Tuesday, September 24, 2013

Oh!!! Penantianku berakhir...!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^) V

Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai uiian fizikal dan temuduga SPA kan? Dan kali ini saya nak beritahu keputusannya... Saya sudah semak petang tadi setelah disuruh oleh Abah semalam... Dan keputusannya adalah.............

DUP

DAP

DUP

DAP

DUP

DAP

DUP

DAP

LULUS!!!


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan rezeki-Nya yang maha luas... Sekarang lagi nungguin surat panggilan untuk lapor diri... Walaupun saya tak dapat jawatan yang lebis baik (3 minggu selepas ujian fizikal dan temuduga tersebut, saya dipangggil lagi oleh SPA untuk menjalani ujian fizikal untuk jawatan yang lebih tinggi), saya tetap bersyukur kerana akhirnya mendapat pekerjaan yang diinginkan...


P/S : Kepada sahabat, saya akan ingat apa yang awak pesan dan nasihatkan pada saya malam kelmarin... (^_____^)V



Sunday, September 1, 2013

Oh!!! Kisah minggu lepas...

Bismillahirrahmirrhaim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sepatutnya entri ini bertajukkan 'Oh!!! Dua hari yang memenatkan'... Tetapi disebabkan sikap saya yang suka bertangguh (sebenarnya malas nak menaip), maka ia menjadi seperti tajuk di atas...

Pada Khamis dan Jumaat minggu lepas (22 dan 23 Ogos 2013), saya telah melalui dua peringkat panggilan dari SPA di Penjara Kluang... Saya, Abah dan Wani tidur di rumah sepupu saya di Taman Intan, Kluang... Malam Rabu, selepas saya pulang dari kerja, kami bertiga terus bertolak ke Kluang Dai Johor Bahru...

Pada 22 Ogos 2013, saya telah diminta untuk melakukan ujian fizikal (bangun tubi, lari ulang alik 10m X 4, lari 2.4km dll)... Ini adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi jawatan penguatkuasa JPJ sebelum sesi temuduga pada keesokan harinya...

Semasa lari 2.4km, memang saya akui saya agak pancit dan saya banyak berjalan daripada berlari... Mujurlah masa yang diberikan bagi calon wanita adalah lebih panjang dari calon lelaki... Disebabkan sesi ujian fizikal tamat pada jam 11 pagi (saya lulus!), maka tengah hari tersebut saya, Abah dan Wani pulang semula ke Johor Bahru lantaran saya tidak membawa baju kurung untuk sesi temuduga keesokannya (bajet tak dapat tau!). Malamnya kami bertolak kembali ke Kluang...

Pada keesokannya, semasa ssesi temuduga, saya calon pertama yang ditemuduga... Agak gementar juga kerana ini adalah temuduga pertama saya untuk SPA... Panel yang menuduga adalah wakli dari SPA dan wakil dari JPJ... Alhamdulillah, sesi temuduga berjalan dengan lancar.... Jam 9.15 pagi, saya keluar dari bilik temuduga dengan rasa lega dan bersyukur... Keputusan hanya akan diketahui pada penghujung bulan September...




Terima kasih yang tidak terhingga pada Abah kerana sanggup ulang alik JB -> Kluang -> JB -> Kluang -> JB dalam masa dua hari tersebut, sampai sakit2 kepala... Moga ada berita yang menggembirakan...


P/S : Kembali semula ke Penjara Kluang selepas 5 tahun... Oh, kenangan! (^_____^)V

Monday, August 19, 2013

Oh!!! Demam bola bermula!

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Makan bola! Tidur bola! Mandi bola! Demam bola! Semuanya tak ada kaitan dengan saya kerana saya makan nasi macam orang normal, saya tidur beralaskan bantal macam orang normal, saya mandi dengan air paip macam orang normal dan saya demam bila suhu badan meningkat macam orang normal yang lain...

Tapi saya tetap menyokong sukan bolasepak sama ada dalam mahupun luar negara... Dan untuk menunjukkan tanda sokongan yang tak berbelah bahagi saya terhadap sukan bolasepak, maka saya telah memujuk diri untuk 'menceburkan diri' di dalam liga fantasi Piala Malaysia dan English Premier League (EPL)...

Setelah hampir 3 tahun 'merehatkan' akal dan minda daripada berhempas pulas menyusun strategi untuk memastikan kemenangan yang sememangnya tidak pernah berpihak kepada saya, akhirnya tahun ini saya mengambil keputusan untuk menyertai liga fantasi ke-dua2 perlawanan, seiring dengan memerah idea dari otak beku saya ini...

Untuk EPL, saya hanya kenal dengan pemain dari pasukan Manchester United sahaja... Maka agak susah untuk saya menyusun pemain bagi pasukan saya kerana saya kurang mengetahui kekuatan dan kelemahan pemain daripada pasukan EPL yang lain... Tapi tidak bagi Piala Malaysia kerana semua pemain Malaysia saya kenal! Tanah tumpah darahku!

Setelah berhempas pulas menyusun pemain dengan merujuk suratkhabar dan laman2 sesawang, maka inilah hasilnya...

 Saya tahu kekuatan dan kelemahan mereka (dengan nada berlagak)!

Ini yang paling susah... Ambil masa 3 hari untuk atur pemain... Pfffttt!


Piala Malaysia akan bermula esok maka sesi untuk mengatur pemain akan tamat pada hari ini... Manakala bagi EPL pula telah bermula pada hari Sabtu yang lepas tetapi anda masih berpeluang untuk mengatur pemain bagi pasukan anda... Cuma kelemahannya, anda akan kekurangan mata (point)... Setiap jaringan oleh pemain yang kita atur, kita akan mendapat point...

Sekian sahaja celoteh saya kali ini... Akhir kata, 'Majulah Sukan Untuk negara'!


P/S : Mahu sertai liga fantasi? Klik pada gambar di atas... (^_____^)V
P/S : Terima kasih pada Encik Ikmal kerana setiap tahun menjemput saya menyertai Liga Fantasi... (^_____^)V

Monday, August 5, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Puasa ke-24 dan ke-27!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

InshaAllah, mengikut perkiraan bulan2 Islam, lagi dua umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal, yang sememangnya dinantikan oleh semua umat Islam sebagai tanda kemenangan... Kemenangan mengawal hawa nafsu, kemenangan menjalani ibadah puasa selama sebulan, kemenangan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia, kemenangan menemui malam Lailatul Qadar...

Hari ini, hari isnin, saya masih lagi bekerja dan esok InshaAllah saya akan pulang ke kampung yang terletak di Melaka... Oh, tak sabarnya! Mood bekerja pada hari ini agak kurang sedikit, jadi jari jemari ini asyik 'mengular' menaip laman web-laman web yang menawarkan kerja kosong... Tak lupa juga, 'mengular' menaip entri ini... Hehe!



Oh ya, bercakap mengenai kerja kosong, pagi tadi semasa membuka emel, mata saya tertancap apada satu emel yang agak menarik perhatian... Setelah dibuka emel tersebut, ianya merupakan satu perkhabaran gembira... Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk menhadiri sesi temuduga dari SPA... Syukur, rezeki bulan Ramadhan... Sejurus membaca emel tersebut, saya terus menelefon Abah...

Saya ingin mengimbas kembali  puasa ke-24, iaitu hari Jumaat lepas... Pada hari tersebut, kita melakukan solat sunat terawih ke-25... Kalau mengikut para ulama', malam Lailatul Qadar akan tiba pada malam2 ganjil pada 10 Ramadhan terakhir... Pada malam ke-25, seperti malam2 sebelumnya, saya, Emak dan Wani pergi sembahyang solat terawih di surau yang mengambil masa lebih kurang 30 saat sahaja dari rumah saya...

Sampai di surau, kami bersembahyang jemaah bersama-sama Imam, Bilal dan jemaah2 yang lain, bagi solat Isya dan solat sunat terawih... Ketika rakaat ke-6 solat sunat terawih, tiba2 hujan turun menimpa bumbung surau... Seperti biasa, saya hanya buat 8 rakaat solat sunat terawih dan 3 solat sunat witir... Semasa hendak memakai selipar, saya melihat kaki lima surau basah akibat hujan yang turun sebentar tadi... Tetapi apa yang mengejutkan, jalan tar dan kenderaan2 yang berada di sekitar surau tidak basah langsung! Ya, tidak basah langsung! Puas say memikirkan perkara misteri tersebut, tetapi Allah SWT yang lebih mengetahui akan segalanya...



P/S : Ramadhan diberkati, Syawal disyukuri... (^_____^)V

Wednesday, July 24, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Puasa ke-12!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada hari ahad yang lepas, bersamaan 12 Ramdhan 1434H, PPPN Johor dengan kerjasama JDT Cyber Fan Club dan Sophie Paris telah mengadakan satu konvoi amal yang diberi nama Konvoi Qaseh Ramadhan, di mana kami mensasarkan isirumah2 yang miskin dan miskin tegar di sekitar Johor Bahru... Tempat2 yang menjadi kunjungan kami adalah Taman Perling, Skudai Kiri, kampung Pasir dan Kempas... Ok, nampak macam laporan untuk majalah pula... Haha!

Kalau nak diikutkan, ianya adalah projek di bawah seksyen saya, tetapi diketuai oleh pegawai dari seksyen lain... Macam mana tu? Hehe! Sebenarnya, beliau yang mencadangkan untuk berkolaborasi dengan kelab JDT Cyber Fan Club... Dan perancangan yang dibuat mengambil masa tidak sampai seminggu... Dalam masa yang singkat itu, macam2 halangan yang seksyen saya tempuhi tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari kejadian...

Pada hari kejadian, kami berkumpul di KFC Taman Perling seawal jam 9 pagi... Pada mulanya kami bercadang untuk membahagikan perjalanan kepada dua kumpulan memandangkan jumlah kenderaan yang menyertai konvoi tersebut ada dalam 20 buah, tetapi pihak JDTCFC memutuskan untuk kami bergerak sekali dalam satu kumpulan... Barulah konvoi katanya... Saya dan rakan2 dari PPPN Johor hanya mengikut sahaja cadangan yang diberikan walaupun dalam hati dan minda terfikirkan pelbagai kemungkinan... Ada 65 buah rumah yang akan kami kunjungi untuk memberikan sumbangan barang2 dapur... Sempatkah dihabiskan sehingga waktu berbuka jika bergerak di dalam satu kumpulan? Apa2pun, kami tetap teruskan dengan cadangan tersebut...



Kawasan pertama yang dilawati adalah Skudai Kiri (5 buah rumah), diikuti oleh Kampung Usaha Jaya (5 buah rumah), Kampung Pengakalan  (5 buah rumah), Kampung Pasir (10 buah rumah rumah), Kempas (25 buah rumah) dan Taman Perling (15 buah rumah)... Cuaca pada hari tersebut yang agak panas terik tidak mematahkan semangat kami untuk teruskan membuat kebajikan walaupun dalam bulan puasa... Destinasi terakhir kami adalah di Surau Sungai Perling di mana sumbangan akan diberikan kepada 10 orang penduduk miskin secara in person di dalam satu majlis kecil... Dan di situ juga turut diadakan majlis berbuka puasa bersama penerima sumbangan...





Selepas solat Maghrib, JDTCFC dan pihak Sophie Paris meneruskan perjalanan ke 6 buah rumah lagi manakala kami dari PPPN Johor terpaksa mengundur diri lantaran keesokan harinya ada meeting dengan Menteri Besar Johor yang baru...

Terdapat beberapa persitiwa yang boleh saya kongsikan sepanjang perjalanan konvoi amal tersebut...

1. Semasa di Kampung Usaha Jaya, terdapat beberapa kanak2 yang bermain2 di sekitar astaka yang kami gunakan untuk mengambil gambar... Dan kanak2 tersebut asyik berkata, "Eh, dia pakai baju ori... Dia pun pakai baju ori... Itu pun baju ori...", sambil menunjuk-nunjuk ke arah kami yang memakai jersi JDT...

2. Semasa saya di dalam kereta dan ingin bergerak ke destinasi seterusnya, ada dua orang kanak2 yang sedang menunggang basikal... Salah seorangnya bertanya kepada pemandu kereta yang saya naiki, "Abang, Mat Yo tak ada ke?" dan si pemandu menjawab, "Mat Yo tak ada... Dia balik kampung, masak bubur lambuk...". Hehe!

3. Salah sebuah kereta peserta koncoi telah mengalami kerosakan yang agak teruk dan terpaksa ditunda... Tetapi itu tidak mematahkan semangat peserta2 konvoi yang lain... Begitu juga dengan tuan punya kereta... Semasa majlis berbuka puasa di Surau Sungai Perling, pemilik kereta yang rosak tetap datang untuk meneruskan misi walaupun tanpa keretanya...

Disebabkan kereta yang rosak berada di hadapan, maka berderet kereta yang 'menunggu' di belakang... Jalan sempit, satu lorong...


4. Sepanjang konvoi, kami dapat lihat ramai orang awam yang memakai jersi JDT, se-olah2 turut menyertai dan menyokong konvoi yang diadakan walaupun mereka tidak tahu apa2 mengenai konvoi tersebut... Mana2 tempat persinggahan kami, pasti ada lebih dari 5 orang penduduk yang memakai jersi JDT... Ini semua adalah kebetulan... Dapt disimpulkan bahawa semangat JDT telah menular ke seluruh pelusuk negeri Johor...

Apa2pun, moga apa yang kami lakukan ini diberkati Alllah SWT, lebih2 pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Moga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang... Amin...


P/S : Seronok apbila dapat berkenalan dengan rakan baru... (^_____^)V

Thursday, July 18, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari ke-9!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalmualaikum semua! (^_____^)V

Puasa kesembilan berjalan seperti biasa... Eh, tidak terlalu biasa sangat... Pagi tadi bangun sahur, jam 4:50 pagi setelah dikejutkan oleh Wani... Sambil makan nasi, sambil mata terpejam... Berat yang amat... Kalau ikutkan, syaitan tak ada pun pada bulan puasa ini untuk bergayut di mata... Ah, lantaklah... Yang penting perut diisi sehingga buncit mengandung 4 bulan...

Di pejabat, buat kerja seperti biasa... Pagi2 lagi sudah kena book cuti... Telefon Emak sebab nak tanya nak cuti raya sampai bila... Emak suruh tanya Abah... Malaslah telefon Abah... Nanti banyak pula bunyinya... Huhu! Last2, ambil decide cuti dari 6 Ogos sehingga 14 Ogos 2013... Ketua seksyen cakap, letak je lama2, nanti kalau tiba2 nak naik office awal, naiklah...

Tiba2 dalam jam 12:30 tengah hari, teringat cadangan salah seorang pegawai atasan untuk membahagikan bahagian papan putih untuk dibersihkan... Papan putih tersebut terletak di bilik mesyuarat kecil... Untuk pengetahuan semua, semasa PRU-13 yang lepas, papan putih tersebut telah dilekatkan dengan ber-macam2 kertas... Dilekatkan dengan salotap yang sangat kuat pula tu... Hasilnya, selepas PRU-13, ternampaklah kesan lekatan salotap pada papan putih itu setelah kertas2 tersebut ditanggalkan...

Saya selaku pemangku jawatan Ketua Zon Zapin untuk 5S telah menggagahkan diri ke bilik tersebut untuk membersihkan hasil lekatan yang sangat kuat itu... Sebahagian telah dibersihkan oleh pegawai atasan tersebut, manakala sebahagian lagi saya yang bersihkan... Jenuh kikis2 guna pembaris sehinggakan pembaris saya lekuk2... Saya selesai membersihkan papan putih itu dalam jam 1:30 petang... Meng-gigil2 tangan selepas tugas diselesaikan... Sebagai pemangku jawatan Ketua Zon, maka wajiblah bagi saya untuk menjalankan tugas tersebut secara bersendirian dan tanpa pertolongan anak2 buah saya... Nak tunjukkan kredibilitilah konon2, tapi akhirnya tangan meng-gigil2... Taip entri inipun masih meng-gigil2...

Balik dari bilik mesyuarat kecil, konon2 nak buka Facebook sebelum tidur... Ada setengah jam sahaja lagi masa untuk tidur... Haha! Tapi disebabkan berlakunya perkara yang mengejutkan pada Facebook saya, maka saya batalkan hasrat untuk tidur pada waktu rehat... Nak tahu apa perkara yang mengejutkan itu? Tiba2 saya menerima request untuk menjadi rakan di Facebook dari lebih 100 orang yang langsung tidak dikenali... Apakah??? Semalam dan beberapa jam sebelum itu hanya ada 137 request (yang sememangnya saya tak pernah approve dari dulu lagi sebab tak kenal), dan sehingga entri ini ditulis, sudah ada 354 friend's request! Huh! Deactive Facebook la lepas ni...

Nak masuk cerita artis boleh? Pasal Ashraf Muslim... Saya pasti ramai yang sudah mengetahui kisah dia bernikah lagi satu di Thailand... Bagi mereka yang positif, mereka akan mengatakan "Setiap orang akan melakukan kesilapan" dan pada yang kurang positif akan membalas "Memanglah, tapi ada otakkan untuk berfikir... Apa gunanya akal yang diberi?". Apa2pun, ternyata segala penafian Ashraf Muslim sebelum ini telah menjadi kenyataan... Tepuk dada, tanya iman...

Tiba2 terfikir, apalah yang Emak masak untuk berbuka puasa nanti... Lepas berbuka, sembahyang Maghrib di rumah, seterika baju untuk esok dan kemudian tunggu azan Isya'... Semasa azan Isya', siap2 untuk ke surau untuk sembahyang Isya' dan terawih berjemaah... Solat sunat terawih, macam biasa, buat 8 sahaja... Tambah solat sunat witir 3 rakaat... Eh, perkara ini belum berlaku, macam mana saya boleh tahu? Kalau nak tahu, itulah rutin saya semasa bulan Ramadhan yang mulia... Hehe!

Sekian untuk hari ini...


P/S : Dengar lagu raya boleh hilangkan stress ketika di pejabat! (^_____^)V

Tuesday, July 16, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari ke-6 dan ke-7!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Semalam, puasa ke-6 bersamaan 6 Ramadhan. saya telah diduga oleh Allah SWT... Gara2 sakit perut yang men-cucuk2, saya lewat sampai ke pejabat... 8:08 pagi, itu waktu yang tercatat pada punch card saya semasa saya mengetik punch card tersebut... Semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya tidak menunjukkan reaksi risau kerana saya redha... Oh ya, Kak Su cuti...

Sampai di pejabat, dek kerana keadaan yang sejuk melampau, lebih sejuk dari Kutub Utara, saya telah mengalami demam urat... Sakit tidah terkata! Sudahlah sakit di perut tidak baik2 lagi, ditambah pula dengan demam urat... Sekejap2 saya bersandar pada dinding di tepi saya, sambil membuat kerja... Batuk yang dialami pula makin men-jadi2... Ya Allah... Hamba-Mu tetap tabah menghadapi ujian-Mu...

Habis waktu kerja, saya tumpang Ana sampai Plaza Angsana kerana Emak akan ambil saya di situ... Kebetulan semasa Ana sampai di Plaza Angsana, Emak pun sampai... Alhamdulillah, tidak perlulah saya menunggu kedatangan Emak dalam keadaan kesihatan yang sememangnya tidak berapa mengizinkan...

Masuk waktu berbuka, Emak kuatkan kipas, tapi saya perlahankan semula kipas siling tersebut sampai Emak menegur perbuatan saya. "Sejuklah, Mak..." jawab saya ringkas... Selesai iftar bersama keluarga, saya terus sembahyang Maghrib... Semasa sembahyang di dalam bilik, saya alihkan kipas supaya tidak mengenai tubuh saya yang sememangnya kesejukan... Pada Wani dan Fatin, saya telah berpesan agar tidak membuka pendingin hawa dan menghalakan kipas dinding dan stand fan pada saya...

Selesai solat Maghrib, badan semakin panas dan kesejukan yang dirasai semakin ketara.... Dek kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, saya berbaring di atas katil dan terus tertidur sehingga waktu sahur hari ini... Ya Allah, tidak pasal2 lewat solat Isya' saya...

Hari ini, puasa ke-7, bangun sahur, badan terasa lebih segar dari semalam... Demam yang dialami hanya sehari cuma... Hari ini pergi kerja dengan Kak Su... Dan rutin berjalan seperti biasa... Waktu balik pejabat pula terpaksa melalui satu lagi dugaan... Perjalanan pulang dari pejabat ke rumah yang kebiasaannya mengambil masa hanya 40 minit telah menjadi hampir dua (2) jam gara2 kesesakan teruk... Ya Allah, dugaan ketika menanti waktu iftar...

Semasa sedang menempuh kesesakan tersebut, tiba2 kereta Kak Su dilanggar oleh kereta belakang... Hentaman dan bunyi dentuman yang kuat menyebabkan kami berdua tertolak ke depan sedikit dari tempat duduk kereta... Selepas perlanggaran tersebut, Kak Su berhentikan kereta dan keluar dari kereta untuk berjumpa dengan tuan punya kereta yang melanggar kereta Kak Su... Pemandu kereta di kiri dan kanan (jalan 3 lorong) me-lihat2 ke arah kereta Kak Su... Makin sesaklah jalan... Tak sampai 15 saat, Kak Su masuk semula ke dalam kereta... Saya tanya Kak Su, apa yang rosak... "Calar sikit je... Cat tertanggal...".

Keputusannya, Kak Su tak ambil apa2 tindakan terhadap pemandu kereta belakang... Pemandu tersebut pun telah minta maaf... Lagipun jalan tengah sesak sangat2... Malas mahu keruhkan 'keadaan'... Akhirnya, jam 6:40 petang, saya sampai di rumah... Kasihan dengan Kak Su, sudahlah kereta kena langgar, sampai rumah lambat, nak pergi beli makanan untuk berbuka lagi... Apa2pun, Alhamdulillah, semua selamat...


P/S : Masa untuk tidur... Entri basi dan entri segar bersatu... (^_____^)V

Friday, July 12, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari kedua!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari kedua puasa, sahur nasi putih bersama sambal udang semalam.... My favourite meal! Tapi hari ini tak dengar pula 'Sahur! Sahur!' dari surau, seperti semalam... Tok Imam dan Pak Bilal Sahur di rumah kot... Hari ini masuk kerja semula selepas cuti satu hari... Terasa malas yang amat sangat! Lepas sahur, terus duduk di atas katil... Niat dihati, mahu duduk2 sahaja, tapi faham2 sajalah apa yang berlaku... Tidur...

5:50 pagi, alarm dari telefon tak berapa canggih saya berbunyi... Bangun, capai ubat gigi, capai baju, capai tuala, masuk bilik air... Sambil berus gigi, sambil mata terpejam... Kemudian ber-siap2 untuk pergi kerja... Tunggu Kak Su datang hantar anaknya Sarah ke rumah saya... Emak jaga Sarah... Saya tumpang Kak Su pergi kerja... Satu pejabat...

Dalam kereta saya bertanya, "Kak Su mengandung ke? Emak saya cakap Sarah beritahu yang Kak Su mengandung"... Jawab Kak Su, "Ha'ah, tapi baru satu bulan lebih"...

Hari kedua puasa, entah kenapa kepala pening sangat2... Sampaikan buat kerja pun bersandar pada dinding... Nasib meja meja saya bersebelahan dengan dinding... Serius rasa macam mahu muntah... Migrainkah? Saya pernah diberi suntikan kerana migrain... Dan tak mahu ianya berlaku lagi... Minyak angin Cap Kapak Mas hampir habis  saya buat  tonyoh2 pada hidung dan dahi... Loya sangat2!

Masa siapkan entri semalam pada waktu rehat, sampai nak naik pitam semasa menaip entri tersebut... Siap taip, publish, terus tidur... Masa ada setengah jam lagi sebelum pukul 2 petang... Jangan di-sia2kan waktu yang ada...

Pukul 2, bangun tidur, masih pening lagi... Buat kerja setengah jam, kemudian terus ambil keputusan untuk pergi sembahyang Zohor... Niat untuk berehat sebentar di surau... Sangat2 tidak larat... Bawa sekali minyak angin... Semasa ambil air wuduk, beberapa kali hampir termuntah... Tapi ditahan... Tak mahu batalkan puasa walaupun mungkin jika saya muntah, ia dikategorikan sebagai 'tidak sengaja'... Selepas ambil wuduk, cepat2 menuju ke surau... Sampai sahaja di surau, buka tudung, duduk, terus bersandar ke dinding... Sambil tonyoh2 minyak angin pada dahi dan hidung... Dua orang pegawai atasan yang baru selesai sembahyang bertanyakan keadaan saya... Saya jawab, "Kepala saya pening sangatlah, Puan... Tak larat...". Mereka faham situasi saya... Sambil mereka ber-siap2, kami berbual... Bila saya mahu bangun untuk sembahyang, salah seorang bertanya, "Dah ok ke?". "Dah ok sikit, Puan".... Terus saya capai telekung dan sejadah, tunaikan kewajipan saya...

Balik rumah, Emak masak  bihun goreng dan keropok goreng... This is my favourite break fast  meal masa bulan Ramdhan... Sedari semalam dah request pada Emak untuk  buat meal tersebut... That's my number 1 favourite break fast meal during fasting month... Thanks Emak... I love you so much! Makan dengan berselera apabila tiba waktunya...

Semasa azan Isya', bersama Wani dan Emak, kami menuju ke surau... Tunaikan solat wajib dan solat sunat... Saya buat 8 lagi... Emak dan Wani buat penuh...


P/S : Hari ini sudah hari ketiga puasa... Entri basi sekali lagi! (^_____^)V

Thursday, July 11, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari petama!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari pertama puasa, malam sebelumnya pergi terawih... Buat 8 rakaat je macam biasa... Nak berdiri lama2, kaki  mengalami kesakitan.. Oh, alasan! Balik terwaih, switch on televisyen, tonton rancangan 'Kalau Dah Jodoh : Ustaz Kazim Elias'... My favourite TV show... Selalu kalau tonton dengan Emak, mesti malu2 sebab terfikirkan yang anak sulung dia ni masih belum bertemu jodoh... Malu sendirian... Tapi malam itu, tonton seorangan lantaran Emak buat penuh solat sunat  terawih...

Bila semua dah ada di rumah, saya ingatkan untuk niat puasa... Pada Amir, saya suruh dia niat puasa sambil dia duduk atas riba saya... Pada Aiman pula, saya ajar dia niat puasa... Bagus! Dah berniat puasa, esok boleh puasa dengan senang hati...

Oh ya! Johor cuti pada 1 Ramadhan... Seronok tapi bosan... Tak tahu mahu buat apa... Akhirnya saya langgan filem 'Lari'... Tonton ramai2 pada petangnya... Nenek pun ada! Baru sampai kelmarinnya... Entah sampai bila Nenek bertahan duduk di rumah saya, sebab risaukan rumah di kampung katanya... Sekejap2 suruh Emak telefon Pak Long, suruh tanya bila nak hantar Nenek balik kampung... Tak betah katanya... Badan jadi letih, juga katanya... Sebabnya, tak boleh nak buat kerja sebab Emak tak benarkan... Semua kerja Emak dan kami yang buat... Nenek jadi puan besar di rumah... Hehe!

Emak masak sambal udang dan ayam gorang berempah untuk berbuka... Air tembikai susu dibeli di Bazar Taman Dahlia... Alang2 ikutkan kehendak Amir dan Aiman untuk berbuka dengan makanan di bazar... Nasi beriyani gam dibeli untuk dua adik kesayangan saya itu...

Waktu azan, kami dikejutkan dengan ketukan ber-talu2 di pintu masuk rumah... "Buka pintu, Iwan balik tu", arah Nenek... Buka2, bukan Iwan tapi Pak Long dan anak tirinya... Marah dalam hati ini... Marah kerana mereka berdua ketuk pintu macam nak pecah pintu tu... Tanpa beri salam pula tu... Tapi cepat2 istighfar, bulan puasa... Syaitan tak ada... Kita yang kawal diri kita sendiri...

Pak Long dan anak tirinya berbuka di rumah saya... Lepas solat Maghrib, Paklong bawa Nenek ziarah rumah makcik di Kempas... Saya, Emak, Wani, Amir dan Aiman ber-siap untuk pergi terawih... Balik solat terawih, di rumah, Emak tanya, 'Kak Su mengandung ke? Sarah beritahu'... Saya jawab, 'Mana ada'... Esok nak tanya Kak Su...


P/S : Lambat update... Sudah masuk 2 Ramadhan... (^_____^)V


Tuesday, July 2, 2013

Oh!!! Rumah dah siap, pahat masih berbunyi...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

"Ayuh Johor... Ayuh Johor... Luaskan kuasamu Johor... Kami datang... Kami datang... Setia bersamamu Johor..."



Dengar sahaja lagu tersebut berkumandang di mana2 stadium apabila Johor DT bermain, terus membangkitkan semangat untuk menyokong... Jika sebelum ini saya tak ambil pusing sangat dengan liga2 yang ada dalam Malaysia (sebab tak tahu mahu sokong pasukan mana), tetapi kini dengan keyakinan yang tinggi, saya pasti dan pasti dengan pilihan saya...



Dan kemuncak kebangkitan semula Johor DT adalah apabila bermain di Final Piala FA, menentang pasukan Kelantan... Memang sokongan yang diberikan tidak berbelah bahagi... Bukan saya sahaj, tetapi seluruh rakyat Johor juga seperti saya... Semangat mereka untuk pergi ke Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan dapat dilihat sehingga sanggup membeli tiket2 perlawanan dari ulat2 tiket... Begitu juga dengan penyokong bagi pasukan Kelantan...

Keputusan telah pun diketahui di mana kemenangan berpihak pada pasukan Kelantan dengan jaringan 1 gol... Penyokong2 kedua-dua pasukan yang menonton secara langsung di stadium 'mengakhiri' perlawanan dengan tenang dan semangat berpasukan... Tetapi bila tengok di dalam Facebook, para penyokong kedua-dua pasukan saling menghina, mencani, mengeji di antara satu sama lain...

Yang menang mengherdik yang kalah (entah apa yang tidak puas hatinya) dan yang kalah menyelar yang menang (entah apa puncanya)... Bukan para penyokong sahaja yang menjadi mangsa, malahan pemain bagi kedua-dua pasukan turut menjadi mangsa kejahatan jari jemari penyokong pasukan lawan... Yang menang sepatutnya dipuji dan yang kalah sepatutnya diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi, tetapi lain pula yang jadi... Pelik!

Yang paling menyedihkan, ianya dilakukan oleh kaum Melayu... Melayu mengherdik Melayu... Walaupun datang daripada negeri yang berlainan, tetap datang dari bangsa yang sama... Nampak begitu ketara sifat kenegerian penyokong kedua-dua pasukan... Kini sudah 3 hari perlawanan berlalu, namun  perkara begitu terus berlaku... Jika berterusan begini, maka tidak akan bersatulah penyokong antara kedua-dua negeri...

Apa2pun, saya tabik kepada penyokong kedua-dua pasukan yang menyaksikan perlawanan di stadium... Tiada kedengaran sebarang perbalahan mahupun pertengkaran... Malah mereka boleh duduk makan bersama selepas perlawanan tamat... Tiadanya sifat kenegerian di antara satu lain...

Apa2pun, buang yang keruh ambil yang jernih... Ingat, kita 1 Malaysia!


P/S : Rambut sama hitam tapi hati lain2... (^_____^)V

Thursday, May 30, 2013

Oh!!! Mari kenali kumpulan qasidah Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sejak akhir2 ini kita sering mendengar lagu qasidah bertajuk 'Ya Hanana' di mana2, even di pejabat saya, ada seorang staf yang menjadikan qasidah 'Ya Hanana' sebagai nada dering telefon bimbitnya... Qasidah 'Ya Hanana' yang bermaksud 'Betapa Beruntungnya Kami', jika dihayati maksud keseluruhan qasidah tersebut, sangat meruntun jiwa...

Bukan qasidah 'Ya Hanana' yang ingin saya bicarakan tetapi mengenai sekumpulan anak muda yang telah  menubuhkan kumpulan qasidah di bawah bimbingan Habib Syech Bin Abdul Qodir Assegaf yang turut dikenali sebagai Habib Syech Assegaf (orang yang bertanggungjawab mempopularkan qasidah 'Ya Hanana')... Kumpulan qasidah tersebut telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2012 dengan nama Fatah Al-Madah, tetapi telah mendapat pengikitirafan dan ditukar namanya kepada Ahbaabul Musthofa Malaysia oleh pengasasnya iaitu Habib Syech Assegaf...



Dianggotai oleh sekumpulan 15 orang anak muda, Ahbaabul Musthofa Malaysia telah pun menjelajah hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk memperdengarkan lagu2 qasidah yang lunak lagi merdu irama dan bait2 lagunya... Mereka juga sering diundang untuk mengadakan persembahan di masjid2, surau2, madrasah2 dan tidak terkecuali di institusi2 pengajian yang terdapat di Malaysia... Kumpulan qasidah ini juga turut mengiringi Habib Syech Assegaf ke hampir kesemua siri  program 'Malam Cinta Rasul'...


Kumpulan qasidah ini yang melantunkan lagu2 qasidah yang dicipta oleh Habib Syech Assegaf boleh dihubungi melalui Facebook Ahbaabul Musthofa Malaysia untuk sebarang pertanyaan, atau untuk diundang untuk membuat persembahan di tempat anda...  Moga perjuangan dan dakwah mereka diberkati dan diredhai Allah SWT...


P/S : 'Ya Hanana'... (^_____^)V

Wednesday, May 29, 2013

Oh!!! Petua dengan ais!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah makan ais? Pernah minum air berais? Pernah duduk dalam peti ais? Tahukan anda bahawa ais sebenarnya mempunyai banyak manfaat? Sedarkah anda bahawa ais yang dibuat dari air paip atau air masak itu sebenarnya sangat berguna?

Jika jawapan anda bagi semua soalan di atas adalah 'tidak', maka anda wajib membaca apa yang bakal saya sampaikan... Dan jika jawapan anda adalah 'ya', pun anda digalakkan untuk membaca... Berikut adalah petua petui dengan menggunakan seketul ais...

Mengekalkan Make-up :
Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal... Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda... Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda... Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda... Dan jangan lupa untuk memakai seoles gincu...



Meratakan warna kulit :
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit... Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan... Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan... Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah...



Merehatkan mata :
Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda... Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda... Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda... Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu...

Merawat jerawat :
Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda... Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari... Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah...

Menghilangkan gula2 getah :
Opsss! Ini bukan buat magik gula2 getah yang sedang dikunyah di dalam mulut hilang secara tiba2 tetapi ini petua untuk menanggalkan gula2 getah yang melekat pada rambut atau pakaian anda... Hanyya sapukan ketulan ais pada bahagian yang terjejas, kemudian tanggalkan gula2 getah tersebut dengan jari anda atau penyepit tanpa merosakkan rambut atau pakaian anda...



Mengeluarkan selumbar :
Selumbar atau serpihan kayu kadangkala akan tercucuk pada jari apabila anda memegang kepingan papan atau kayu yang tidak 'dikemaskan' dengan sempurna... Jika jari anda tercucuk selumbar, sapukan ais pada bahagian tersebut dan cabut selumbar tersebut menggunakan penyepit... Ianya akan menjadi mudah dan tidak menyakitkan...

Menghilangkan kedut / renyuk :
Jika pakaian anda dari jenis yang renyuk atau kedutannya susah hendak hilang, di sini ada tip untuk menghilangkannya terutamanya apabila anda perlu keluar untuk bertemujanji... Caranya adalah dengan gosokkan ketulan ais yang dibalut dengan kain yang lembut pada kawasan renyuk atau kedut tersebut dan kemudian seterika kawasan tersebut tanpa perlu menunggu kesan ais tersebut kering... Hasilnya amat menakjubkan!

Mengurangkan lepuh :
Apabila ada anggota badan anda yang melepuh atau terbakar, ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain yang bersih... Kemudian sapu perlahan-lahan pada kawasan yang melepuh atau terbakar selama beberapa saat... Selain mengurangkan kesakitan di kawasan yang terjejas, ia juga dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada kawasan tersebut... Selain itu ia mampu mengurangkan bengkak pada kawasan tersebut...

Merawat sengal2 otot :
Setelah berhempas pulas melakukan kerja berat, pasti ada beberapa kawasan otot yang akan berasa sakit dan sengal... Hanya perlu gosokkan ketulan ais pada bahagian yang berasa sengal selama beberapa ketika untuk mengurangkan rasa sengal tersebut...

Memanaskan nasi :
Memanaskan semula nasi yang sejuk akan menyebabkan nasi tersebut bertambah kering dan kurang sedap... Jadi untuk mengelakkan perkara itu terjadi, letakkan beberapa ketul ais di bahagian atas nasi dan panaskannya... Ais yang cair akibat pemanasan tersebut akan melembapkan nasi yang dipanaskan semula itu...

Sakit mencabut :
Bagi wanita yang suka membentuk kening dengan mencabut bulu kening, pasti anda akan merasa sakit tatkala kening anda dicabut... Jadi, untuk mengurangkan kesakitan tersebut, gosokkan kiub ais pada kening anda terlebih dahulu sebelum mencabut... Ulang prosedur tersebut setiap kali sebelum anda mencabut bulu kening anda... Cara ini akan mengurangkan kesakitan dan mencegah kulit disekeliling kening anda menjadi kemerah-merahan...

Sumber ---> Dari Yahoo.com


P/S : Jika suka makan ais, boleh menyebabkan gigi rosak! (^_____^)V

Wednesday, May 22, 2013

Oh!!! Apabila Maria Elena menjadi idola...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sesiapa yang mengikuti blog saya pasti mengetahui betapa saya amat kagum dan adore dengan Maria Elena... Untuk dunia blog, dialah yang menjadi idola saya... Haha! Oleh itu saya telah 'meminjam' sedikit keyakinan beliau untuk diri saya... Dan inilah hasilnya! Hahahahahahahahaha! (Gelak puas!)

Dari atas (kiri) : Muka buat2 faham minta pelempang, muka predator terhidu bau kentut, muka itik yang terkejut, muka terkincit, muka bosan gila babun, muka pontianak yang gembira...


Tips untuk mengambil gambar yakin yang amat seperti di atas, haruslah semasa ketiadaan seorang makhluk manusia di kawasan sekitar dan haruslah di kawasan yang tersorok... Hahahahahahahahahaha!


P/S : Tiba2 Pengarah berdiri di belakang... (^_____^)V

Sunday, May 12, 2013

Oh!!! Kerana politik umat berpecah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ayoyo! PRU-13 sudah habis, tapi orang sekeliling masih tidak habis2 becakap... Ibarat bak kata pepatah, 'rumah sudah siap, pahat masih berbunyi'... Err, betul ke? Yang tidak berpuashati dengan keputusan PRU-13 masih lagi setia memperdebatkannya... Yang berpuashati hanya memandang dari tepi dan ada antara mereka yang membalas tohmahan2 mereka yang tidak berpuashati...

Disebabkan politik, habis berpecah belah umat manusia... Kalau berlainan agama atau kaum mungkin boleh diterima, tapi ini berlaku sesama agama... Kerana berbeza ideologi politik dan berbeza matlamat yang diperjuangkan, masing2 sanggup bermasam muka dan bertikam lidah untuk menunjukkan siapa yang betul, siapa yang hebat...

Seorang rakan pernah bercerita pada saya... Kebanyakan orang yang menetap jauh dari kampung halaman, mereka akan mencuri masa untuk pulang ke kampung bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi... Kawan saya adalah salah seorang dari mereka... Abangnya yang menetap di Kuala Lumpur turut pulang ke kampung... Dan peluang berkumpul bersama keluarga cuba dimanfaatkan sebaik mungkin...

Tetapi lain pula yang jadi... Semasa si rakan dan si abang duduk bersembang mengenai politik untuk memberi pendapat masing2... Si abang yang terlalu taksub dengan sebuah parti politik tidak semena-mena telah memberi pendapat yang lebih kepada mengutuk parti politik lain... Si rakan cuba memberi pendapatnya dan memperbetulkan si abang tetapi si abang tidak dapat terima... Namapun 'sesi memberi pendapat', maka si abang seharusnya menerima pendapat si adik (rakan a.k.a si rakan) tanpa  mengeluarkan kata caci makian terhadap parti politik lain dan juga si adik... Kasihan si adik, tidak pasal2 dilabel sebagai 'bodoh'!

Itukah yang kita inginkan? Institusi kekeluargaanpun boleh goyah gara2 politik, inikan pula sesama masyarakat...

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran : "Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Surah Al-Hujurat, ayat 13 ~ 49:13 )

Memang susah untuk menyatukan setiap orang lebih2 lagi masing2 mempunyai ideologi yang berlainan... Melainkan Malaysia melaksanakan sistem parti dominan iaitu hanya satu parti politik yang wujud di dalam negara... Tetapi itu tidak akan terjadi... Apa2 yang akan berlaku selepas ini, hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Nasib seseorang pemimpin, nasib sesebuah parti, nasib setiap rakyat dan nasib sesebuah negara, semuanya sudah tertulis...

Tetapi ingat, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendri yang mengubah apa2 yang pada diri mereka" (Surah Al-Rad, ayat 11 ~ 13:11)



Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku...


P/S : Sudah seminggu PRU-13 berlalu... (^_____^)V

Thursday, May 9, 2013

Oh!!! Hati manyak sedih ooo!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Eh, kenapa tajuk entri ini macam ada gaya orang Cina cakap Melayu? Sebab 'Ini kalilah!'. Kalau diikutkan, 'Ini Kalilah' bukanlah proper Malay sentence. Kalau ikutkan proper Malay language, sepatutnya ia berbunyi 'Kali Inilah!'. 'Ini Kalilah!' tu gaya orang Cina cakap Melayu.

Ok2, cukuplah pasal politik. Nanti saya akan ulas pasal politik pada entri akan datang.

Berkenaan dengan tajuk entri hari ini, memang hari ini hati ada sedikit sedih juga (Gaya orang India cakap Melayu pula. Ke gaya orang Bangladesh cakap Melayu? Opsss!). Kalau anda perasan sesuatu pada blog saya, anda akan dapat jawapannya.

Lihat pada cursor saya, lambang apakah yang tertera? Ya (!), logo Manchester United! Dan semalam adalah hari terakhir Sir Alex Ferguson berkhidmat sebagai pengurus bagi Manchester United. Setelah hampir 27 tahun. Tiba2 hati menjadi sebak yang amat!



Lepas ini, tiada lagi sambutan hari lahir saya ber-sama2 beliau. Kalau nak tahu, pada hari lahir sayalah beliau mula menjadi pengurus pasukan Manchester United. Tarikh yang sama dan tahun yang sama! Maksudnya, umur saya sama dengan tempoh beliau berkhidmat untuk pasukan Manchester United. What a coincidence!

Setelah memperolehi 38 trofi di dalam pelbagai liga, beliau mengumumkan persaraan beliau. Mungkin juga faktor umur yang mendorong beliau bersara dari arena bolasepak. Kagum dengan beliau sebab sehingga umur beliau 71 tahun, beliau masih cekal untuk mengurus kelab yang berprestij di dunia. Dan kerana beliaulah Manchester United berjaya mencapai kejayaan.

Sedikit info mengenai beliau :
Nama : Sir Alexander Chapman Ferguson
D.O.B : 31st December 1941
P.O.D : Glasgow, Scotland

Apa2pun, moga Sir Alex baik2 sahaja selepas ini. Terima kasih kerana membawa pasukan Manchester United ke tahap yang membanggakan. Kami akan merinduimu, Sir Alex Ferguson!




P/S : Glory Glory Man United! Welcome to David Moyes! (^_____^)V

Monday, May 6, 2013

Oh!!! 'Keputusan Pilihanraya'!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ini adalah parodi lirik kedua oleh saya... Parodi lirik kali ini adalah dari lagu 'Suasana Hari Raya' yang dinyanyikan Anuar Zain dan Elliana... Tajuk parodi ini adalah 'Keputusan Pilihanraya'...


Berlalulah sudah debaran sebulan menantikan
Kini ku tahu jawapan siapa jadi pilihan
Bukan susah nak kalah bukan senang nak menang
Itulah yang dinamakan adat pertandingan

Janganlah bermasam muka sesama pihak lawan
Yang menang teruskan perjuangan yang kalah jangan kesal
Jalankan tanggungjawab tunaikanlah perjanjian
Kalau tidak rakyat akan menentang habisan

Bila dah undi calitlah pada jari
Dakwat kekal nama diberi
Tibalah masa untuk mengira undi
Biar SPR yang mengadili

BN dah menang itu pilihan rakyat
PR juga tak kurang hebatnya
Jangan bergaduh kalau tak puashati
Kita jumpa 5 tahun lagi


Berlalulah sudah debaran sebulan menantikan
Kini ku tahu jawapan siapa jadi pilihan
Bukan susah nak kalah bukan senang nak menang
Itulah yang dinamakan adat pertandingan


Sila klik gambar untuk tumbersaran... 


P/S  : Ini negara demokrasilah! (^_____^)V

Sunday, May 5, 2013

Oh!!! Pilihlah dengan bijak!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tidak lama lagi Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13)... Jangkaan tarikh PRU 13 adalah pada 24 April 2013... Dan semalam (3 April 2013) secara rasminya Parlimen telah dibubarkan, serentak dengan genapnya 4 tahun pemerintahan Datuk Sri Najib bin Tun Abdul Razak...

Jika dilihat kini telah 'berlangsungnya' perang bendera di setiap pelusuk negara... Tidak kurang juga propaganda politik turut diwujudkan bagi 'memeriahkan' lagi kemuncak PRU 13... Di sana sini orang bercerita mengenai politik... 'Parti ini bagus, parti itu tidak bagus'... 'Parti ini yang layak memerintah, parti itu tidak layak'...

Pelbagai andaian dan jangkaan telah dibuat oleh mereka yang bertauliah dan tidak bertauliah... Yang bertauliah memberikan pandangan2 yang bijak lagi bernas manakala yang tidak bertauliah hanya memberikan  pandangan sesedap rasa diiringi kata2 kurang enak...

Jika hati tidak kuat, mungkin kita bisa berubah arah atau menjadi lalang2 di tengah padang... Ditiup ke kiri, ke kirilah kita, ditiup ke kanan, ke kananlah kita...

Jika anda seorang yang bijak, anda akan duduk diam2 sebagai pemerhati senario politik Malaysia, kemudian anda akan adili keadaan politik semasa, dan diakhiri dengan membuat pilihan yang tepat semasa PRU... Itulah yang dinamakan 'diam2 ubi berisi'... Baiklah, tiada kena mengena pun...

Apa2pun, buatlah pilihan yang bijak... Fikirkan masa depan generasi akan datang... Undi anda penentu masa depan negara...



Oh ya... Anda juga boleh merujuk cara untuk memilih calon yang terbaik semasa mengundi nanti melalui video di bawah... Terbaiklah matluthfi90!



P/S : Tidak sabar ingin mengundi untuk kali pertama... Yeay! (^_____^)V

Sunday, April 28, 2013

Oh!!! 'Menjelang Pilihanraya'...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ini adalah parodi lirik 'Menjelang Hari Raya' oleh DJ Dave yang telah diubahsuai oleh saya mengikut situasi semasa... Hehe!

Gambar ihsan dari Encik Sinar...


Menjelang pilihanraya
Semua sibuk 'bekerja'
Pacak2 bendera
Gantung2lah poster

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Pemimpin turun padang
Tunjuk sifat penyayang

Oh...
Beginilah suasana
Pabila pilihanraya di Malaysia 
Oh...
Sungguh bahagianya
Nasib rakyat semua akan terbela 
(InsyaAllah)

Selamat hari raya
Bukan raya puasa
Tapi pilihanraya
Hari2 pun raya


P/S : Tunggu parodi seterusnya... (^_____^)V

Friday, April 26, 2013

Oh!!! Manifesto harus ditepati!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tinggal lebih kurang seminggu saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, untuk kali pertama... Ya, untuk kali pertama...

Baru2 ini saya ada membaca manifesto2 yang dibentangkan oleh parti2 yang bertanding dalam PRU-13... Jika dilihat segala hujah yang dibentangkan, baik oleh pihak kerajaan mahupun pakatan pembangkang, sangat menarik, tertarik dan memang da bomb la...

Kantoi gambar ambil dari SinarHarian online... Hehe!


Apabila membaca manifesto parti pembangkang, terasa macam nak mengundi pembangkang tetapi apabila membaca manifesto kerajaan BN, terasa macam nak mengundi kerajaan pula... Opsss (!), saya bukan lalang ok! Tetapi tidak salah bukan kalau kita memilih yang mana lebih baik...

Dan seperti biasa, manifesto2 yang dibentangkan lebih mengutamakan rakyat... Yalah, nama pun mahu memikat hati dan meraih undi rakyat, haruslah mengutamakan dan mendahulukan kebajikan rakyat... Tidak kisahlah parti mana yang akan mengepalai  DUN, mengetuai parlimen, menguasai negeri dan memerintah negara, yang pasti, janji2 yang ditabur di dalam manifesto masing2 haruslah ditepati...

Jangan hanya pandai ber-kata2 dan bermulut manis sebelum pilihanraya, tetapi selepas itu janji dimungkiri... Jangan sekadar hanya janji kosong, nanti rakyat kecewa... Jangan hairan apabila rakyat mula membenci kerana apa yang mereka harapkan tidak dituruti...

Hargailah rakyat yang mengundi dengan melaksanakan apa yang dijanjikan di dalam manifesto yang panjangnya berjela, yang patah perkataannya tidak terkira, yang hujahannya menusuk jiwa dan idea2nya merangsang minda... Sebagaimana rakyat menghargai parti politik yang menang dengan mengundi mereka, maka hargailah rakyat dengan sebaiknya...

Di sini saya sertakan manifesto2 dari beberapa parti yang bertanding untuk PRU-13...

Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Parti Maju Sabah (SAPP)

Apa perasaan anda selepas membaca manifesto2 tersebut? Anda bijak membaca, bukan? Jadi anda harus bijak memilih...


P/S : Menghitung hari untuk mengundi... (^_____^)V

Monday, April 22, 2013

Oh!!! Berkempenlah secara bersih!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada 22 April 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu, saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia setia dan bersabar menunggu di depan televisyen untuk mendengar pengumuman calon2 yang akan bertanding untuk PRU13... Saya juga tidak terkecuali dan semestinya saya menantikan pengumuman bagi DUN Kempas...

Sejurus selepas penamaan calon, parti2 politik telah diberikan 'keizinan' untuk berkempen dengan cara masing2...Tapi kalau diikutkan, sebelum penamaan calon lagi parti2 politik telah menjalankan kempen masing2... Antaranya adalah dengan memasang bendera2 parti politik...

Apa yang saya faham, tujuan berkempen adalah untuk 'menghasut' pengundi, dengan erti kata lain adalah untuk meyakinkan para pengundi agar mengundi mereka yang bertanding, yang datangnya dari parti2 politik yang berbeza...

Di dalam berkempen, terdapat etika2 yang perlu dipatuhi agar kempen yang dijalankan tidak dianggap 'kotor' oleh sesetengah pihak... Pada pendapat saya (macam karanganlah pula), jika berkempen secara lisan (memberi ucapan), tidak perlulah diselitkan dengan kata2 cacian atau maki hamun terhadap parti lain kerana tiada faedahnya pun... Orang sekeliling hanya akan memandang serong sahaja kerana seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar...

Kepada para penyokong pula, tidak perlu untuk mempunyai sifat PHD (perasaan hasad dengki)  dengan 'memusnahkan'  bendera2 parti lain... Dari pengamatan saya di kawasan saya, terdapat bendera2 parti yang se-olah2 telah dikoyakkan dan diputuskan dawai2 pengikat bendera di tiang2 lampu... Kalaupun ingin meraih undi, tidak perlu untuk 'menghancurkan' segala usaha dan penat lelah mereka yang sanggup bersengkang mata untuk menggantung bendera parti masing2... Siap sanggup bergadai nyawa untuk memanjat tiang lampu atau elektrik yang paling tinggi untuk menggantung bendera...



Dan baru2 ini saya mendapat mesej di telefon bimbit yang bertanyakan kesetiaan saya terhadap parti kerajaan mahupun parti pembangkang... Tidak dapat dipastikan mesej tersebut dari parti politik mana, namun bagi saya tidak perlu untuk menghantar mesej rambang seperti itu kerana tidak semua suka 'disogok' sebegitu... Ini berdasarkan feedback dari kawan2 saya yang turut menerima mesej tersebut...

Apa2pun, setiap parti politik boleh berkempen mengikut cara masing, cuma diharapkan ianya adalah secara bersih...


P/S : Belum buat keputusan untuk mengundi siapa... (^_____^)V

Sunday, April 7, 2013

Oh!!! Fitnah politik di alam siber...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

"Dah lama dah", bak kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau ingin melepaskan jawatan yang disandangnya ketika bersidangnya Perhimpunan Agong UMNO pada 2004, begitu jugalah dengan fitnah politik yang berlaku di dalam negara kita...

Ahli2 dan pengikut2 parti ini mengutuk parti itu, ahli2 dan pengikut2 parti itu mengherdik parti ini... 'Drama' tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketara sejak adanya medium media sosial seperti Facebook (dan Facebook pun bertanya, 'Why Me???')... Melalui medium itu, semua saling tuduh menuduh, salah menyalahkan antara satu sama lain...

Berbalik kepada soal fitnah... Mengapa saya katakan ianya fitnah? Kerana ianya menyentuh keaiban orang lain... Niat mereka yang asalnya adalah baik, akhirnya telah menjadi niat yang 'tidak baik' kerana niat baik itu diiringi dengan kata-kata makian dan kata-kata yang kurang enak didengar... Sedihnya kerana 'pertelingkahan jari jemari' tersebut adalah di antara sesama Islam...

Selain itu, dengan me-repost video2 kenyataan ahli2 parti di laman sosial, dengan diiringi caption yang menghina juga menjadi salah satu trend sekarang... Secara tidak langsung, ia telah membuatkan mereka 'yang tidak tahu apa2' turut memberikan komen yang berunsurkan negatif, menghina dan fitnah...

Sebenarnya niat2 pengikut parti politik itu baik keranan bertujuan untuk membuka mata masyarakat tetapi dalam masa yang sama, tanpa disedari, ianya telah menjadikan mereka mempunyai hati yang tidak baik... Juga dalam masa yang sama ia turut menambahkan dosa 'mereka'... Nabi Muhammad SAW tidak mengajar umatnya saling hina menghina di antara satu sama lain...

Sabda Rasulullah SAW : "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintai keaiban... Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri..." (Hadis riwayat Abu Daud).



Apa2pun jangan terlalu ikutkan perasaan, nanti mati...


P/S : Berfikir sebelum bertindak... (^_____^)V

Thursday, March 21, 2013

Oh!!! Misteri 'water container'!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari ini telah berlaku satu persitiwa misteri di dalam hidup saya... Misteri yang tidak bisa dirungkaikan dengan teori2 sains dan juga logik akal... Peristiwa misteri itu berlaku semasa saya bangun bersahur pada pagi tadi... Teoat jam 4:50 pagi, alarm telfon saya berbuni dan saya bingkas turun dari katil dua tingkat saya... Sebenarnya, saya telah terjaga seawal jam 4:20 pagi kerana teredengar satu bunyi yang agak misteri di dalam bilik saya... Ber-kali2 bunyi itu bergema... Disebabkan bunyi itu, saya tidak dapat melelapkan mata sehingga jam 4:50 pagi...

Seperti biasa, selepas bangun saya ke tandas untuk menggosok gigi... Kemudian ke dapur untuk mengambil pinggan, dan mencedok nasi serta lauk yang tersedia di atas meja... Untuk pengetahuan, saya bersahur berseorangan kerana hanya saya seorang sahaja yang berpuasa di kalangan ahli isi rumah (guna term e-Kasih sikit)... Seperti biasa, selesai makan haruslah minum air dan air masak adalah minuman kegemaran saya (saya kurang menggemari air berperisa)... Saya telah tetapkan untuk minum 3 gelas air masak sejak dari hari pertama puasa (hari ini hari ke-4 saya berpuasa)...

Mula2 saya ke dapur untuk mengambil cawan setelah mendapati cawan yang saya tinggalkan pada malam sebelumnya tiada di atas meja... Dan di atas meja tiada satu cawan pun! Selepas itu, dalam keadaan kelam dengan hanya bertemankan lampu di dapur (meja makan terletak di ruang tamu), saya mula mengisi air ke dalam cawan dari water container yang terletak di atas meja makan... Selepas mengisi air dari water container ke dalam cawan kegemaran saya, saya duduk di tepi sofa yang terletak berhadapan dengan meja makan... Jika saya duduk di tepi sofa (tempat meletakkan tangan), saya secara automatik akan menghadap televisyen, manakala meja makan juga secara automatik akan terletak di kanan saya...

   
Inilah water container tersebut... Cawan biru di atas water container itu adalah cawan kegemaran saya, sama dengan cawan yang penuh dengan air tersebut! Ada 3 cawan yang sama di rumah saya... 


Selesai minum cawan yang pertama, saya mula melangkah ke meja makan... Tetapi, ada perkara misteri yang telah berlaku... Di dalam keadaan samar2, saya melihat di bahagian bawah tempat air keluar dari water container itu ada sebiji cawan yang penuh dengan air! Pelik (!), tapi itulah yang berlaku... Dan yang bertambah pelik lagi, tiada setitik air yang melimpah keluar dari cawan kerana air memang penuh sampai ke tahap maksimum! Saya mula merenung cawan tersebut dan di dalam fikiran mula berfikir bagaimana cawan yang penuh dengan air boleh berada di situ... 

Niat untuk minum bagi pusingan kedua terbantut agak lama gara2 saya merenung cawan tersebut... Saya tidak berani untuk mengalihkan cawan yang penuh dengan air itu ke tempat lain kerana imaginasi saya menguasai diri saya... Imaginasi saya mengandaikan jika saya alihkan cawan tersebut, akan ada tangan yang menyentuh tangan saya... Kira2 selepas 5 minit saya merenung cawan itu, Emak bangun dari tidur dan saya terus menceritakan kepada Emak apa yang terjadi... Saya tunjukkan cawan tersebut sambil menunjukkan cawan yang saya pegang... Kira2 seminit kemudian, Abah  bangun dan saya turut menceritakan cerita yang sama kepada Abah... Abah tanpa membuang masa terus mengambil cawan yang penuh dengan air itu dan terus mencampakkannya ke sinki... 

Sehingga saya menaip entri ini saya masih berfikir bagaimana cawan itu boleh penuh dengan air sendiri (tanpa ada orang yang mengisinya)  tanpa setitik pun melimpah keluar... Dan saya turut berfikir menagapa semasa saya minum air dari cawan saya bagi pusingan pertama, saya langsung tidak mendengar bunyi air diisi ke dalam cawan mahupun bunyi tuil tempat air keluar dari water container itu di tarik ke atas mahupun diturunkan ke bawah... 

Begitulah flahback saya... 


 P/S : Misteri yang masih belum terungkai...

Friday, March 8, 2013

Oh!!! All about Lahad Datu (Part 1)...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Lahad Datu merupakan sebuah daerah yang terdapat di negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah... Dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu adalah sejauah lebih kurang 500 kilometer... Seperti daerah2 lain di Sabah, Lahad Datu juga mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri... Antara tempat2 yang boleh dilawati apabila berkunjung ke Lahad Datu adalah Hutan Simpan Lahad Datu, Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin, Gua Madai, Menara Kayangan, Muzium Arkeologi Batu Tulug dan Pasar Rakyat Lahad Datu...



Putera William dan Kate Middleton pun sudah sampai Lembah Danum...




Nama Lahad Datu diambil daripada perkataan kaum Bajau di mana Lahad bermaksud tempat,  manakala Datu pula merupakan gelaran orang bangsawan pada zaman dahulu (seperti Datu Patinggi dan Datu Temenggung)... Kaum2 yang menyerikan kehidupan di Lahad Datu pula terdiri daripada kaum Kadazan-Dusun, Dusun Bagahak, Suluk, Cina, Kokos, Iranun, Bugis, Timor, Tidong, Jawa, Sungai, Idahan dan Kagayan...

Sebenarnya Lahad Datu bukanlah sebuah pekan yang besar (sebesar Negeri Sembilan) dan ia masih lagi dikelilingi oleh tanaman yang menjana ekonomi Sabah iaitu kelapa sawit... Jangan terkejut kalau berselisih dengan lori2 yang mengangkut kelapa sawit apabila berada di sana... Jangan ingat hanya di Semenanjung sahaja ada lori2 mengangkut sawit (a.k.a jangan ingat hanya di Semenanjung sahaja ada kelapa sawit)... (^_____^)V

Tetapi keindahan, kedamaian, ketenangan, 'kecantikan' Lahad Datu telah diragut sama sekali lantaran daripada insiden pencerobohan pengikut Kesultanan Sulu dari Filipina...

To be continued...


P/S : Next episode, pelase... (^_____^)V

Tuesday, March 5, 2013

Oh!!! Rasa sangat2 dihargai...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada awal bulan Februari lalu, secara rasminya saya telah dinaikkan pangkat... Ya (!), naik pangkat dengan jawatan yang lebih tinggi... Dah namanya naik pangkat, mestilah jawatan lebih tinggi... Ayoyo, Nadiah! Sebelum kenaikan pangkat secara rasmi, telah tersebarnya berita saya  dinaikkan pangkat dalam satu pejabat...



Dan oleh kerana itu, banyak ucapan tahniah yang saya terima ... Walaupun saya bukanlah pegawai tetap, tetapi saya sangat2 terharu dan berasa sangat2 dihargai apabila pegawai2 tetap mengucapkan tahniah... Se-olah2 mereka turut meraikan saya walaupun saya bukanlah saya hanyalah pekerja biasa...

Di jabatan sekarang, tiada jurang di antara pegawai tetap dan bukan... Walaupun dinaikkan pangkat bukan sebagai pegawai tetap, saya tetap dihormati oleh pegawai2 tetap yang lain...

Tidak seperti di jabatan yang lama, jurang di anatar pegawai tetap dan bukan tetap amat ketara... Ya (!), sangat2 ketara... Tiadanya pergaulan mesra di antara satu sama lain... Kalau ada pun, ber-puak2... Memang terasa diri sangat kerdil di samping pegawai2 tetap, sekerdil kuman2 yang berterbangan bebas...

Jika di jabatan yang baru, pegawai tetap dan bukan tetap sangat rapat... Sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat rapat! Walaupun pegawai tetap itu bergred 48 dan pegawai bukan tetap bergred 17, tiada halangan untuk bertepuk tampar di antara satu sama lain... Tetapi perasaan hormat terhadap pegawai tetap masih ada...

Dan pada Khamis lepas, saya masih lagi menerima ucapan tahniah dari pegawai tetap walaupun kenaikan pangkat saya sudah hampir sebulan... Oh, terasa sangat2 dihargai!


P/S : Lain padang, lain belalang...

Thursday, February 28, 2013

Oh!!! Iklan produk itu sungguh memalukan!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ada satu hari tu, saya menonton televisyen bersama-sama Abah dan my two little brothers... Cerita pada waktu malam, tapi saya tak ingat cerita apa... Boleh jadi cerita 'Surat Dari Langit Biru', boleh jadi juga cerita 'Amekaw', dan boleh jadi juga cerita 'WWE Smackdown'... Oh, saya dan famili saya tak akan  berjaga hingga lewat malam se-mata2 untuk menonton WWE Smackdown... Oh (lagi sekali), pukul 11 malam ke atas dianggap sebagai lewat malam bagi famili saya... Peace yo!

Semasa iklan, tiba2 ada terselit iklan 'separa lucah'... Iklan mengenai produk untuk aset wanita... Mengapa saya katakan ianya iklan 'separa lucah'? Kerana ianya tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak2 dan bagi saya ianya memalukan! Bayangkan ketika itu saya menonton televisyen ber-sama2 Abah dan adik2 lelaki saya, terasa macam nak lari setempat laju2 je...

Antara 'perubahan2' yang dipromosikan oleh iklan bagi produk2 sebegitu adalah krim atau minuman untuk tumbesaran bagi wanita yang mempunyai saiz aset yang kecil, krim atau minuman untuk penegangan dan krim atau minuman untuk mengecilkan aset sedia ada... What??? Mengecilkan? Oh, bersyukurlah dengan apa yang ada...

Saya berpendapat bahawa iklan bagi produk2 sebegitu tidak patut a.k.a tidak layakpun untuk ditayangkan di kaca2 televisyen kerana televisyen selalunya ditonton secara bejemaah... Tidak kira tua mahupun muda, lelaki mahupun perempuan, akan duduk be-ramai2 di depan televisyen, terutamanya sebuah keluarga... Haish, malulah kalau kita sedang syok2 menonton televsiyen bersama famili yang lain (terutamanya yang berlainan jantina), tiba2 muncul pula iklan2 sebegitu...

Model2 a.k.a duta yang wajah mereka turut terpapar di dalam iklan produk tu tak ada perasaan malu ke? Cuba bayangkan apabila model2 a.k.a duta produk tersebut berjalan di tempat awam dan ada orang awam  (terutamanya lelaki) yang pernah menonton iklan produk yang terpapar wajah mereka tu, agaknya apa yang akan dilihat atau difikirkan oleh orang awam tersebut? Korang fikirlah sendiri...

Saya berpendapat (lagi sekali) bahawa iklan bagi produk2 sebegitu hanya layak dimuatkan di dalam majalah2 sahaja... Contohnya seperti majalah Wanita... Memang banyak dimuatkan iklan2 sebegitu... Iklan produk untuk kaum Adam pun ada... Kalau dimuatkan di dalam majalah, lebih selamat dan sesuai kerana majalah tidak akan dibaca secara berjemaah... Jadi tidak akan wujudnya perasaan malu dalam diri kita terhadap orang yang berada berhampiran dengan kita...


Dan biarlah majalah yang bersesuaian sahaja yang mempromosikan produk2 sebegitu... Tiba2 majalah Hijabista memuatkan iklan untuk produk sebegitu, memang tak sesuai.............


P/S : Macam karangan SPM pula entri kali ini... (^_____^)V

Wednesday, February 27, 2013

Oh!!! My English!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

It's been a week i didn't update my blog... A little bit busy with my work... Since the election just around the corner, my office will be busy with the task that have been given by the federal government...

There's no interesting stories to share with you guys... Last week, I've been busy with my work... Until today... Updating all the information in system; from e-Kasih (winner for United Nations Public Service Award 2012), parliament, DUN and so on... Now I and my teammates have to updating all the data for the aid applicants... And as a supervisor, I have additional work; have to make sure that the parliament and DUN for the applicants filled correctly...

And last week, have an exhibition about Terengganu at my neighborhood... I spent almost RM 200 to fulfill  my mom, sisters and brother desire at the exhibition... I bought two batik's sarong for my mom, two batik's blouse for my sisters and books for my brother... Oh, my brother loves to read books!



This weekend me and my family will send my sister for her internship in Kuala Lumpur... She will be stay in Kuala Lumpur for six months... Hope she will be fine at the new place... Like the people old said, we have to take care of our-self and behave our-self at a new place...

Just now, yeah, just now. I and my teammate talk about cat because she is advocate a new cat... A Persian cat... And she ask me how to manage a Persian because my family already advocate a Persian... There's a lot of information about Persian cat that I share with her and we talk, talk and talk through aChat... aChat is a chat application that have been added to office's computer, for me and my offiicemate talking privately... Such as applications that are on Facebook chat...



P/S : Bla bla bla in English... (^_____^)V

Tuesday, February 19, 2013

Oh!!! Manisnya, manisnya senyumanku...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Alkisah tersebutlah sebuah kisah seorang gadis yang tinggal di padang pasir bersama unta2nya... Kemudian dibacanya satu mentera yang berbunyi 'marang krapu kepunden marang skeper'... Tidak lama kemudian......... Ok, kita tinggalkan sebentar cerita gadis padang pasir itu dan mari ikuti kisah saya... Haha!

Pada hari Jumaat yang penuh barakah yang lepas, saya telah merajinkan  diri untuk merayap ke bahagian kakak2 seksyen saya + seksyen hebat, yang tidak sampai 10 langkah dari meja saya... Perginya saya ke partition mereka adalah kerana urusan kerja jua dan tidak ada yang bohong melainkan yang benar2 belaka... Oh, dah macam narrator pula...

Sedang saya berurusan dengan salah seorang kakak seksyen saya, tiba2 kakak seksyen hebat masuk dari pintu masuk yang terletak bersebelahan dengan partition kakak2 itu... Saya senyum kepadanya dan tiba2 dia berkata, "Nad punya senyuman, manis... Rasa macam nak gigit2 je...".

Errr, apakah salah senyumanku sehingga membuatkan dia mahu meng-gigit2 senyuman saya? Terasa musykil sebentar di situ... Sepanjang saya hidup selama 20++ tahun di Bumi Allah ini, tidak pernah seorangpun manusia yang saya kenal melontarkan ayat2 sebegitu kepada saya... Selalunya orang2 yang saya kenal akan mengatakan wajah saya yang manis, bukannya senyuman... Oh...

Malu2 kucing saya dibuatnya sejurus mendengar kata2 kakak seksyen hebat itu... Maka ber-lari2 anaklah saya menuju ke meja saya... Sesampai di meja terus menekup muka ke meja kerana malu yang amat sangat... Akibat daripada lontaran kata2 yang keluar dari mulut kakak seksyen hebat itu, setiap kali selang dua minit, saya akan melihat senyuman saya di cermin bedak kompak saya...

Begitulah flashback saya...

My smile in Monalisa... Memang buruk! (^_____^)V


P/S : Senyum untuk stalker... (^_____^)V

Tuesday, February 5, 2013

Oh!!! Petua orang2 lama...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari itu saya buat entri mengenai 'pantang larang' orang2 tua... Kali ini saya hendak ketengahkan petua2 orang2 lama a.k.a orang2 tua yang amat berguna pada kita orang2 muda... Petua orang2 lama sangat ringkas dan menggunakan apa yang yang ada di sekeliling kita...

Orang2 lama kata, kalau kita tercekik tulang ikan (bukan tulang ayam mahupun tulang kambing), kepalkan nasi (ikut saiz kebesaran mulut dan tekak masing2) kemudian telan nasi itu... Telan ok, bukan kunyah... Saya selalu mengamalkan petua ini dan Alhamdulillah, ianya sangat mujarab...

Orang2 lama kata, kalau baju terkena minyak, sapukan bedak tabur (bukannya bedak kompak atau bedak sejuk) di kawasan yang terkena minyak... Tunggu sehingga bedak tersebut menyerap minyak, kemudian baru cuci kawasan yang terkena minyak itu dengan air yang suci dan bukannya dengan air mata mahupun air liur...

Orang2 lama kata, kalau hendak wangikan peti ais (ada juga yang panggil peti sejuk mahupun fridge mahupun refrigerator), letakkan beberapa helai daun pandan di dalamnya... Biarkan selama seminggu, kemudian tukar yang baru... Kalau hendak biarkan selama setahun pun tidak mengapa... Lagi satu, boleh juga menggunakan limau nipis atau limau kasturi (dan bukannya limau sunkist mahupun limau bali)... Belah limau tersebut di tengah2, kemudian sapukan pada dinding peti ais...

Orang2 lama kata, kalau terkena beguk (bukannya beruk), letakkan nila di kawasan yang bengkak tersebut... Biarkan semalaman... Jangan biarkan sampai 24 jam atau lebih kerana nila tersebut akan meresap ke dalam kulit dan membuatkan warna kulit anda kekal biru untuk selama-lamanya... Ok, saya tipu! Haha! Kalau korang bekerja ataupun bersekolah, ambillah cuti... Kelakar kot pergi sekolah atau pejabat dengan muka berwarna biru...

Orang2 lama kata, kalau mata tembel (ada ketumbit dengan erti kata lain sakit mata), titikkan dalam 2 hingga 3 titik air susu badan ke dalam mata yang sakit... Jangan gunakan susu pekat manis ataupun susu lembu... Macam mana hendak cari air susu badan? Pandai2 koranglah... Tapi pastikan korang mendapatkannya tanpa melakukan paksaan... Petua ini sangat mujarab, ok...

Orang2 lama kata, kalau terkena sedu2 (bukan sedu sedan kerana menangis), tarik nafas dalam2 kemudian tahan nafas selama yang boleh... Kalau dapat tahan satu jam pun cara juga! Haha! Kemudian hembus nafas per-lahan2... Kalau sedu2 masih tidak hilang, pergilah minum air masak a.k.a air suam a.k.a air jarang a.k.a air mineral... InsyaAllah, sedu2 yang dialami akan hilang...

Orang2 lama kata, kalau hendak menghalau tikus, letakkan dahan pokok durian belanda di tempat yang tikus 'menetap' atau 'menginap'... Letakkan sebelum tikus tersebut check-in dan dijamin bahawa ia tidak akan check-in kembali dan akan check-out untuk selama2nya dari tempat 'menginap' tersebut...

Orang2 lama kata, kalau anda ketawa tapi tidak ber-henti2 kerana geli hati yang amat sangat (!), lihatlah ke arah kuku jari tangan anda... Dijamin bahawa anda akan berhenti ketawa dengan serta-merta tanpa sebarang tanda amaran merah (macam orang brek mengejut) di mana ia mampu membuatkan orang2 di sekeliling anda terkejut beruk...

Orang2 lama kata, kalau hendak tahu saiz seluar, lilit bahagian pinggang seluar di leher kita... Kalau hujungnya  saling bersentuhan, maknanya seluar itu muat untuk kita (petua bagi yang malas hendak cuba try test seluar di fittng room)... Tapi saya tidak pernah mencuba pakai petua ini kerana saya lebih selesa mencuba dahulu seluar atau baju yang hendak dibeli di fitting room...

Orang2 lama kata, kalau hendak memakai kasut yang baru dibeli, gigit sedikit di mana2 bahagian kasut tersebut... Ini supaya kaki tidak melecet apabila memakai kasut tersebut... Saya pun tidak pasti apa kaitannya tetapi yang saya pasti ianya gigitan itu tidak akan menyebabkan kasut itu terluka seperti luka kaki orang yang melecet...



Orang2 lama kata, jika baju yang kita hendak pakai itu jenis yang susah hendak hilang renyuknya semasa diseterika, bungkus baju tersebut di dalam plastik... Kemudian masukkan bungkusan baju itu ke dalam peti ais selama beberapa jam... Agak2 baju tersebut sudah sejuk, keluarkannya dan boleh diseterika... Tapi kalau rasa2 hendak letak sampai baju beku pun tidak mengapa...


P/S : Mereka lebih dahulu makan garam... (^_____^)V