Wednesday, July 6, 2011

Oh!!!~ Soalan sensitif untuk perempuan!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ada orang kata perempuan ni sangat komplikasi... Errr... Complicated la... Hehe!~ Betul ke? Tapi saya sebagai perempuan akan mengatakan lelaki yang paling complicated... Tapi biasalah, kaum Adam sentiasa menuding jari kepada kaum Hawa, begitu juga sebaliknya... Haish!~

Kali ini saya nak jadi pakar wanita (bukan pakar sakit puan, ya)... Mesti korang (pihak lelaki) yang mempunyai rakan2 di kalangan kaum Hawa sering bertanya itu dan ini kepada mereka... Begitu juga sebaliknya... Untuk pengetahuan korang, ada dua soalan yang sangat sensitif untuk ditanyakan kepada kaum Hawa...

Soalan pertama adalah mengenai berat badan... Oh, ini adalah soalan yang sangat sensitif bagi kaum Hawa... Tak kiralah sama ada mereka di dalam kategori comel2 tembam atau kategori slim world... Yang tembam nak slim, yang slim nak tembam... Macam saya!~ Saya yang sedia kurus inginkan tubuh yang berisi sedikit dan setiap tahun akan pasang azam yang sama, tapi...... Dan saya sangat sensitif kalau rakan2 memberitahu yang saya kelihatan kurus... Oh, pantangnya saya kalau orang bertanya, "Nadiah, kenapa nampak makin kurus?" atau yang membuat kenyataan, " Nadiah, awak kuruslah...". Haip!~ Siap sedialah nak kena babab dengan saya...

Kalau saya yang bertubuh kurus merasa sensitif, apalagi mereka yang bertubuh montel comel itu... Mestilah lagi sensitif... Itulah hakikatnnya... Jangan sesekali melukai perasaan mereka ya wahai jejaka2 di luar sana... Mereka punya perasaan, seperti korang... Walaupun saya yang kurus yang selalu dilukai... Oh... (Saya sudah masuk topik lain) (-_____-")

Soalan kedua yang tidak patut ditanya pada kaum Hawa adalah mengenai umur... Korang nampak je muka seseorang wanita itu sangat muda (macam saya) padahal umur sebenar mereka adalah sangat tua (bukan macam saya)... Eh, betul ke ayat saya ni? Huhu!~ Orang kata don't judge a book by it's cover atau don't judge a women by her face... Kalau nak bertanya umur bagi mereka yang sudah berumahtangga, dibolehkan... Tetapi jangan sesekali bertanyakan umur kepada mereka yang masih anak dara... Sensitif!~

Kenapa sensitif? Sebab kalau umur sudah lanjut tapi masih belum berkahwin, nanti akan digelar ANDARTU... Dan makcik2 joyah di belakang rumah Usop Wilcha mulalah menganyam ketupat seperti dialog di bawah :

"Eh Jennifer Lopez, kau tahu tak si Angelina Jolie anak Aishwarya Rai tu belum kahwin2 lagi... Umur dah nak masuk 40 tapi tak di-sunting2 lagi (bukan sunting filem, ya)... Entah bila entah nak kahwin..."

Walaupun korang mungkin menafikan akan mengeluarkan ayat2 seperti makcik2 joyah tersebut, sedikit sebanyak di dalam hati mungkin korang akan persoalkan secara monolog... Betul tak? Betul tak? Uhhh!~

Itulah sedikit sebanyak mengenai the questions you mustn't ask to women...


P/S : Jangan tanya saya apa2...

16 comments:

fyna said... [Reply]

erk...
fyna setuju.





jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
:)

josrevalution said... [Reply]

salam sis nad tu lah pmpn nie..sikit2 sesintif..hehe...memang payah lah..owh..sis bila kahwin???hahaha..

yaya_flanella said... [Reply]

tulah. kalau boleh nak chubby sikit. T__T

titan said... [Reply]

aahla. awak nampak kurus..hehe

FARISZ@AZ.Com said... [Reply]

Salam.
Kalau pada perempuan , soalan sensitif rasanya bab aurat.
Kalau pada lelaki , soalan sensitif rasanya bab rokok (pada lelaki yang merokok).

MamaEma said... [Reply]

akak kurus berisi..perut jer kembung lemak...ahaks..

EZAN IDMA said... [Reply]

jgn tanye bert saye! heheheh

Namee Roslan said... [Reply]

hahah, em pmpuan mmg tercipta begini. penuh dgn emosi dan sensitivity. lain word...complicated. tp itu positive! kalau xde perempuan..siapa lah lelaki ! betui dak?? hehe :)

SiS NaD said... [Reply]

Cik Fyna : Nanti Sis singgah ye... Thanks kerana sudi membaca... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : W'salam Jo... Heyp!~ Jangan tanya Sis soalan tu...

SiS NaD said... [Reply]

Cik Yaya : Oh, kita serupa ya? T_____T

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Titan : Heyp!~

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Faris : Saya setuju dengan kamu... Thanks sebab berkongsi... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Puan MamaEma : Huhu!~ Perut berlemak tak dapat dielak oleh setiap wanita...

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ezan Edma : Jangan tanya berat Sis juga... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Namee Roslan : Thanks sudi komen di blog Sis yang tak seberapa... Betul tu... Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita.... (^_____^)V