Monday, April 11, 2011

Oh!!!~ Kebasahan melanda diri ini!~ :s

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Huarghhh!~ Mengeliat sikit!~ Sambil patah2kan jari2 tangan... Alamak, baru perasan kuku2 di jari tangan dan kaki belum di potong... Tiba2 terasa nak buat entry pasal cara2 memotong kuku... Takpe la... Postpone dulu... Malam sikit baru buat entry tu... Sekarang ini tengah bersemangat yang sangat ber-kobar2 untuk membuat entry pasal kerja baru saya... Wachaaa!~ Tiba2 nak buat taekwando terhadap adik2 saya... Haha!~

Oklah, stop merapu meraban meriban dan mereban... Seperti yang telah saya nyatakan tadi, hari ini saya telah melakukan tugas baru saya... Oh, sangat memenatkan, ok!~ Kena pergi ke kedai2 dan restoran2 (premis makanan) yang terdapat di dalam BP (blok perhitungan) yang diberi... Kalau tak tahu apa itu BP, jangan tanya... Saya dan rakan2 seperjuangan telah mendapat BP di area Skudai... So macam biasa, saya, Kak Su, Cik Nurul dan Cik Sima bergerak ber-sama2 ala2 konvoi motorsikal berkuasa besar gedabak dari pejabat office menuju ke Taman Sri Skudai, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor... Ada la dalam setengah jam perjalanan... Bertolak dari pejabat office dalam pukul 12 tengah hari selepas ketik kad (punch out)...


Sesampai di sana, apalagi, kami pun menyerbu ke setiap kedai2 makan dan restoran dan warung2 dan gerai2 dan yang sewaktu dengannya dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang terdapat di dalam borang yang dibawa... Yang saya tak boleh blah (!!!), di situ terdapat satu warung yang merupakan tempat dating terakhir saya dengan dia!!!~ Tempat dating terakhir dan merupakan pertemuan terakhir kami!!!~ Tiba2 terimbas segala memori dengan dia... Ni yang terasa macam nak feeling2 ni... Adoyai!~ Sedih ni... (Sambil tahan sebak!~) Ditambah pulak saya sedang mendengar lagu kenangan kami sekarang ini (lagu2 yang sering didengar di dalam kereta dia)... Oh, sangat tak boleh blah, ok!~ Jiwang jugak saya ni... Huhu!~ ("Nadiah, awak dah melencong!~") Arghhh!~ Ada je pengacau... Twin saya ni suka menyibuk... Mencik!~ Nak feeling2 pun tak boleh!~ Huh!~

 Inilah lokasi terakhir kami berjumpa... (-_-")


Oklah, back to the main point... Saya harus pergi ke 16premis makanan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan... (Tak boleh blah!!!~ Lagu2 yang saya sedang dengar sekarang ini sangat tak boleh blah!!!~ Feeling2...) Ok, abaikan tentang lagu2 dan feeling2 yang sangat tak boleh blah yang sedang saya rasakan sekarang... So, hari ini kami decide untuk men-settle-kan BP saya dahulu kerana saya mendapat jumlah premis makanan yang paling banyak... Setiap orang dapat 2 BP... Dan dalam setiap BP ada lebih kurang 1 hingga 5 premis makanan yang perlu diserbu... Saya boleh pulak dapat BP yang banyak premis... Kalau premis yang dikunjungi tak tersenarai dalam BP, kena pulak wujudkan premis tersebut di dalam peta... Kalau saya explain panjang lebar pun bukan korang faham... Kecualilah rakan2 yang sejawatan dengan saya... Huhu!~

Maka berjalanlah kami ke premis makanan yang tersenarai di dalam BP saya... Nasib baik hari ini cuaca mendung2 manja gitu... So tak berapa nak panas sangatlah... Kulit pun tak gelap... Lagipun saya tak pakai kasut baru saya... Nasib baik... Ada premis makanan milik orang Melayu dan ada yang milik orang Cina... Dan ALHAMDULILLAH, semua memberikan kerjasama yang baik... Tapi ada satu premis tu macam takut2 tatkala saya mintak dia tunjukkan lesen perniagaan sebab dia tak renew lagi lesen perniagaan miliknya yang telah tamat tempoh pada 31 Disember 2010... Macam2 alasan dia beri lantaran dari ketidak-renew-an lesen tu... Hehe!~ Tapi saya tak kisah pun sebab saya bukan pegawai dari Majlis Perbandaran... (^_____^)V Setiap kali masuk ke premis2 makanan mesti owner premis tu ingat saya dan rakan2 dari Majlis Perbandaran sebab kami minta tunjukkan lesen perniagaan... Kami minta lesen perniagaan bukan nak buat apa, cuma nak tengok nombor SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan nama owner kedai... Itu je... Jangan takut ye pakcik2 dan makcik2 sekalian... Hehe!~

 Kak Su, Cik Nurul dan Cik Sima sedang membaca peta BP...

Seawal jam 3 petang kami habis menyelesaikan BP saya... Dan kami telahpun menikmati makan tengah hari di salah satu premis yang kami pergi secara PERCUMA!!!~ Ok, saya bohong... Haruslah bayar... Dah settle, baru saya perasan yang saya kebasahan!~ Err... Biasalah kalau jalan2 guna kaki, mesti kebasahan punya... Basah sikit je... Dekat area2 yang sepatutnya... Hehe!~ Nasib baiklah kerja kali ini tak seteruk Banci Penduduk 2010 sebab masa tu saya bekerja di dalam keadaan panas terik... So, faham2lah...

Dalam jam 3:30 petang saya sampai di rumah... Lepas tu terus solat Zohor selepas bersihkan diri... Tapi masa solat Zohor tu boleh pulak perut saya ni main pancaragam berirama etnik kreatif... Gila la!~ Nasib baik dah hujung2 solat... Kalau tak, mahu saya berlari ke tandas dengan bertelekung!~ Haha!~ Lepas solat, terus tanggalkan telekung tanpa sempat berdoa dan terus berlari ke tandas... Huhu!~ Tak pasal2 jadi Watson Nyambek untuk kali ke 15 point sebelas peratus... (^_____^)V


P/S : Esok nak settle-kan BP Cik Nurul, Cik Sima dan Kak Su... Dan haruslah keluar after breakfast!~ (^_____^)V

13 comments:

fazdasima said... [Reply]

saya nmpak begitu comel dlm pic tu :)

SiS NaD said... [Reply]

HeHe!~ Ni Je PiC YaNG NaMPaK MuKeR... LaGi DueR PiC aMiK DaRi BLaKaNG... (^_____^)V

apisv2 said... [Reply]

;)

Henry Zackery said... [Reply]

nak join :)

Lelaki Oh Lelaki

MamaEma said... [Reply]

memang tak tahu apa itu BP...Badan pencegah kedai makanan erkh..huhuhu

d_LA said... [Reply]

ooo..BP tu banci penduduk rupanya...ingatkan batu pahat tp cam x kena dgn ayat pulak..hehe

Anonymous said... [Reply]

hEhE~~~

apisv2 said... [Reply]

kerja rajin2;p

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK HeNRy : SiLeRKaN JoiN... KaLau aNDa SuDi BaSaH BSaMeR KaMi.. (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

PuaN MaMaeMa : HaHa!~ BuKaN La KaK... BLoK PeNGHiTuNGaN.. (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK DiLa : BuKaN2... BuKan BaNCi PeNDuDuK... BLoK PeNGHiTuNGaN La... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK @ iNCHiK aNoN : HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK aPiS : i WiLL!~ (^_____^)V