Friday, January 11, 2013

Oh!!! Salah faham nada masej...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah tak korang menerima mesej daripada seseorang melalui handphone, tapi korang tersalah nada a.k.a tersalah tafsir dalam membacanya... Orang yang menghantar mesej sebenarnya menaip ayat dengan nada biasa tetapi korang membacanya dengan nada yang luarbiasa... Masih tak faham? Ok2, sila lihat contoh di bawah...

Situasi 1 (kejadian benar)...

Mesej yang dihantar : "Kenapa tak beritahu awal2? Saya ingatkan barangnya tak ada..."

Nada penghantar mesej sebenarnya bertanya secara lembut konon2nya dia bertanya seperti ini, "Kak, kenapa akan tak beritahu saya awal2? Saya ingatkan barang yang saya pesan tu tak ada... Huhu!". Ambil kau, siapa ada 'huhu!' lagi...

Tapi telah di salah tafsir oleh si penerima, konon2nya si penghantar menghantar mesej bengang2 seperti ayat  ini, "Akak ni! Kenapa tak beritahu awal2??? Saya ingatkan barang tu memang tak ada!".

Mesej di atas telah dihantar seorang rakan saya kepada seorang penjual barangan online... Setelah 3 hari rakan saya menunggu jawapan dari si penjual (rakan saya bertanya barang yang dia ingin beli ada dalam stok atau tidak), barulah si penjual membalas mesej rakan saya itu dan menyatakan barangan yang dipesan itu ada dalam stok... Lantas, rakan saya mengahantar mesej di atas tanpa ada apa2 perasaan marah atau bengang... Tapi si penjual telah salah faham dengan nada mesej itu... Lalu si penjual telah menghantar mesej balas yang agak kurang sopan kepada rakan saya kerana menyangkakan rakan saya itu marah + bengang terhadap dia...

Situasi 2 (juga kejadian benar)

Mesej yang dihantar : "Saya kat ataslah..."

Nada penghantar mesej sebenarnya memeberikan keterangan dengan lembut konon2nya berbunyi seperti ini, "Awak, saya ada kat atas..." dan bukannya seperti apa yang ditafsirkan oleh penerima yang berbunyi seperti ini, "Ish awak ni, saya kat ataslah!".

Situasi ini saya alami sendiri... Semasa bertemujanji dengan seseorang, kami berjanji untuk berjumpa di sebuah shopping complex... Semasa dia bertanya saya berada di mana, maka saya menjawab seperti mesej di atas... Tetapi ia telah disalah tafsirkan oleh si dia... Oleh itu, dia telah menjawab secara acuh tak acuh mesej saya... Dia hanya menjawab 'K!'. Oh, pantang bagi saya apabila orang membalas mesej saya dengan menjawab 'K'... Dia pun tahu saya tak suka orang menjawab mesej saya dengan huruf itu... Dari situ saya tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana sebelum itu, kami beerbalas mesej dalam keadaan yang harmoni... Belek2 semula mesej yang saya hantar, saya agak yang dia telah salah tafsir nada mesej saya...



Kesimpulan

Cuba anda baca ke-dua2 mesej di atas dengan nada lembut dan nada marah atau bengang... Ternyata mesej tersebut boleh jadi sesuatu yang menyenangkan ataupun tidak bagi si penerima mesej... Sebenarnya, si penghantar mesej hanya ingin meringkaskan seringkas yang boleh ayat yang ingin disampaikan... Tetapi ianya telah membuatkan si penerima menyalah tafsir mesej tersebut...

Oleh itu, sebelum menghantar mesej, baca semula mesej yang dihantar agar ia tidak memebuatkan si penerima tersalah nada atau tersalah tafsir akan mesej yang dihantar...


P/S : Sudah jarang mesej... (^_____^)V

3 comments:

Yanty Lee said... [Reply]

ty selalu mesej org salah faham.

محمد رازيق said... [Reply]

agree. kena dable cek mesej b4 anta. hehe, bhaya.

Unknown said... [Reply]

hahaaa betol3.. selalu berlaku~~