Tuesday, June 28, 2011

Oh!!!~ Jom hayati peristiwa Israk Mikraj...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Setelah 6 hari saya tidak update blog saya, akhirnya pada hari ini saya kembali menghasilkan entry terbaru... Entry kali ini berkisahkan keagamaan sedikit... Sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan disambut pada esok hari...

Seperti yang kita ketahui, Israk Mikraj akan dirai pada setiap 27 Rejab setiap tahun Hijrah... Peristiwa yang sangat bersejarah itu telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW ber-sama2 Malaikat Jibril... Israk bermaksud perjalanan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa... Sepanjang Israk, Rasulullah ditemani oleh Malaikat Jibril dan Israfil... Di dalam perjalanan tersebut juga, Rasulullah disaksikan dengan peristiwa2 ajaib... Antaranya adalah :
  • Satu kaum sedang bercucuk tanam terus menuai hasil tanaman mereka... Apbila dituai, hasil yang baru keluar semula se-olah2 belum dituai... Perkara ini berlaku ber-ulang2 tanpa henti... Kemudian berkata Jibril kepada Rasulullah, "Itulah kaum yang berjihad 'Fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan mereka sebanyak 700 kali ganda...".
  • Rasulullah dibawa melalui tempat yang harum lalu diberitahu oleh Jibril, "Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak2nya (termasuk bayinya yang boleh bercakap) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada ALLAH SWT...".
  • Telah diperlihatkan kepada Rasulullah sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka ber-kali kerana setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan sembuh kembali... Jibril memberitahu, "Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)...".
  • Terdapat sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain...Mereka dihalau seperti ternakan dan menjadikan bara api dan batu dari neraka Jahanam sebagai makanan... Berkata Jibril, "Itulah orang2yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka...".
  • Satu kaum di mana terdapat lelaki dan perempuan tellah memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging yang sudah dimasak ada di sisi mereka... Maka berkata Jibril, " Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing2 mempunyai suami atau isteri...".
  • Terdapat lelaki yang berengan di dalam sungai darah dan dilontarkan batu ke arahnya kerana menurut Jibril, itulah orang2 yang makan riba'...
  • Ada lelaki yang menghimpun  seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya tetapi ditambah lagi dengan kayu2 yang lain... Kata Jibril, "Itulah orang yang tidak dapat menunaikna amanah tetapi masih menerima amanah yang lain...".
  • Rasulullah turut berjumpa dengan satu kaum yang sedang menggunting lidah mereka dengan penggunting besi ber-kali2 kerana setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka akan tumbuh semula...Dan orang2 itu merupakan orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan...
  • Baginda juga diperlihatkan kepada satu kaum yang men-cakar2 muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka... Ini adalah kerana mereka itu suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang...
  • Terdapat juga seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan tetapi Rasulullah tidak mempedulikannya... Maka berkatalah Jibril, "Itulah dunia...". Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat...
  • Kemudian Rasulullah berjumpa dengan seorang perempuan tua yang duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti tetapi Baginda tidak menghiraukannya... Sesungguhnya itulah orang yang men-sia2kan umurnya sehingga ke hari tua...
  • Akhir sekali, Baginda didatangi oleh seorang perempuan yang bongkok tiga... Kata Jibril, "Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat...".
Setibanya di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq dan masuk ke dalam masjid untuk mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segalan anbia' dan mursalin menjadi makmum... Kemudian Rasulullah berasa dahaga lalu dihidangakn oleh Jibril dua cawan yang berisi arak dan susu lalu Baginda memilih susu... Berkata Jibril bahawa Baginda telah membuat pilihan yang betul... Jika arak yang menjadi pilihan, nescaya ramai umat Baginda yang akan sesat...

Mikraj merupakan tangga yang indah dari syurga yang didaki oleh Rasulullah sepanjang menuju ke Hadhratul Qudus untuk menemui ALLAH SWT... Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia (pintu Hafzhah)... Setiap kali Baginda bertemu dengan para Nabi, perkatan pertama yang diucapkan ialah Assalamualaikum... Antara peristiwa yang berlaku di setiap tangga yang dinaiki Rasulullah SAW ialah :
  • Langit pertama : Baginda berjumpa dengan Nabi Adam A.S... Kemudian baginda dapat melihat orang2 yang makan riba' dan harta anak2 yatim serta melihat orang yang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk... Penzina lelaki pula bergantung kepada susu penzina perempuan...
  • Langit kedua : Baginda bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi Yahya A.S... 
  • Langit ketiga : Baginda bertemu dengan Nabi Yusuf A.S... 
  • Langit keempat : Baginda bertemu dengan Nabi Idirsi A.S...
  • Langit kelima : Baginda bertemu dengan Nabi Harun A.S dimana Nabi Harun dikelilingi oleh Bani Israel...
  • Langit keenam : Baginda bertemu dengan para Nabi yang lain... Seterusnya apabila berjumpa dengan Nabi Musa A.S, Baginda disuruh oleh Jibril untuk mengangkat muka dan Baginda dapat melihat umatnya yang ramai, termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab...
  • Langit ketujuh : Baginda betemu dengan Nabi Ibrahim A.S yang sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihapai kaumnya... Lalu bersabda Nabi Ibrahim kepada Rasulullah, "Engkau akan berjumpa ALLAH pada malam ini... Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu daif, maka berdalah untuk umatmu... Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH WALLAHUAKBAR dan WALAHAULAWALAQUWATAILLABILLAHIL'ALIYUL'ADZIM... Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga... Kemudian, Baginda dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur untuk bersolat... Baitul Makmur terletak betul2 di atas Baitullah dan ia merupakan tempat malaikat bertawaf... 
  • Langit kelapan : Disinilah disebut 'Al-Kursi' yang berbetulah dengan dahan pokok Sidratul Muntaha... Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu dan antaranya adalah sungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah... baginda jug dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga... Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka bersama penunggunya, Malik...
  • Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha... Baginda masuk ke dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam... Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah dengan zikir, hatinya tertumpu penuh dengan masjid dan tidak memki ibu bapanya...
  • Tangga kesepuluh : Baginda samapai ke Hadraul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbaba lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala Baginda sendiri, lantas terus sujud... Di sinilah ALLAH memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda... Selesai munajat, Baginda dibawa menemui Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Musa... Nabi Musa bertanya, "Apakah yang difardukan oleh ALLAH kepada kamu untuk umatmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Solat 50 kali sehari...". Nabi Musa kemudian berkata, "Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah pengurangan... Sesungguhnya umatmu tidak mampu melakukannya...". Lalu Baginda pun berulang alik sebanyak 9 kali sehingga ALLAH berkenan mengurangkan waktu solat menjadi 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersamaam solat 50 kali...".
Selepas Mikraj, Baginda turun ke langit dunia semula seterusnya menuju ke Baitulmaqdis... Kemudian dengan menaiki Buraq, Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama... Baginda menceritakan perjalanan yang dilalu kepada kaumnya, tetapi mereka mengatakan Rasulullah berdusta kerana masakan Baginda dapat menempuh perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat... Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata2 Baginda lalu beliau digelar As-Siddiq (yang membenarkan)...

Perisitiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan keajaiban yang penuh dengan pengajaran... Ia juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat ALLAH SWT... Agar ia memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan ALLAH SWT...

2 comments:

  1. salam sis..tq atas komen2 yg sis lepas kan seblum nie..hehe..masa tu jo brada di luar kwasn.so.xdpt uat pape..owh..rupanya sis pun baru update blog yer..hehehe...

    ReplyDelete
  2. W'salam Jo... Tak kisahlah Jo... Kita kan sama2 berada di dunia blog... So, kena support blogger2 lain... (^_____^)V

    ReplyDelete