Wednesday, July 24, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Puasa ke-12!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada hari ahad yang lepas, bersamaan 12 Ramdhan 1434H, PPPN Johor dengan kerjasama JDT Cyber Fan Club dan Sophie Paris telah mengadakan satu konvoi amal yang diberi nama Konvoi Qaseh Ramadhan, di mana kami mensasarkan isirumah2 yang miskin dan miskin tegar di sekitar Johor Bahru... Tempat2 yang menjadi kunjungan kami adalah Taman Perling, Skudai Kiri, kampung Pasir dan Kempas... Ok, nampak macam laporan untuk majalah pula... Haha!

Kalau nak diikutkan, ianya adalah projek di bawah seksyen saya, tetapi diketuai oleh pegawai dari seksyen lain... Macam mana tu? Hehe! Sebenarnya, beliau yang mencadangkan untuk berkolaborasi dengan kelab JDT Cyber Fan Club... Dan perancangan yang dibuat mengambil masa tidak sampai seminggu... Dalam masa yang singkat itu, macam2 halangan yang seksyen saya tempuhi tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari kejadian...

Pada hari kejadian, kami berkumpul di KFC Taman Perling seawal jam 9 pagi... Pada mulanya kami bercadang untuk membahagikan perjalanan kepada dua kumpulan memandangkan jumlah kenderaan yang menyertai konvoi tersebut ada dalam 20 buah, tetapi pihak JDTCFC memutuskan untuk kami bergerak sekali dalam satu kumpulan... Barulah konvoi katanya... Saya dan rakan2 dari PPPN Johor hanya mengikut sahaja cadangan yang diberikan walaupun dalam hati dan minda terfikirkan pelbagai kemungkinan... Ada 65 buah rumah yang akan kami kunjungi untuk memberikan sumbangan barang2 dapur... Sempatkah dihabiskan sehingga waktu berbuka jika bergerak di dalam satu kumpulan? Apa2pun, kami tetap teruskan dengan cadangan tersebut...



Kawasan pertama yang dilawati adalah Skudai Kiri (5 buah rumah), diikuti oleh Kampung Usaha Jaya (5 buah rumah), Kampung Pengakalan  (5 buah rumah), Kampung Pasir (10 buah rumah rumah), Kempas (25 buah rumah) dan Taman Perling (15 buah rumah)... Cuaca pada hari tersebut yang agak panas terik tidak mematahkan semangat kami untuk teruskan membuat kebajikan walaupun dalam bulan puasa... Destinasi terakhir kami adalah di Surau Sungai Perling di mana sumbangan akan diberikan kepada 10 orang penduduk miskin secara in person di dalam satu majlis kecil... Dan di situ juga turut diadakan majlis berbuka puasa bersama penerima sumbangan...





Selepas solat Maghrib, JDTCFC dan pihak Sophie Paris meneruskan perjalanan ke 6 buah rumah lagi manakala kami dari PPPN Johor terpaksa mengundur diri lantaran keesokan harinya ada meeting dengan Menteri Besar Johor yang baru...

Terdapat beberapa persitiwa yang boleh saya kongsikan sepanjang perjalanan konvoi amal tersebut...

1. Semasa di Kampung Usaha Jaya, terdapat beberapa kanak2 yang bermain2 di sekitar astaka yang kami gunakan untuk mengambil gambar... Dan kanak2 tersebut asyik berkata, "Eh, dia pakai baju ori... Dia pun pakai baju ori... Itu pun baju ori...", sambil menunjuk-nunjuk ke arah kami yang memakai jersi JDT...

2. Semasa saya di dalam kereta dan ingin bergerak ke destinasi seterusnya, ada dua orang kanak2 yang sedang menunggang basikal... Salah seorangnya bertanya kepada pemandu kereta yang saya naiki, "Abang, Mat Yo tak ada ke?" dan si pemandu menjawab, "Mat Yo tak ada... Dia balik kampung, masak bubur lambuk...". Hehe!

3. Salah sebuah kereta peserta koncoi telah mengalami kerosakan yang agak teruk dan terpaksa ditunda... Tetapi itu tidak mematahkan semangat peserta2 konvoi yang lain... Begitu juga dengan tuan punya kereta... Semasa majlis berbuka puasa di Surau Sungai Perling, pemilik kereta yang rosak tetap datang untuk meneruskan misi walaupun tanpa keretanya...

Disebabkan kereta yang rosak berada di hadapan, maka berderet kereta yang 'menunggu' di belakang... Jalan sempit, satu lorong...


4. Sepanjang konvoi, kami dapat lihat ramai orang awam yang memakai jersi JDT, se-olah2 turut menyertai dan menyokong konvoi yang diadakan walaupun mereka tidak tahu apa2 mengenai konvoi tersebut... Mana2 tempat persinggahan kami, pasti ada lebih dari 5 orang penduduk yang memakai jersi JDT... Ini semua adalah kebetulan... Dapt disimpulkan bahawa semangat JDT telah menular ke seluruh pelusuk negeri Johor...

Apa2pun, moga apa yang kami lakukan ini diberkati Alllah SWT, lebih2 pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Moga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang... Amin...


P/S : Seronok apbila dapat berkenalan dengan rakan baru... (^_____^)V

Thursday, July 18, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari ke-9!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalmualaikum semua! (^_____^)V

Puasa kesembilan berjalan seperti biasa... Eh, tidak terlalu biasa sangat... Pagi tadi bangun sahur, jam 4:50 pagi setelah dikejutkan oleh Wani... Sambil makan nasi, sambil mata terpejam... Berat yang amat... Kalau ikutkan, syaitan tak ada pun pada bulan puasa ini untuk bergayut di mata... Ah, lantaklah... Yang penting perut diisi sehingga buncit mengandung 4 bulan...

Di pejabat, buat kerja seperti biasa... Pagi2 lagi sudah kena book cuti... Telefon Emak sebab nak tanya nak cuti raya sampai bila... Emak suruh tanya Abah... Malaslah telefon Abah... Nanti banyak pula bunyinya... Huhu! Last2, ambil decide cuti dari 6 Ogos sehingga 14 Ogos 2013... Ketua seksyen cakap, letak je lama2, nanti kalau tiba2 nak naik office awal, naiklah...

Tiba2 dalam jam 12:30 tengah hari, teringat cadangan salah seorang pegawai atasan untuk membahagikan bahagian papan putih untuk dibersihkan... Papan putih tersebut terletak di bilik mesyuarat kecil... Untuk pengetahuan semua, semasa PRU-13 yang lepas, papan putih tersebut telah dilekatkan dengan ber-macam2 kertas... Dilekatkan dengan salotap yang sangat kuat pula tu... Hasilnya, selepas PRU-13, ternampaklah kesan lekatan salotap pada papan putih itu setelah kertas2 tersebut ditanggalkan...

Saya selaku pemangku jawatan Ketua Zon Zapin untuk 5S telah menggagahkan diri ke bilik tersebut untuk membersihkan hasil lekatan yang sangat kuat itu... Sebahagian telah dibersihkan oleh pegawai atasan tersebut, manakala sebahagian lagi saya yang bersihkan... Jenuh kikis2 guna pembaris sehinggakan pembaris saya lekuk2... Saya selesai membersihkan papan putih itu dalam jam 1:30 petang... Meng-gigil2 tangan selepas tugas diselesaikan... Sebagai pemangku jawatan Ketua Zon, maka wajiblah bagi saya untuk menjalankan tugas tersebut secara bersendirian dan tanpa pertolongan anak2 buah saya... Nak tunjukkan kredibilitilah konon2, tapi akhirnya tangan meng-gigil2... Taip entri inipun masih meng-gigil2...

Balik dari bilik mesyuarat kecil, konon2 nak buka Facebook sebelum tidur... Ada setengah jam sahaja lagi masa untuk tidur... Haha! Tapi disebabkan berlakunya perkara yang mengejutkan pada Facebook saya, maka saya batalkan hasrat untuk tidur pada waktu rehat... Nak tahu apa perkara yang mengejutkan itu? Tiba2 saya menerima request untuk menjadi rakan di Facebook dari lebih 100 orang yang langsung tidak dikenali... Apakah??? Semalam dan beberapa jam sebelum itu hanya ada 137 request (yang sememangnya saya tak pernah approve dari dulu lagi sebab tak kenal), dan sehingga entri ini ditulis, sudah ada 354 friend's request! Huh! Deactive Facebook la lepas ni...

Nak masuk cerita artis boleh? Pasal Ashraf Muslim... Saya pasti ramai yang sudah mengetahui kisah dia bernikah lagi satu di Thailand... Bagi mereka yang positif, mereka akan mengatakan "Setiap orang akan melakukan kesilapan" dan pada yang kurang positif akan membalas "Memanglah, tapi ada otakkan untuk berfikir... Apa gunanya akal yang diberi?". Apa2pun, ternyata segala penafian Ashraf Muslim sebelum ini telah menjadi kenyataan... Tepuk dada, tanya iman...

Tiba2 terfikir, apalah yang Emak masak untuk berbuka puasa nanti... Lepas berbuka, sembahyang Maghrib di rumah, seterika baju untuk esok dan kemudian tunggu azan Isya'... Semasa azan Isya', siap2 untuk ke surau untuk sembahyang Isya' dan terawih berjemaah... Solat sunat terawih, macam biasa, buat 8 sahaja... Tambah solat sunat witir 3 rakaat... Eh, perkara ini belum berlaku, macam mana saya boleh tahu? Kalau nak tahu, itulah rutin saya semasa bulan Ramadhan yang mulia... Hehe!

Sekian untuk hari ini...


P/S : Dengar lagu raya boleh hilangkan stress ketika di pejabat! (^_____^)V

Tuesday, July 16, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari ke-6 dan ke-7!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Semalam, puasa ke-6 bersamaan 6 Ramadhan. saya telah diduga oleh Allah SWT... Gara2 sakit perut yang men-cucuk2, saya lewat sampai ke pejabat... 8:08 pagi, itu waktu yang tercatat pada punch card saya semasa saya mengetik punch card tersebut... Semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya tidak menunjukkan reaksi risau kerana saya redha... Oh ya, Kak Su cuti...

Sampai di pejabat, dek kerana keadaan yang sejuk melampau, lebih sejuk dari Kutub Utara, saya telah mengalami demam urat... Sakit tidah terkata! Sudahlah sakit di perut tidak baik2 lagi, ditambah pula dengan demam urat... Sekejap2 saya bersandar pada dinding di tepi saya, sambil membuat kerja... Batuk yang dialami pula makin men-jadi2... Ya Allah... Hamba-Mu tetap tabah menghadapi ujian-Mu...

Habis waktu kerja, saya tumpang Ana sampai Plaza Angsana kerana Emak akan ambil saya di situ... Kebetulan semasa Ana sampai di Plaza Angsana, Emak pun sampai... Alhamdulillah, tidak perlulah saya menunggu kedatangan Emak dalam keadaan kesihatan yang sememangnya tidak berapa mengizinkan...

Masuk waktu berbuka, Emak kuatkan kipas, tapi saya perlahankan semula kipas siling tersebut sampai Emak menegur perbuatan saya. "Sejuklah, Mak..." jawab saya ringkas... Selesai iftar bersama keluarga, saya terus sembahyang Maghrib... Semasa sembahyang di dalam bilik, saya alihkan kipas supaya tidak mengenai tubuh saya yang sememangnya kesejukan... Pada Wani dan Fatin, saya telah berpesan agar tidak membuka pendingin hawa dan menghalakan kipas dinding dan stand fan pada saya...

Selesai solat Maghrib, badan semakin panas dan kesejukan yang dirasai semakin ketara.... Dek kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, saya berbaring di atas katil dan terus tertidur sehingga waktu sahur hari ini... Ya Allah, tidak pasal2 lewat solat Isya' saya...

Hari ini, puasa ke-7, bangun sahur, badan terasa lebih segar dari semalam... Demam yang dialami hanya sehari cuma... Hari ini pergi kerja dengan Kak Su... Dan rutin berjalan seperti biasa... Waktu balik pejabat pula terpaksa melalui satu lagi dugaan... Perjalanan pulang dari pejabat ke rumah yang kebiasaannya mengambil masa hanya 40 minit telah menjadi hampir dua (2) jam gara2 kesesakan teruk... Ya Allah, dugaan ketika menanti waktu iftar...

Semasa sedang menempuh kesesakan tersebut, tiba2 kereta Kak Su dilanggar oleh kereta belakang... Hentaman dan bunyi dentuman yang kuat menyebabkan kami berdua tertolak ke depan sedikit dari tempat duduk kereta... Selepas perlanggaran tersebut, Kak Su berhentikan kereta dan keluar dari kereta untuk berjumpa dengan tuan punya kereta yang melanggar kereta Kak Su... Pemandu kereta di kiri dan kanan (jalan 3 lorong) me-lihat2 ke arah kereta Kak Su... Makin sesaklah jalan... Tak sampai 15 saat, Kak Su masuk semula ke dalam kereta... Saya tanya Kak Su, apa yang rosak... "Calar sikit je... Cat tertanggal...".

Keputusannya, Kak Su tak ambil apa2 tindakan terhadap pemandu kereta belakang... Pemandu tersebut pun telah minta maaf... Lagipun jalan tengah sesak sangat2... Malas mahu keruhkan 'keadaan'... Akhirnya, jam 6:40 petang, saya sampai di rumah... Kasihan dengan Kak Su, sudahlah kereta kena langgar, sampai rumah lambat, nak pergi beli makanan untuk berbuka lagi... Apa2pun, Alhamdulillah, semua selamat...


P/S : Masa untuk tidur... Entri basi dan entri segar bersatu... (^_____^)V

Friday, July 12, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari kedua!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari kedua puasa, sahur nasi putih bersama sambal udang semalam.... My favourite meal! Tapi hari ini tak dengar pula 'Sahur! Sahur!' dari surau, seperti semalam... Tok Imam dan Pak Bilal Sahur di rumah kot... Hari ini masuk kerja semula selepas cuti satu hari... Terasa malas yang amat sangat! Lepas sahur, terus duduk di atas katil... Niat dihati, mahu duduk2 sahaja, tapi faham2 sajalah apa yang berlaku... Tidur...

5:50 pagi, alarm dari telefon tak berapa canggih saya berbunyi... Bangun, capai ubat gigi, capai baju, capai tuala, masuk bilik air... Sambil berus gigi, sambil mata terpejam... Kemudian ber-siap2 untuk pergi kerja... Tunggu Kak Su datang hantar anaknya Sarah ke rumah saya... Emak jaga Sarah... Saya tumpang Kak Su pergi kerja... Satu pejabat...

Dalam kereta saya bertanya, "Kak Su mengandung ke? Emak saya cakap Sarah beritahu yang Kak Su mengandung"... Jawab Kak Su, "Ha'ah, tapi baru satu bulan lebih"...

Hari kedua puasa, entah kenapa kepala pening sangat2... Sampaikan buat kerja pun bersandar pada dinding... Nasib meja meja saya bersebelahan dengan dinding... Serius rasa macam mahu muntah... Migrainkah? Saya pernah diberi suntikan kerana migrain... Dan tak mahu ianya berlaku lagi... Minyak angin Cap Kapak Mas hampir habis  saya buat  tonyoh2 pada hidung dan dahi... Loya sangat2!

Masa siapkan entri semalam pada waktu rehat, sampai nak naik pitam semasa menaip entri tersebut... Siap taip, publish, terus tidur... Masa ada setengah jam lagi sebelum pukul 2 petang... Jangan di-sia2kan waktu yang ada...

Pukul 2, bangun tidur, masih pening lagi... Buat kerja setengah jam, kemudian terus ambil keputusan untuk pergi sembahyang Zohor... Niat untuk berehat sebentar di surau... Sangat2 tidak larat... Bawa sekali minyak angin... Semasa ambil air wuduk, beberapa kali hampir termuntah... Tapi ditahan... Tak mahu batalkan puasa walaupun mungkin jika saya muntah, ia dikategorikan sebagai 'tidak sengaja'... Selepas ambil wuduk, cepat2 menuju ke surau... Sampai sahaja di surau, buka tudung, duduk, terus bersandar ke dinding... Sambil tonyoh2 minyak angin pada dahi dan hidung... Dua orang pegawai atasan yang baru selesai sembahyang bertanyakan keadaan saya... Saya jawab, "Kepala saya pening sangatlah, Puan... Tak larat...". Mereka faham situasi saya... Sambil mereka ber-siap2, kami berbual... Bila saya mahu bangun untuk sembahyang, salah seorang bertanya, "Dah ok ke?". "Dah ok sikit, Puan".... Terus saya capai telekung dan sejadah, tunaikan kewajipan saya...

Balik rumah, Emak masak  bihun goreng dan keropok goreng... This is my favourite break fast  meal masa bulan Ramdhan... Sedari semalam dah request pada Emak untuk  buat meal tersebut... That's my number 1 favourite break fast meal during fasting month... Thanks Emak... I love you so much! Makan dengan berselera apabila tiba waktunya...

Semasa azan Isya', bersama Wani dan Emak, kami menuju ke surau... Tunaikan solat wajib dan solat sunat... Saya buat 8 lagi... Emak dan Wani buat penuh...


P/S : Hari ini sudah hari ketiga puasa... Entri basi sekali lagi! (^_____^)V

Thursday, July 11, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Hari petama!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari pertama puasa, malam sebelumnya pergi terawih... Buat 8 rakaat je macam biasa... Nak berdiri lama2, kaki  mengalami kesakitan.. Oh, alasan! Balik terwaih, switch on televisyen, tonton rancangan 'Kalau Dah Jodoh : Ustaz Kazim Elias'... My favourite TV show... Selalu kalau tonton dengan Emak, mesti malu2 sebab terfikirkan yang anak sulung dia ni masih belum bertemu jodoh... Malu sendirian... Tapi malam itu, tonton seorangan lantaran Emak buat penuh solat sunat  terawih...

Bila semua dah ada di rumah, saya ingatkan untuk niat puasa... Pada Amir, saya suruh dia niat puasa sambil dia duduk atas riba saya... Pada Aiman pula, saya ajar dia niat puasa... Bagus! Dah berniat puasa, esok boleh puasa dengan senang hati...

Oh ya! Johor cuti pada 1 Ramadhan... Seronok tapi bosan... Tak tahu mahu buat apa... Akhirnya saya langgan filem 'Lari'... Tonton ramai2 pada petangnya... Nenek pun ada! Baru sampai kelmarinnya... Entah sampai bila Nenek bertahan duduk di rumah saya, sebab risaukan rumah di kampung katanya... Sekejap2 suruh Emak telefon Pak Long, suruh tanya bila nak hantar Nenek balik kampung... Tak betah katanya... Badan jadi letih, juga katanya... Sebabnya, tak boleh nak buat kerja sebab Emak tak benarkan... Semua kerja Emak dan kami yang buat... Nenek jadi puan besar di rumah... Hehe!

Emak masak sambal udang dan ayam gorang berempah untuk berbuka... Air tembikai susu dibeli di Bazar Taman Dahlia... Alang2 ikutkan kehendak Amir dan Aiman untuk berbuka dengan makanan di bazar... Nasi beriyani gam dibeli untuk dua adik kesayangan saya itu...

Waktu azan, kami dikejutkan dengan ketukan ber-talu2 di pintu masuk rumah... "Buka pintu, Iwan balik tu", arah Nenek... Buka2, bukan Iwan tapi Pak Long dan anak tirinya... Marah dalam hati ini... Marah kerana mereka berdua ketuk pintu macam nak pecah pintu tu... Tanpa beri salam pula tu... Tapi cepat2 istighfar, bulan puasa... Syaitan tak ada... Kita yang kawal diri kita sendiri...

Pak Long dan anak tirinya berbuka di rumah saya... Lepas solat Maghrib, Paklong bawa Nenek ziarah rumah makcik di Kempas... Saya, Emak, Wani, Amir dan Aiman ber-siap untuk pergi terawih... Balik solat terawih, di rumah, Emak tanya, 'Kak Su mengandung ke? Sarah beritahu'... Saya jawab, 'Mana ada'... Esok nak tanya Kak Su...


P/S : Lambat update... Sudah masuk 2 Ramadhan... (^_____^)V


Tuesday, July 2, 2013

Oh!!! Rumah dah siap, pahat masih berbunyi...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

"Ayuh Johor... Ayuh Johor... Luaskan kuasamu Johor... Kami datang... Kami datang... Setia bersamamu Johor..."



Dengar sahaja lagu tersebut berkumandang di mana2 stadium apabila Johor DT bermain, terus membangkitkan semangat untuk menyokong... Jika sebelum ini saya tak ambil pusing sangat dengan liga2 yang ada dalam Malaysia (sebab tak tahu mahu sokong pasukan mana), tetapi kini dengan keyakinan yang tinggi, saya pasti dan pasti dengan pilihan saya...



Dan kemuncak kebangkitan semula Johor DT adalah apabila bermain di Final Piala FA, menentang pasukan Kelantan... Memang sokongan yang diberikan tidak berbelah bahagi... Bukan saya sahaj, tetapi seluruh rakyat Johor juga seperti saya... Semangat mereka untuk pergi ke Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan dapat dilihat sehingga sanggup membeli tiket2 perlawanan dari ulat2 tiket... Begitu juga dengan penyokong bagi pasukan Kelantan...

Keputusan telah pun diketahui di mana kemenangan berpihak pada pasukan Kelantan dengan jaringan 1 gol... Penyokong2 kedua-dua pasukan yang menonton secara langsung di stadium 'mengakhiri' perlawanan dengan tenang dan semangat berpasukan... Tetapi bila tengok di dalam Facebook, para penyokong kedua-dua pasukan saling menghina, mencani, mengeji di antara satu sama lain...

Yang menang mengherdik yang kalah (entah apa yang tidak puas hatinya) dan yang kalah menyelar yang menang (entah apa puncanya)... Bukan para penyokong sahaja yang menjadi mangsa, malahan pemain bagi kedua-dua pasukan turut menjadi mangsa kejahatan jari jemari penyokong pasukan lawan... Yang menang sepatutnya dipuji dan yang kalah sepatutnya diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi, tetapi lain pula yang jadi... Pelik!

Yang paling menyedihkan, ianya dilakukan oleh kaum Melayu... Melayu mengherdik Melayu... Walaupun datang daripada negeri yang berlainan, tetap datang dari bangsa yang sama... Nampak begitu ketara sifat kenegerian penyokong kedua-dua pasukan... Kini sudah 3 hari perlawanan berlalu, namun  perkara begitu terus berlaku... Jika berterusan begini, maka tidak akan bersatulah penyokong antara kedua-dua negeri...

Apa2pun, saya tabik kepada penyokong kedua-dua pasukan yang menyaksikan perlawanan di stadium... Tiada kedengaran sebarang perbalahan mahupun pertengkaran... Malah mereka boleh duduk makan bersama selepas perlawanan tamat... Tiadanya sifat kenegerian di antara satu lain...

Apa2pun, buang yang keruh ambil yang jernih... Ingat, kita 1 Malaysia!


P/S : Rambut sama hitam tapi hati lain2... (^_____^)V