Saturday, July 23, 2011

Oh!!!~ Malaysia Boleh!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Saya pasti dan pasti ramai yang menonton perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Singapura sebentar tadi... Dan saya pasti dan pasti lagi ramai yang tidak berpuashati dengan pencapaian pasukan Malaysia pada hari ini... Kelegaan dan kegembiraan yang dirasai oleh penyokong2 dan pemain2 Malaysia seawal minit pertama (pada saat ke-18) hasil jaringan Safee Sali tidak bertahan lama apabila Singapura terus menerus menyumbatkan gol ke gawang Malaysia sehingga menghasilkan 4 gol pada separuh masa pertama...

Keresahan mula melanda para penyokong dan pemain Malaysia... Para penyokong mengharapkan pemain2 Malaysia bisa menyamakan kedudukan tapi nampaknya itu tidak berlaku pada babak pertama... Tapi pada babak kedua, Malaysia se-olah2 didatangi Semangat Harimau Malaya apabila berjaya menyumbatkan 2 gol ke gawang pihak lawan, walaupun mungkin sedikit sebanyak fokus pemain2 Malaysia terganggu akibat pengguguran kapten pasukan iaitu Safiq Rahim apabila beliau dilayangkan kad merah...

Namun pemain dan para penyokong Malaysia terpaksa akur dengan keputusan yang berpihak kepada pihak lawan apabila Singapura berjaya menghasilkan 1 gol tambahan pada separuh masa kedua...

Apa2pun, saya lihat pemain Malaysia telah bermain dengan sehabis mungkin... Dan saya agak menyalahkan keadaan padang (padang sintetik) kerana dapat dilihat bahawa banyak kali pemain Malaysia 'tergelincir' dari mendapatkan bola... Walaubagaimanapun, saya harapkan corak permainan pasukan Malaysia akan menjadi lebih menarik apabila bermain di padang sendiri, 28 Julai ini...

MALAYSIA BOLEH ! ! !

Semangat Harimau Malaya!!! (^_____^)V


P/S : Air mata bergenang tatkala Malaysia ketinggalan 4-1 semasa separuh masa kedua dan apabila Safiq Rahim terkeluar...

10 comments:

Mrs Hadi | Fafadot said... [Reply]

salam,.
hyeee jenguk disini :)

AH7 said... [Reply]

salam...hii...sis MU..ni bro MU kat sini..2lah..sedih gak..tp xpe..kte percaya..28hb ni pasti harimau malaya akan bangkit...

Ghab Van Hal said... [Reply]

tanah tumpahnya darahku..jom jadikan stdium bukit jalil neraka bagi singapura khamis ini...=)

lady-D said... [Reply]

Malaysia ttp terbaik sbb player produk kita sume..x main ahh import2 ni..hehe..

Unknown said... [Reply]

kite repeat balik hr khamis ni

SiS NaD said... [Reply]

Cik Eyfa : W'salam... Selamat datang.... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Ah7 : Takpe... Nak buat macam mana.. Adat pertandingan... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik GVH : Hehe!~

SiS NaD said... [Reply]

Cik Dyla : Kan? Kan? Kan? Purity itu penting!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ezan : Yeah!~ (^_____^)V