Sunday, December 11, 2011

Oh!!! Dua perkara besar dalam sehari! (Part 2)

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini 10 Disember 2011... Kalau tadi saya hasilkan entry 'Oh!!! Dua perkara besar dalam sehari! (Part 1)', kali ini saya hasilkan sequel-nya... Sepatutnya saya kena ceritakan cerita Part 1 dan Part 2 di dalam satu entry, tetapi saya telah bercadang untuk mengasingkan ke-dua2 cerita di dalam entry yang berlainan... Jom ikuti Part 2...

GERHANA BULAN YANG SANGAT CANTIK!

"SUBHANALLAH"... Itu sahaja yang mampu saya lafazkan tatkala melihat fenomena yang jarang2 berlaku... Berasa bersyukur sangat2 kerana saya berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan... Jikalau sebelum ini saya pernah menyaksikan fenomena Gerhana Matahari (kalau tidak salah, semasa tahun 2009), hari ini adalah pengalaman pertama saya menyaksikan Gerhana Bulan...

Sungguh indah ciptaan Allah SWT... Hanya mereka yang bertuah sahaja yang dapat menyaksikannya... Dan kepada yang berpeluang menyaksikannya, sentiasalah ingat akan kebesaran Allah... Bagi umat Islam, apabila berlakunya Gerhana Bulan, kita digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana yang disebut juga Solat Sunat Kusuuf / Khusuuf dan hukumnya adalah Sunat Mu'akkad... Untuk Solat Sunat Gerhana Bulan, cara bacaan adalah dengan suara yang nyaring... Untuk cara2 Solat Sunat Gerhana, boleh rujuk DI SINI...

Terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan untuk dilakukan ketika berlaku gerhana iaitu :
-Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah SWT...
-Melaksanakan olat Sunat Gerhana jika berjaya melihatnya di tempat di mana kita berada...
-Berdoa dan berzikir...
-Mengeluarkan sedekah...
-Memerdekakan hamba di waktu terjadinya gerhana (menurut hadis)
-Melakukan amalan2 yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah...

Di bawah ini adalah gambar2 yang sempat dirakamkan semasa Gerhana Bulan sebentar tadi... Walaupun tidak menggunakan kamera canggih, tapi hasilnya tetap ada... (^_____^)V

 (Sila klik gambar untuk tumbesaran)

 (Sila klik gambar untuk tumbesaran)

Dari tingkat 5 rumah saya... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


P/S : Kita nampak bulan, tetapi sebenarnya bulan sangat jauh dengan kita... Dan sebaliknya kita tidak nampak Allah SWT, tetapi hakikatnya Allah SWT sangat dekat dengan kita... (^_____^)V                      

No comments: