Sunday, June 19, 2011

Oh!!!~ Semuanya tentang Abah...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Happy father's day to all dad in the world, especially in Malaysia... Pagi2 lagi saya sudah tercongok di depan laptop Wani sebab nak buat entry khas untuk Abah saya... Hehe!~ Oh, perkara ini sangat cliche bagi saya kerana bila tiba Hari Bapa baru nak buat entry yang memberikan pujian me-lambung2 terhadap Abah... (-_____-) Saya pasti dan yakin bahawa ramai bloggers di luar sana turut membuat entry khas untuk Abah, Ayah, Bapa, Walid, Daddy, Papa, Ayahanda, Abi masing2...

Saya sayang Abah saya... Siapa yang tak sayang ayah sendiri sila angkat pistol dan tembak kepala sendiri... Moga korang mati dengan aman... Haha!~ Haish!~ Siapa yang tak sayang ayah sendiri tu bolehlah hantar diri anda sendiri ke rumah anak2 yatim ye... Ok, memang tak ada kena mengena... Sepanjang saya hidup di muka Bumi ini, dari saat saya dilahirkan sehinggalah saat2 saya menaip entry ini, banyak yang Abah telah korbankan untuk saya dan adik-beradik terutamanya dari segi kewangan... Yelah, sebagai ketua keluarga, memang tugas dan tanggungjawab Abah untuk mencari dan memberi nafkah untuk kami semua...

Semasa di Kelantan... Abah dokong saya... (^_____^)V


Abah tak pernah berkira dengan anak2nya... Pernah saya minta Abah RM50 baru2 ini sebab nak keluar dengan kawan dan Abah tak pernah minta saya untuk membayar kembali wang itu... Ini kerana masa tu saya baru bekerja... Tapi selepas2 tu, jangan haraplah Abah nak bagi free... Huhu!~ Tapi, seperti yang saya  nyatakan tadi, Abah tak pernah berkira untuk meminjamkan wang kepada saya... Asalkan saya bayar balik... Huhu!~ Tapi kadang2 Abah tak mintapun tapi sebagai anak sulung yang lebih memahami tanggungan Abah, saya akan membayar kembali sejurus mendapat gaji walaupun tidak diminta... Abah ni dah macam ALONG kepada saya... Cuma Abah tak mengenakan bunga je... (^_____^)V

Lagi satu perkara yang membuatkan saya kagum dengan Abah, Abah sangat menitikberatkan pelajaran agama terhadap anak2nya yang seramai 7 orang ini... Sangat2, ok!~ Kalau dahulu semasa saya muda remaja, Abah akan bertanyakan satu soalan panas sebanyak 5 kali setiap hari... "Dah solat ke belum?" dan soalan itu akan membuatkan saya kecut perut sebab kalau saya jawab "Belum..." maka saya telah menempah kubur saya sendiri (kena rotanlah tu)... Paling cikai pun Abah akan membebel sambil memberikan syarahan mengenai kepentingan solat di dalam kehidupan kita... Dan Alhamdulillah, berkat bebelan2 Abah itu, kami adik beradik sangat menjaga solat kami...

Di Kebun Bunga Diraja, Johor Bahru... Saya yang ambil gambar ini... Haha!~


Lagi satu, kalau ada ceramah2 agama di Surau, Abah akan mewajibkan kami adik-beradik untuk pergi mendengar ceramah atau syarahan yang diadakan... Kalau bulan Ramadhan pula, adalah wajib bagi kami adik-beradik untuk pergi menunaikan solat sunat Terawih di Surau... Tiada kompromi... Tetapi, saya ni degil sikit... Sikit je... Saya jarang nak dengar arahan dan suruhan Abah... Pernah saya menjawab balik arahan Abah tu tetapi kemudian saya menyesal sebab di situ saya telah menjadi anak derhaka... Nak taknak, pada Hari Raya pertama cepat2 saya minta maaf pada Abah... Perghhh!~ Bila Hari Raya baru nak minta maaf... Tak patut betul!~

30 Disember 2010...


Apa2pun, saya tetap sayang Abah... Terima kasih Abah sebab sanggup bersusah payah mencari nafkah untuk membesarkan kami adik-beradik... Terima kasih sebab menghantar kami untuk belajar di sekolah dan universiti agar kami mendapat didikan agama dan duniawi sebagai bekalan kami di akhirat dan masa depan kami kelak... Terima kasih kerana sanggup melayan kerenah kami adik-beradik yang pelbagai ragam, terutamanya saya yang merupakan anak paling degil... Terima kasih kerana memberikan kami kasih sayang yang tidak ternilai buat kami adik-beradik...

Dengan ini saya sebagai anak sulung ingin menyatakan bagi pihak adik2 yang KAMI SAYANG ABAH SELAMANYA!!!~


P/S : He's everything to me!!!~ (^_____^)V

12 comments:

  1. berbanding dgn mak..mesti rs lg sedih bila ckp pasal ayah..tak tau kenapa huhu..

    ReplyDelete
  2. tak pernah wish kt abah.tpi saya syg abah.....

    ReplyDelete
  3. saya naku nak wishh..tapi saya sayang diaa..=)

    ReplyDelete
  4. happy father's day. sapa sapa pon mesti sayang ayah dia :)

    http://oasisofheart.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Inchik Adwa : Love2 for Abah!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  6. Inchik Lutfi : Samalah dengan Sis... Huhu!~

    ReplyDelete
  7. Cik Faizah : Mesti Faizah rapat dengan ayah...

    ReplyDelete
  8. Cik Nurisme : Samalah dengan Sis... (^_____^)V

    ReplyDelete
  9. Inchik Safwan : Sis pun 'naku'.... Huhu!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  10. Cik Farysa : You r Right dear.... (^_____^)V

    ReplyDelete