Korang pernah dengar pasal 'Qorin' tak? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah... Pada yang pernah, meh saya nak terangkan lebih lanjut... Kepada yang tak pernah dengar, meh saya jelaskan dengan terang
Qorin adalah jin yang dicipta oleh ALLAH SWT sebagai pendamping atau kembar kepada setiap manusia yang dilahirkan dimuka Bumi ni... Qorin dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia... Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai Qorin masing2... Memang tak boleh nak elak dan Qorin manusia adalah Qorin kafir... Cuma seorang je yang Qorinnya adalah Muslim iaitu Rasulullah SAW... Subhanallah!~
Qorin ini tujuannya adalah untuk membisikkan kesesatan kepada kembarnya iaitu kita; manusia di muka Bumi ini... Itu memang tugas utama Qorin dan tak akan bertukar... Qorin akan menggoda manusia untuk melakukan kejahatan, seperti watak2 wanita penggoda dalam cerita2 korporat kat TV tu... Qorin akan membisikkan rasa was2, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca Al-Quran dan sebagainya... Malah si Qorin ini bekerja sekuat tenaga
Untuk kefahaman korang, kehadiran Qorin ini dapat dirasai apabila kita mengalami pergolakan
Bagi tujuan mengimbangi usaha Qorin ini, ALLAH SWT telah menugutuskan Malaikat (kerana sesungguhnya ALLAH SWT itu maha Adil) untuk membantu manusia... Malaikat ini akan membisikkan hal2 kebenaran dan mengajak manusia untuk membuat kebaikan... Maka terpulanglah kepada setiap manusia untuk membuat pilihannya... Walaubagaimanapun, orang2 Islam diberi kelebihan di mana mereka mampu untuk menguasai dan menjadikan pengarih Qorinnya lemah tak berdaya... Caranya ialah dengan memulakan setiap pekerjaan yang ingin dilakukan dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" (Basmalah), banyakkan berzikir, melakukan kebaikan dan taat dalam melaksanakan segala perintah ALLAH SWT... Secara tidak langsung, manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat2 tercela...
Pernah suatu ketika dahulu para 'ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan lafaz Basmalah, syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk... Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka Bumi ini... Bukan kesemua mereka membaca Basmalah apabila hendak makan dan minum... Setelah dibangkitkan soal Qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya...Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin Qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat Malaikat - sebab itu ia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia...
Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Mas'ud R.A. maksudnya : "Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin dari bangsa Malaikat...". Mereka bertanya, "Engkau juga ya Rasulullah?". Sabda Baginda, "Ya, aku juga ada, tetapi ALLAH telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebaikan sahaja..." (Riwayat Ahmad dan Muslim).
Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia... Roh manusia akan ditempatkan di alam Barzakh, sedangkan Qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang... Walaubagaimanapun, apabila tiba hari Akhirat nanti, ke-dua2nya bakal dihadapkan ke hadapan ALLAH SWT untuk diadili dan diperhitungkan... Malangnya si Qorin akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu walaupun Qorin yang mendorongnya...
P/S : Kalau ada dengar bisikan2 halus, jangan mudah percaya atau terikut... Lagi2 bisikan yang suruh membunuh orang itu atau orang ini... Ish!~ Tak pasal2 kita kena hukum gantungtak bertali sampai mati... Paling ringan pun kena masuk Hospital Bahagia... Itu pun kalau terbukti yang korang tu gila vavi la... Kalau tak??? Haish!~
Pernah suatu ketika dahulu para 'ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan lafaz Basmalah, syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk... Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka Bumi ini... Bukan kesemua mereka membaca Basmalah apabila hendak makan dan minum... Setelah dibangkitkan soal Qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya...Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin Qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat Malaikat - sebab itu ia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia...
Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Mas'ud R.A. maksudnya : "Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin dari bangsa Malaikat...". Mereka bertanya, "Engkau juga ya Rasulullah?". Sabda Baginda, "Ya, aku juga ada, tetapi ALLAH telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebaikan sahaja..." (Riwayat Ahmad dan Muslim).
Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia... Roh manusia akan ditempatkan di alam Barzakh, sedangkan Qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang... Walaubagaimanapun, apabila tiba hari Akhirat nanti, ke-dua2nya bakal dihadapkan ke hadapan ALLAH SWT untuk diadili dan diperhitungkan... Malangnya si Qorin akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu walaupun Qorin yang mendorongnya...
P/S : Kalau ada dengar bisikan2 halus, jangan mudah percaya atau terikut... Lagi2 bisikan yang suruh membunuh orang itu atau orang ini... Ish!~ Tak pasal2 kita kena hukum gantung
Ish...seram rasenyer...semoga kita semua kuat melawan segala bisikan kejahatan tu...amin...
ReplyDeleteSeRaM GaKS La... TapI Lau iMan KuaT D DaDa, iNSYaALLAH, BoLeH MLaWaNNyeR... aMiN... (^_____^)V
ReplyDeleteterima kasih banyak2 atas curahan ilmu tersebut
ReplyDeleteaBG : MoST WeLCoMe!~ (^_____^)V
ReplyDeletebetul itu.....TAK NAK untuk rokok....jom lah join GA saya.... follow u ...
ReplyDeleteVaiTHiS : SaLaH 'PoSKoD' Ni DeaR... HiKHiK!~ THaNKS FoLo SiS... (^_____^)V
ReplyDeletehehe, chanteq, lana pernh dgr pasal qorin ni..lana cdgkan chanteq bca buku ttg dunia jin dan syaitn, Ismail Kamus penulisnya, best sgt buku ni..sbb kite org melayu,islam kt mlysia da bnyk sgt slh phm ttg dunia jin ni..buku ni leh bntu perbetulkan blik suma tu..try bca ea, xrugi ^_^
ReplyDeleteCiK LaNa : THaNKS DeaR... NaNTi SiS CuBa CaRi BuKu Tu... LaGiPuN SiS SuKa GaKS BaCa BuKu2 aGaMa... THaNKS 4 SHaRiNG K... (^_____^)V
ReplyDelete