Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak dan ber-menjak2 kebelakangan ini, saya sering memikirkan mengenai peribahasa ini... Ia datang menerjah ke kepala otak saya tanpa diminta dan tanpa dijemput... Ya (!), ia datang datang menerjah kerana bersebab... Dan yang saya pasti sebabnya adalah kerana keadaan diri ini yang masih lagi berstatuskan
BUJANG...
Tak best la perkataan bujang
tu...
Nak tukar kepada
ANAK DARA...
Ok, dalam keadaan umur yang semakin meningkat dan kematian yang akan datang menjemput pada bila2 masa, satu perkara yang saya amat risaukan adalah mengenai status diri ini... Siapa yang
taknak berkahwin? Itukan sunnah Rasulullah SAW...
So, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah, "Salahkah kalau perigi mencari timba?"
Sebenarnya, situasi tersebut telah pun diaplikasikan sejak zaman Rasululullah SAW lagi di mana isteri Baginda, iaitu Siti Khadijah yang berkenan dengan Baginda telah menyuruh orang2nya untuk meminang Baginda... Dan Alhamdulillah, Rasulullah SAW menerima pinangan tersebut... Kalau saya berada di zaman Rasulullah SAW pun saya akan menyuruh kedua orang tua saya untuk meminang Rasulullah SAW...
Kalau di zaman emak2 kita, peribahasa tersebut tidak dipraktikkan kerana dianggap memalukan (kerana sifat wanita Timur yang sangat tebal), kini zaman sudah berubah... Jadi tidak salah untuk si gadis mencari lelaki untuk dijadikan pasangan hidup, cuma perlulah dengan cara yang tidak memalukan diri sendiri... Oleh kerana lelaki sukar untuk memahami seorang wanita, maka tidak salah untuk seorang perempuan memulakan langkah terlebih dahulu... Caranya mudah, sama seperti cara seorang lelaki cuba untuk menarik perhatian seorang wanita...
Untuk itu, si gadis tersebut perlulah berani untuk mendekati lelaki yang dipuja itu... Selain itu, gadis tersebut perlulah mempunyai hati yang kental... Kerana apa? Yalah, takutlah kalau2 'pinangan' tersebut akan ditolak oleh si jejaka,
tak ke meroyan di kemudian hari? Kalau fizikal dan mental
tu dah kuat, apa sahaja jawapan yang diberikan oleh si jejaka akan diterima tanpa perasaan dendam dan malu...
Dan sebagai seorang perempuan, ciri2 kewanitaan tu perlulah dikekalkan di dalam diri... Jangan main terjah hentam
kromo tak tentu hala bila
nak mendekati seseorang lelaki yang bertakhta di hati... Sifat2 wanita Melayu terakhir
tu perlu ada...
Lagi satu, kalau boleh selidik dulu latarbelakang si jejaka... Sebab apa kena selidik dahulu latarbelakang mereka? Sebab lelaki mempunyai ego... Kalau mereka tahu ada wanita yang ingin medekati mereka, makin naiklah ego mereka
tu... Jadi pastikan yang mereka merupakan seorang yang jujur dan ikhlas apabila menjalinkan hubungan yang serius... Kalau tidak, bersedialah untuk dipermainkan oleh lelaki terbabit...
Apa2pun, kepada gadis2 yang akan cuba
try test untuk mengaplikasikan peribahasa tersebut, semoga berjaya... Kalu niat yang dipasang adalah betul (ingin menjadikan lelaki tersebut sebagai pasangan hidup yang sah), InsyaALLAH segala urusan akan dipermudahkan... Ingat ya, dalam Islam dah diterangkan ada 4 ciri di dalam mencari pasangan iaitu KEIMANAN, KETURUNAN, KECANTIKAN dan HARTA... Jangan diabaikan 4 ciri tersebut...
P/S : Saya pernah mengaplikasikan peribahasa tersebut ke dalam hidup saya semasa cinta pertama dahulu... Cerita lama... (^_____^)V