Tuesday, April 26, 2011

Oh!!!~ Kisah di suatu petang... (-_-")

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ok, ini bukan entry untuk condemn orang Melayu tapi ini adalah entry suka suki dari Kerajaan Langit milik Ayah Pin... First sekali saya nak tanya, korang kenal tak dengan Ayah Pin? Kalau tak kenal, meh saya kenalkan... Ayah Pin ni nama gelaran popular bagi pemilik kilang membuat pin baju dan napkin... Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, boleh google sendiri...

Nak menyentuh tajuk di atas, ada kena mengena dengan tugas saya pada hari ini... Hari ini, sekali lagi saya, Kak Su dan rakan2 setugas diarahkan untuk membuat kerja luar pejabat office... Dan start semalam, kami akan bekerja di luar pejabat office sehingga tamat kontrak... Penat memang penat, tapi best sebab saya suka jalan2 + bertemu dengan public... Nampakkan yang saya selalu menaip entry dan akan menghasilkan entry baru setiap hari? Sebab apa? Sebab saya suka bercerita... Dan begitulah juga dengan sifat saya di dunia realiti, banyak cakap... Oh!~ (-_-")

Berbalik kepada tajuk di atas (berapa kali nak mention daa~), hari ini saya dan Kak Su telah pergi ke sebuah premis snuker di kawasan Taman Century... Keluar je dari kereta, saya dah nampak botol2 arak bergelimpangan... Ok, saya pedulikan semua tu sambil jalan ber-hati2di kawasan itu... Takut terpijak 'cebisan2' air arak yang mungkin tumpah di kawasan tersebut... Najis tu!~ Sesampai di premis berkenaan, kami ter-agak2 sama ada nak masuk atau tidak... Kawasan di luar premis tu sangat kotor dan bersepah dan kelihatan se-olah2 sedang di-renovation... Tapi setelah membuka pintu premis, pandang ke atas (premis terletak di tingkat 2), ok, premis tersebut masih beroperasi... Lalu kami naik ke atas... Kak Su dah takut2 dan memegang erat lengan saya... Setiba di atas, kami lihat ada 2 orang remaja di kaunter, seorang lelaki dewasa berkemeja kemas sedang landing di sofa sambil tengok televisyen dan lebih kurang 10 orang lelaki dewasa Melayu sedang bermain snuker...

Saya dan Kak Su terus menuju ke kaunter dan remaja yang duduk di bahagian dalam kaunter adalah remaja Melayu dan begitu juga yang duduk di luar kaunter... Yang di dalam kaunter tu siap bertampal koyok di dahinya, mungkin demam kot... Sebab apa dia demam? Sebab terkejut bangun2 pagi je tengok telinga dah bertindik!~ Ya, telinga dia bertindik... Dari situ dah timbul rasa meluat dalam hati saya... Remaja yang di luar kaunter pula nampak sopan dan baik (tanggapan pertama saya setelah melihat cara dia melayan kami serta penampilannya)... Dia yang banyak menjawab pertanyaan kami... Dan dia yang mengisi nama serta nombor telefon di dalam borang yang kami bawa... Tulisan dia sangat cantik, ok!~ Masa dia tulis nombor telefon, dia seperti ter-agak2 dan seperti berfikir... Saya terus dapat instinct yang may be dia tak tulis nombor telefon yang betul lalu saya berkata padanya, "Adik, tak baik menipu...". Ok, tipu!~ Saya tak cakap pun macam tu kat dia... Saya biarkan sahaja...

Kemudian datang pula seorang remaja yang ala2 rock nak mampus ke arah kami berempat... Remaja Melayu... Dengan rambut perang yang panjang macam Ella, pakai singlet macam Apek jual ikan, dan seluar jeans koyak2 macam orang miskin, dia mula 'mengganggu' tugas saya dan Kak Su dengan ayat2 yang saya rasa macam nak bagi tembakan peluru berpandu yang disasarkan ke arah hempedu dia... "Apek miskin berambut Ella, maaf, kami tak tanya awak pun... Tolong jangan menyibuk...". Huh!~ Dia pun sibuk nak memberikan maklumat dan tanya itu ini... Sambil menghamburkan ayat2 yang bagi saya mempunyai maksud tersirat yang pada fahaman saya ianya berunsurkan 18SX... Tapi saya buat tak tahu sementara Kak Su khusyuk bertanya itu ini mengenai premis tersebut kepada remaja tulisan cantik tersebut... Ada la dalam 15 minit kami 'berteduh' di premis tersebut dari panas terik matahari yang sangat menyengat di luar sana... Setelah mendapatkan maklumat yang diingini, saya dan Kak Su meminta diri lantas keluar dari premis tersebut...

Saya terus membuat kesimpulan bahawa premis tersebut akan lebih ramai umat manusianya pada waktu sembahyang Jumaat kerana rata2 orang Melayu akan 'sembahyang Jumaat' di situ... Yelah, pekerjanya semua Melayu (hasil maklumat dari remaja tulisan cantik), pelanggan pun Melayu (hasil pemerhatian saya pada kunjungan pertama)... Botol2 arak yang bergelimpangan di luar, siapa yang habiskan? Ok, cukuplah segala prasangka buruk saya...


P/S : Premis baru sedia menanti pada hari esok... (^_____^)V

10 comments:

Sukahati Photography said... [Reply]

seronok gak bace ni...

fadlisabri said... [Reply]

nice blog~
visit here frm Egypt

http://coretanfadlisabri.blogspot.com/

fazdasima said... [Reply]

cik nad n puan sue kene lebih berhati2 ye.. lg2 kalau masuk pusat snooker...

yangbaik said... [Reply]

ini kisah jalan2 hari jumaat ker?

MamaEma said... [Reply]

mencabar jugak kerja nad ni yer...

SiS NaD said... [Reply]

SuKaHaTi PHoToGRaPHy : Ce BaCa... Ce BaCa... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK FaDLi : THaNKS!~ WiLL ViSiT u LaTeR... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK NuRuL : Tu La PaSaL... aWaK PuN aDa KNe G PuSaT SNuKeR GaKS KaN? HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

PuaN YaNGBaiK : TaK La... KiSaH JaLaN2 HaRi2... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

PuaN MaMaeMa : Tau TaKPe... BaNYaK SaNGaT CaBaRaNNYa... CuMa MaMPu TeMPuH aTau TaK Je... (^_____^)V