Hari ini Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali sebagai Hari Raya Korban dan juga dikenali sebagai Hari Raya Haji... Dan lebih tepat lagi dikenali sebagai Hari Ulangtahun Kelahiran saya!~ Eh, bagi tahun ini sahaja... Untuk tahun yang lepas dan tahun2 akan datang ianya tidak akan lagi dikenali sebagai Hari Ulangtahun Kelahiran saya...
Apa pengorbanan yang telah korang buat selama korang hidup di muka bumi ini? Ada korang berkorban demi negara, bangsa, agama dan keluarga? Kalau tanya saya, memang ada... Demi negara, saya sanggup korbankan masa tidur dan rehat saya (memang dasar pemalas) untuk bekerja mencari gaji dan upah yang lumayan (berangan je lebih) demi produktiviti negara tercinta... Demi bangsa, saya sanggup dengan sedaya upaya saya mempatriotikkan diri dengan menyokong karya anak2 Malaysia (tangan di dada mata ke atas)... Demi agama, saya cuba menjadi muslimah yang terbaik seperti yang dituntut agama... Demi keluarga, saya sanggup lakukan apa sahaja supaya keselamatan mereka terjamin...
Tapi kan, untuk Hari Raya Korban tahun ini, saya terpaksa korbankan kerinduan saya yang sememangnya semakin menebal terhadap My Sayangs!~ Kalau tidak, kami rancang untuk berjumpa di Kuala Lumpur sempena cuti Raya Haji ini dan kami sudah rancang ber-macam2 aktiviti kerohanian dan kejasmanian... Tapi sayangnya, perjumpaan kami terpaksa ditunda pada bulan depan... Macammanalah nak menanggung rindu ini... Rindu semakin menebal sejurus bercakap di telefon hari Khamis lepas... Tak mengapalah... Bersabarlah wahai hati... Masa itu akan tiba jua...
Hari ini Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang ke-25... Jadi saya harapkan segala apa yang saya hajat dan doakan selama ini akan ditunaikan Allah SWT, sempena hari baik dalam bulan Islam ini... Banyak yang saya mohon pada Allah setiap kali selepas solat... Dan setiap kali itu saya akan menunggu dan terus menunggu sehingga ianya tertunai... Tapi perkara utama yang saya harap2 sangat moga Allah tunaikan buat masa sekarang adalah mengenai soal jodoh... Dan tak lupa juga mengenai hajat saya untuk berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih baik... Semoga Allah memberkati hidup saya selama saya hidup di muka Bumi ini... Amin...
Buat kembar saya, Selamat Ulangtahun Kelahiran juga... Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Sama2lah kita menjaga keluarga dengan baik dan tunjukkan contoh yang baik terhadap adik2... Sebagai anak sulung lelaki, jadilah pelindung dan pemimpin yang baik...
P/S : Sebenarnya tak berapa nak ada idea untuk entry ini... Apa2pun, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua dan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat diri saya... (^_____^)V
salam aidil adha. comelnye mase baby :)
ReplyDeleteSalam Aidil Adha juga buat Cik Ezan... Masa baby semua pun comel... (^_____^)V
ReplyDelete