Thursday, June 30, 2011

Oh!!!~ Satu cubaan yang berani!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Tangan menggigil tatkala saya menaip entry ini... Badan rasa panas semacam!~ Oh, ada benda yang telah merasuk diri ini ke? Oh, tidak!~ Ini kerana sejarah yang telah saya lakarkan tak sampai pun dua jam tadi... Hari ini, dengan jaya dan gigilnya saya menguatkan semangat untuk membawa kereta baru Abah saya untuk mengambil Farah pulang dari tempat praktikalnya yang terletak di bandar Johor Bahru... Abah kerja, so ada peluanglah... Manual, ok!~

Seawal jam 4:40 petang saya telah keluar dari rumah padahal Farah dah telefon suruh ambil jam 4:00 petang... Sebenarnya, tugas tersebut digalas oleh Emak, tetapi disebabkan perasaan mem-buak2 untuk membawa kereta menguasai diri saya + kasihan pada Emak sebab penat menjaga anak orang, saya menawarkan diri pada Emak untuk mengambil alih tugas dia... Emak dengan muka relax lagi tenang bak air di kali memberikan keizinan dan restu pada saya... Restu Emak sangat penting, ok!~

Semasa menuju ke arah kereta, kaki sudah mula menggigil... Masa hidupkan enjin, dada pula menambahkan debaran... Wani duduk di sebelah manakala Amir duduk di belakang... Nasib baik Wani sudi menemani saya sebab saya agak cuak kalau tiada orang yang duduk disebelah saya... Dan ini adalah sejarah (!!!) kerana sebelum ini yang menjadi peneman setia saya adalah Abah!~ Dan untuk pengetahuan, Abah tak tahu pun saya yang pergi mengambil Farah, dengan menggunakan kereta dia... Kalau dia tahu, saya rasa saya 'mati'!~ Sebab apa? Sebab tak ada orang yang berpengalaman untuk guide di sebelah saya (Emak la tu)... Satu cubaan yang berani!~ Tanpa pengawasan dari Emak dan Abah...

Semasa memandu ke arah bandar, dalam hati berdoa agar kereta tidak banyak di jalanraya... Semasa tiba di lencongan untuk ke Danga Bay, saya tak membelok kearah Danga Bay pun sebab tidak berani... Darilaluan  paling kiri untuk ke laluan paling kanan... Tak beranilah!~ Lagipun kereta tengah banyak... Nak taknak, saya terpaksa lalu Jalan Tasek... Sepanjang memandu, saya redha je dengan kemungkinan yang akan berlaku...

Sesampai di depan Mahkamah Majistret, tak nampak langsung batang hidung Farah, lalu saya arahkan Wani untuk menelefon Farah... Rupa2nya Farah tunggu di pintu tepi Mahkamah... Nak taknak saya terpaksa pusing ikut Zoo Johor Bahru untuk ke tempat Farah sebab dia tak nak berjalan ke arah kereta... Padahal jarak dia dengan tempat saya tunggu dia hanya kira2 100 meter!~ Gedik betullah minah seorang ni... Huh!~ Masa tu saya dah angin, tapi tak boleh nak marah juga sebab salah saya kerana tak bertanya betul2 lokasi dia...

Untuk pulang ke rumah, saya membuat keputusan untuk lalu Bandar Baru UDA... Dua kali enjin kereta mati... Nasib baik enjin mati semasa menghadapi jam... Bila tiba di Bandar Baru UDA, boleh pula ada kereta polis siap pasang siren nak lalu... Saya dah gelabah, tapi buat2 tenang... Saya ketepikan kereta ke kanan sampai tayar depan di bahagian pemandu naik sedikit di atas divider... Huh!~ Mencuakkan la kereta polis tu... Bukan cuak sebab risau saya kena tangkap, tapi cuak sebab nak kena ke tepi... Saya risau ruang yang saya beri untuk kereta polis lalu tidak cukup besar...

Hampir sampai di rumah, Emak telefon... Padahal sepanjang perjalanan saya tanya pada Wani sama ada Emak ada telefon atau tidak... Untuk masuk ke kawasan perumahan saya, saya sangat ber-hati2 kerana di situlah saya kemalangan... Kemalangan yang menyebabkan saya tidak berani lagi untuk memandu kereta... Dalam kejadian tu, saya langgar pagar dan tembok besar kawasan perumahan saya serta naik atas divider... Kereta lama Abah (Proton Saga lama) hampir2 terbalik dan ketika itu yang ada di dalam kereta adalah Emak, Farah dan Wani... Dan sejak itu, Farah dan Wani 'palang saya'... 'Palang' untuk tidak menaiki kereta kalau saya yang bawa...

Sesampai di rumah, kaki, tangan dan satu badan saya mula menggigil dan panas... Farah dan Wani bising2 dekat Emak mengenai pemanduan saya yang tidak berapa hebat tu... Emak hanya ketawa sahaja... Huhu!~ Apa2pun, terima kasih Emak sebab mempercayai anakmu ini... (^_____^)V


P/S : Tadi cakap dengan Emak, taubat taknak bawa kereta lagi... Huhu!~

Tuesday, June 28, 2011

Oh!!!~ Jom hayati peristiwa Israk Mikraj...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Setelah 6 hari saya tidak update blog saya, akhirnya pada hari ini saya kembali menghasilkan entry terbaru... Entry kali ini berkisahkan keagamaan sedikit... Sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan disambut pada esok hari...

Seperti yang kita ketahui, Israk Mikraj akan dirai pada setiap 27 Rejab setiap tahun Hijrah... Peristiwa yang sangat bersejarah itu telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW ber-sama2 Malaikat Jibril... Israk bermaksud perjalanan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa... Sepanjang Israk, Rasulullah ditemani oleh Malaikat Jibril dan Israfil... Di dalam perjalanan tersebut juga, Rasulullah disaksikan dengan peristiwa2 ajaib... Antaranya adalah :
  • Satu kaum sedang bercucuk tanam terus menuai hasil tanaman mereka... Apbila dituai, hasil yang baru keluar semula se-olah2 belum dituai... Perkara ini berlaku ber-ulang2 tanpa henti... Kemudian berkata Jibril kepada Rasulullah, "Itulah kaum yang berjihad 'Fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan mereka sebanyak 700 kali ganda...".
  • Rasulullah dibawa melalui tempat yang harum lalu diberitahu oleh Jibril, "Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak2nya (termasuk bayinya yang boleh bercakap) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada ALLAH SWT...".
  • Telah diperlihatkan kepada Rasulullah sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka ber-kali kerana setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan sembuh kembali... Jibril memberitahu, "Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)...".
  • Terdapat sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain...Mereka dihalau seperti ternakan dan menjadikan bara api dan batu dari neraka Jahanam sebagai makanan... Berkata Jibril, "Itulah orang2yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka...".
  • Satu kaum di mana terdapat lelaki dan perempuan tellah memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging yang sudah dimasak ada di sisi mereka... Maka berkata Jibril, " Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing2 mempunyai suami atau isteri...".
  • Terdapat lelaki yang berengan di dalam sungai darah dan dilontarkan batu ke arahnya kerana menurut Jibril, itulah orang2 yang makan riba'...
  • Ada lelaki yang menghimpun  seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya tetapi ditambah lagi dengan kayu2 yang lain... Kata Jibril, "Itulah orang yang tidak dapat menunaikna amanah tetapi masih menerima amanah yang lain...".
  • Rasulullah turut berjumpa dengan satu kaum yang sedang menggunting lidah mereka dengan penggunting besi ber-kali2 kerana setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka akan tumbuh semula...Dan orang2 itu merupakan orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan...
  • Baginda juga diperlihatkan kepada satu kaum yang men-cakar2 muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka... Ini adalah kerana mereka itu suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang...
  • Terdapat juga seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan tetapi Rasulullah tidak mempedulikannya... Maka berkatalah Jibril, "Itulah dunia...". Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat...
  • Kemudian Rasulullah berjumpa dengan seorang perempuan tua yang duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti tetapi Baginda tidak menghiraukannya... Sesungguhnya itulah orang yang men-sia2kan umurnya sehingga ke hari tua...
  • Akhir sekali, Baginda didatangi oleh seorang perempuan yang bongkok tiga... Kata Jibril, "Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat...".
Setibanya di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq dan masuk ke dalam masjid untuk mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segalan anbia' dan mursalin menjadi makmum... Kemudian Rasulullah berasa dahaga lalu dihidangakn oleh Jibril dua cawan yang berisi arak dan susu lalu Baginda memilih susu... Berkata Jibril bahawa Baginda telah membuat pilihan yang betul... Jika arak yang menjadi pilihan, nescaya ramai umat Baginda yang akan sesat...

Mikraj merupakan tangga yang indah dari syurga yang didaki oleh Rasulullah sepanjang menuju ke Hadhratul Qudus untuk menemui ALLAH SWT... Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia (pintu Hafzhah)... Setiap kali Baginda bertemu dengan para Nabi, perkatan pertama yang diucapkan ialah Assalamualaikum... Antara peristiwa yang berlaku di setiap tangga yang dinaiki Rasulullah SAW ialah :
  • Langit pertama : Baginda berjumpa dengan Nabi Adam A.S... Kemudian baginda dapat melihat orang2 yang makan riba' dan harta anak2 yatim serta melihat orang yang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk... Penzina lelaki pula bergantung kepada susu penzina perempuan...
  • Langit kedua : Baginda bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi Yahya A.S... 
  • Langit ketiga : Baginda bertemu dengan Nabi Yusuf A.S... 
  • Langit keempat : Baginda bertemu dengan Nabi Idirsi A.S...
  • Langit kelima : Baginda bertemu dengan Nabi Harun A.S dimana Nabi Harun dikelilingi oleh Bani Israel...
  • Langit keenam : Baginda bertemu dengan para Nabi yang lain... Seterusnya apabila berjumpa dengan Nabi Musa A.S, Baginda disuruh oleh Jibril untuk mengangkat muka dan Baginda dapat melihat umatnya yang ramai, termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab...
  • Langit ketujuh : Baginda betemu dengan Nabi Ibrahim A.S yang sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihapai kaumnya... Lalu bersabda Nabi Ibrahim kepada Rasulullah, "Engkau akan berjumpa ALLAH pada malam ini... Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu daif, maka berdalah untuk umatmu... Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH WALLAHUAKBAR dan WALAHAULAWALAQUWATAILLABILLAHIL'ALIYUL'ADZIM... Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga... Kemudian, Baginda dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur untuk bersolat... Baitul Makmur terletak betul2 di atas Baitullah dan ia merupakan tempat malaikat bertawaf... 
  • Langit kelapan : Disinilah disebut 'Al-Kursi' yang berbetulah dengan dahan pokok Sidratul Muntaha... Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu dan antaranya adalah sungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah... baginda jug dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga... Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka bersama penunggunya, Malik...
  • Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha... Baginda masuk ke dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam... Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah dengan zikir, hatinya tertumpu penuh dengan masjid dan tidak memki ibu bapanya...
  • Tangga kesepuluh : Baginda samapai ke Hadraul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbaba lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala Baginda sendiri, lantas terus sujud... Di sinilah ALLAH memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda... Selesai munajat, Baginda dibawa menemui Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Musa... Nabi Musa bertanya, "Apakah yang difardukan oleh ALLAH kepada kamu untuk umatmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Solat 50 kali sehari...". Nabi Musa kemudian berkata, "Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah pengurangan... Sesungguhnya umatmu tidak mampu melakukannya...". Lalu Baginda pun berulang alik sebanyak 9 kali sehingga ALLAH berkenan mengurangkan waktu solat menjadi 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersamaam solat 50 kali...".
Selepas Mikraj, Baginda turun ke langit dunia semula seterusnya menuju ke Baitulmaqdis... Kemudian dengan menaiki Buraq, Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama... Baginda menceritakan perjalanan yang dilalu kepada kaumnya, tetapi mereka mengatakan Rasulullah berdusta kerana masakan Baginda dapat menempuh perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat... Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata2 Baginda lalu beliau digelar As-Siddiq (yang membenarkan)...

Perisitiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan keajaiban yang penuh dengan pengajaran... Ia juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat ALLAH SWT... Agar ia memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan ALLAH SWT...

Wednesday, June 22, 2011

Oh!!!~ Kerana RM10 juta...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pagi tadi, selepas sembahyang Subuh, sambil2 seterika tudung saya tanpa ada satu kedut sekalipun, saya dengar radio 'tuttt'... Errr... Ok2, saya terus terang je... Saya dengar radio Hot.FM, 'Lebih hangat daripada biasa'... Betul ke tagline yang saya tulis tu? Ahhh, bantai aje la... Semasa sedang syok2 dengar keriuhan DJ2 Hot.FM yang seramai 4 orang tu, tiba2 ada ulangan panggilan hangit yang semalam... Saya pun tidak melepaskan peluang untuk mendengarnya kerana semalam saya tidak sempat untuk mendengarnya... Bukan kisah panggilan hangit yang ingin saya ketengahkan di sini, tapi kisah yang ada kaitan dengan borak2 antara mereka yang merupakan satu fakta sahih yang ingin saya ceritakan...

Saya tak berapa ingat pukul berapa, tetapi dalam sekitar jam 6:30 pagi ke atas, Farah Fauzana telah memberitahu bahawa cerita 'KL Gangster' telah mendapat kutipan sebanyak RM10.3 juta untuk 13 hari tayangan... Wow!~ Tiba2 saya menjadi teruja yang amat2... Kenapa saya teruja, saya pun tidak pasti... Nak kata yang saya dah tengok cerita tu, memang saya belum tengok lagi... Nak kata yang berlakon di dalam filem itu adalah teman lelaki saya, memang tak la... Disebabkan hebahan yang dibuat Farah Fauzana itu, saya agak yang cerita tersebut dalam kategori 5 bintang...

Sesampai di pejabat office, saya memulakan perbualan dengan rakan2 seperjuangan dengan ayat di bawah...

"Korang, 'KL Gangster' dah dapat RM10 juta..."

Mereka seperti dapat mengagak maksud yang tersirat di sebalik kata2 saya... Oh, bersyukurnya saya kerana dikurniakan rakan2 seperjuangan yang amat memahami... Hehe!~ So kami decide untuk tengok cerita tersebut... Sesungguhnya Aaron Aziz kelihatan sangat macho di dalam cerita ini, tak macam dalam cerita 'Nora Elena' kerana dia telah menjadi 'mangsa buli'... Sekian sahaja cerita untuk hari ini... (^_____^)V


(^_____^)V


P/S : Lepaskan gian menonton wayang... Kami sumbang RM24 untuk filem ini pada hari ini... (^_____^)V

Monday, June 20, 2011

Oh!!!~ Saya bakar peti ais!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ni saya nak cerita mengenai rahsia yang saya simpan sejak saya sekolah rendah... Peristiwa yang berlaku semasa saya berada di dalam darjah 5 atau 6 itu tidak akan menjadi rahsia lagi apabila saya ceritakan pada korang semua... Sudah lama saya simpan rahsia ini, ada la dalam lebih kurang 13 tahun... Dalam keluarga saya, hanya Emak saya sahaja yang tahu setelah saya menceritakan kepadanya pada bulan Mac atau Februari yang lalu... Dan saya rasa Emak telah lupa akan rahsia tersebut...

Perghhh!~ Betapa terserlahnya kenakalan saya semasa zaman belum baligh dahulu dengan peristiwa ini... Dan ini merupakan kenakalan paling besar yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya... Ceritanya begini... (Sila gunakan teknik imbasan yang telah dipelajari di sekolah)...

Pada suatu hari, di waktu petang, dengan angin yang sepoi2 bahasa, burung2 berkicauan sambil terbang bebas dan riang di udara, saya tidak keluar bermain dengan rakan2 seperjuangan kerana sebab2 yang saya tidak berapa ingat... Dan kebiasaannya, kalau saya tidak keluar, saya akan mengemas rumah... Dari bilik saya ke bilik Emak... Dari bilik Emak ke bilik Iwan... Dari bilik Iwan ke ruang tamu... Dan hari itu disebabkan terlalu rajin, dari ruang tamu saya ke dapur... Dan situlah kejadian tersebut berlaku...

Selepas mengemas dapur ala kadar, saya membuka peti ais dan ternampak satu paket rempah yang saya tidak ingat jenama dan rempah jenis apa... Seperti paket2 rempah yang lain, material pembungkus itu adalah dari jenis plastik...  Entah macam mana, terdetik di hati saya untuk membakar sedikit plastik pembungkus itu dengan mancis... Lalu saya mencapai kotak mancis di kabinet dapur yang melekat di dinding paling atas... Dah dapat apa yang diingini, saya menyalakan mancis dan membakar sedikit plastik pembungkus itu... Kemudian saya padamkan api yang menyala pada plastik pembungkus rempah itu dan terus menutup pintu peti ais... Tidak lama kemudian, saya mula terbau hangit... Saya terus mencari dari mana datangnya bau hangit tersebut dan sejurus sampai di depan peti ais, saya berasa tidak sedap hati... Apabila membuka pintu peti ais, YA ALLAH (!!!), peti ais rumah saya dah cair di dalamnya... (Tiba2 saya rasa macam nak gelak guling2 sekarang ni)... Seingat dan seyakin saya, saya telah memadamkan nyalaan api tersebut!~

Emak saya yang baru terhidu bau hangit terus menuju ke dapur dan terkejut melihat keadaan peti ais tersebut... Apabila Emak bertanyakan mengenainya, saya jawab "Tak tahu... Tiba2 je jadi macam ni...". Kemudian, Emak memberitahu Abah dan daripada perbualan mereka saya dengar Emak kata, "Mesti peti ais tu shot (litar pintas) kot...". Dan keesokan harinya, habis Emak canang dengan jiran2 tetangga yang peti ais rumah kami terbakar sebab shot... Adoyai!~ Rasa bersalah beb!~ Dan disebabkan kenakalan saya itu, hampir 3 4 hari juga rumah kami tidak berpeti ais dan kerana itu jugalah Abah membeli peti ais yang baru untuk rumah kami... Tapi bagus juga saya bakar peti ais tu... Kalau tidak, sampai bila2 kami tidak merasa peti ais baru yang lagi besar dari peti ais lama... Hehe!~

 (^_____^)V

Tapi kan, sekarang ni saya sangat fobia dengan bau hangit kalau berada di rumah... Dan bila terhidu bau hangit, saya akan cepat2 menuju ke peti ais dan membuka pintu peti ais... Takut kenakalan saya tu berjangkit pada adik2 saya... Hahahahahahahaha!~


P/S : Kadang2 zaman kanak2 boleh membuatkan kita ketawa dan insaf!~ (^_____^)V

Sunday, June 19, 2011

Oh!!!~ Semuanya tentang Abah...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Happy father's day to all dad in the world, especially in Malaysia... Pagi2 lagi saya sudah tercongok di depan laptop Wani sebab nak buat entry khas untuk Abah saya... Hehe!~ Oh, perkara ini sangat cliche bagi saya kerana bila tiba Hari Bapa baru nak buat entry yang memberikan pujian me-lambung2 terhadap Abah... (-_____-) Saya pasti dan yakin bahawa ramai bloggers di luar sana turut membuat entry khas untuk Abah, Ayah, Bapa, Walid, Daddy, Papa, Ayahanda, Abi masing2...

Saya sayang Abah saya... Siapa yang tak sayang ayah sendiri sila angkat pistol dan tembak kepala sendiri... Moga korang mati dengan aman... Haha!~ Haish!~ Siapa yang tak sayang ayah sendiri tu bolehlah hantar diri anda sendiri ke rumah anak2 yatim ye... Ok, memang tak ada kena mengena... Sepanjang saya hidup di muka Bumi ini, dari saat saya dilahirkan sehinggalah saat2 saya menaip entry ini, banyak yang Abah telah korbankan untuk saya dan adik-beradik terutamanya dari segi kewangan... Yelah, sebagai ketua keluarga, memang tugas dan tanggungjawab Abah untuk mencari dan memberi nafkah untuk kami semua...

Semasa di Kelantan... Abah dokong saya... (^_____^)V


Abah tak pernah berkira dengan anak2nya... Pernah saya minta Abah RM50 baru2 ini sebab nak keluar dengan kawan dan Abah tak pernah minta saya untuk membayar kembali wang itu... Ini kerana masa tu saya baru bekerja... Tapi selepas2 tu, jangan haraplah Abah nak bagi free... Huhu!~ Tapi, seperti yang saya  nyatakan tadi, Abah tak pernah berkira untuk meminjamkan wang kepada saya... Asalkan saya bayar balik... Huhu!~ Tapi kadang2 Abah tak mintapun tapi sebagai anak sulung yang lebih memahami tanggungan Abah, saya akan membayar kembali sejurus mendapat gaji walaupun tidak diminta... Abah ni dah macam ALONG kepada saya... Cuma Abah tak mengenakan bunga je... (^_____^)V

Lagi satu perkara yang membuatkan saya kagum dengan Abah, Abah sangat menitikberatkan pelajaran agama terhadap anak2nya yang seramai 7 orang ini... Sangat2, ok!~ Kalau dahulu semasa saya muda remaja, Abah akan bertanyakan satu soalan panas sebanyak 5 kali setiap hari... "Dah solat ke belum?" dan soalan itu akan membuatkan saya kecut perut sebab kalau saya jawab "Belum..." maka saya telah menempah kubur saya sendiri (kena rotanlah tu)... Paling cikai pun Abah akan membebel sambil memberikan syarahan mengenai kepentingan solat di dalam kehidupan kita... Dan Alhamdulillah, berkat bebelan2 Abah itu, kami adik beradik sangat menjaga solat kami...

Di Kebun Bunga Diraja, Johor Bahru... Saya yang ambil gambar ini... Haha!~


Lagi satu, kalau ada ceramah2 agama di Surau, Abah akan mewajibkan kami adik-beradik untuk pergi mendengar ceramah atau syarahan yang diadakan... Kalau bulan Ramadhan pula, adalah wajib bagi kami adik-beradik untuk pergi menunaikan solat sunat Terawih di Surau... Tiada kompromi... Tetapi, saya ni degil sikit... Sikit je... Saya jarang nak dengar arahan dan suruhan Abah... Pernah saya menjawab balik arahan Abah tu tetapi kemudian saya menyesal sebab di situ saya telah menjadi anak derhaka... Nak taknak, pada Hari Raya pertama cepat2 saya minta maaf pada Abah... Perghhh!~ Bila Hari Raya baru nak minta maaf... Tak patut betul!~

30 Disember 2010...


Apa2pun, saya tetap sayang Abah... Terima kasih Abah sebab sanggup bersusah payah mencari nafkah untuk membesarkan kami adik-beradik... Terima kasih sebab menghantar kami untuk belajar di sekolah dan universiti agar kami mendapat didikan agama dan duniawi sebagai bekalan kami di akhirat dan masa depan kami kelak... Terima kasih kerana sanggup melayan kerenah kami adik-beradik yang pelbagai ragam, terutamanya saya yang merupakan anak paling degil... Terima kasih kerana memberikan kami kasih sayang yang tidak ternilai buat kami adik-beradik...

Dengan ini saya sebagai anak sulung ingin menyatakan bagi pihak adik2 yang KAMI SAYANG ABAH SELAMANYA!!!~


P/S : He's everything to me!!!~ (^_____^)V

Tuesday, June 14, 2011

Oh!!!~ Apabila pertemuan semula terjadi...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apabila pertemuan semula terjadi, maka terpautlah antara dua hati... Perghhh!~ Tak agak2 ayat permulaan saya... Hehe!~ Sebenarnya saya mahu ceritakan mengenai pertemuan semula a.k.a reunion di antara saya dengan budak2 kelas saya semasa saya di dalam darjah 6... Perghhh!~ Darjah 6 tu!~Sudah hampir 13 tahun tidak ketemu dan akhirnya kami diberi kesempatan untuk bertemu semula... Alhamdulillah... Perpisahan yang berlaku dulu kini bertaut kembali dengan pertemuan yang dirancang... Semoga jalinan ukhuwah yang bertaut kembali ini akan kekal sampai bila2...

Walaupun tidak semua menghadirkan diri (tidak sampai separuhpun sebenarnya), tetapi kami cuba memanfaatkan malam yang singkat itu dengan aktiviti2 yang menceriakan... Wah!~ Ayat macam tak boleh blah... Haha!~ Saya selaku mastermind telah merancang pertemuan semula ini setelah didesak oleh anak2 buah serta bekas ketua kelas saya yang tak berapa nak garang tu... Mula2 kami merancang untuk ke Port Dickson... Tapi itu rancangan tahun lepas... Tak jadi... Akhirnya saya buat keputusan untuk berjumpa restoran yang terletak di sebelah sekolah rendah kami iaitu di Restoran Sayam, Taman Melati, Johor Bahru (Betul2 di sebelah sekolah rendah kami... Serius!~).

Kemudian mereka mencadangkan untuk ber-jalan2 di Danga Bay kerana ada lebih kurang 2 jam lebih sebelum detik tengah malam... Disebabkan sudah lama tidak berjumpa maka saya setuju dengan cadangan tersebut walaupun pada keesokan harinya saya bekerja... Sedar tak sedar, jam menunjukkan detik 11:30 malam dan seorang rakan kami mencadangkan untuk layan karaoke di Alibaba, Giant Tampoi... Saya setuju lagi sebab kami dapat separuh harga... Hehe!~ Adik kepada si pencadang bekerja di situ, so half-price la yang kami dapat... Tepat jam 1 pagi, saya dan Ain mengundurkan diri kerana memikirkan yang kami perlu bekerja pada keesokannya... Jadi, pertemuan saya dan mereka berakhir setakat itu... Harap dapat berjumpa dengan mereka lagi pada masa akan datang... (^_____^)V

Kami di Danga Bay, Johor Bahru...

Kami berlapan + isteri dan anak Amzar...

Azmil, Yus, Amzar, isteri Amzar, Ain, saya, Nurlia, Azwan, Ayie dan anak Amzar...

Smile guys!~ (^_____^)V
Jalan2 di Danga Bay...



Di Restoran Sayam...

Di Alibaba, Giant Tampoi...

 Perbincangan serius!~


Jutaan terima kasih kepada Ayie, Amzar, Yusyaidy, Azmil, Azwan, Nurlia dan Ain di atas kesudian korang untuk berjumpa pada malam tu... Harap lepas ini perjumpaan semula kita akan disertai oleh kesemua budak2 kelas 6 Berlian tahun 1998... (^_____^)V


P/S : Rindu kenangan zaman sekolah rendah!~ (^_____^)V

Monday, June 13, 2011

Oh!!!~ Apabila mimpi saya menjadi kenyataan...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pernah tak korang bermimpi dan tak lama lepas itu mimpi korang menjadi kenyataan? Itulah yang berlaku pada saya semalam... Rasa macam pelik pun ada sebab sebelum tidur saya tak fikirkan pun tentang perkara yang saya mimpikan itu... Dan ianya merupakan sesuatu yang sudah jarang kita temui sekrang ini... Suspen tak? Suspen tak? Hehe!~

Macam ini ceritanya... Semalam, dalam jam 3 petang, saya melelapkan mata yang sangatlah mengantuknya... Biasalah kalau sudah tidur, sah2lah kita akan dibawa meneroka ke alam mimpi... Korang kenal tak dengan Mat Despatch dalam majalah Ujang yang selalu minta Bos dia 2 ringgit? Orang tua2 cakap, 'tak kenal maka tak cinta'... Orang tua2 cakap, ok!~ Dan apa yang saya mimpikan itu bukanlah mengenai Mat Despatch tetapi mengenai RM2 itu... Di dalam mimpi saya itu, saya telah menjumpai RM2 di dalam sebuah peti yang ala2 peti surat... Saya ternampak RM2 itupun secara tidak sengaja iaitu ketika sedang menunggu seorang rakan saya yang memang saya tak kenal langsung dalam mimpi tu (bahkan saya tidak berkawan dengan orang itu di alam realiti) menelefon orang yang juga tak saya kenali melalui telefon awam... Setelah ternampak RM2 itu, saya terus mengambilnya (bukan mencuri) dan terus menggenggam erat di dalam tangan saya... Ke manapun saya pergi, RM2 itu tetap di dalam genggaman saya...

 Disitulah saya menemukannya di dalam mimpi... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Dan di alam realiti, pada malamnya, saya menghadiri satu pertemuan semula (reunion) dengan rakan2 sekolah rendah di sebuah restoran berhampiran dengan rumah saya... Semasa membayar harga makanan, saya memberikan duit yang lebih dan tuan punya restoran memulangkan bakinya kepada saya... Dan di dalam baki yang dipulangkan itu terdapat RM2... Wang kertas yang sudah jarang2 kita temui sekrang ini... Saya amat teruja kerana sebelum2 ini saya memang mencari wang kertas RM2 untuk dijadikan koleksi peribadi saya dan akhirnya saya mendapatkannya... Semasa melayan keterujaan saya, baru saya teringat akan mimpi yang saya alami semasa tidur pada petangnya... Dan mungkin ini yang dinamakan MIMPI MENJADI REALITI (walaupun jalan ceritanya tidak sama)...

Inilah RM2 yang saya dapat malam tadi... (^_____^)V


P/S : Bila entah mimpi saya kahwin dengan Asyraf Muslim nak menjadi kenyataan... Opsss!~ Saya bukan perampas!~ (^_____^)V

Saturday, June 11, 2011

Oh!!!~ Maybank2U dan PTPTN...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Yeay!~ \0/ Akhirnya saya berjaya membayar PTPTN melalui www.maybank2u.com setelah melalui ber-macam2 masalah dan cabaran... Hampir setahun lebih juga saya tak berpeluang menggunakan khidmat Maybank secara online kerana masalah login... Dua kali pergi ke Maybank center untuk selesaikan masalah tersebut, tapi hampa... Dan akhirnya semalam, untuk kali yang ketiga saya telah menebalkan muka saya yang tidak bersolek tebal untuk ke pusatnya yang terletak di City Square, Johor Bahru untuk selesaikan masalah yang tidak selesai2... By hook or by crook, masalah ini harus diselesaikan... Dan Alhamdulillah, semalam selesai juga...

Dan hari ini saya telah meyelesaikan pula hutang PTPTN saya yang tidak pernah saya bayar satu sen pun sejak habis belajar pada 2008... (-_____-") Semuanya akibat bertangguh dan kerana membuat saving yang me-lampau2 banyaknya ke dalam ASB saya... Dan setelah dinasihatkan oleh Cik Sima dan Cik Nurul yang baik hati, saya mengikut nasihat mereka untuk menggunakan sedikit saving yang akan saya simpan pada tiap2 bulan untuk membayar hutang PTPTN, bermula dengan gaji bulan lepas... Sekarang saya berasa lega sangat2 setelah membayar sedikit pinjaman tersebut walaupun amaun yang dibayar adalah sedikit...

Akhirnya... 'Successful'... (^_____^)V


P/S : Harap pembayaran balik PTPTN akan berterusan... (^_____^)V

Thursday, June 9, 2011

Oh!!!~ Entry berlagak khas untuk Cik Nurul...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Perghhh!~ Pulun buat entry baru walaupun entry yang sebelum ni baru di-publish tak sampai setengah jam... Semuanya kerana berlagak punya pasal... Kali ni saya nak ceritakan mengenai kawan saya yang paling berlagak... Berlagak yang amat!~ Huh!~ Saya pun tak mampu nak berlagak macam dia... Orang yang dimaksudkan adalah Cik Nurul Fazdasima iaitu seorang rakan pejabat office saya a.k.a rakan seuniversiti saya...

Dia punya tahap berlagak tu dah setanding dengan Ustaz Dahlan Steady dah!~ Kalau diletakkan ke-dua2nya di dalam satu tempat, mahu masing2 taknak kalah dalam memberlagakkan diri... Hebat tak hebat!~ Eh, kalau dah berlagak tu mestilah hebat... Hehe!~

Nak tahu tahap berlagak Cik Nurul, silalah lihat gambar dibawah... Dan kalau korang tak ada kerja, cuba korang kira ada berapa gelas kelabu, gelas merah jambu, gelas biru, gelas ungu, gelas hijau limau purut dan gelas hijau yang dia miliki... Uhhh!~ Tak terkira oleh jari2 tangan dan kaki saya... Cayalah Cik Nurul!~ Anda memang setanding Ustaz Dahlan Steady... (^_____^)V

Gila banyak gelas2 yang Cik Nurul kumpul...


Untuk mengetahui kisah sebenar, sila klik DI SINI...


P/S : Kami suka berlagak di dalam mengumpul sesuatu barang!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Sesi memberlagakkan diri FINAL...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V


Hehe!~ Mesti korang legakan sebab akhirnya sequel berlagak ni tamat juga... Dah puas baca sequel pertama, sequel kedua dan sequel ketiga sampai muntah, kali ini korang kena hadap pulak sequel terakhir... Lepas ni korang tak perlu lagi risau yang korang akan muntah hijau sebab sequel2 ni... Ni yang terakhir... Janji!~ Hehe!~ Bagi yang terlepas sequel2 sebelum ni, bolehlah pergi ke link di bawah...

PART1
PART 2
PART 3
FINAL

Seebenarnya ada dua sequel yang tak sempat dihasilkan kerana kekangan masa dan kesibukan dengan kerja2 hakiki yang melampau... Mesti korang rasa legakan? Haha!~ Sequel terakhir ni pun saya cuba gagahkan diri untuk hasilkannya... Bagi yang nak tahu kenapa saya berlagak sangat2 dengan apa yang saya dapat ni, sila baca DI SINI... Kalau malas, di bawah ni saya ada copy and paste dari situ...

"Korang kenal tak dengan Ustaz Dahlan? Tak kenal? Kalau tak kenal maka tak cinta, orang kata... Orang kata, ok!~ Beliau merupakan penceramah paling hebat di alam semesta... Penceramah paling berlagak di alam semesta... Dan kerana kata2 beliau la maka saya manyiapkan entry yang penuh dengan sifat berlagak di dada saya...

Menurut ngomelan Ustaz Dahlan di dalam satu sesi ceramah beliau, "Orang nak berceramah, dia nak bercakap... Orang bercakap, dia berceramah... Hah, aku suruh dia berceramahlah, aku dengar pulak dia bercakap... Penat aku cakap daripada pagi, tengahari sampai malam... Inilah sifatnya orang yang ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK dan BERLAGAK... Steady aku!~". Menurut beliau lagi, "Kita kena berlagak... Barulah menunjukkan kita ni hebat... Kalau kita tak berlagak, siapa nak tahu kita ni hebat!~ Jadi kita kena berlagak, barulah kita hebat!!!~"."

Oklah, sekian sahaja sesi memberlagakkan diri tak hengat dunia dari saya... Silalah tatap gambar di bawah ini untuk kali yang terakhir... Moga korang muntah hijau lepas ni... (^_____^)V

Kelabu = 11 Mei 2011 = McD Kulai
Ungu = 12 Mei 2011 = McD Lapangan Terbang Senai dan Ulu Tiram
Biru = 13 Mei 2011 = McD Plaza Angsana
 Merah Jambu = 19 Mei 2011 = McD Bukit Indah
Hijau Limau Purut = 1 Jun 2011 = McD Summit Batu Pahat
Hijau = 8 Jun 2011 = McD Menara Pelangi, Johor Bahru


P/S : Akhirnya blog saya menghasilkan entry ber-sequel yang pertama... (^_____^)V

Monday, June 6, 2011

Oh!!!~ Kenapa perlu bertangguh?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Saya baru je siapkan claim bulan Mei... Jumlahnya, rahsia... Tapi bolehlah buat beli sebuah rumah banglo dua tingkat... Phewww!~ "Nampok beno kome ni nipu...". Ok, memang saya tipu... Bukan macam 'Tipah Tertipu'... Opsss!~ Ok2... Taknak cerita pasal PTPTN yang kononnya dok menipu students (tadi kat pejabat office sibuk bercerita mengenai PTPTN dengan rakan2 pejabat office yang seuniversiti dengan saya) dan taknak cerita pasal SL1M (pun jadi topik perbualan dengan rakan2 pejabat office yang seuniversiti dengan saya).

Tapi apa yang saya nak ceritakan ini ada kena mengena dengan claim... Ya, saya telah bertangguh buat claim dan akibatnya migrain saya datang... Walaupun saya dah siapkan hampir 90% claim saya pada minggu lepas, tetapi disebabkan bertangguh untuk 10% lagi yang hanya saya dapat selesaikan tadi, agak kelam kabut juga saya dibuatnya... Esok nak hantar, baru hari ini nak siapkan... Kenapa perlu bertangguh padahal ianya boleh dibuat 10 ratus tahun dahulu? <--- Ini adalah perumpamaan saya, so memang ianya tak logik...

Apa yang saya dapat lihat, kebanyakan orang suka bertangguh di dalam membuat sesuatu perkara... Tak kiralah perkara yang ingin dilakukan itu penting atau tidak, sikap bertangguh itu mesti ada di dalam diri masing2... Kenapa kita tak digalakkan bertangguh? Bak kata Tun Dr. Mahathir, 'Melayu mudah lupa...'. Di sini saya tak sepsifikkan kepada kaum Melayu sahaja seperti pepatah Tun Dr. Mahathir, tetapi untuk kaum2 lain juga... Bila dah bertangguh, perkara2 yang kita tangguhkan itu akan tergendala... Dan bila sudah bertangguh, kita akan lupa akan perkara tersebut... Bila dah lupa, memang tak akan teringat terus akan kerja itu, kecualilah tiba2 kita diberikan 'kesedaran' oleh seseorang atau kotak ingatan kita...

Itu dalam bab pekerjaan... Cuba bayangkan kalau kita bertangguh di dalam melakukan solat... Bila dah bertangguh tu, confirm2 kita akan lupa tentang perkara wajib itu... Bila tersedar, baru teringat yang kita belum melakukan solat... Tapi macam mana kalau waktu kita tersedar tu, waktu solat tersebut telah tamat? Qada'??? Tak patut... Untuk menqada'kan solat, ada syarat2nya dan bukan kerana sifat bertangguh yang kita sengajakan itu... Cuba bayangkan kalau kita bertangguh, dan perkara seumpama itu berlaku... Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan?

So, cuba elakkan daripada menangguhkan sesuatu pekerjaan seperti dialog di bawah : 

"Ah.... Nanti2lah aku buat... Masa panjang lagi..."

"Nak buat ke taknak? Kalau aku buat sekarangpun bukannya dapat hasilnya hari ini... Esok2 la aku buat..."

Perkara ini saya tujukan buat umum dan khusus untuk diri saya sendiri... Entah bila diri ini akan berhenti untuk ber-tangguh2... Saya selalu ingatkan diri untuk tidak bertangguh membuat claim, tapi nampaknya saya tetap bertangguh... Huh!~


P/S : Saya harap saya tak akan bertangguh lagi untuk membuat sesuatu perkara.... (^_____^)V

Sunday, June 5, 2011

Oh!!!~ Jom kita SL1M kan diri... (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Taknak bicara tentang pageviews saya yang memang bisa membuatkan hati ini menangis, dan taknak cerita pasal kehilangan saya selama 4 hari... Sekarang ni, saya nak kongsi maklumat dengan korang semua... Bukan maklumat macam mana nak slimkan badan tapi maklumat penting untuk graduan2 ijazah yang masih menganggur dan yang bekerja yang tidak setaraf dengan kelulusan...

Ok2... Unit Perancang Ekonomi Negara (UPEN) telah mewujudkan satu program untuk graduan2 yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan di atas... Program yang diberi nama Skim Latihan 1 Malaysia itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan...

Kumpulan sasaran adalah mereka yang mempunyai CGPA se-kurang2nya 2.5 ke atas, tak kiralah sama ada korang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari dalam atau luar negara... Tiba2 rasa nak bergosip pulak... Ada seorang officemate saya lulusan dari 'Oxford' tapi bekerja macam saya... Sambilan... So, saya rasa dia patut join program ni... Tamat gosip... Pengambilan akan bermula pada bulan Julai 2011...

Sesiapa yang memohon akan menjalani latihan selama 6 bulan secara soft-skills dan on-the-job training... Maksudnya sesiapa yang memohon akan menjalani latihan di GLC yang mengambil bahagian... Di samping itu, peserta juga akan diberi elaun berdasarkan jumlah yang ditentukan GLC terlibat...

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.epu.gov.my/sl1m ...

Logo SL1M... (^_____^)V


P/S : Jom pakat ramai2 isi borang permohonan... (^_____^)V