Sunday, May 1, 2011

Oh!!!~ Kisah adik lelaki sulung saya...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini saya terasa nak cerita mengenai adik lelaki saya yang sulung... Means anak lelaki pertama bagi Emak dan Abah saya... Sempena Hari Pekerja yang jatuh pada hari ini, maka saya tanpa rasa sangsi dan gundah gulana ingin bercerita mengenai dia... Tak pernah saya cerita pasal dia dalam entries saya sebelum2 ni... Apa salahnya kali ini saya bercerita mengenai dia pulak kan?

Ok2... Sebenarnya, di dalam keluarga saya, adik lelaki sulung saya iaitu Muhammad Ridhwan atau lebih manja dipanggil Wan oleh keluarga dan rakan2nya, dikenali juga sebagai kembar saya... Nak tahu tak kenapa dia dipanggil sebagai kembar saya? Ini merupakan cerita yang menakjubkan, ok!~ Kalau nak tahu, tarikh lahir dia sama dengan tarikh lahir saya iaitu pada 6 November... Cuma tahun je lain... Saya pun tak tahu macam mana Emak dan Abah saya merancang... Huhu!~ Tapi Emak dan Abah memang hebat!~ Kena minta tips ni... Nanti bolehlah saya lahirkan anak2 saya pada hari dan bulan yang sama... Jimat bajet nak sambut birthday anak2 saya nanti... Hehe!~

Lagi satu sebab mengapa kami dipanggil kembar adalah kerana perangai kami yang lebih kurang sama... Keras kepala sangat2!~ Dan degil!~ Yelah, nama pun anak sulung... Cuma saya sulung bagi perempuan dan dia sulung bagi lelaki... Saya dan dia pernah dua kali bergaduh teruk sebab nak tunjukkan siapa yang lebih kuasa... Pergaduhan pertama semasa saya di semester 4 di UUM (semasa cuti semster) kalau tak salah dan lagi satu pada akhir bulan Mac hari tu... Masing2 nak menang... Nama pun lelaki... Tak jantan la kalau kalah... Kami kalau bergaduh, mahu 2 3 minggu tak bertegur... (-_-")

Walaupun begitu, tak dinafikan yang dia seorang yang baik... Apa yang Emak suruh, dia akan buat... Kalau Emak suruh pergi kedai, dia akan pergi... Kalau Emak suruh ambil adik2 balik sekolah, dia akan ambil... Kalau Emak suruh beli sarapan untuk kami sekeluarga pagi2 buta. dia akan pergi...

Alamak!~ Dah banyak pulak celoteh pasal dia... Nak ceritakan peristiwa hari ini yang ada kena mengena dengan dia... Petang tadi, saya, Emak, Wani, dan Aiman keluar ronda2 bandar Johor Bahru... Mula2 pergi Plaza Angsana... Saya belanja Wani beli novel... Then saya suggest pada Emak untuk pergi ke Kebun Bunga Diraja yang terletak berhadapan dengan pejabat office tempat saya bekerja... Masa saya suggest untuk pergi ke situ, Emak macam tahu2 je tujuan saya nak pergi ke sana... "Nak ambil gambar ke?" Hehe!~ You are 
absolutely right, Mak... (^_____^)V So macam biasa, Wani yang jadi mangsa untuk menjadi photographer saya... Hehe!~

Then kami ke KipMart sebab nak ambil handphone Wani yang dibaiki di salah satu kedai di situ... Kalau nak tahu, dalam KipMart tu terdapat bahagian pasar di mana terdapat pasar basah dan pasar kering... Iwan bekerja di pasar kering di situ... Dah ambil handphone Wani, Emak suggest untuk mencari di mana tempat kerja Iwan... Puas kami pusing2 di bahagian pasar kering dan basah, akhirnya jumpa jugak... Masa tu dia sedang layan seorang makcik yang nak beli ikan bilis... Tersentuh rasanya bila tengok dia bekerja di situ... Tak sangka dia tidak memilih pekerjaan... Kalau nak ikutkan rupanya yang kacak macam Justin Timberlake tu, dia sepatutnya kerja di tempat2 'berprestij tinggi'... Tapi ada dia kisah??? Asalkan halal katanya... Lagipun dia baru lepas SPM, biar dia timba pengalaman dulu sementara menunggu panggilan kemasukan ke IPTA... Sebelum ni dia pernah kerja di KFC di Damansara Aliff tapi dah berhenti sebab macam kena tipu je kerja kat situ... Lagipun saya tak suka dia kerja kat situ!~ 24 hours kot!~

Apa2pun saya doakan yang terbaik untuk dia walaupun kadang2 perangai dia macam tak boleh blah!~ Uhhh!~ Walaubagaimanapun, dia tetap yang terbaik!~ (^_____^)V

 Nurse yang sambut Iwan lahir ingatkan Emak kahwin dengan Mat Saleh sebab tak dinafikan masa kecik wajah Iwan lebih iras ke arah Mat Saleh...

 Dah besar, takde langsung rupa Mat saleh... Macam Mat Bangla ada la... Haha!~ (^_____^)V

Misi mencari gemis a.k.a lokan... 30 Disember 2010... (^_____^)V


P/S : He's everythign to me!~ (^_____^)V

14 comments:

mIsSz said... [Reply]

citer x bley bla... hahaha~

josrevalution said... [Reply]

salam sis nad...nampaknya syg betul kow dgn abg sulung kow tu yer..hehe..ye lah..sepa lah x syg abgkan..
kaspersky mobile security 9 full version

Imzainieyzulkipli said... [Reply]

amin~~~ moga2 berterusan menjadi anak soleh.

JIJI YU said... [Reply]

best la weh besdey same..

Jahidih Saili said... [Reply]

ayat xboleh tahan..haha..
mg hubungan kekeluargaan terus erat..

Chegu Zubir said... [Reply]

Assalam...anda telah dipilih menjadi top 5..baca nih
Terjah Blogger Top 5

sekamar rindu said... [Reply]

salam..

sebuah keluarga yg bahagia.,..

SiS NaD said... [Reply]

CiK WaNi aDiKKu : aKu Tau Ko JeLeS... TaKPe, LePaS Ni aKu BuaT CiTeR SaL Ko PuLaK ea... JaNGaN RiSau... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JoS : oH!~ aNDa TeRSiLaP... BuKaN aBaNG SuLuNG, TaPi aDiK LeLaKi YanG SuLuNG... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK ZaiNieY : aMiN... iNSYaALLAH... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JiJi : MeMaNG BeST!~ KeK Kena KoNGSi... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiN : HeHe!~ KeNa La BuaT aYaT PoWeR2!~ MoGa2 iNCHiK JaHiDiN... aMiN... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CHeGu ZuBiR : W'SalaM... ReaLLy? KeNa Baca Ni... JoM TeRJaH!~ *eXCiTeD* (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

SeKaMaR RiNDu : W'SalaM... iNSYaALLAH... (^_____^)V