Tuesday, July 5, 2011

Oh!!!~ Kisah Si Lembab dan Si Cergas...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Saya nak mengimbau kenangan lalu... Kenangan zaman kanak2 berhingus tapi pandai lap hingus tersebut... Zaman ganas sebab berani Abah (tapi sekarang saya merupakan anak yang sangat baik!~)... Zaman saya masih lagi bersekolah rendah... Dan macam biasa, teknik imbas semula amat3 diperlukan agar korang boleh berimaginasi terus2an... Pesanan dari pemilik blog, jangan berimaginasi yang bukan2, ok!~ (^_____^)V

Dulu masa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuarters Tanjung Rambutan  (2), yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan, di dalam kelas saya ada seorang budak yang boleh dikatakan lembab lagi dungu sebab dia lambat pick-up a.k.a catch-up dan bukannya Las Ketchup terhadap  setiap pelajaran yang cikgu ajarkan... Oleh sebab itu, dia sering menjadi mangsa kemarahan cikgu2 yang mengajar kelas kami... Dengan penampilannya yang selekeh, lagi la membuatkan cikgu bertambah mual, jelik dan macam2 lagi perasaan yang tak dapat ditaipkan di sini, terhadap dia... Kesian memang kesian... Tapi nak buat macam mana... Saya ni hanyalah insan yang lemah lagi tak berdaya kerana saya seorang perempuan... Hahaha!~

Saya pun pelik kenapa dia tak dimasukkan di kelas terakhir dan kenapa perlu dimasukkan ke kelas saya yang merupakan kelas second last... Macam haram!!!~ Ada ke patut saya ditempatkan di kelas kedua terakhir... Saya ni pelajar cemerlang tau!~ UPSR saya yang terbaik, begitu jugak dengan PMR... Tapi SPM macam hampeh sikit la sebab dah tak minat nak belajar... Tapi dapat masuk U tau!~ Alhamdulillah... (Nadiah, perlu ke nak cerita semua tu???).

Tapi kan, dalam kelampian dia tu, dia disenangi oleh rakan2 sekelas sebab dia seorang yang baik... Siapa kata budak macam dia tak ada sifat mulia??? Dan baru2 ini saya terjumpa dia secara tak sengaja di laman web sosial yang popular iaitu Facebook... Memang tak sangka sangat2 sebab dapat berjumpa dia semula... Dan nak tahu (???), saya sangat terkejut dengan penampilan dan imej serta life style dia sekarang!!!~ Sila terkejut bersama saya walaupun korang tak tahu apa yang berlaku... Saya tengok gambar2 dia, Ya ALLAH, saya hanya mampu berzikir kumat kamit je sebab dia sangat versatile sekarang...

Ada gambar2 dia pergi melancong di beberapa buah negara luar, gambar dia bersama sebuah kereta mewah yang dipercayai hakmilik kekal dan terpelihara dia dan beberapa lagi gambar yang macam wow!!!~ Saya gosok mata dari pagi sampai malam sebab macam tak percaya tatkala melihat kehebatan dia... Rasa dengki yang mem-buak2 dan rasa nak terjun lombong mula menguasai diri... Tapi nasib baik iman masih lagi ada di dalam dada ni...

Ada satu hari tu, saya berpeluang berbual dengan dia di ruangan chat Facebook dan saya tanpa fikir banyak terus menyatakan kekaguman terhadap dia... Saya ada bertanyakan dia bagaimana dia boleh jadi sehebat itu... Saya ingatkan dia join MLM... Tapi sangkaan saya meleset... Dia tak percaya pada MLM... Katanya la... Malah dikatakan pula saya ni banyak membuat hutang setelah melihat profail Facebook saya... Dia berkata, selepas SPM, dia terus bekerja... Dia mengatakan cuba bayangkan kalau saya bekerja sambil belajar selepas SPM, mesti hidup saya boleh senang seperti dia... Tetapi katanya, saya hanya seronok bercuti dan menunggu panggilan menyambung pelajaran... Sepatutnya masa 'cuti' menunggu panggilan tu saya isikan dengan bekerja... Di bawah ni saya ada sediakan carta untuk korang senang faham...


 Nama/ Umur
 18 (2004)
 19 (2005)
20 (2006)
21 (2006)
22 (2007)
23 (2008)
24 (2009)
 Saya
 Belajar
Belajar
 Hutang
Hutang
Hutang
Buat Duit & Bayar Hutang
Buat Duit & Bayar Hutang 
 Dia
 Buat Duit
Buat Duit
Buat Duit


Buat Duit
Buat Duit
Buat Duit
Buat Duit
 Inilah hasilnya yang dapat saya simpulkan...


Saya mula terfikirkan perkara itu... Dengan keadaan saya yang masih belum mempunyai pekerjaan yang stabil, lagi la saya fikir macam2... Tapi saya tak menyesal sebab tak baik menyesal... Malah apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan saya... Untuk menyedapkan hati saya, dia mengatakan yang kami masih muda dan punya banyak masa lagi untuk berusaha sampai boleh hidup senang... Yang penting, berusaha segigih mungkin tanpa ada rasa malas atau putus asa... Selagi ada peluang, rebutlah peluang yang ada tu... Dan tiada jalan singkat seperti MLM tu...

Itu la serba sedikit cerita yang dapat saya lembarkan di entry saya untuk kali ini...


P/S : Kalau ada peluang, saya nak berjumpa dengan kawan saya tu... Dan untuk makluman semua, cerita di atas adalah hakmilik PAC dan WAHYUDI yang dimuatkan di dalam komik 'Aku, Kau dan Facebook', di mana telah saya olah sedikit dan diselitkan dengan kisah benar hidup saya...




8 comments:

matakail said... [Reply]

jom jd follower balik boleh ? http://pancingarateam.blogspot.com .t

Ku Azhar said... [Reply]

yg hutang tu yg besnye :D

Anonymous said... [Reply]

Terbaikla! :D

Unknown said... [Reply]

salam sis nad..tu lah x di sangka pula yer..mcm kebnyakan member sy skg fuhh kebnyakan keja yg berpangkat dan gj tinggi suma..pdhal msim skol dulu suma kaki ponteng.isp rokok,dan ada juga yg dpt gelaran pelajar paling teruk..haha...

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Matakail : Boleh je... Terima kasih sebab sudi singgah... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Ku Azhar : Haha!~ Naik botak kepala fikir hutang...

SiS NaD said... [Reply]

Inchik / Cik Anon : Thanks!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : W'salam Jo... Tulah... Orang kata 'dont judge a book by it's cover'... (^_____^)V