Ini bukan kisah 'Ubat Batuk Cap Ibu & Anak'seperti yang korang boleh tengok dalam iklannya yang kerap dimainkan di kaca2 televisyen rumah korang (iklan fasal wayang kulit tu), tetapi ini adalah kisah yang berlaku di alam realiti baru sahaja sebentar tadi... Ini merupakan kisah di mana seorang anak yang mengidamkan sesuatu dan si Ibu dapat membaca isi hati anaknya... Hebat tak hebat Ibu tersebut...
Anak yang cuba saya ceritakan merupakan seorang yang sangat cantik dan bijak
Tadi saya 'menonton' kisah mereka... Dengan erti kata lain, saya melalui apa yang mereka lalui di dalam kehidupan realiti saya... Ok2, saya terus terang sahajalah sebab takut Mamat Sengal tu tak faham pula... Ini merupakan kisah saya dan Emak saya... Tadi, selepas pulang dari kerja, selepas saya basuh baju, selepas saya mandi, dan semasa saya menyapu ruang tamu, saya melihat Emak sedang makan nasi... Maka bermulalah sesi dialog antara kami...
Saya : Makkk!!!
Emak : Apa dia ini? Apa dia??? (Dengan muka cuak dan terperanjat... Nasib baik tidak terhambur nasi di dalam mulut Emak)
Saya : Eee Mak!!!!
Emak : Apa dia??? (Masih lagi dengan muka cuak dan terkejut)
Saya : Mak macam tahu2 je orang nak makan sambal udang hari ini...
Emak : Bila masa kau beritahu Emak?
Saya : Memang orang tak beritahu... Tapi malam tadi orang ingat nak suruh Emak buat sambal udang hari ini... Tapi tak tercakap...
Emak : Hmmm... Ingatkan apa la...
Lepas sapu ruang tamu, saya basuh tangan, ambil pinggan, senduk nasi, dan ambil lauk sambal udang yang Emak masak... Yummy!~ Dan sekarang saya kekenyangan ibarat kerbau berkubang di dalam lumpur... Bukan 'Bernafas Dalam Lumpur', ok!~
Pernah tak perkara sebegitu terjadi pada korang? Maksudnya, Ibu atau Emak atau Umi atau Mama korang se-olah2 dapat membaca isi hati
P/S : Saya sayang Emak! (^_____^)V
sambal udang.. favourite saya tu,...
ReplyDeleteCik Habibah, itupun favourite Sis!~ (^_____^)V
ReplyDelete