Thursday, March 31, 2011

Oh!!!~ Saya terkena 'Panggilan Hangit'!!!~

Huh!~ Tadi, baru je sekejap tadi, tak sampai pun 1 jam, tontonan saya terhadap rancangan 'Wanita Hari Ini' yang bersiaran di TV3 dari jam 12 tengah hari sehingga 1 petang telah terganggu dengan panggilan Wani dari dalam bilik... Wani menjerit macam terkena histeria, "Kak Yah!!!~ Telefon kau berbunyi!!!~". Serius, macam nak gugur jantung saya bila mendengar pekikan dia yang laksana halilintar membelah Bumi tu... Kus semangat!!!~ Saya pun apalagi, berlari sekencang mungkin dari ruang tamu menuju ke bilik... Ala2 Watson Nyambek gitu...

Setelah saya mendapatkan handphone tak berapa nak canggih saya tu, saya pun tekan la butang 'Jawab', dan berlaku la perbualan di antara 'orang di sana' iaitu si pemanggil dan 'orang di sini' iaitu saya...


Orang Di Sini : Hello, assalamualaikum...

Orang Di Sana : Wa'alaikumsalam... Boleh saya bercakap dengan Cik Nurul Nadiah Binti Muhammad?

Orang Di Sini : Ya, saya...

Orang Di Sana : Hari tu ada datang temuduga di Jabatan Perangkaan kan? Untuk jawatan sambilan...

Orang Di Sini : Ya...

Orang Di Sana : Ok, esok awak dikehendaki datang ke pejabat ye... Esok group awak kena lapor diri... Datang pukul 7:30 sebab pukul 8 ada taklimat...

Orang Di Sini : Ok2... Ada nak kena bawak apa2 tak?

Orang Di Sana : Awak bawakla apa2 yang tak diberikan lagi... Macam nombor akauan Maybank, nombor KWSP...

Orang Di Sini : Ok2...

Orang Di Sana : Ok, terima kasih ye...

Orang Di Sini : Sama2... (Seraya mematikan panggilan).

 Ok, saya jawab panggilan di dalam tandas... (-_-")


Ok, saya dapat kerja di Jabatan Perangkaan lagi setelah 4 bulan duduk melukut di tepi gantang... Last saya kerja kat jabatan tu, bulan 11 tahun lepas... Lepas tu saya memang tak cari kerja kat mana2 pun... Awal bulan hari tu, saya dipanggil untuk interview di situ... Boleh baca kisahnya di SINI ... Selepas dari interview, macam2 khabar angin yang saya dengar mengenai panggilan kerja di jabatan itu... Ada yang kata panggilan akan dibuat bulan 5 la, ada yang kata dorang yang ditemuduga dah dipanggil la, and macam2 lagi la... Itu membuatkan saya mula tak bergantung harap terhadap panggilan kerja di jabatan itu... Tak sangka pulak tadi dorang telefon... Yabedabedu!!!~ Gembira tak terkata... Hehe!~ So, esok dah kena start kerja... Dan mungkin waktu untuk saya update blog adalah terhad... Wuu!~ Sedihnya... T_____T


P/S : Saya tetap akan update blog saya setiap hari... Waktu malam kan ada... (^_____^)V

Wednesday, March 30, 2011

BEN ASHAARI : DECO DECO BENG BENG BOONG!~



Ok, malas nak cakap banyak... Ni segmen beliau lagi... Kalau nak join, klik SINI ... Simple je segmen ni... Terbuka untuk blogger baru macam saya... Kalau nak join, pastikan blog korang tak berat dengan widget2, or lagu bagai2... Itu syarat penertaan yang telah dinyatakan oleh beliau... Sekian...


P/S : Gila simple entry segmen beliau kali ni!~ Haha!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Tolong sabar ya, Wani...

Kan entry sebelum2 ni saya ada ceritakan tentang kepulangan wirawati2 keluarga saya ke pangkuan family saya selepas mereka berhempa-pulas mengerah keringat di laman menimba ilmu... Tak tahu menahu? Klik SINI ... Ok, sekarang tinggal Wani sahaja sebab Farah dah selamat kembali berjuang di kampusnya semula...

Semasa mendapat tawaran melanjutkan pelaharan, Farah dan Wani telah dikurniakan oleh Abah dengan sebuah laptop persendirian, dan masa saya study dulu, saya dihadiahkan oleh Abah dengan laptop besar gedabak!~ Komputer la tu... Sadis gila, ok!~ Tapi saya sangat2 sayang dengan laptop besar gedabak saya tu sebab dengan ia la saya berjaya menamatkan pengajian saya selama 3 tahun tu... Sayang sangat2!~ Lebih dari nyawa saya... Ok, saya tipu je... Saya sayang ia tapi tak lebih dari nyawa saya...

Nak dijadikan cerita. sejak Wani berada di rumah, saya selalu mengambil kesempatan dengan menggunakan laptop dia tak kira la sama ada nak skodeng Facebook Si Dia yang tinggal kenangan dengan menggunakan e-mel dan password Fatin, atau untuk meng-update my lovely blog... Dan itu membuatkan penggunaan laptop oleh Wani terhadap laptop kepunyaan dia sangat2 terhad... Tapi dia seorang yang sangat baik, dia tak kisah pun... Dia kalau on laptop dia pun untuk tengok dan siapkan kerja2 yang pensyarah dia berikan, tak pun dia tengok lagu K-POP yang maha banyak dalam laptop dia... Dia fanatik K-POP, ok!~ Kekerapan dia menggunakan laptop dia sangat rendah jika nak dibandingkan dengan kakak sulung dia ni... Haha!~

Bukannya saya taknak on laptop besar gedabak saya tu, cuma laptop besar gedabak saya running serta loading slow sangat... Dah beberapa kali format dah tu... Hari tu saya nak format guna CD yang Wani bawak (Wani kan amik bidang IT), tapi bila dah masukkan CD, laptop besar gedabak saya tu terus hang... Dah beberapa kali mencuba, hasilnya sama jugak... Nak taknak, laptop Wani la jadi tumpuan saya... Siang dan malam saya adalah bersama laptop dia... Hehe!~ Tapi, Wani akan pulang ke kampus dia Ahad ni... Nampaknya saya akan menggunakan kembali laptop besar gedabak saya... Huhu!~ Takpe la... Apa2 pun, saya sayang laptop besar gedabak saya!~ (^_____^)V

Hehe!~ Blog punya pasal... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


P/S :  Tak sabar nak menggunakan kembali laptop besar gedabak saya tu... Ok, saya tipu je!~ (^_____^)V

Tuesday, March 29, 2011

Oh!!!~ Cerita Asmara 2 buatkan saya terliur!!!~

Ini tidak adil!~ (Ayat tersebut selalu digunakan oleh Si Dia yang hanya tinggal kenangan... Hukhuk!~). Korang tengok cerita Asmara 2 tak tadi? Kalau tak tengok, memang rugi la... Kalau tak, mesti korang boleh terliur dengan saya... Serius, saya betul2 terliur masa tengok part tu... Bukan part masa si Melati uwek2 (muntah la tu)... Bukan juga part masa Asrama Asmara bercengkerama dengan Melati di atas katil... Dan bukan juga masa part Zalia belajar berjalan dengan gigilnya... Haha!~ Nak tahu apa yang buatkan saya terliur? Jom tengok bawah!~ Bukan bahagian bawah badan anda, ok!~ (^_____^)V
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok, saya tahu lukisan saya ni buruk dan tak membuatkan korang terliur... (-_-")


Itulah yang buatkan saya terliur... Melati memang nak kena tau... Ada ke patut dia makan ASAM depan saya!~ Ini tak adil!~ Huh!~ Dia syok2 je makan asam kat sana, sedangkan saya kat sini terliur... Saya ni dah la KAKI ASAM (!!!), dan sedang dalam proses mengurangkan memakan asam... Tak bolehlah tengok asam, mesti terliur sangat2... Tadi pun asyik telan liur je... Huhu!~

Dulu arwah Atok selalu belikan asam untuk kami adik beradik kalau kami satu family balik kampung... Boleh dikatakan tiap2 hari kami adik beradik disogokkan dengan makanan junk food tu oleh arwah Atok... Bila dah balik rumah, kami akan tetap mencari asam, sampaikan Abah marah kami... Abah selalu cakap, "Macam mana la badan tak kecut, asyik makan asam je...". Kalau nak tahu, badan kami adik beradik kurus2, tapi kami takde penyakit bulimia atau aneroxia... (^_____^)V Bukan kurus sangat pun, slim ala2 model je... Hehe!~


P/S : Nak tahu apa lagi yang boleh buatkan saya terliur? Nanti2 saya cerita... (^_____^)V

Oh!!!~ Abah pun membuat kejutan!!!~

Abahku pulang dari kerja
Abahku beli sebuah kereta
kereta Saga warna merah
Boleh ku bawa pergi ronda
Pon 9x
Kereta Saga Abahku berbunyi
Amir dan Aiman mari naik
Boleh akak bawa jumpa awek


 Abah da kereta barunya... (^_____^)V


Ini adalah kenyataan ok... Peristiwa ni berlaku semalam... Rangkap pertama tu adalah kenyataan... Rangkap kedua akan saya jadikan kenyataan bila Amir dan Aiman dah habis sekolah... Haha!~

Nak dijadikan cerita, semalam masa saya nak solat Zohor, saya ternampak Abah yang baru pulang dari kerja... Tapi masa saya ambil air sembahyang, saya ada dengar orang bermain dengan kunci kereta... Sekejap orang tu tekan untuk buka pintu, "Tit.. Tit...", sekejap orang tu tekan untuk kunci pintu, "Tit...". Saya pun buat bodohlah... Then bila dah nampak Abah melalui tingkap bilik saya, saya pun memandang ke arah garaj kereta yang menempatkan kereta besar gedabak Abah saya, sambil memakai telekung... Tapi saya terkejut... Terkejut sangat2 macam culture shock gitu!!!~ Kat garaj tu takde kereta kereta besar gedabak Abah, tapi ada sebuah kereta jenama Saga yang mengambil alih... 

Ok, Abah beli kereta baru... Dah lama Abah nak beli kereta baru... Dah pasang niat dah sebab kereta Proton Saga model lama milik Abah selalu sakit2... Orang kata kalau dah pasang niat, kena laksanakan... Hehe!~ Pagi tadi masa nak mandi, baru saya nampak kereta besar gedabak Abah tu... Ingatkan Abah dah jual, nasib baik tak... Kalau Abah jual, macam mana kami nak balik kampung masa Hari Raya nanti? Adik beradik saya ramai woo!~ Hai, makin bertambahlah kereta Abah... Rasa2nya 10 tahun akan datang, deretan garaj belakang rumah saya ni akan dipenuhi dengan kereta family saya je... Huhu!~


P/S : Cuba teka, sekarang Abah saya ada berapa jibik kereta? Haha!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Amir dan Aiman yang membanggakan...

Hari ini Amir dan Aiman pulang dari sekolah dengan membawa keputusan ujian bulanan dorang.. Ujian bulan Mac... Sangat memberangsangkan... Amir dapat nombor 12, Aiman dapat nombor 1... Satu pencapaian yang amat baik buat Aiman kerana ini adalah ujian pertama dia sementelah menjejakkan kaki di sekolah rendah... Walaupun dia ada dua gred B, tapi kira ok la... Yang lain semua dia dapat gred A...Amir pulak, walaupun dia mendapat nombor 12, tapi peratusan yang dia perolehi untuk semua matapelajaran yang diambil amat membanggakan... Hanya satu je gred B... Yang lain semua A... Dan Amir dapat 100% dalam Bahasa Arab... Mak pernah beritahu yang Amir nak ikut macam adik saya Farah, sebab tu dia dapat 100% dalam matapelajaran tu... Farah kan belajar undang2 dan syariah yang mengutamakan Bahasa Arab... Harap2, dorang dapat kekalkan prestasi dalam ujian2 dan peperiksaan2 yang akan datang...

 Result si Second Bongsu iaitu Amir... (^_____^)V (Sila klik gambar untuk tumbesaran)

Result si Bongsu iaitu Aiman... (^_____^)V (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


P/S : Dorang berdua ada potensi untuk berjaya dalam pelajaran... InsyaALLAH... Amin... (^_____^)V

Monday, March 28, 2011

Oh!!!~ Apa kes dengan Giant???

Ok, setelah entry ni tertangguh dengan hanya menaip tajuk tanpa menghasilkan entry dari malam tadi, baru sekarang saya ada semangat dan idea untuk bercerita mengenai kejadian semalam... Ya, memang cerita semalam tak usah dikenang, bak kata orang2 tua, 'jangan dikenangkan baranga yang lepas, jangan dikenangkan orang yang dah pergi'... Tapi saya tetap berdegiil 80 darjah fahrenheit untuk menceritakannya... Apa yang saya ceritakan ni takde kena mengena dengan yang gila atau buta huruf...

Semalam, saya dan family telah berjalan sakan di sekitar Johor Bahru... Mula2 pergi KipMart sebab nak betulkan handphone Wani yang bermasalah macam tuannya... Mak saya sempat belanja Amir dan Aiman jam tangan... Haish!~ Budak dua orang tu, kalau pergi mana2 mesti minta dibelikan jam tangan yang baru... Bagi jam dinding, taknak pulak... Kata dorang, tak glamour la pakai jam dinding kat tangan... Pandai pulak menjawab... Huh!~ Kemudian saya belanja Wani beli brooch... Dia minta kat Emak, tapi  Emak buat tak layan... So saya sebagai kakak yang mithali pun mengajak dia ke gerai brooch yang dibuka di depan pentas KipMart, di mana ketika itu sedang berlangsungnya satu pertandingan memperagakan pakaian dalam pakaian tradisional... Saya tak tahu pun siapa yang menang sebab tak lama lepas tu Abah mengajak kami ke Giant pula...

Sesampai di Giant, seperti pengunjung2 lain, Abah mencari petak kosong untuk di-parkingkan kereta besar gedabak hakmilik kekal Abah... Sesudah tu, Abah suruh saya, Emak dan Wani masuk ke dalam hypermarket tu dahulu sebab Abah nak belanja Amir dan Aiman aiskrim... Sampai hati Abah halau kami sebab taknak kehabisan duit dengan membelanja kami aiskrim... Hukhuk!~ Saya, Emak dan Wani pun mulalah mengambil apa2 yang patut dan dipegang dengan tangan sehingga Abah masuk... Troli ada pada Abah... Naik lenguh jugak tangan ni dok pegang barang2 tu lama2...

Ok, stop pasal membeli-belah... Sekarang tiba la masa untuk membayar barang2 yang telah saya, Emak dan Wani ambil tadi... Barang Amir dan Aiman pun ada... Abah belikan dorang seluar jeans pendek... Tengah offer la katakan... Hehe!~ Masa saya, Emak dan wani menunggu di sebuah kedai buku yang terdapat di dalam Giant tu (sementara menunggu Abah bayar barang2 yang diambil), saya lihat ada satu kaunter di depan saya ada sedikit kecoh... Kelihatan seorang nenek vogue (pernah diceritakan pasal nenek2 vogue oleh Abg Ben Ashaari tak lama dahulu), membuat kecoh tahap Giant tu mak ayah dia punya... Saya tak pasti sangat apa yang dimarahkan sangat oleh nenek vogue tu kat cashier kaunter dia membuat pembayaran tu... Agak kecoh jugak la sampaikan orang atasan pun 'turun padang'... Ramai jugak buyers yang melihat gelagat nenek vogue tu... Suara dia je yang dengar...

Kemudian saya, Emak dan Wani beralih ke kedai handphone yang terletak di depan kaunter yang Abah buat pembayaran... Then Emak bersuara, "Kenapa Abah ni lama sangat?". Saya pun menuju ke arah kaunter yang Abah berdiri tu, saya tengok cashier kaunter tu tak buat apa2 se-olah2 sedang menanti sesuatu... Kemudian Abah bersuara, "Mana boleh macam ni... Dekat tag harga lain, bila dah scan harga lain... Tak bolehlah macam ni... Nanti semua pembeli tertipu... Ni baru saya yang terkena, kalau lepas ni ramai yang beli seluar ni macam mana?". Oh, patutlah Abah tercongok kat kaunter tu lama sangat... Rupa2nya seluar tracksuit yang saya dan Wani ambil tu ada masalah harga... Kalau nak tahu, saya dan Wani ambil seluar tu sebab tu yang paling murah... Kat tag harga, RM12.99... Tapi bila dah scan, harganya jadi RM14.99... Huh!~ Tak patut betullah... Kat semua seluar tracksuit tu pulak tu... Then, ada seseorang datang... Saya rasa tu penyelia cashier tu kot... Dia kata dia bagi diskaun kat Abah saya untuk seluar tracksuit yang dibeli tu... Ada 4 helai semuanya... So dia bagi diskaun RM8, potongan RM2 untuk setiap helai... Selesai sudah... Penyelia dan cashier tu pun dah mintak maaf...

Nampaknya pihak pengurusan kenalah selalu melakukan pemantauan terhadap tag2 harga setiap barangan yang dijual... Takut jadi macam yang kami lalui je... Nanti tak pasal2 jadi kes pulak... Nasib baik Abah saya seorang yang cool... Takde la sampai nak meradang macam nenek vogue tu...

Masa kami keluar dari Giant, saya tanya pada Emak dan Wani apa yang dimarahkan sangat nenek vogue tu... YA ALLAH!!!~ Mak saya dan Wani boleh tanya saya balik, "Nenek mana ni???". Argghhh!~    Rasa nak meradang macam nenek vogue tu je... Huh!~ Boleh pulak Mak dan Wani tanya saya macam tu padahal nenek vogue tu buat perangai depan mata kitorang... Betul2 depan kitorang... Sabar je la... Huh!~ Nampak sangat saya ni seorang yang busybody... Tapi selalunya Emak saya yang selalu busybody... Pelik bila Emak boleh tak perasan kejadian DEPAN MATA tu... Mak kata, "Kang kalau mak busybody, bising2 pulak kata jangan busybody...". Err... Ada betulnya jugak kata2 Emak tu... Hehe!~ Peace, Mak!~ (^_____^)V


P/S : Siap jugak entry ni... Haha!~ (^_____^)V

BEN ASHAARI : GEGAR BLOGGER BARU



Shhh!~ Jangan cakap apa2... Saya tahu apa yang bermain di dalam benak hati, kepala, minda korang... Saya  nak join segmen Abg Ben Ashaari lagi...

Ok, saya memilih gambar di atas kerana gambar tersebut merupakan gambar yang selalu saya tempekkan di dalam setiap entry segmen Abg Ben... Memang dah takde gambar lain dah... Tak percaya, tengok la sendiri... Sila tengok di SINI ...

Saya menjadi blogger setelah didesak berulang kali oleh coursemate saya semasa belajar di salah sebuah IPTA di Utara iaitu Cik Lynn ... Dia yang membuka mata saya untuk ber-blogging... Dan sejuta terima kasih dan penghargaan kepada dia sebab, kerana dia la saya aktif ber-blogging sampai sekarang... Err... Saya dah lari dari arahan ke, Abg Ben? Huhu!~

Blog yang menjadi pilihan saya setiap kali saya log in blog saya adalah blog Abg Ben Ashaari (sure ramai yang memberikan jawapan yang sama), blog Cik Yuyu Zulaikha, Inchik Wan Gerrard (sebab saya suka bola, tapi bukan peminat Liverpool), Inchik Syafiq Rosli, dan Inchik Jiji ... Sebenarnya, banyak lagi... Tapi tak tertaip la kat sini... Huhu!~ 

Sekian saja dari saya... (^_____^)V


P/S : Saya tak tahulah saya ni blogger baru ke tak sebab saya baru setahun jagung dalam dunia blog... Kira baru la tu kan? (^_____^)V

Sunday, March 27, 2011

Oh!!!~ Duniaku gelap gelita!!!~

Malas nak merepek.. Nak straight to the point... Macam kita semua tahu, malam tadi berlangsungnya kempen 'Erath Hour'... Saya pun tak terkecuali menyahut kempen tu dengan menutup lampu bilik dan ruang tamu... Tengok bola Malaysia lawan Etoile FC dari Perancis di padang Singapura dengan keadaan penuh kegelapan... Oh, dimanakah nur iman saya? Hukhuk!~ 

  Kegelapan melanda Bumi kediaman saya... Err... Kediaman Abah saya... (^_____^)V

Ni masa separuh masa pertama...


Masa separuh masa pertama, Malaysia dapat menyumbatkan satu gol... Hasil jaringan oleh siapa entah, lupalah... Hehe!~

Malaysia 1, Etoile FC 0...


Tapi, masa separuh masa kedua, Etoile FC berjaya menyamakan kedudukan... Tak kisahlah... Ni pun perlawanan persahabatan kan... Tapi, yang membuatkan saya rasa nak gelak, masa dah bukak lampu tu, ada perkara yang tak terduga yang berlaku... Nak tahu? Jom tengok kat bawah... (^_____^)V
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Amir dan Aiman dah terbongkang... Haha!~

Ni la akibatnya kalau bermain sepanjang hari...


P/S : Nak ber-siap2 pergi dating dengan family.... (^_____^)V

Saturday, March 26, 2011

Oh!!!~ Seronok adik2 balik rumah...

Yeay!~ \0/ Adik2 saya, Farah dan Wani balik rumah!!!~ Seronok2... Tak sunyi la hidup saya di rumah ni... Terisi la waktu2 saya dengan perbualan dengan mereka... Berkongsi cerita, ketawa sama2... Seronok2... Dorang samapi kat rumah semalam... Farah sampai dulu... Dalam pukul 2 petang... Malam tu dalam pukul 9 malam baru Wani sampai... Tapi malam tadi waktu dorang terisi dengan membuat mimpi dan melebamkan bijik mata dorang... Alasannya, faham2 sendiri la... Huhu!~ So, nak taknak, saya melayan TV sorang2... Sadis gila, ok!~ Hukhuk!~ T_____T

Pagi tadi, dalam pukul 10 lebih, kami berkumpul di bilik emak... Mula2 Wani yang masuk sebab dia tertarik dengan mesin urut Ogawa yang abah beli masa kitorang pergi Giant Nilai hari tu... Abah dah 'dipukau' oleh salesman yang buka booth Ogawa kat situ... Murah katanya... Ok2, berbalik pada cerita Wani tadi... Tak lama lepas tu, saya menyusul sebab dia ter-kial2 nak menggunakan mesin tu... Saya pun apalagi, tunjukkan la kepakaran yang ada... Hehe!~ 15 saat kemudian, Farah masuk... Apalagi, saya yang ala2 promoter pun membuat demonstrasi penggunaan mesin tersebut...

Dalam pada tu, banyak cerita yang kami kongsi dan ceritakan... Dari kisah semut yang saya bunuh hingga ke kisah saya menjadi Perdana Menteri... Dari kisah dorang dalam rahim emak, hingga ke kisah dorang dihantar ke rumah orang2 tua... Haish!~ Banyak gelak je pagi tadi... Gila la... Mahu pecah perut ni kalau perut ni mengalami penyakit busung... Huhu!~ Lama jugak la kitorang berborak... Rasa macam 'oh, indahnya dunia ni...'.

Tapi...........................................................................................

Esok Farah dah nak balik Nilai sebab dia balik pun nak suruh Wani formatkan laptop dia... Wani ambil bidang IT, so kepakaran dia memang amat diperlukan oleh Farah dan saya... Hehe!~ Wani pulak tengah cuti mid sem selama seminggu... Ok la tu, ada jugak si Wani... Boleh la kalau nak ajak dia jalan2 cari gaduh kat luar...

Farah dan Wani semasa menerima Anugerah Penternak Anai2 Yang Berjaya oleh kerajaan Melaka... (^_____^)V


P/S : They are everything to me... (^_____^)V

Oh!!!~ 10 entri sehari???

Boleh ke? Mampu ke? Larat ke? Itu persoalan yang ber-main2 di kepala ni... Masing2 sibuk mem-busykan diri untuk menghasilkan 10 entri sehari, bermula hari ni... Kenapa ye? Mungkin kerana entri yang telah dilkeluarkan oleh Abg Ben Ashaari semalam, di mana beliau mengeluarkan tips yang amat berguna bagi blogger2 Malaysia untuk menghasilkan 10 entri sehari? Oh, dapatkan diri ini menyahut idea yang diberikan oleh beliau tu? Huhu!~

Tapi, apa yang diketengahkan oleh beliau tu ada betulnya... Cuba bayangkan yang kita mempunyai peminat di dalam dunia blog ni, mestilah peminat kita tu nak terjah blog kita setiap jam, setiap minit mahupun setiap saat... Kalau setiap kali mereka terjah, entry pukul 10 pagi tadi yang menjadi santapan mata dorang, tak best la kan... Peminat ni memerlukan entry yang baru dan fresh yang baru dikeluarkan dari peti sejuk mahupun yang baru dihasilkan di ladang... Segar dari ladang gitu!~ Para peminat ni dahagakan entry yang baru sebab bagi dorang blog ni macam buku cerita... Sentiasa ingin dibaca... Setiap kali dorang berkunjung maksudnya dorang nakkan bahan bacaan yang baru, tak kisahlah pasal apa pun... Asalkan ada entry baru...

Ada sorang blogger tu, ala, blogger tu... Dia siap buat cabaran tau!~ Cabaran yang diberi nama Cabaran 10 Entri : Battle's of Idea!~ Menarik, ok!~ Ada siapa2 yang berani sahut cabaran tu? Jom la ramai2 ke blog Inchik Sengal untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran tu...

Oh!~ Beliau memang sengal... (^_____^)V


P/S : Jom buat 10 entry sehari!!!~ (^_____^)V


Friday, March 25, 2011

Oh!!!~ Biar betul (!!!) + Macam tak percaya (!!!) apa yang dilihat pada blog Abg Ben!!!~

Ok, ni merupakan entry yang mempunyai tajuk paling panjang yang pernah saya hasilkan...

Oh!!!~ Saya sangat2 terkejut tatkala mengunjungi sebuah blog milik seorang blogger popular tu... Ala, blogger yang gagah perkasa tu... Takkan tak kenal kot? Kalau tak kenal, tak payahlah nak cakap yang korang ni aktif ber-blogging (suka suki saya je kan... Huhu!~)... Rugi tau kalau tak kenal dengan beliau, sebab beliau selalu menolong bloggers baru dengan mempromosikan blog2 baru melalui segmen2 yang dibuat oleh beliau... Beliau la Abg Ben Ashaari ... (^_____^)V

Ok2... Ada apa dengan tajuk entry kali ini? Ada something yang "Wow" (!!!) kalau korang nak tahu... Tadi, masa saya melawat blog beliau tanpa membawa buah oren mahupun buah tembikai, mata saya terpana + terpaku + tertancap kat satu gadget yang diletakkan dalam blog beliau... Gadget yang diberi nama 'Jumlah Paparan Halaman'...

Ni jumlah yang beliau perolehi setakat jam 2:30 petang, 25 Mac 2011... Hebat tak?


Dan untuk pengetahuan korang, apa yang membuatkan saya terpana serta terkesima terhadap gadget tu adalah, jumlahnya senrtiasa bergerak pada setiap saat!!!~ Dan tiba2 saya rasa seronok bila melihat nombor2 tu bergerak... Ada la dalam 5 minit mata saya terpaku pada gadget tu, se-olah2 dipukau... Gila la!~ Mula2 saya macam tak percaya, takkan la setiap saat ada blogger yang berkunjung ke blog beliau... Tapi bila difikirkan balik, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil sebab beliau blogger terkenal... Bukan terkenal sebab ke'macho'an atau ke'handsome'an beliau, tapi terkenal kerana entry2 yang beliau hasilkan sangat fresh dan bermutu...

Kalau nak tahu, setiap kali sign in blog saya ni, antara 5 blog yang akan saya lawat dan komen adalah blog beliau, selain blog Cik Yuyu Zulaikha, Inchik Wan Gerrard (sebab saya suka bola, tapi bukan peminat Liverpool), Inchik Syafiq Rosli, dan Inchik Jiji ... Ok, memang blog lelaki menjadi tumpuan saya... Huhu!~ Tapi saya memang suka komen setiap entry baru yang muncul kat 'Dashboard' saya tu...

Cuba korang pergi lawat blog Abg Ben dan korang tengok pada gadget yang saya beritahu tu, mesti korang pun akan terpana... Atau mungkin korang dah biasa dan dah lama tahu pasal ni, lalu korang tak ambil peduli akan entry saya ni... Huhu!~ Maaflah, keterujaan yang melampau bila tengok pada gadget tu di blog beliau sebab saya blogger baru.. Hikhik!~

 Jemput2 la jenguk ke blog beliau untuk kepastian... Hikhik!~


P/S : Moga Abg Ben Ashaari akan terus maju + berjaya + sukses dalam dunia blog!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Kisah Si Bongsu dan Si Second Bongsu

Mesti korang ter-tanya2 siapa Si Bongsu dan Si Second Bongsu kan? Itu la nama kucing kesayangan saya... Comel sangat2 tau walaupun nakal... Ok, saya tipu (!) sebab saya memang tak ada kucing lain selepas Kiki Lulu... Cerita pasal Kiki Lulu boleh dibaca di sini ---> Kiki Lulu Yang Comel ... Si Bongsu yang saya maksudkan adalah adik bongsu saya iaitu Aiman dan Si Second Bongsu adalah abang kepada Aiman iaitu Amir di mana Amir merupakan anak kepada Mak dan Abah saya dan juga merupakan adik saya yang second last... Phewww!~ Berpeluh baca ayat yang tanpa noktah penghujung apalagi sebarang tanda koma...

Ok2, straight to the point... Maghrib semalam, masa saya duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu sementara menunggu giliran untuk mandi, duduk la 2 kujur jasad bernyawa tak jauh dari saya... Tapi jasad tu duduk atas lantai je... Amir dan Aiman la tu... Nak tahu dorang buat apa? Dorang tengah mengaji... Dan saya terharu sangat dengan apa yang dilakukan oleh Amir yang hanya berusia 9 tahun terhadap Aiman yang berusia 7 tahun tu... Amir sedang mengajar Aiman mengaji... Al-Quran Amir diletakkan kat tepi... Walaupun saya tengok Aiman beberapa kali menguap, tak tahu la sama ada dia mengantuk atau bosan, Amir tetap mengajar Aiman dengan gigih... Dan Aiman tanpa bantahan terus menerus membaca setiap ayat yang terdapat di dalam Muqaddam tu... Kalau nak tahu, itu la yang selalu berlaku bila mereka berdua tak pergi mengaji dengan Ustazah...

Saya perhatikan yang Amir ni memang selalu mengajar Aiman, tak kiralah dalam mengaji atau belajar atau membuat kerja sekolah... Dan kadang2 Amir yang tolong buatkan kerja sekolah Aiman walaupun itu bukan la perkara yang betul... Saya pun kadang2 tolong buatkan kerja sekolah dorang... TOLONG, ok!~ Hikhik!~ Nak jadi kakak mithali la katakan... (^_____^)V

Tapi, kelmarin dorang kena marah dengan saya... T_____T Sebab dorang menipu... Hmm... Saya paling pantang kalau adik saya menipu... Saya minta tolong dorang pergi kedai untuk belikan aiskrim potong... Dan saya upah sorang seringgit... Balik tu, Amir kata aiskrim saya tak ada... Then saya minta balik duit seringgit saya... Tapi Aiman kata pakcik kedai tu salah ambil duit... So duit tu tak ada la... Aiman punyalah nak back up Amir... Lepas saya desak dengan muka penuh cahaya  menyinga, barulah dorang terus terang yang dorang gunakan duit lagi seringgit tu untuk belanja kawan dorang... Hmm... Kesian pulak tengok dorang kena marah dengan kakak sulung dorang ni... Dah malam sikit, saya peluk sorang2... Sayang tau!~ Tapi Amir dah kurang nak menegur + dekat dengan saya... Dia macam takut2 dengan saya... Padahal dia adik kesayangan saya!~ Huhu!~

 Ustaz Amir sedang mengajar anak muridnya...

 "Yaasin........."

"Baiklah, hari ni kita belajar surah Al-Baqarah..."


P/S : They are everything to me!~ (^_____^)V

Thursday, March 24, 2011

Oh!!!~ Tak pasal2 duniaku gelap!~

Ok2... Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun kita akan akan bergelap untuk satu hari, tak kiralah masa tu kita berada di rumah ke, di restoran ke, di tepi jalan ke, di ladang kelapa sawit ke (opsss!~) atau di mana2 sahaja arah kaki melangkah... Sebab apa? Sebab semua rakyat Malaysia tak mampu bayar bil elektrik la... Sebab tu TNB potong bekalan elektrik pada satu hari tu je, biar adil pada semua penduduk Malaysia... Cara tak? Haha!~

Baiklah, saya ni suka buat cerita merepek sebab ianya seenak kita makan kerepek pisang salai ataupun kerepek bawang yang biasa kita jumpa di Hari Raya Aidilfitri... Oh, saya merepek lagi!~ Haish!~ Tak boleh nak lari dari merepeklah... Huhu!~

Ok2... Seperti yang kita sedia maklum, pada Sabtu ni bersamaan 26 Mac 2011, kebanyakan negara di muka Bumi ini akan mengambil satu tindakan dengan menggelapkan negara dorang bagi menyokong kempen 'Earth Hour' yang berlangsung setiap tahun, bermula dari tahun 2007... (Amik kau!~ Takde noktah langsung...).

 Support jangan tak support!~ (^_____^)V

Ok, murid2... Cikgu nak cerita sejarah 'Earth Hour' sedikit... Harap semua baca dengan teliti apa yang cikgu taipkan di entry ni ye... 'Earth Hour' telah dimulakan pada tahun 2007 di mana Sydney, Australia merupakan bandar pertama dan satu2nya bandar yang melakukan kempen memadam lampu pada tahun tersebut... Kempen yang bermula pada jam 7:30 malam pada 20 Mac 2007 itu dipercayai disertai oleh lebih kurang 2.2 juta penduduk Sydney...

Pada 2008, kempen ini telah menarik lebih dari 400 bandar dari 35 buah negara untuk turut serta termasuklah negara kita, Malaysia... Ianya dilakukan sebagai simbol 'harapan untuk masa depan planet kita'... Kempen yang bermula jam 8 malam dan berakhir pada 9 malam telah menarik beberapa 'keajaiban dunia' untuk turut serta seperti Colosseum di Itali, Empire State Building di Amerika Syarikat, The Golden Gate Bridge di San Francisco dan tak terkecuali Menara Berlembar Petronas dan Menara KL yang menjadi kebanggaan kita...

 KLCC pun menunjukkan sokongan!~ (^_____^)V


Pada tahun 2009, kempen ini dilakukan serentak di seluruh dunia pada 28 Mac 2009 dan lebih dari 1400 bandar dari 80 negara yang menyertainya... Kempen yang bermula dari jam 8:30 malam dan berakhir pada 9:30 malam telah menunjukkan peningkatan penyertaan dari negara2 lain... Dan saya ingat lagi, pada hari kejadian, saya dan keluarga dalam perjalanan ke Kedah untuk majlis konvokesyen saya di salah sebuah IPTA di sana... Masa kempen berlangsung, masa tu kami berhenti sembahyang Isya' di salah sebuah stesen minyak di hentian rehat area antara Melaka dan Negeri Sembilan...

Pada tahun lepas pula, penyertaan meningkat kepada 4000 buah bandar dari 128 buah negara dan kempen berlangsung serentak pada 27 Mac 2010, bermula jam 8:30 malam sehingga 9:30 malam... Dan pada masa tu, saya sedang ber-siap2 untuk keluar dating dengan seseorang... Sempat lagi tutup lampu di rumah, tapi tutup di bahagian ruang tamu je la... Kalau tutup lampu bilik saya, nanti lipstick jadi eyeshadow, eyeshadow jadi blusher, eyeliner jadi maskara... Haha!~

Untuk tahun ini pula, 'Earth Hour' akan berkempen pada 26 Mac ni, bermula dari jam 8:30 malam  dan berakhir pada 9:30 malam... Dan rakyat Malaysia dikehendaki untuk memadamkan lampu untuk meraikan kempen ini dengan penduduk seluruh dunia... Untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kempen ini, rakyat Malaysia boleh mendaftar di wwf.org.my dan klik tab 'Pledge' untuk mengisi maklumat diri anda...

Jom tutup lampu!~ (^_____^)V


Nak tengok tak negeri mana yang mempunyai ramai penyokong berdaftar? Let's check it out!~ (^_____^)V

Jumlah setakat jam 5:15 petang, 24 Mac 2011... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


My current city, Johor Bahru ada menganjurkan satu acara sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini... Acara berbasikal dari Laman Tun Seri Lanang menuju ke Bukit Timbalan yang terletak di bandar Johor Bahru (berhadapan dengan Kotaraya) pada 25 Mac 2011...

Jom berbasikal ramai2... Dah lama tak naik basikal... Huhu!~


So, kepada seluruh rakyat Malaysia, ayuh (!) be-ramai2 menutup lampu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan... Sayangilah Bumi kita seperti kita menyayangi diri sendiri... (^_____^)V


P/S : Saya sayangkan Bumi ini, yang semakin lama semakin tenat dan nazak...




Tuesday, March 22, 2011

BEN ASHAARI : AKU BENCI ROKOK



Hiks!~ Hanya mampu tersenyum apabila banner BELIAU menjadi pembuka entry kali ini... Bukan untuk kali ini je sebab dah beberapa kali banner beliau menjadi pembuka entry di blog saya... Tapi banner kali ni berlainan sedikit sebab ada gambar 'NO SMOKING' di sebelah gambar beliau... Segmen kali ini yang bertajuk AKU BENCI ROKOK sangat2 saya nantikan... Huhu!~ Dijemput rakan2 blogger yang men-join this segment yang akan ditutup pada detik 12 tengah malam ni...

Kenapa saya benci rokok?
Seperti kebanyakan wanita yang lain, saya amatlah membenci rokok... Tak kiralah rokok jenis daun atau rokok jenis dalam kotak tu... Tak sukalah dengan rokok... Dah la macam2 bahan yang disumbat di dalam 'badan kering' rokok tu, berbau busuk pulak tu bila dah dicucuh dengan api... Haish!~ Tak tahanlah dengan bau rokok... Serius, saya benci bukan sahaja pada rokok, tapi pada bau dia jugak... Dah la mahal, memudaratkan pulak tu... Bukan je pada si perokok, malah kepada mereka yang berada di sekeliling perokok... Siapalah yang mencipta rokok ni ye? Apa yang nikmatnya kalau merokok? Dapat 'feeling'2 ea? Lagi satu, rokok ni membazirkan duit je... Penat2 kumpul duit hasil dari titik peluh sendiri atau mak bapak, ke rokok jugak dihabiskan... Ish!~ Tak patutlah... Lagi2 pada perokok tegar yang mampu merokok sehingga 2 kotak rokok sehari... 1 kotak rokok = RM10 (lebih kurang la)... Darab dengan 2 = RM20... Darab dengan 30 hari = RM600... Tak ke membazir tu!~ Lagipun rokok tu statusnya dah jatuh haram... Dalam Islam menyatakan bahawa sesuatu yang memudaratkan diri statusnya jatuh kepada haram... Sekian...

Pesanan buat perokok...
Berhentilah merokok... Secara per-lahan2 pun takpe... Kalau tak sayang diri sendiri sendiri, sayanglah mereka yang menyayangi anda... Dekat TV pun dah ada iklan pasal ubat bagi mereka yang merokok... Niquitin namanya... Dalam seminggu, InsyaALLAH boleh hilangkan ketegaran merokok...

Pendapat mengenai mereka yang merokok...
Mungkin dengan merokok mereka fikir mereka boleh hilangkan tekanan yang melanda diri dorang... Tapi merokok tu membahayakan kesihatan kot... Mungkin juga bagi mereka dengan merokok mereka nampak 'macho'... Mungkinlah... Mungkin...

Sumber gambar dari SINI... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


P/S : Ini semua hanyalah pendapat dan luahan rasa hati berulam jantung pisang saya... Jangan mendekati saya kalau anda seorang perokok... Sekian... (^_____^)V


Monday, March 21, 2011

Oh!!!~ Kenduri yang meriah!!!~ (^_____^)V

Oh!~ Rindunya pada blog saya ni... Rasa macam nak cium2, nak peluk ketat2 je blog saya ni... Airmata dah mula bergenang ni... Serius!!!~ Sejak majlis perkahwinan my cousin semalam, saya dah mula terfikirkan blog saya ni... Nak cium header blog saya ni puas2!~

Muah3!~


Oh!~ Selewat jam 4 petang pada 17 Mac 2011, saya, abah, mak, Amir, Aiman dan Farin bertolak ke Melaka... Iwan tak ikut sebab dia tak pass test JPJ lesen motor... Mwahaha!~Hari Jumaat dia kena ambil test semula... Wani pulak tak dapat cuti... Dia study di ADTEC Batu Pahat... Farah? Nanti saya cerita... Pukul 7 lebih malam baru sampai kat rumah nenek... 

Oh!~ Hari Sabtu, kami plus nenek bertolak ke Nilai, Negeri Sembilan sebab kami akan bermalam di rumah makcik saya kat sana... Dah sampai Nilai, pergi jenguk Farah dulu... Dia belajar di USIM, Nilai... Ambil Undang2 dan Syariah... Nak kenal? Kenal dengan kakak dia ni dulu... (^_____^)V Lepas tu sempat ronda2 kat Dataran Nilai...

Mendung kelabu berarak ke ufuk Timur Selatan Barat Utara...


Oh!~ Nenek buat terapi ikan makan urut kaki... Sempat lagi tu... Mak pun sama... Masa tu kami ronda2 di Giant Nilai... Abah belanja... Haha!~ Saya pulak, pergi borong komik2 karya Zint kat kedai buku berhampiran tempat tetapi terapi tu... 5 komik saya beli!~ Wow!~

Oh!~ Awalnya kami bertolak keesokan harinya... Seawal jam 7 pagi 20 Mac 2011 (semalam la tu), kami bertolak ke Bangi dari rumah tumpangan Makcik Fatimah... Ke Bangi untuk ke rumah cousin saya sebab dia yang tahu jalan ke Ulu Langat, tempat berlangsungnya majlis perkahwinaan cousin saya yang satu lagi... Before ke Bangi, pergi ambil Farah kat rumah kedai sewa dia dulu... Dari Bangi, kami berkonvoi 3 bijik kereta... 2 besar tak hengat, 1 lagi comel macam nak hempuk kat jalanraya... Hehe!~ Jam 9 pagi, kami sampai kat rumah Pakcik Amran... Anaknya, Fiza yang melangsungkan perkahwinan... Jam 10 pagi, dia nikah... Kol 2 petang, dia bersanding tapi kami sekeluarga tak tengok dia bersanding sebab nak berkejar balik ke Johor... Hari ni adik2 sekolah!~ (-_-")

 Masa majlis akad... Pakcik Amran yang akadkan... Hehe!~

Fiza dan suami dia... Lupa la nama suami dia... Haha!~


Oh!~ Ramainya saudara mara saya!~ Mana taknya... Abah ada 12 orang adik beradik!~ Dan semuanya akan berkumpul bila ada majlis2 macam ni... Selain daripada Hari Raya... Memang terbaik dari ladang la!!!~ Bayangkan, setiap adik beradik abah ada lebih kurang 5 orang anak!~ Mak aih!~ Ramainya sepupu saya!~ Nanti saya kahwin boleh dapat banyak sponsor dan duit ni... Walla!~ (^_____^)V Mak pengantin berkata kepada mak dan makcik2 saya : "Khemah makan tu penuh dengan saudara kita je..." (^_____^)V

 Cuba la cari saya yang mana... (^_____^)V

Ramai tak hengat!~

 Wallawei!~

Cayala!~ (^_____^)V


Oh!~ Semua berebut nak pegang dia... Siapa dia? Marisa, anak my beloved cousin... Tinggal nak kena bawa lari ke Johor je anak dia tu... Comel sangat2!~ (^_____^)V

Marisa si mata bulat!~


Oh!~ Buku komik yang baru saya beli Sabtu lepas kena 'curi'!~ Wuu!~ T_____T Semalam, masa majlis tu, Amir baca buku tu... Lepas tu dia bagi pada saya untuk disimpan... Tiba2 cousin kecik saya nak pinjam buku tu... Takkan tak nak bagi pulak kan... Saya dengan berat hati 150kg pun bagi la buku tu pada dia... Dalam ter-poco2 ter-kocoh2 nak balik tu, saya lupa komik tu... Hukhuk!~ Sepanjang perjalanan ke Johor asyik teringatkan komik  tu je... T_____T

Serius, dari tahun lepas cari komik ni... Bila dah dapat, jadi macam ni pulak!~ T_____T


Itu la serba sedikit perjalanan hidup saya selama 4 hari yang lalu... Penat memang penat, tapi puas!~ (^_____^)V Dan sedikit sedih!~ T_____T


P/S : Saya yang paling tua di kalangan kazen2 saya yang belum kahwin!~ Oh tidak!!!~




Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI VS PEREMPUAN KERANA FIZIKAL


Ok... Jangan tanya apa2 or jangan pertikaikan apa2 mengenai tempekan banner Si Gagah Perkasa di atas kerana untuk kali yang sebelas ratus point empat puluh sembilannya saya menyertai segmen beliau... Segmen yang diberi tajuk Lelaki VS Perempuan Kerana Fizikal itu seperti segmen2 sebelum ni jugak, di mana ia memerlukan kita untuk menjawab beberapa soalan peperiksaan tahap maut yang dikemukakan... Nak join? Cepat2 sebab seperti biasa, ia akan ditutup pada tengah malam ni... (^_____^)V

  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    Sudah semstinya dan sudah banyak kali... Huh!~ Saya boleh jatuh cinta pada seseorang lelaki kerana ayat2 maut yang diberi oleh mereka selain dari rupa fizikal yang ala2 Johnny Deep dan ketinggian ala2 Hantu Galah...

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    Err... Ya, saya akui... Tapi saya pernah couple dengan mereka yang tak berapa nak berupa sangat... Sampaikan officemate saya terkejut... No komen pasal tu... Macam kebanyakan perempuan, saya juga tak terkecuali untuk memilih dan menyukai kemudian berpasangan dengan lelaki yang mempunyai rupa yang menarik dan sejuk mata menendang memandang (sejuk lagi perut ibu mereka mengandung... Hehe!~) (Sambil mengimbas kembali wajah2 ex saya yang handsome tahap Brad Pitt!~)

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Saya suka tengok senyuman lelaki... Suka sangat!~ "Oh!~ Dia mempunyai senyuman yang menawan dan saya terpikat... Tapi kenapa hubungan kami tak berpanjangan???" T_____T Saya jugak sukakan lelaki yang tinggi... So, ketinggian juga memaminkan peranan untuk membuatkan saya tertarik kepada kaum Adam itu... (^_____^)V

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ? 
    Tak setuju la... Ada je kawan saya yang dah kahwin tapi badan dia macam Apek... Curious la pulak...

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda .. 
    Tak jugak... Tak semestinya lelaki kacak tu kaki perempuan... Sebab pada pendapat saya dan dari pengalaman saya, lelaki kacak ni jenis yang setia... (Kalau setuju, sila angkat kaki!~). Perempuan cantik pulak tak semsetinya materialistik... Contoh terdekat adalah saya... Saya ni seorang yang berjimat cermat dan akan fikir 14 ribu kali untuk membeli sesuatu barang walaupun barang tu cuma berharga RM5.50... Haha!~

  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  .. 
    Saya pernah beritahu pasal lelaki idaman saya melalui segmen Ben Ashaari : Soal Cinta ... So, saya copy and paste je la ye... (^_____^)V "Emm... Ok, apa yang akan saya nyatakan ini adalah ciri2 lelaki idaman saya, sejak dahulu sampai kini... Saya nak kan lelaki yang tinggi, berpelajaran, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa Ramadhan, yang ada wawasan, memahami, penyayang, sayangkan saya seadanya, tak main2kan perasaan saya, pandai ambil hati saya, bla, bla, bla... Haish!~ Kalau nak senaraikan, sampai esok pun tak habis... Tapi apa yang nyatakan di atas adalah ciri2 wajib yang perlu ada pada lelaki idaman saya... (^_____^)V"

  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ? 
    Err... Buat masa sekarang, saya tak mempunyai pasangan... Huhu!~ T_____T

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    Tak!~ Saya nak berisi sikit... Dan setiap tahun saya memasang azam untuk nampak berisi sikit sebab bagi saya fizikal saya ni terlalu kurus walaupun kawan2 saya kata bentuk badan saya sangatlah ok!~ Saya tahu dorang just nak ambil hati saya je... :s

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ? 
    Tak perlu kot... Pasangan dorang kena la terima dorang seadanya... Kalau tak suka dengan tubuh badan dorang, cari lain la!~ Tapi kan, saya tahu kebanyakan 'dorang' di luar sana akan melakukan apa saja demi menurut kehendak pasangan 'dorang'... Ada yang sampai masuk hospital tu!~ Tak patut betul!!!~

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh.. 
    Tak la... Tak mujarab... Kalau ubat tu betul2 berkesan, takde la si pemakai kena bersenam atau tahan makan... Ubat kurus yang mujarab adalah ubat yang membenarkan si pemakai mentekedarah sampai jadi ular sawa dan tak perlu sekat2 makan...



    P/S : Ok la... Saya nak ber-siap2... Nak balik kampung... Tak dapat nak update blog sampai Ahad... Hukhuk!~ T_____T Jawapan pun dibuat secara rushing dan ter-kocoh2... (^_____^)V




Oh!!!~ Kita semua ada PENDAMPING!!!~

Hari ni mood nak jadi ustazah... Layak atau tak layak, tolak tepi sebab niat di hatinak berkongsi mengenai satu perkara ni... Perkara yang mungkin membuatkan korang berfikir dalam2 sedalam Lautan Atlantik dan berfikir tinggi2 setinggi Gunung Everest... Bukan cuba untuk me-nakut2kan korang, cuma nak beri korang ilmu dan pengetahuan mengenai hal2 agama... Suspen tak? Hehe!~ Saya percaya, ramai yang tak tahu mengenai perkara yang bakal saya taipkan di blog saya, yang kemudian saya akan klik butang 'publish' untuk bacaan umum... Ah, sudah!~ Intro yang panjang berjela yang confirm membuatkan korang, korang dan korang nak muntah dan bosan tahap cipan tak sedar diri... Hehe!~ Ok2... Nak mula dah ni... Dengan lafaz "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM", saya ingin memulakan entry saya ini...

Korang pernah dengar pasal 'Qorin' tak? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah... Pada yang pernah, meh saya nak terangkan lebih lanjut... Kepada yang tak pernah dengar, meh saya jelaskan dengan terang lagi bersuluh lagi jelas...

Qorin adalah jin yang dicipta oleh ALLAH SWT sebagai pendamping atau kembar kepada setiap manusia yang dilahirkan dimuka Bumi ni... Qorin dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia... Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai Qorin masing2... Memang tak boleh nak elak dan Qorin manusia adalah Qorin kafir... Cuma seorang je yang Qorinnya adalah Muslim iaitu Rasulullah SAW... Subhanallah!~

Qorin ini tujuannya adalah untuk membisikkan kesesatan kepada kembarnya iaitu kita; manusia di muka Bumi ini... Itu memang tugas utama Qorin dan tak akan bertukar... Qorin akan menggoda manusia untuk melakukan kejahatan, seperti watak2 wanita penggoda dalam cerita2 korporat kat TV tu... Qorin akan membisikkan rasa was2, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca Al-Quran dan sebagainya... Malah si Qorin ini bekerja sekuat tenaga nuklear untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan...

Untuk kefahaman korang, kehadiran Qorin ini dapat dirasai apabila kita mengalami pergolakan Mesir batin atau bimbang dalam menentukan pilihan, dan secara tiba2 ada semacam satu bisikan remaja dalam jiwa atau benak kita untuk memilih atau mengambil tindakan mana yang harus dipilih... Pada saat itulah Qorin menjalankan tugas utamanya iaitu memberikan bisikan di mana ia boleh jadi bisikan yang baik (datangya dari Malaikat) dan bisikan buruk (datangnya dari Qorin itu sendiri)... Sebagai contoh, jika korang sedang khusyuk memberikan taklimat dalam satu seminar dan tiba2 kedengaran suara Azan Zohor, apa yang akan korang buat? Dan Qorin akan berperanan dalam situasi ini...

Bagi tujuan mengimbangi usaha Qorin ini, ALLAH SWT telah menugutuskan Malaikat (kerana sesungguhnya ALLAH SWT itu maha Adil) untuk membantu manusia... Malaikat ini akan membisikkan hal2 kebenaran dan mengajak manusia untuk membuat kebaikan... Maka terpulanglah kepada setiap manusia untuk membuat pilihannya... Walaubagaimanapun, orang2 Islam diberi kelebihan di mana mereka mampu untuk menguasai dan menjadikan pengarih Qorinnya lemah tak berdaya... Caranya ialah dengan memulakan setiap pekerjaan yang ingin dilakukan dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" (Basmalah), banyakkan berzikir, melakukan kebaikan dan taat dalam melaksanakan segala perintah ALLAH SWT... Secara tidak langsung, manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat2 tercela...

Pernah suatu ketika dahulu para 'ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan lafaz Basmalah, syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk... Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka Bumi ini... Bukan kesemua mereka membaca Basmalah apabila hendak makan dan minum... Setelah dibangkitkan soal Qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya...Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin Qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat Malaikat - sebab itu ia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia...

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Mas'ud R.A. maksudnya : "Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin dari bangsa Malaikat...". Mereka bertanya, "Engkau juga ya Rasulullah?". Sabda Baginda, "Ya, aku juga ada, tetapi ALLAH telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebaikan sahaja..." (Riwayat Ahmad dan Muslim).

Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia... Roh manusia akan ditempatkan di alam Barzakh, sedangkan Qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang... Walaubagaimanapun, apabila tiba hari Akhirat nanti, ke-dua2nya bakal dihadapkan ke hadapan ALLAH SWT untuk diadili dan diperhitungkan... Malangnya si Qorin akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu walaupun Qorin yang mendorongnya...


P/S : Kalau ada dengar bisikan2 halus, jangan mudah percaya atau terikut... Lagi2 bisikan yang suruh membunuh orang itu atau orang ini... Ish!~ Tak pasal2 kita kena hukum gantung tak bertali sampai mati... Paling ringan pun kena masuk Hospital Bahagia... Itu pun kalau terbukti yang korang tu gila vavi la... Kalau tak??? Haish!~






Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN



Again!~ Haha!~ Saya rasa, dah tiga hari ber-turut2 saya join segmen Abg Ben Ashaari ni... Hai!~ Gila segmen Abg Ben Ashaari la saya sekarang ni... Asal beliau buat segmen je, rasa nak join mem-buak2... Huhu!~ Kali ni nak join segmen 'BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN' ... Abg Ben, kenapa perlu negeri kelahiran? Kenapa tak negeri yang kita menetap sekarang? Saya bukannya stay kat negeri kelahiran saya... Huhu!~ Takpe la... Yang penting saya nak join!~ Hehe!~ Nak join? Cepat2!~ Tutup tengah malam 15 Mac 2011... Hari ni la tu!~ :D

Ok2... Ni nak cerita latar belakang saya... Saya dilahirkan dengan mempunyai tulang belakang, bukan seperti sotong, ok!~ Dan saya bukanlah seorang penyanyi latar mahupun pekerja belakang tabir... Haha!~ Saya dilahirkan di MELAKA pada 6 November 2010... (^_____^)V Saya pernah belajar di sekolah Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej Matrikulasi dan Universiti... 

Profesion saya akan datang adalah bakal menjadi seorang suri rumah tangga yang baik hati, solehah, bertanggungjawab dan penyayang... Buat masa ni, profesion saya adalah seorang penganggur dan akan dipanggil pada bila2 masa sahaja oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor untuk memulakan tugas (Penuh mengharap ni... Baru lepas interview minggu lepas... Ngee!~)...

Blog favourite saya adalah blog Abg Ben Ashaari ... Serius!~ Setiap kai buka blog, mesti terjah blog beliau... Tengok2 kot2 ada segmen best yang WAJIB disertai... Hehe!~ I'm crazy with his segment!~

Setakat ni, belum lagi ada blog yang saya tak suka masuk secara spesifik... Tapi kan, saya tak suka masuk blog yang ada letak muzik... Bising!~ Err... Tapi blog saya pun ada muzik!~ Haha!~

Impian saya terhadap blog agar blog saya dapat masuk rancangan 'Astana Impian' kendalian Kak Nita Sarawak... Walla!~ Saya harapkan dunia blog di Malaysia bertambah maju dan meriah dengan kehadiran bloggers baru... Moga bloggers baru dan lama dapat menjalinkan ikatan suci lagi mesra di antara satu sama lain supaya dunia blog Malaysia sentiasa di dalam keadaan ceria dan sihat2 selalu... Majulah dunia blog Malaysia demi bloggers!!!~ Yeay!~ \0/



P/S : Sekian saja untuk kali ke berapa entah!~ Harap2 Abg Ben buat segmen baru pada esok hari... (^_____^)V

Monday, March 14, 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA



Hiks!~ Jangan marah tau!~ Asyik2 segmen beliau... Hehe!~ Eleh!~ Korang jeles kan? Sebenarnya korang pun join kan? Lagi2 kalau pasal cinta, lagi la ber-duyun2 nak join... Kalau nak join, kena jawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh Abg Ben ... Segmen berakhir tengah malam ni... Lelaki jawab pasal perempuan, perempuan jawab pasal lelaki... Let's check it out!~
  1. LELAKI pilihan anda?
    Emm... Ok, apa yang akan saya nyatakan ini adalah ciri2 lelaki idaman saya, sejak dahulu sampai kini... Saya nak kan lelaki yang tinggi, berpelajaran, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa Ramadhan, yang ada wawasan, memahami, penyayang, sayangkan saya seadanya, tak main2kan perasaan saya, pandai ambil hati saya, bla, bla, bla... Haish!~ Kalau nak senaraikan, sampai esok pun tak habis... Tapi apa yang nyatakan di atas adalah ciri2 wajib yang perlu ada pada lelaki idaman saya... (^_____^)V

  2. Perlukah lelaki SEKSI? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda? 
    Perlu kot!~ Saya suka tengok lelaki yang seksi... Tapi bukan seksi yang dedah2 badan tu, ok!~ Definasi lelaki seksi bagi saya adalah lelaki yang pandai menari dan pandai main instrument muzik... Oh!~ Seksinya lelaki yang sebegitu... Hiks!~

  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta... Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda? 
    Ya!!!~ Saya dah banyak melalui pengalaman sebegitu... Lelaki hanya akan berkorban sebelum memiliki cinta perempuan sebab mereka inginkan perempuan tu... Bila dorang dah dapat miliki cinta perempuan, dorang mulalah tunjukkan 'taring' dorang... Bila perempuan ajak keluar, dorang selalu akan busy kononnya busy dengan kerja padahal busy dengan kawan2... Lepas tu, mulalah buat perangai entah apa2 dorang sampaikan pasangan dorang terabai... Huh!~ (Err... Teremosi pulak!~ Tiba2 rasa geram!~)

  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan? Kenapa? 
    Of course!!!~ No poligami dalam kamus hidup saya... Entah la... Kalau saya dah memiliki cinta lelaki tu, saya tak akan kongsi cinta tu dengan perempuan lain... Lelaki itu adalah milik saya seorang!~ Perempuan lain tak boleh memiliki dia... Awas ya!!!~ 

  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain  apakah yang akan anda lakukan? 
    Arghhh!~ Saya bunuh diri kot... Tak pun saya bunuh perempuan tu... Silap2... Kami yang perempuan tak bersalah... So saya akan bunuh lelaki tu!~ Haha!~  Saya tak boleh nak terima hakikat kalau lelaki curang belakang saya...

  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ? 
    Lelaki la... Sebab dorang tahu yang kaum dorang semakin pupus,  so dorang ambil kesempatan di atas proses kejar mengejar oleh kaum perempuan untuk mendapatkan pasangan... Tak patut betul!~ 

  7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ?? 
    Saya!~ Saya kalau dah bercinta, memang tak pandang lelaki lain... Jujur ni!~ Tak percaya??? Nak bukti??? Cuba tanya my buddies, my officemates, my cousins and my siblings... Tak percaya lagi? Cuba baca my blog... Cari label 'The Boys'... (^_____^)V

  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ? 
    Sangat!~ Mana boleh tengok pasangan kita berbual mesra dengan perempuan lain... Kalau nak mesra2, dengan saya la!~ Huh!~ 



    Saya rasa, jawapan saya penuh dengan emosi... Hehe!~ Geram pulak tiba2... Padahal tak ada boyfriend pun... Ngee!~


    P/S : Sekian saja untuk kali ini... (^_____^)V