Wednesday, July 24, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Puasa ke-12!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada hari ahad yang lepas, bersamaan 12 Ramdhan 1434H, PPPN Johor dengan kerjasama JDT Cyber Fan Club dan Sophie Paris telah mengadakan satu konvoi amal yang diberi nama Konvoi Qaseh Ramadhan, di mana kami mensasarkan isirumah2 yang miskin dan miskin tegar di sekitar Johor Bahru... Tempat2 yang menjadi kunjungan kami adalah Taman Perling, Skudai Kiri, kampung Pasir dan Kempas... Ok, nampak macam laporan untuk majalah pula... Haha!

Kalau nak diikutkan, ianya adalah projek di bawah seksyen saya, tetapi diketuai oleh pegawai dari seksyen lain... Macam mana tu? Hehe! Sebenarnya, beliau yang mencadangkan untuk berkolaborasi dengan kelab JDT Cyber Fan Club... Dan perancangan yang dibuat mengambil masa tidak sampai seminggu... Dalam masa yang singkat itu, macam2 halangan yang seksyen saya tempuhi tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari kejadian...

Pada hari kejadian, kami berkumpul di KFC Taman Perling seawal jam 9 pagi... Pada mulanya kami bercadang untuk membahagikan perjalanan kepada dua kumpulan memandangkan jumlah kenderaan yang menyertai konvoi tersebut ada dalam 20 buah, tetapi pihak JDTCFC memutuskan untuk kami bergerak sekali dalam satu kumpulan... Barulah konvoi katanya... Saya dan rakan2 dari PPPN Johor hanya mengikut sahaja cadangan yang diberikan walaupun dalam hati dan minda terfikirkan pelbagai kemungkinan... Ada 65 buah rumah yang akan kami kunjungi untuk memberikan sumbangan barang2 dapur... Sempatkah dihabiskan sehingga waktu berbuka jika bergerak di dalam satu kumpulan? Apa2pun, kami tetap teruskan dengan cadangan tersebut...



Kawasan pertama yang dilawati adalah Skudai Kiri (5 buah rumah), diikuti oleh Kampung Usaha Jaya (5 buah rumah), Kampung Pengakalan  (5 buah rumah), Kampung Pasir (10 buah rumah rumah), Kempas (25 buah rumah) dan Taman Perling (15 buah rumah)... Cuaca pada hari tersebut yang agak panas terik tidak mematahkan semangat kami untuk teruskan membuat kebajikan walaupun dalam bulan puasa... Destinasi terakhir kami adalah di Surau Sungai Perling di mana sumbangan akan diberikan kepada 10 orang penduduk miskin secara in person di dalam satu majlis kecil... Dan di situ juga turut diadakan majlis berbuka puasa bersama penerima sumbangan...





Selepas solat Maghrib, JDTCFC dan pihak Sophie Paris meneruskan perjalanan ke 6 buah rumah lagi manakala kami dari PPPN Johor terpaksa mengundur diri lantaran keesokan harinya ada meeting dengan Menteri Besar Johor yang baru...

Terdapat beberapa persitiwa yang boleh saya kongsikan sepanjang perjalanan konvoi amal tersebut...

1. Semasa di Kampung Usaha Jaya, terdapat beberapa kanak2 yang bermain2 di sekitar astaka yang kami gunakan untuk mengambil gambar... Dan kanak2 tersebut asyik berkata, "Eh, dia pakai baju ori... Dia pun pakai baju ori... Itu pun baju ori...", sambil menunjuk-nunjuk ke arah kami yang memakai jersi JDT...

2. Semasa saya di dalam kereta dan ingin bergerak ke destinasi seterusnya, ada dua orang kanak2 yang sedang menunggang basikal... Salah seorangnya bertanya kepada pemandu kereta yang saya naiki, "Abang, Mat Yo tak ada ke?" dan si pemandu menjawab, "Mat Yo tak ada... Dia balik kampung, masak bubur lambuk...". Hehe!

3. Salah sebuah kereta peserta koncoi telah mengalami kerosakan yang agak teruk dan terpaksa ditunda... Tetapi itu tidak mematahkan semangat peserta2 konvoi yang lain... Begitu juga dengan tuan punya kereta... Semasa majlis berbuka puasa di Surau Sungai Perling, pemilik kereta yang rosak tetap datang untuk meneruskan misi walaupun tanpa keretanya...

Disebabkan kereta yang rosak berada di hadapan, maka berderet kereta yang 'menunggu' di belakang... Jalan sempit, satu lorong...


4. Sepanjang konvoi, kami dapat lihat ramai orang awam yang memakai jersi JDT, se-olah2 turut menyertai dan menyokong konvoi yang diadakan walaupun mereka tidak tahu apa2 mengenai konvoi tersebut... Mana2 tempat persinggahan kami, pasti ada lebih dari 5 orang penduduk yang memakai jersi JDT... Ini semua adalah kebetulan... Dapt disimpulkan bahawa semangat JDT telah menular ke seluruh pelusuk negeri Johor...

Apa2pun, moga apa yang kami lakukan ini diberkati Alllah SWT, lebih2 pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Moga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang... Amin...


P/S : Seronok apbila dapat berkenalan dengan rakan baru... (^_____^)V

No comments:

Post a Comment