga mengenai hajat saya untuk berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih baik... Semoga Allah memberkati hidup saya selama saya hidup di muka Bumi ini... Amin...
Buat kembar saya, Selamat Ulangtahun Kelahiran juga... Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Sama2lah kita menjaga keluarga dengan baik dan tunjukkan contoh yang baik terhadap adik2... Sebagai anak sulung lelaki, jadilah pelindung dan pemimpin yang baik...
P/S : Sebenarnya tak berapa nak ada idea untuk entry ini... Apa2pun, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua dan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat diri saya... (^_____^)V

Friday, November 4, 2011
Oh!!!~ Gaduh berebutkan JANTAN?
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Semalam tengok satu video mengenai pergaduhan antara dua orang gadis kerana berebutkan lelaki a.k.a jantan... Ish!~ Tak fahamlah dengan budak2 perempuan zaman sekarang... Sanggup bertumbuk tendang sepak terajang se-mata2 nak berebutkan seekor JANTAN!~ Apa kejadahnya dengan jantan2 itu? Hidup masih tunggang langgang, tapi menjadi rebutan para gadis...
Nak ditekankan di sini bahawa gadis2 tersebut dan jantan yang direbutkan masih lagi di bawah umur!~ Di bawah umur!~ Makan pakai minum pun masih ditanggung ibu bapa lagi... Adoila!~ Kalau yang lelaki dipanggil jantan, yang perempuan kena dipanggil betina la ya? Untuk makluman semua, perkataan BETINA di negeri Kelantan merujuk kepada perempuan... Jadi tak salah kot kalau saya nak memanggil gadis2 tersebut sebagai BETINA... Tak mengapalah... Saya guna perkataan yang sopan je...
Sekarang ni kalau nak tengok gadis2 bergaduh sebab lelaki, cari je kat Youtube... Berlambak... Taip je keyword 'Perempuan Gaduh'... Yang saya naik hairan, yang tukang rakam tu tak terasa nak ambil apa2 tindakan ke untuk leraikan pergaduhan gadis yang bergaduh? Oh, mungkin tukang rakam tu tengah syok + menghayati sesi bergaduh + perasaan nak upload video kat Youtube mem-buak2... Dimaafkanlah... Tapi yang menonton tu, tak nak cuba leraikan ke? Makin disorak ada la... Ish!~ Tak fahamlah...
Sudah2lah tu adik2 sekalian... Tak payahlah nak tunjuk kekuatan korang tu demi seorang jantan yang sememangnya ber-sepah2 di jalanan... Tak bawa faedah pun... Yang si lelaki bertepuk tangan melihat korang bertumbuk bertampar demi dorang... Makin naiklah ego mereka... Kalau nak bergaduh sangat, pergi ke gym, ajak pihak lawan sekali, tumbuk je punching bag... Tengok siapa yang paling kuat... Guarantee puas hati... Sihat pun sihat...
P/S : Selalu 'bergaduh' dengan adik2, terutamanya dengan dua orang adik lelaki yang paling kecil!~ (^_____^)V

Ambil kau!~
P/S : Selalu 'bergaduh' dengan adik2, terutamanya dengan dua orang adik lelaki yang paling kecil!~ (^_____^)V
Wednesday, November 2, 2011
Oh!!!~ 'Perigi cari timba'... Salahkah?
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak dan ber-menjak2 kebelakangan ini, saya sering memikirkan mengenai peribahasa ini... Ia datang menerjah ke kepala otak saya tanpa diminta dan tanpa dijemput... Ya (!), ia datang datang menerjah kerana bersebab... Dan yang saya pasti sebabnya adalah kerana keadaan diri ini yang masih lagi berstatuskan BUJANG... Tak best la perkataan bujang tu... Nak tukar kepada ANAK DARA...
Ok, dalam keadaan umur yang semakin meningkat dan kematian yang akan datang menjemput pada bila2 masa, satu perkara yang saya amat risaukan adalah mengenai status diri ini... Siapa yang taknak berkahwin? Itukan sunnah Rasulullah SAW... So, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah, "Salahkah kalau perigi mencari timba?"
Sebenarnya, situasi tersebut telah pun diaplikasikan sejak zaman Rasululullah SAW lagi di mana isteri Baginda, iaitu Siti Khadijah yang berkenan dengan Baginda telah menyuruh orang2nya untuk meminang Baginda... Dan Alhamdulillah, Rasulullah SAW menerima pinangan tersebut... Kalau saya berada di zaman Rasulullah SAW pun saya akan menyuruh kedua orang tua saya untuk meminang Rasulullah SAW...
Kalau di zaman emak2 kita, peribahasa tersebut tidak dipraktikkan kerana dianggap memalukan (kerana sifat wanita Timur yang sangat tebal), kini zaman sudah berubah... Jadi tidak salah untuk si gadis mencari lelaki untuk dijadikan pasangan hidup, cuma perlulah dengan cara yang tidak memalukan diri sendiri... Oleh kerana lelaki sukar untuk memahami seorang wanita, maka tidak salah untuk seorang perempuan memulakan langkah terlebih dahulu... Caranya mudah, sama seperti cara seorang lelaki cuba untuk menarik perhatian seorang wanita...
Untuk itu, si gadis tersebut perlulah berani untuk mendekati lelaki yang dipuja itu... Selain itu, gadis tersebut perlulah mempunyai hati yang kental... Kerana apa? Yalah, takutlah kalau2 'pinangan' tersebut akan ditolak oleh si jejaka, tak ke meroyan di kemudian hari? Kalau fizikal dan mental tu dah kuat, apa sahaja jawapan yang diberikan oleh si jejaka akan diterima tanpa perasaan dendam dan malu...
Dan sebagai seorang perempuan, ciri2 kewanitaan tu perlulah dikekalkan di dalam diri... Jangan main terjah hentam kromo tak tentu hala bila nak mendekati seseorang lelaki yang bertakhta di hati... Sifat2 wanita Melayu terakhir tu perlu ada...
Lagi satu, kalau boleh selidik dulu latarbelakang si jejaka... Sebab apa kena selidik dahulu latarbelakang mereka? Sebab lelaki mempunyai ego... Kalau mereka tahu ada wanita yang ingin medekati mereka, makin naiklah ego mereka tu... Jadi pastikan yang mereka merupakan seorang yang jujur dan ikhlas apabila menjalinkan hubungan yang serius... Kalau tidak, bersedialah untuk dipermainkan oleh lelaki terbabit...
Apa2pun, kepada gadis2 yang akan cuba try test untuk mengaplikasikan peribahasa tersebut, semoga berjaya... Kalu niat yang dipasang adalah betul (ingin menjadikan lelaki tersebut sebagai pasangan hidup yang sah), InsyaALLAH segala urusan akan dipermudahkan... Ingat ya, dalam Islam dah diterangkan ada 4 ciri di dalam mencari pasangan iaitu KEIMANAN, KETURUNAN, KECANTIKAN dan HARTA... Jangan diabaikan 4 ciri tersebut...
P/S : Saya pernah mengaplikasikan peribahasa tersebut ke dalam hidup saya semasa cinta pertama dahulu... Cerita lama... (^_____^)V

Sunday, October 30, 2011
Oh!!!~ Ambil nyawa bukan lagi kerja Tuhan...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
"Hari2 tengok berita buruk jam lapan
Hari2 tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja tuhan?
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal DIA yang tentukan"
Korang tahu lagu di atas? Itulah lagu yang didendangkan oleh Malique dan Rabbani yang berjudul 'Perang Sudah Tamat'... Isu yang cuba saya ketengahkan di sini adalah mengenai kematian yang mungkin tiba sebelum ajal sebenar kita... Kematian yang ditentukan di tangan manusia sendiri...
Ya (!), saya tahu bahawa Allah SWT yang menentukan ajal seseorang, tapi cara kematian mereka kadang2 menyayat hati... Pernah tidak korang terfikir tentang persoalan adakah Allah tergamak meletakkan ajal seseorang itu dengan cara yang sangat menyayat hati? Contohnya, seorang bayi yang baru lahir diletakkan di dalam lubang tandas lalu di pam... Tak pun, seorang bayi yang baru lahir dicampak dari tingkat 3 sebuah bangunan... Itu baru kisah mengenai bayi yang tidak berdosa!~
Kalau kanak2 pula, dirogol, dibelasah lalu dibunuh... Itu belum lagi kes2 orang yang mati dibakar, di mana sebelum itu si pembunuh mendera mangsa dengan se-puas2nya... Tidakkah semua kes kematian itu sangat menyayat hati? Kematian yang letaknya di tangan manusia sendiri... Manusia yang mengambil nyawa manusia yang lain...
Tapi sekarang ini, mengambil nyawa bukan lagi kerja Tuhan... Semuanya kerja manusia... Manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah!~
Contoh lain yang saya boleh bagi, Si A mengupah Si B untuk membunuh Si C... Si A mahu Si B tamatkan riwayat Si C pada hari esok juga... Nah!~ Siapakah yang mengambil nyawa Si C? Bukannya Tuhan tapi MANUSIA!~
Entahlah... Ini cuma pandangan saya... Saya hanya meluahkan apa yang saya dengar, lihat dan baca... Luahan yang telah lama saya pendamkan dek kerana kemarahan yang mem-buak2 di dalam hati terhadap mereka yang sanggup mengambil nyawa orang lain tanpa sedikitpun perasaan bersalah di hati yang mungkin telah lama kering dan hitam...
Jika ada yang salah dan tidak betul dalam apa yang saya bicarakan, sila perbetulkan kerana saya menghasilkan entry ini dalam keadaan beremosi... Saya menerimanya dengan hati terbuka...
P/S : Ajal saya, tak tahu bila akan tiba...

Gambar ihsan dari Encik Google...

Friday, October 28, 2011
Oh!!!~ 'Hijab' itu telah terbuka...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
"Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Aku mohon pada-Mu...
Lindungilah pandanganku, hatiku dan fikiranku...
Daripada dia...
Wujudkanlah hijab di antara kami...
Amin..."
Itu merupakan doa saya pada Allah SWT sejak kebelakangan ini... Saya tidak menyesal jika Allah benar2 menutup pandangan dan membutakan hati saya daripada dia... Selama ini saya mampu untuk pertahankan 'hijab' tersebut... Tetapi oleh kerana sebab yang tidak disengajakan, ianya telah terbuka... Dan saya amat2 menyesalinya!~ Sangat2 menyesal!~ Rasa marah pada diri sendiri juga ada... Moga2 selepas ini saya lebih ber-hati2 di dalam mempertahankan 'hijab' tersebut...
P/S : 'Hijab' itu adalah 'pembutaan mata, pembutaan hati dan pembutaan fikiran' terhadap dia... Maksudnya, adanya 'dinding' di antara kami... <--- Jawapan untuk Cik Awien dan semua... (^_____^)V
"Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Aku mohon pada-Mu...
Lindungilah pandanganku, hatiku dan fikiranku...
Daripada dia...
Wujudkanlah hijab di antara kami...
Amin..."
Itu merupakan doa saya pada Allah SWT sejak kebelakangan ini... Saya tidak menyesal jika Allah benar2 menutup pandangan dan membutakan hati saya daripada dia... Selama ini saya mampu untuk pertahankan 'hijab' tersebut... Tetapi oleh kerana sebab yang tidak disengajakan, ianya telah terbuka... Dan saya amat2 menyesalinya!~ Sangat2 menyesal!~ Rasa marah pada diri sendiri juga ada... Moga2 selepas ini saya lebih ber-hati2 di dalam mempertahankan 'hijab' tersebut...
Wednesday, October 26, 2011
Oh!!!~ Dilema seorang insan bergelar WANITA...
Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Siapa berjantinakan perempuan, sila baca... Terutama kepada makcik2 joyah yang sangat bermulut becok bak murai tercabut ekor yang suka sangat nak jaga tepi kain dalam anak2 gadis dan perempuan2 muda yang sudah berkahwin... Dan kepada mereka yang berjantinakan lelaki, digalakkan baca... Bukan apa, ini pun untuk membuka mata2 anda yang berada di luar sana... Apa yang akan saya tunjukkan adalah dilema2 yang dihadapi oleh kaum Hawa... Ini adalah realiti bagi kehidupan seorang WANITA!~
1 . Apabila sudah habis belajar, orang2 sekeliling akan bertanya :
"Bila nak kerja?"
Jawapan kami, "Belum ada rezeki..."
2 . Apabila sudah kerja, orang2 sekeliling akan bertanya :
"Bila nak kahwin?"
Jawapan kami, "Belum ada jodoh..."
3 . Apabila sudah kahwin, orang2 sekeliling akan bertanya,
"Bila nak mengandung?"
Jawapan kami, "Belum ada rezeki..."
4 . Apabila sudah mengandung, orang2 sekeliling akan bertanya :
"Bila nak bersalin?"
Jawapan kami, "Belum due date..."
5 . Apabila sudah bersalin, orang2 sekeliling akan bertanya :
"Berpantang kat mana?"
Jawapan kami, "Tak tahu lagi..."
6 . Apabila anak sudah besar sikit, orang2 sekeliling akan bertanya :
"Bila nak tambah anak?"
Jawapan kami, "Belum ada rezeki... Cukuplah satu dahulu..."
Oh, kami sebagai kaum WANITA amat penat dan letih untuk menjawab pertanyaan2 yang merupakan ketentuan dari Allah SWT... Kami hanya merancang kerana Allah yang menetukan segalanya... Sekian, terima kasih...
P/S : Saya sudah dan akan melalui dilema2 tersebut...