Tuesday, February 19, 2013

Oh!!! Manisnya, manisnya senyumanku...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Alkisah tersebutlah sebuah kisah seorang gadis yang tinggal di padang pasir bersama unta2nya... Kemudian dibacanya satu mentera yang berbunyi 'marang krapu kepunden marang skeper'... Tidak lama kemudian......... Ok, kita tinggalkan sebentar cerita gadis padang pasir itu dan mari ikuti kisah saya... Haha!

Pada hari Jumaat yang penuh barakah yang lepas, saya telah merajinkan  diri untuk merayap ke bahagian kakak2 seksyen saya + seksyen hebat, yang tidak sampai 10 langkah dari meja saya... Perginya saya ke partition mereka adalah kerana urusan kerja jua dan tidak ada yang bohong melainkan yang benar2 belaka... Oh, dah macam narrator pula...

Sedang saya berurusan dengan salah seorang kakak seksyen saya, tiba2 kakak seksyen hebat masuk dari pintu masuk yang terletak bersebelahan dengan partition kakak2 itu... Saya senyum kepadanya dan tiba2 dia berkata, "Nad punya senyuman, manis... Rasa macam nak gigit2 je...".

Errr, apakah salah senyumanku sehingga membuatkan dia mahu meng-gigit2 senyuman saya? Terasa musykil sebentar di situ... Sepanjang saya hidup selama 20++ tahun di Bumi Allah ini, tidak pernah seorangpun manusia yang saya kenal melontarkan ayat2 sebegitu kepada saya... Selalunya orang2 yang saya kenal akan mengatakan wajah saya yang manis, bukannya senyuman... Oh...

Malu2 kucing saya dibuatnya sejurus mendengar kata2 kakak seksyen hebat itu... Maka ber-lari2 anaklah saya menuju ke meja saya... Sesampai di meja terus menekup muka ke meja kerana malu yang amat sangat... Akibat daripada lontaran kata2 yang keluar dari mulut kakak seksyen hebat itu, setiap kali selang dua minit, saya akan melihat senyuman saya di cermin bedak kompak saya...

Begitulah flashback saya...

My smile in Monalisa... Memang buruk! (^_____^)V


P/S : Senyum untuk stalker... (^_____^)V

5 comments:

stalker said... [Reply]

terima kasih sis atas senyuman yang diberi, ^_^

btw.. adakah kakak section tu digelar kakak hebat selepas dia memuji sis nad @ kakak section memang benar2 hebat? huhu

SiS NaD said... [Reply]

Hehe! No hal no prob... Bukan kerana dia memuji saya maka saya memanggil dia hebat, tetapi kerana tugas2 hakiki yang dipertanggungjawabkan kepada seksyen kakak itu memang hebat2...

Btw, who are you? *Curious*

stalker said... [Reply]

saya kawan farah..
tahu kewujudan blog ni, sebab terjumpa link kat fb kawan dia, ^_^

so terus follow, xpe kan!?

SiS NaD said... [Reply]

Oh... Tak apa... Tak apa... Thanks sebab sudi ziarah my blog... Ziarah2lah selalu ya... Peace! (^_____^)V

stalker said... [Reply]

:D