Wednesday, May 11, 2011

Oh!!!~ Ini adalah entry blackout!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ini adalah entry rushing... Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Sebab menurut kepada 'ramalan' Emak malam tadi semasa saya sedang menikmati santapan diraja saya, pada hari ini, jam 5 petang, akan berlakunya 'hitam keluar' sehingga jam 12 tengah malam ini... Tak tahu apa itu 'hitam keluar'? Cuba translate ke English... Ya!~ Akan berlakunya fenomena blackout di kuarters yang saya tinggal ini... Huhu!~ Dan kenapa saya katakan ini entry rushing? Sebab pada bila2 masa sahaja kuarters ini akan mengalami kejadian tersebut... Sebenarnya tadi, baru je tadi, tak sampai 10 minit pun, berlakunya blackout selama satu saat... Dah la masa tu saya baru buka laman web www.blogger.com... Tak sempat nak sign in, tiba2 ter-blackout... Uhhh!~ Nak taknak kena hidupkan kembali laptop besar gedabak saya ni...

Hari ini saya balik ke rumah agak awal... Dalam jam 12:30 tengah hari dah sampai di rumah... Sebab kerja hari ini saya dan kawan2 dah cover pada hari semalam... So hari ini tak perlu kerja luarlah... Hebat tak kami? Oh, berlagaknya saya!~ (^_____^)V Ok, stop pasal cerita kerja pejabat office, sebab bila2 masa sahaja akan blackout... Minta2lah sempat publish this entry... Huhu!~

Dah sampai di rumah, saya rasa mengantuk sangat... Actually, dari pejabat office lagi dah rasa mengantuk.. Serius!~ Dalam kereta pun rasa mengantuk... Tapi tahankan je la mata ni dengan meletakkan batang mancis di tengah2 mata... Dah sampai di rumah, dah bersih2kan diri, terus ambil suratkhabar dan berbaring di atas katil Wani... Baca suratkhabar sambil berbaring... Tak lama lepas tu, saya pun terlelap secara automatik... Mulalah mimpi yang bukan2... Huh!~

Ada faham??? Huhu!~


Saya set alarm jam di handphone tak berapa canggih saya kepada jam 3:30 petang sebab ingat nak bangun sembahyang Zuhur... Tapi bila alarm berbunyi, entah macam mana tangan ni secara automatik terus matikan alarm... Padahal sebelum ni saya takkan matikan alarm selagi saya tak bangun kerana saya akan sentiasa setkan kepada 'snooze' mode... Hari ini boleh pulak tertekan 'mati' semasa alarm berbunyi... So hari ini saya terlajak Zuhur sedikit...

Dalam jam 4:25 petang baru bangun... Dah azan Asar dah masa tu... Tiba2 teringat pasal 'ramalan' Emak malam tadi... Terus saya ambil iron di bilik Iwan dan iron baju kurung untuk ke pejabat office esok hari... Risau tak sempat iron sebab saya akan iron baju pejabat office pada waktu petang selepas pulang dari kerja... Dah siap iron, pergi mandi, lepas tu sembahyang Asar dan Zuhur dan terus on laptop besar gedabak saya... Kepada semua pembaca, jangan tiru cara saya yang terlajak Zuhur itu, ok... Tak baik... Berdosa...

Sekarang ini, di luar sedang hujan yang agak lebat... Setelah beberapa hari hujan tak turun... Alhamdulillah... . Hope sempat klik 'publish'... (^_____^)V


P/S : Harap2 tak blackout... Huhu!~ Kalau nampak ada lagi satu entry di publish malam ini, maknanya tidak berlakulah fenomena 'hitam keluat'...  (^_____^)V

9 comments:

mIsSz said... [Reply]

wei... apsal ko lepak kat katil aku... katil ko kan kat atas....~

fara feroza said... [Reply]

kalau blckout tak dapet la update blog...haha..

1 said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
SiS NaD said... [Reply]

CiK WaNi aDiKKu : SuKaTi aKu La... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK FaRa : Tau TaKPe... TaPi TaK JaDi BLacKouT La... HeHe!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : eRR... HeHe!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK WaNi aDiKKu : KaTiL Mu KaTiL Ku Jua.. (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK FaRa : TaK BLaCKouT!~ YeaY!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : HeHe!~ (^_____^)V