Thursday, July 18, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari ke-9!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalmualaikum semua! (^_____^)V

Puasa kesembilan berjalan seperti biasa... Eh, tidak terlalu biasa sangat... Pagi tadi bangun sahur, jam 4:50 pagi setelah dikejutkan oleh Wani... Sambil makan nasi, sambil mata terpejam... Berat yang amat... Kalau ikutkan, syaitan tak ada pun pada bulan puasa ini untuk bergayut di mata... Ah, lantaklah... Yang penting perut diisi sehingga buncit mengandung 4 bulan...

Di pejabat, buat kerja seperti biasa... Pagi2 lagi sudah kena book cuti... Telefon Emak sebab nak tanya nak cuti raya sampai bila... Emak suruh tanya Abah... Malaslah telefon Abah... Nanti banyak pula bunyinya... Huhu! Last2, ambil decide cuti dari 6 Ogos sehingga 14 Ogos 2013... Ketua seksyen cakap, letak je lama2, nanti kalau tiba2 nak naik office awal, naiklah...

Tiba2 dalam jam 12:30 tengah hari, teringat cadangan salah seorang pegawai atasan untuk membahagikan bahagian papan putih untuk dibersihkan... Papan putih tersebut terletak di bilik mesyuarat kecil... Untuk pengetahuan semua, semasa PRU-13 yang lepas, papan putih tersebut telah dilekatkan dengan ber-macam2 kertas... Dilekatkan dengan salotap yang sangat kuat pula tu... Hasilnya, selepas PRU-13, ternampaklah kesan lekatan salotap pada papan putih itu setelah kertas2 tersebut ditanggalkan...

Saya selaku pemangku jawatan Ketua Zon Zapin untuk 5S telah menggagahkan diri ke bilik tersebut untuk membersihkan hasil lekatan yang sangat kuat itu... Sebahagian telah dibersihkan oleh pegawai atasan tersebut, manakala sebahagian lagi saya yang bersihkan... Jenuh kikis2 guna pembaris sehinggakan pembaris saya lekuk2... Saya selesai membersihkan papan putih itu dalam jam 1:30 petang... Meng-gigil2 tangan selepas tugas diselesaikan... Sebagai pemangku jawatan Ketua Zon, maka wajiblah bagi saya untuk menjalankan tugas tersebut secara bersendirian dan tanpa pertolongan anak2 buah saya... Nak tunjukkan kredibilitilah konon2, tapi akhirnya tangan meng-gigil2... Taip entri inipun masih meng-gigil2...

Balik dari bilik mesyuarat kecil, konon2 nak buka Facebook sebelum tidur... Ada setengah jam sahaja lagi masa untuk tidur... Haha! Tapi disebabkan berlakunya perkara yang mengejutkan pada Facebook saya, maka saya batalkan hasrat untuk tidur pada waktu rehat... Nak tahu apa perkara yang mengejutkan itu? Tiba2 saya menerima request untuk menjadi rakan di Facebook dari lebih 100 orang yang langsung tidak dikenali... Apakah??? Semalam dan beberapa jam sebelum itu hanya ada 137 request (yang sememangnya saya tak pernah approve dari dulu lagi sebab tak kenal), dan sehingga entri ini ditulis, sudah ada 354 friend's request! Huh! Deactive Facebook la lepas ni...

Nak masuk cerita artis boleh? Pasal Ashraf Muslim... Saya pasti ramai yang sudah mengetahui kisah dia bernikah lagi satu di Thailand... Bagi mereka yang positif, mereka akan mengatakan "Setiap orang akan melakukan kesilapan" dan pada yang kurang positif akan membalas "Memanglah, tapi ada otakkan untuk berfikir... Apa gunanya akal yang diberi?". Apa2pun, ternyata segala penafian Ashraf Muslim sebelum ini telah menjadi kenyataan... Tepuk dada, tanya iman...

Tiba2 terfikir, apalah yang Emak masak untuk berbuka puasa nanti... Lepas berbuka, sembahyang Maghrib di rumah, seterika baju untuk esok dan kemudian tunggu azan Isya'... Semasa azan Isya', siap2 untuk ke surau untuk sembahyang Isya' dan terawih berjemaah... Solat sunat terawih, macam biasa, buat 8 sahaja... Tambah solat sunat witir 3 rakaat... Eh, perkara ini belum berlaku, macam mana saya boleh tahu? Kalau nak tahu, itulah rutin saya semasa bulan Ramadhan yang mulia... Hehe!

Sekian untuk hari ini...


P/S : Dengar lagu raya boleh hilangkan stress ketika di pejabat! (^_____^)V

No comments:

Post a Comment