Monday, April 25, 2011

Oh!!!~ Pagi 'bertekak', petang pun 'bertekak'... (-_-")

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini penat bertekak je... Bukan bertekak apa pun... Just bertekak mulut sambil acu pisau pemotong daging ke arah muka masing2... Saya tak takut? Mestilah, saya kan kuasa!~ Mana boleh takut2... Perasaan takut tu bagi orang yang pengecut je... Hehe!~ Ayat tak macam membangga diri tahap langit ke-7 pulak kan... (^_____^)V

Ok2... Terus kepada kisah bertekak teki tekuk yang pertama iaitu yang berlaku pagi tadi sebelum saya meneruskan langkah yang sopan lagi ayu ke bus stop yang berdekatan dengan rumah... Saya telah 'bertekak' dengan Emak... Bertekak pasal roti je... Boleh pulak Emak acu AK41 pada muka saya... Saya apalagi, teruslah acu senapang patah milik anak Si Mamat dalam cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' tu... Kisah bermula semasa saya sedang sarapan sandwich sardin yang dibuat oleh Emak saya... Jom ikuti perbualan kami...

Saya : Emak, roti ni berkulat... (Sambil melihat ke arah roti potong yang belum terusik yang terdapat di dalam plastik roti).

Emak : Berkulat? Tarikh luput 29 April ni...

Saya : Habis tu yang hitam2 ni apa? (Sambil menunjuk ke arah roti potong di dalam plastik yang ada tompok2 hitam).

Krrr... Krrr... (Bunyi cengerik menguasai kerana Emak tidak memberikan respon). Walaupun begitu, 2 sandwich sardin telah lumat di dalam perut saya... Semasa saya hendak bersalam dengan Emak (Baiknya budak ni... Anak siapalah ye...) sebelum pergi ke pejabat office, Emak melihat dan mem-belek2 roti yang terdapat di dalam plastik roti...

Emak : Ni bukan kulat... Ni kotor je ni...

Saya : Yeke? Kalau tak kenapa ada tompok2 hitam?

Emak : Ni mungkin sebab masa dorang buat roti ada termasuk benda2 kotor...

Saya : Bukanlah, Mak... Tu kulat tu...

Krrr... Krrr... Bunyi cengkerik memecah suasana awal pagi sekali lagi sebab Emak tak menghiraukan saya lalu berlalu masuk ke dalam biliknya... Dalam 'pertengkaran' tersebut, nampaknya Emak telah menang tanpa membalas kata2 terakhir saya... Huh!~ Emak suka macam tu... Suka biarkan bunyi cengkerik menguasai perbualan kami... (-_-")

Agak2 boleh dapat pampasan tak kalau lapor kat Tribunal Tuntutan Hak Pengguna? (^_____^)V


Itu kisah pertama... Ini pula kisah kedua di mana saya telah 'bertekak' dengan salah seorang responden semasa menjalankan tanggungjawab kerja dan amanahraya yang terpikul di bahu saya di mana saya perlu menggalasnya walaupun 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'... (-_-") Tadi saya telah teman Kak Su pergi ke salah satu premis responden dia... Dan premis itu sedang di dalam proses pengubahsuaian... Disebabkan bunyi bising, saya dan responden tersebut telah berbual dengan erti kata lain, 'bertekak' dengan nada suara yang sangat tinggi... Kira key yang paling tinggi dalam nota muzik la... Gilalah!~ Naik perit tekak saya ni... Dah la dengan panas tahap Gurun Sahara + tak bawak air... Huh!~ Sebelum encik responden keluar, saya telah bertekak sedikit (kali ini bertekak betul2) dengan seorang pekerja renovation premis tu sebab dia macam taknak berikan laluan untuk saya dan Kak Su menjalankan tugas kami... Premis yang ingin kami pergi tu berada di tingkat 2 dan renovation tersebut sedang dilakukan di kawasan tangga... So nak taknak, saya dan Kak Su kena 'berborak mesra' dahulu dengan pekerja renovation tersebut... Dah la dengan dia taknak bukakan pintu untuk kami (sebab pintu dikunci dari dalam), boleh pulak dia kata bos (pemilik premis) tak ada... Padahal bos ada je... Huh!~ (-_-") Hangin!~ Hangin!~


P/S : Harap2 esok angin sepoi2 bahasa bertiup lembut...

10 comments:

Abu Zafran said... [Reply]

sabar akak....rilec2...angin2 oh angin yang menderu

anda diundang menyertai
Bicara Kata Cinta: Segmen "aku dan cinta"

emarieys said... [Reply]

pampasan pun tak adalah banyak kot kalau report kan....

lady-D said... [Reply]

ABIS RRR KULAT MASUK DLM PERUT NAD DAH..HEHE..

Wan Gerrard said... [Reply]

bahaya kulat tu, boleh tuntut ganti rugi :P

SiS NaD said... [Reply]

CHeGu ZuBiR : YuP, SiS NGaH BSaBaR TaHaP DeWa... HiKHiK!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

PuaN MaMaeMa : Tau TaKPe... NTaH2 DaPaT HaRGa RoTi Tu JuGaK... :s

SiS NaD said... [Reply]

CiK DiLa : Tu La PaSaL.. TaKuT NaNTi PeRuT Ni BKuLaT... HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK WaN : KaLau TuNTuT GaNti RuGi, BRaPe SaNGaT La DaPaT... :s

1 said... [Reply]

Isbir sabran jamila..la taghdab..hehe

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : THaNKS!~ SiS aKaN LeBiH BSaBaR DaN TaKKaN BTeKaK LaGi.... HeHe!~ (^_____^)V