Thursday, June 30, 2011

Oh!!!~ Satu cubaan yang berani!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Tangan menggigil tatkala saya menaip entry ini... Badan rasa panas semacam!~ Oh, ada benda yang telah merasuk diri ini ke? Oh, tidak!~ Ini kerana sejarah yang telah saya lakarkan tak sampai pun dua jam tadi... Hari ini, dengan jaya dan gigilnya saya menguatkan semangat untuk membawa kereta baru Abah saya untuk mengambil Farah pulang dari tempat praktikalnya yang terletak di bandar Johor Bahru... Abah kerja, so ada peluanglah... Manual, ok!~

Seawal jam 4:40 petang saya telah keluar dari rumah padahal Farah dah telefon suruh ambil jam 4:00 petang... Sebenarnya, tugas tersebut digalas oleh Emak, tetapi disebabkan perasaan mem-buak2 untuk membawa kereta menguasai diri saya + kasihan pada Emak sebab penat menjaga anak orang, saya menawarkan diri pada Emak untuk mengambil alih tugas dia... Emak dengan muka relax lagi tenang bak air di kali memberikan keizinan dan restu pada saya... Restu Emak sangat penting, ok!~

Semasa menuju ke arah kereta, kaki sudah mula menggigil... Masa hidupkan enjin, dada pula menambahkan debaran... Wani duduk di sebelah manakala Amir duduk di belakang... Nasib baik Wani sudi menemani saya sebab saya agak cuak kalau tiada orang yang duduk disebelah saya... Dan ini adalah sejarah (!!!) kerana sebelum ini yang menjadi peneman setia saya adalah Abah!~ Dan untuk pengetahuan, Abah tak tahu pun saya yang pergi mengambil Farah, dengan menggunakan kereta dia... Kalau dia tahu, saya rasa saya 'mati'!~ Sebab apa? Sebab tak ada orang yang berpengalaman untuk guide di sebelah saya (Emak la tu)... Satu cubaan yang berani!~ Tanpa pengawasan dari Emak dan Abah...

Semasa memandu ke arah bandar, dalam hati berdoa agar kereta tidak banyak di jalanraya... Semasa tiba di lencongan untuk ke Danga Bay, saya tak membelok kearah Danga Bay pun sebab tidak berani... Darilaluan  paling kiri untuk ke laluan paling kanan... Tak beranilah!~ Lagipun kereta tengah banyak... Nak taknak, saya terpaksa lalu Jalan Tasek... Sepanjang memandu, saya redha je dengan kemungkinan yang akan berlaku...

Sesampai di depan Mahkamah Majistret, tak nampak langsung batang hidung Farah, lalu saya arahkan Wani untuk menelefon Farah... Rupa2nya Farah tunggu di pintu tepi Mahkamah... Nak taknak saya terpaksa pusing ikut Zoo Johor Bahru untuk ke tempat Farah sebab dia tak nak berjalan ke arah kereta... Padahal jarak dia dengan tempat saya tunggu dia hanya kira2 100 meter!~ Gedik betullah minah seorang ni... Huh!~ Masa tu saya dah angin, tapi tak boleh nak marah juga sebab salah saya kerana tak bertanya betul2 lokasi dia...

Untuk pulang ke rumah, saya membuat keputusan untuk lalu Bandar Baru UDA... Dua kali enjin kereta mati... Nasib baik enjin mati semasa menghadapi jam... Bila tiba di Bandar Baru UDA, boleh pula ada kereta polis siap pasang siren nak lalu... Saya dah gelabah, tapi buat2 tenang... Saya ketepikan kereta ke kanan sampai tayar depan di bahagian pemandu naik sedikit di atas divider... Huh!~ Mencuakkan la kereta polis tu... Bukan cuak sebab risau saya kena tangkap, tapi cuak sebab nak kena ke tepi... Saya risau ruang yang saya beri untuk kereta polis lalu tidak cukup besar...

Hampir sampai di rumah, Emak telefon... Padahal sepanjang perjalanan saya tanya pada Wani sama ada Emak ada telefon atau tidak... Untuk masuk ke kawasan perumahan saya, saya sangat ber-hati2 kerana di situlah saya kemalangan... Kemalangan yang menyebabkan saya tidak berani lagi untuk memandu kereta... Dalam kejadian tu, saya langgar pagar dan tembok besar kawasan perumahan saya serta naik atas divider... Kereta lama Abah (Proton Saga lama) hampir2 terbalik dan ketika itu yang ada di dalam kereta adalah Emak, Farah dan Wani... Dan sejak itu, Farah dan Wani 'palang saya'... 'Palang' untuk tidak menaiki kereta kalau saya yang bawa...

Sesampai di rumah, kaki, tangan dan satu badan saya mula menggigil dan panas... Farah dan Wani bising2 dekat Emak mengenai pemanduan saya yang tidak berapa hebat tu... Emak hanya ketawa sahaja... Huhu!~ Apa2pun, terima kasih Emak sebab mempercayai anakmu ini... (^_____^)V


P/S : Tadi cakap dengan Emak, taubat taknak bawa kereta lagi... Huhu!~

15 comments:

  1. ala...br nk suruh ambik ku bwk jalan2 :D

    ReplyDelete
  2. tq2 :D tp nk tnye leh..mmang xde shout ke? hehehe ske kacoo org pg2 so nk tinggal jejak pyh sikit :D

    ReplyDelete
  3. ooo..ic...xpe2 nnti ku tnggal comment je la ye kak :D

    ReplyDelete
  4. salam sis nad..hehe..hebat pemanduan sis yer..nasib baek polis x tahan!kalo tahan tambah gelabah kot.hahah...so..lain kali kalo nak driving jejauh begitu jgn lupa berdoa dulu ye.berdoa supaya x berdeba deba jiwa raga tu.. top-lagu-english-masa-kini-part-3

    ReplyDelete
  5. wa!! bestnya kak nad.. =D huhu..hehe

    ReplyDelete
  6. kereta ni..kena bawa selalu..barulah sebati dalam diri..haha..kalu boleh..gi rumah jiran sebelah pun naik kereta..haha..

    ReplyDelete
  7. Ku Azhar : Huhu!~ Jalan dekat2 pun tak pass, inikan nak bawak Ku jalan2...

    ReplyDelete
  8. Inchik Al-Hakim : Begitulah juga adanya... :(

    ReplyDelete
  9. Inchik Jo : Huhu!~ Thanks nasihatkan Sis.... Tula pasal, kena biasakn ni...

    ReplyDelete
  10. Inchik Jo : Huhu!~ Thanks nasihatkan Sis.... Tula pasal, kena biasakn ni...

    ReplyDelete
  11. Inchik Rizwan : Tak best langsung!~ Huhu!~

    ReplyDelete
  12. Inchik Titan : Bukan setakat rumah jiran sebelah, kalau boleh nak pergi ke ruang tamu pun nak bawak kereta.... (^_____^)V

    ReplyDelete