Tuesday, October 11, 2011

Oh!!!~ All about bananas!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini saya nak ceritakan mengenai pisang... Mengenai khasiat pisang... Sebelum ini pun saya pernah menghasilkan satu entry mengenai pisang... Kepada yang nak review balik entry tersebut boleh klik DI SINI... Korang pun tahukan bahawa pisang merupakan buah tempatan Malaysia... Dan di dalam pisang itu sendiri mempunyai seribu satu khasiat!~ Dengan hanya memakan pisang, korang akan sentiasa sihat walafiat <--- ok, ini ayat menipu!~ :D Ok2, malas nak celoteh panjang, di bawah ini saya berikan khasiat2 yang terdapat di dalam sebiji pisang!~

TEKANAN : Merujuk kepada penyiasatan terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit2 tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas memakan pisang... Ini kerana pisang mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, megembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira...

PMS : Lupakan pil2 hospital dan apa yang perlu gadis2 di luar sana lakukan adalah dengan mengambil sebiji pisang!~ Vitamin B6 yang terkandung di dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah yang boleh mengembalikan mood korang... Kepada jejaka2 di luar sana, sekarang korang dah tahu nak buat apa kalau pasangan korang emo2 dengan korang semasa PMS!~ :D

ANEMIA : Merupakan sejenis penyakit di mana pesakit kekurangan sel darah merah atau hemoglobin... Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, di mana secara tidak langsung ia mampu membantu kes2 anemia...

TEKANAN DARAH TINGGI : Buat tropikal ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah... Potassium ataupun dikenali sebagai kalium merupakan mineral zat mikro yang penting dalam gizi manusia di mana ia membantu pengecutan otot dan pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh... Tak faham? Sila rujuk SINI...


KUASA MINDA : Wah!~ Bunyi macam hebat!~ Ini bukan kelebihan untuk membaca minda orang, ok!~ Kajian telah dibuat terhadap 200 orang pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat dan makan tengahari... Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar kalium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar2 itu lebih cekap (alert)...

PENGHADAMAN : Kandungan gentian yang tinggi membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar korang kalau ia diambil sebagai diet harian korang... Jangan sampai tercirit sudah la... :D

KELETIHAN : Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan adalah dengan membuat minuman pisang susu campur madu... Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu, dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula dapat memperbetulkan sistem hidrasi semulajadi kita...

PANAS JANTUNG : Korang pernah rasa seperti jantung korang dibakar? Kalau pernah, amalkan memakan pisang kerana ia mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan... Jadi, makanlah pisang untuk pemulihan yang baik...

DEMAM PAGI : Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi... Di sini, snek bukan bermaksud kerepek pisang, ok!~

GIGITAN NYAMUK : Ditekankan lagi sekali, GIGITAN NYAMUK dan bukannya gigitan cinta... Sebelum menggunakan krim gigitan cinta serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang... Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan cinta nyamuk dengan cara ini...

SARAF : Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf tunjang korang...

ULSER : Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita... Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita...

KAWALAN SUHU : Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu ke-dua2 fizikal dan emosi kepada ibu2 mengandung... Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool)... Cool gila kan? :D

KETAGIHAN ROKOK DAN TEMBAKAU : Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok... Vitamin B6, B12, potassium (kalium) dan magnesium yang terdapat di dalam pisang dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh... Tapi kalau nak cuba NIQUITIN pun boleh juga... :)

TEKANAN PERASAAN : Potassium merupakan bahan mineral vital yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air di dalam tubuh... Apabila seseorang menghadapi tekanan, kadar metabolisme akan naik dan akan menyebabkan kadar potassium menurun... Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan The Bananas dengan mendengar lagu2 mereka... (Iklan sekejap). :D

STROK : Mengikut kajian di dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!~ Lagi 60% saya tak tahu pergi mana...

LAIN2 PENYAKIT KULIT : Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang dan tampalkan bahagian dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau plaster bedah...

Di sini dapat disimpulkan bahawa pisang merupakan ubat semulajadi untuk pelbagai penyakit... Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali mineral lain... Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati...

Saya suka makan pisang!~ (^_____^)V

Pisang juga boleh dimasak dengan pelbagai cara... (^_____^)V


Segala gambar adalah bersumberkan Google... Segala intipati entry adalah bersumberkan sebuah diari Islam... Tetapi telah diolah 30%... (^_____^)V


P/S : Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus pada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering... Hasilnya menakjubkan!~ (^_____^)V

6 comments:

GUNNERS said... [Reply]

hidup pisanggg...hahahhaa...boleyyy????

SiS NaD said... [Reply]

Boleh3!~ Sila makan pisang selalu ye!~ (^_____^)V

1 said... [Reply]

wah..kita kena makan pisang byk2 lepas ni sis nad..

SiS NaD said... [Reply]

Tahu takpe... Buat stok setahun pun takpe... (^_____^)V

AzzifarunNurafizza said... [Reply]

menarik info ni..tq for sharing..dengan pisang pon blh wat aiskrim pisang tau..jom singgah..

SiS NaD said... [Reply]

Macam2 boleh buat dengan pisang... Macam pokok kelapa jugak la... (^_____^)V