Wednesday, July 27, 2011

Oh!!!~ Apabila sesi belajar menjadi gelak ketawa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Tadi, setelah dimarah oleh Abah, Amir dan Aiman meluru ke dalam bilik saya sambil membawa kerja sekolah mereka... Abah marah pun sebab mereka malas nak buat kerja sekolah... Selepas memasuki sempadan antara bilik saya dan ruang tamu, mereka duduk di katil Farah yang ketika itu sedang menghadap laptop dan berkata, "Kak Farah, ni macam mana?" sambil menunjukkan buku masaing2 di hadapan Farah... Saya yang ketika itu sedang membaca Al-Quran tidak menghiraukan mereka...

Amir membawa kerja sekolah Bahasa Inggeris manakala Aiman membawa kerja sekolah Matematik... Semasa Farah mengajar Aiman Matematik, banyak perkara lucu yang berlaku sehingga membuatkan saya jadi tidak fokus terhadap pembacaan Al-Quran... Farah yang pada mulanya mengajar Aiman denga penuh kelembutan, tiba2 jadi 'naik hantu' lantaran ketidakdengarcakapan Aiman... Puas Farah mengajar dia... Yang patut ditolak, ditambahkan... Yang patut ditambah, ditolakkan... Dan perkara itulah yang telah membuatkan fokus saya kepada Al-Qura terganggu...

Setelah menghabiskan bacaan 2 surah dalam Al-Quran, Farah menyerahkan buku kerja sekolah Amir kepada saya... Cikgu Amir menyuruh mereka satu kelas untuk membina 50 perkataan dari perkataan 'MANGOSTEEN'... Amir telah menyiapkan 20 perkataan, Farah menyiapkan 21 perkataan dan selebihnya adalah tugas saya... Saya yang agak malas untuk membina perkataan menjadikan setiap verb kepada plural... Maksudnya, kalau Farah atau Amir membuat perkataan 'teen', saya menjadikannya 'teens'... Dan bila tiba di perkataan 'mango', saya menjadikannya kepada 'mangos'... Tiba2 Amir yang duduk berkepit di sebelah saya  bersuara, "Kak Yah, bukan 'S' la, 'E.S'... M.A.N.G.O.E.S...". Farah yang mendengar Amir 'mengajar' saya hanya tergelak besar... Oh, malunya!~

Seorang pelajar sekolah rendah telah mengajar seorang bekas pelajar yang berkelulusan ijazah!~ Oh, ini tidak patut berlaku!!!~

Aiman, Amir dan Farah di Danga Bay...


P/S : Walaupun kita belajar tinggi, tidak semestinya kita sudah pandai... (^_____^)V

6 comments:

EG said... [Reply]

lawak2.

josrevalution said... [Reply]

salam sis nad...er..biar betoll..hehe..betul tu...semakin banyak yang kita tahu sebab sudah terlalu tinggi skol kita tapi lagi banyak yang kita x tahu.malah orang yg rndh skol lagi yg tau...hehe jgn lah malu ye sis..biasa lah tu..

Goblogz said... [Reply]

hahaha

SiS NaD said... [Reply]

Inchik EG : Yeke? Jom gelak lagi!~ Hahahahahahaha!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : Haha!~ Tu la pasal... Ilmu yang ditimba entah ke mana hilangnya... (-_-")

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Goblogz : Huhu!~ (^_____^)V