Monday, April 18, 2011

Oh!!!~ Lawak misteri di pejabat office!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini seharian duduk di pejabat office kerana tiada BP yang ingin diberi oleh Cik Penyelia kami... So, macam biasa, kami (Cik Nurul, Cik Sima, Kak Su, Cik Liza dan Cik Mira) melakukan tugas penting kami iaitu bergosip, bergosip dan bergosip... Untuk pengetahuan semua, gosip kami tidak menjurus ke arah dosa, tetapi lebih kepada pembentukan akhlak murni seseorang... Ok, saya tahu korang semua tak faham, tapi tolong buat2 faham untuk mengelakkan diri korang disumpah oleh Sang Kelembai yang mempunyai pertalian darah dengan Sang Kambing... ("Nadiah!!!!!!!!~") Yelah2, saya tak merepek lagi!~ Huh!~ Benci2 dengan my twin... >_____<

Ada sesuatu yang saya tak faham dengan rakan pejabat office saya... Setiap kali saya bersuara, mereka mula melontarkan gelak tak hengat dunia mereka setelah saya berhenti bercakap... Musykil betullah... Saya ada buat lawak ke? Atau saya ni sebenarnya seorang pelawak tetapi saya tak pernah menyedarinya??? Mereka siap suruh saya join Raja Lawak tahun depan!~ Uhhh!~ Apakah malangnya nasib saya disuruh untuk menyertai program itu? Mungkin kerana sifat saya yang suka menyampuk cakap orang2 muda, tanpa mengetahui akan asal usul periksa mengenai topik yang dibicarakan, maka saya di cop mohor sebagai seorang normal yang sangat kelakar? Penat sebenarnya bila banyak ketawa (sebenarnya saya pun join dorang gelak macam tak hengat dunia!~), dan ada fakta yang mengatakan ketawa berlebihan boleh mengurangkan pahala puasa... Err... Sebenarnya, bukan fakta itu yang ingin saya nyatakan di sini tetapi fakta ini ; ketawa berlebihan juga boleh membawa maut!~ Uish!~ Seram tu... Oklah, cukuplah mengenai watak badut sarkas yang saya bawa ke pejabat office...

Sekarang ini saya nak ceritakan kejadian misteri yang berlaku di pejabat office saya petang tadi... Kejadian berlaku kira2 jam 4 petang selepas kami solat Zohor di tingkat 7U, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor... Alamat lengkap saya bagi!!!~ Manalah tahu kot2 ada di antara anda2 di luar sana nak cuba sembahyang di surau yang menjadi kunjungan harian kami... (^_____^)V Berbalik kepada kejadian misteri yang tak semisteri 'Misteri Nusantara', setelah kami sembahyang, maka menujulah kami ke pejabat office untuk menantikan detik2 yang paling kami nanti2kan iaitu waktu pulang... Sementara menunggu jam 5 petang, kami telah mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera handphone tak berapa canggih saya... Macam2 pose yang kami gayakan, dan ada yang ala2 'America Next Top Model' gitu!~ Dah puas posing, tibalah saat kami melihat hasilnya... Dan ada satu gambar tu, dari terang benderang tiba2 bertukar menjadi gelap secara automatik, se-olah2 kami berada di hutan yang sangat tebal dan gelap... Tak pun se-olah2 kami berada di dalam bangunan yang gelap tanpa cahaya lampu lilin mahupun lampu kalimantang... Pelik bin ajaib, ok!~ Puas saya bluetooth gambar tersebut ke handphone2 canggih milik Cik Sima Norani dan Cik Nurul Fazdasima, tetapi hasilnya tetap sama!~ Padahal gambar2 lain semua terang benderang menampakkan wajah kami yang cun meletup kedebabom!~ Apabila gambarnya di dalam mood small (tak di-view-kan), warnanya terang benderang... Tapi apabila view (gambar menjadi besar sebesar skrin handphone), gambar menjadi gelap... Pelik, pelik dan pelik!~

Inilah gambar tersebut!~ Sangat misteri, ok!~ (Ini merupakan gambar favourite saya sebelum ia bertukar menjadi gelap secara tiba2!~)

Gambar sebelum 'gambar misteri' diambil... Nampak tak perbezaan pencahayaan? (Sila abaikan tudung saya yang ala2 makcik itu!~)


Bak kata rakan pejabat office saya, mungkin semasa gambar itu diambil, ada something yang sedang lalu di belakang kami... Ishhh!~ Rasa seram pulak tiba2!~


P/S : Ada tak ahli paranormal yang ingin jelaskan keadaan itu?

16 comments:

Anonymous said... [Reply]

: xkan kak limah naik ofis plak???

Unknown said... [Reply]

meghemang bulu ketiak aku..

SiS NaD said... [Reply]

CiK @ iNCHiK aNoN : eRR... TaTau La... KoT2 DiER TLePaS LaGI DaRi HoSPiTal MeNtaL... HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JiJi : TaK PeRLu Nak MReMaNG SaNGat KoT... GeLi2 Je SuDaa!~(^_____^)V

syameem said... [Reply]

ade bende selubung la tu tyme amek gmbar
doa je la elok2 haha

missina said... [Reply]

membalas kunjgn dan follow sini,,p/s,,misteri disiang hari ek,,hehe

cik RaRa said... [Reply]

ayoorkk tatao , zombi kmpong pisang dtg singgah :P

*seram seram :D

emarieys said... [Reply]

ada yang nak join sekali agaknya...

Henry Zackery said... [Reply]

misteri nie, kena panggil uncle seekers nie.hehe :)

[ VIDEO ] Mesti Tengok

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SYaMeeM : BNDe SeLuBuNG? aPaKaH??? HuHu~ SeRaM2!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK iNa : THaNKS LaWaT SiS... Ha'aH, MiSTeRi D SiaNG HaRi... HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK ieRa : HaHa!~ ZoMBi KaMPuNG PiSaNG taK SeRaM... BaGi YanG SeRaM SKiT!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

PuaN MaMaeMa : TuLaH PaSaL... TaPi MaNG PeLiK TaPi BeNaR La... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK HeNRY : TaNak La PaNGGiL BeLiau... NaNTi KNe GoSiP... ShhHhhH!~ HeHe!~ (^_____^)V

ashraf latif said... [Reply]

gambar kat blog saya tu saya buat/lukis sendiri.. why?

SiS NaD said... [Reply]

SiS SKaDaR BTaNYe... KReaTiF!~ (^_____^)V