Tuesday, February 5, 2013

Oh!!! Petua orang2 lama...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari itu saya buat entri mengenai 'pantang larang' orang2 tua... Kali ini saya hendak ketengahkan petua2 orang2 lama a.k.a orang2 tua yang amat berguna pada kita orang2 muda... Petua orang2 lama sangat ringkas dan menggunakan apa yang yang ada di sekeliling kita...

Orang2 lama kata, kalau kita tercekik tulang ikan (bukan tulang ayam mahupun tulang kambing), kepalkan nasi (ikut saiz kebesaran mulut dan tekak masing2) kemudian telan nasi itu... Telan ok, bukan kunyah... Saya selalu mengamalkan petua ini dan Alhamdulillah, ianya sangat mujarab...

Orang2 lama kata, kalau baju terkena minyak, sapukan bedak tabur (bukannya bedak kompak atau bedak sejuk) di kawasan yang terkena minyak... Tunggu sehingga bedak tersebut menyerap minyak, kemudian baru cuci kawasan yang terkena minyak itu dengan air yang suci dan bukannya dengan air mata mahupun air liur...

Orang2 lama kata, kalau hendak wangikan peti ais (ada juga yang panggil peti sejuk mahupun fridge mahupun refrigerator), letakkan beberapa helai daun pandan di dalamnya... Biarkan selama seminggu, kemudian tukar yang baru... Kalau hendak biarkan selama setahun pun tidak mengapa... Lagi satu, boleh juga menggunakan limau nipis atau limau kasturi (dan bukannya limau sunkist mahupun limau bali)... Belah limau tersebut di tengah2, kemudian sapukan pada dinding peti ais...

Orang2 lama kata, kalau terkena beguk (bukannya beruk), letakkan nila di kawasan yang bengkak tersebut... Biarkan semalaman... Jangan biarkan sampai 24 jam atau lebih kerana nila tersebut akan meresap ke dalam kulit dan membuatkan warna kulit anda kekal biru untuk selama-lamanya... Ok, saya tipu! Haha! Kalau korang bekerja ataupun bersekolah, ambillah cuti... Kelakar kot pergi sekolah atau pejabat dengan muka berwarna biru...

Orang2 lama kata, kalau mata tembel (ada ketumbit dengan erti kata lain sakit mata), titikkan dalam 2 hingga 3 titik air susu badan ke dalam mata yang sakit... Jangan gunakan susu pekat manis ataupun susu lembu... Macam mana hendak cari air susu badan? Pandai2 koranglah... Tapi pastikan korang mendapatkannya tanpa melakukan paksaan... Petua ini sangat mujarab, ok...

Orang2 lama kata, kalau terkena sedu2 (bukan sedu sedan kerana menangis), tarik nafas dalam2 kemudian tahan nafas selama yang boleh... Kalau dapat tahan satu jam pun cara juga! Haha! Kemudian hembus nafas per-lahan2... Kalau sedu2 masih tidak hilang, pergilah minum air masak a.k.a air suam a.k.a air jarang a.k.a air mineral... InsyaAllah, sedu2 yang dialami akan hilang...

Orang2 lama kata, kalau hendak menghalau tikus, letakkan dahan pokok durian belanda di tempat yang tikus 'menetap' atau 'menginap'... Letakkan sebelum tikus tersebut check-in dan dijamin bahawa ia tidak akan check-in kembali dan akan check-out untuk selama2nya dari tempat 'menginap' tersebut...

Orang2 lama kata, kalau anda ketawa tapi tidak ber-henti2 kerana geli hati yang amat sangat (!), lihatlah ke arah kuku jari tangan anda... Dijamin bahawa anda akan berhenti ketawa dengan serta-merta tanpa sebarang tanda amaran merah (macam orang brek mengejut) di mana ia mampu membuatkan orang2 di sekeliling anda terkejut beruk...

Orang2 lama kata, kalau hendak tahu saiz seluar, lilit bahagian pinggang seluar di leher kita... Kalau hujungnya  saling bersentuhan, maknanya seluar itu muat untuk kita (petua bagi yang malas hendak cuba try test seluar di fittng room)... Tapi saya tidak pernah mencuba pakai petua ini kerana saya lebih selesa mencuba dahulu seluar atau baju yang hendak dibeli di fitting room...

Orang2 lama kata, kalau hendak memakai kasut yang baru dibeli, gigit sedikit di mana2 bahagian kasut tersebut... Ini supaya kaki tidak melecet apabila memakai kasut tersebut... Saya pun tidak pasti apa kaitannya tetapi yang saya pasti ianya gigitan itu tidak akan menyebabkan kasut itu terluka seperti luka kaki orang yang melecet...



Orang2 lama kata, jika baju yang kita hendak pakai itu jenis yang susah hendak hilang renyuknya semasa diseterika, bungkus baju tersebut di dalam plastik... Kemudian masukkan bungkusan baju itu ke dalam peti ais selama beberapa jam... Agak2 baju tersebut sudah sejuk, keluarkannya dan boleh diseterika... Tapi kalau rasa2 hendak letak sampai baju beku pun tidak mengapa...


P/S : Mereka lebih dahulu makan garam... (^_____^)V

8 comments:

aDisH.sHidA said... [Reply]

hehehe...betul tu ada sebahagian daripada petua diatas pernah buat..terutama bab kasut baru hehehe..

SHAZRIZAL SHAHMY said... [Reply]

pehhh nice entry....tapi saya selalu buat yg test seluar tu...mesti malas nak try dulu..terus ukur kat leher jerk

perindu_خلافة said... [Reply]

haha.. ^_^
yang 'kasut baru' (+) 'tengok kuku' tu baru pertama kali dapat tahu,

nice entry btw,

نورعيم said... [Reply]

yg baju terkena minyak tu penah cuba tak?

SiS NaD said... [Reply]

Cik Shida ---> Kasut tu kadang2 Sis buat, kadang2 tak... Hehe! (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Shazrizal ---> Kalau dulu, masa zaman2 sekolah, kalau beli seluar jeans, Abah Sis mesti lilit bahagian pinggang tu kat leher... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Encik Perindu ---> Tak apa... Boleh cuba kalau nak try test... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Nuraim ---> Serius Sis pernah cuba... Masa lunch, bihun goreng terjatuh atas baju kurung... Lepas tu officemate suruh tabur bedak tabur pada bahagian yang berminyak tu... Memang bedak tu menyerap minyak pada baju tu... Biarkan dalam 5 minit, baru cuci bahagian tu... (^_____^)V