Saturday, November 26, 2011

Oh!!! Tukar Mazmumah kepada Mahmudah...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Salam Ma'al Hijrah 1433 buat semua... Selalunya apabila tiba Ma'al Hijrah, orang akan kaitkan dengan penghijrahan... Ya, namapun Ma'al Hijrah... Ma'al Hijrah seperti yang kita semua sedia maklum, merupakan sambutan tahun baru bagi kalendar Islam iaitu kalendar Hijrah... Dan perhitungan bilangan hari dalam setahun bagi kalendar Hijrah adalah berbeza dengan kalendar Masihi...

Awal Muharram yang juga disebut Ma'al Hijrah disambut bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah... Penghjirahan yang berlaku pada 1 Muharram tersebut telah menjadi hari pertama bagi pengiraan takwim Hijrah...

Sebut sahaja Ma'al Hijrah, akan ada azam baru yang dibina dan ingin dicapai oleh umat Islam di seluruh dunia bagi tahun baru tersebut... Dan se-baik2 penghijrahan adalah membuang segala sifat2 mazmumah dan menukarkannya kepada sifat mahmudah...

Ya (!), memang sukar untuk membuang segala sifat mazmumah kerana yang dilarang itulah yang seronok dilakukan... Tapi itulah yang dinamakan pengorbanan... Penghijrahan boleh dilakukan secara per-lahan2 tanpa perlu ada paksaan dalam diri... Jika tidak terlaksana sepenuhnya pada tahun ini, tahun hadapan setia menanti... Tetapi, ingatlah! Kita tidak pasti bila kita akan mati... Mungkin hari ini, mungkin esok...Jadi, jika kita tersedar akan kelemahan diri, teruslah lakukan penghijrahan...

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun...


P/S : Ayuh lakukan penghijrahan! (^_____^)V

5 comments: