Sunday, April 10, 2011

Oh!!!~ Kesan Facebook 'hilang' sebulan!~

Assalamualaikum guys!~ (^_____^)V

Semalam telahpun saya membuat walking ke profile kawan2 saya di Facebook setelah sebulan Facebook saya 'hilang' dari minda dan ingatan saya... Untuk makluman, saya hanya berjalan kaki tanpa memakai kasut atau selipar ke profiles kawan2... Setiap kali berkunjung ke profile mereka, saya hanya menjenguk di luar pintu kerana malas nak menegur mereka2 <--- perkataan Dato' S. Samyvellu yang amat salah!~ Hehe!~ Tapi ada jugalah yang saya tegur... Itupun tak sampai sebelah tangan (5 jari la tu)... Dan ada beberapa rakan2 yang 'mengetuk pintu hati wall' saya, di mana ada yang saya peduli dan ada yang saya tak pedulikan...

Maka berjalanlah saya ke profile2 yang terlintas di kepala dan yang appear di home akaun Facebook saya... Dan macam2 perkara yang saya temui... Banyak perubahan2 yang telah berlaku terhadap rakan2 Facebook saya... Ada yang dah dapat 'orang baru' setelah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, dan ada yang telah mendapat 'orang baru' di dalam kehidupan mereka!~ Statement kedua tu telah membuatkan saya terperanjat sangat2!~

Ya, dia telah mendapat 'orang baru' di dalam kehidupan dia... Siapa gerangan dia? Dia adalah orang yang memberikan patung beruang coklat yang besar kepada saya... Wuuu!~ T_____T Tak tahulah nak cakap macam mana perasaan ini... Perlukah saya bersedih? Perlukah saya jealous? Perlukah saya gembira? Perlukah saya melompat atas katil sampai katil saya roboh? Perlukah saya terjun dari tingkat 5 kuarters yang saya tinggal ini ala2 bungee jumping? Bercampur aduk perasaan ketika itu... Nak kata sayang lagi pada dia, sumpah (!) tak ada langsung perasaan itu... Mungkin saya jealous sebab dia dah menemui pengganti diri saya setelah hampir 3 tahun berpisah... Jealous sebab saya masih belum menemui pengganti dirinya... Huhu!~ Bila saya check balik post kat wall dia pasal status relationship dia, dia telah pun 'in a relationship with ....' on 7th March 2011... Hancur hatiku, mengenang dikau... Ahaks!~ Jiwa seh saya ni!~ Tapi dalam pada tu, kami still berhubung melalui e-mel sebab dia sedang melaksanakan tugas di atas kapal... Sekarang dia berada di China kalau tak salah... Apa2 pun saya doakan kebahagiaan dia... (^_____^)V

Lagi satu yang mengejutkan saya tatkala meng-on Facebook kembali adalah mengenai kawan baik saya semasa di Matrik... Awal tahun hari tu dia ada beritahu saya yang dia telahpun mengikat tali pertunangan pada bulan Disember pada tahun lepas... Dan itu telah membuatkan saya menjadi kecil hati kerana saya tak tahu menahu mengenai pertunangannya itu... Tapi saya cepat2 buang perasaan itu... Dan apabila ditanya mengenai tunangnya, sama ada saya mengenali tunangnya ataupun tidak, she said no... Ok, fine... Tapi baru2 ni bila saya on balik Facebook saya, saya amat terkejut kerana kawan baik saya tu telah 'engaged with ....' dengan orang yang sememangnya amat3 saya kenali!~ Sangat2 kenal!!!~ Dan itu telah membuatkan saya blur seketika dan keep asking myself, why him!~ Tapi saya cuba tenangkan dan redakan hati saya dan memujuk hati saya mungkin itu jodoh kawan baik saya itu... Memang selepas habis Matrik dan masing melanjutkan pelajaran di IPTA, kami kerap berhubung dan dia ada mengatakan yang tunangnya itu selalu melawatnya kerana adik tunangnya satu IPTA dengan kawan baik saya tu... Tak sangka pulak kawan baik saya memilih 'pelawat' itu sebagai jodohnya... Tapi tak mengapalah... Yang penting, saya nak tengok kawan baik saya bahagia disamping orang yang dia sayang... (^_____^)V

Lagi apa ya... Ok, 'si dia' yang hanya tinggal kenangan dah banyak berubah... Hope dia pun sentiasa bahagia disamping orang sekeliling yang menyayangi dia... (^_____^)V

"KADANG2 SAYA CUMA BERLAGAK KUAT, PADAHAL SAYA TAK KUAT!~" <--- Post pertama saya selepas mengaktifkan Facebook kembali... Mempunyai maksud yang sangat2 tersirat...


P/S : Sesungguhnya penangan Facebook sungguh kuat!~

10 comments:

Henry Zackery said... [Reply]

pengasas facebook memang terbaek :)

Alat Untuk Uji Pasangan Anda

SiS NaD said... [Reply]

YuP... MaRK 'SuSaH NaK eJa' MeManG TeRBaiK.. (-_-")

FaiZaH Fyn said... [Reply]

sometimes bila ade fb pun susah..kita tau ape jd dgn org lain then kita pulak yg rasa x selesa lepas tu...

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said... [Reply]

sabar yah..=)
sy paham perasaan kamu tu..

Rafi Nilhan said... [Reply]

F.B... Fajar Baru??
hahaah

Dda Ly said... [Reply]

:) mesti kuat ok? kumbang kan bukan seekor??

meh singgah rumah..
~a blast saturday~
keep in touch ye...♥♥♥

SiS NaD said... [Reply]

CiK FaiZaH : Tau TaKPe... TPi FB SaLu WaTKaN SiS aSe TaK SLeSe... HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK FaTiMaH : THanKS DeaR!~ SiS CuBeR TuK JaDi KeWL!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK RaFi : eH, BuKaNLaH... FoRuM BaRu... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK DDa LY : HaRuS!~ HeHe!~ MeMaNG KuMBaNG BuKaN SeeKoR TaPi NaK caRi YanG T'BaiK aMaTLaH SuSaH... (^_____^)V