Friday, May 25, 2012

Oh!!! Orang2 tua kata 'jangan'!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pernah tak semasa korang kecil, ada orang2 tua (tidak kisahlah emak, ayah, nenek, pakcik, makcik atau siapa2 yang lebih tua) cakap pada korang, "Eh, jangan tuttt, nanti tuttt...". Tuttt yang pertama bermaksud perbuatan, tuttt yang kedua pula adalah sebab dan akibat daripada tuttt yang pertama...

Inilah yang dinamakan 'pantang larang' orang2 tua... Jangan buat itu ini, nanti jadi macam itu ini... Kadang2, 'apa yang bakal terjadi' langsung tidak boleh diterima akal... Apa2pun, ada sebab musababnya mengapa orang2 tua mewujudkan 'pantang larang' tersebut...

Jangan angkat dan silang kaki semasa meniarap, nanti emak mati... Memang tidak patut hanya kerana kaki emak akan mati... Extreme punya reason.... Huhu! Hakikatnya, perbuatan mengangkat kaki dan menyilang kaki semasa meniarap adalah tidak sopan... Buatnya ada yang lalu lalang belakang si peniarap (si peniarap???), tiba2 si peniarap menurunkan kaki dan terkena orang yang berjalan itu, tidakkah naya?

Jangan duduk atas bantal, nanti punggung bisul... Saya yakin dan yakin ramai yang pernah ditegur sebegitu kerana dulu saya sering ditegur kerana duduk di atas bantal... Sebenarnya bukannya apa, bukankah duduk di atas bantal itu tidak elok sebab bantal adalah tempat kita mengalas kepala semasa tidur... Jadi, macam tidak sopan bila kita duduk di atas tempat yang kita buat alas kepala kita... Tapi orang sekarang, kalau nikah wajib duduk atas bantal... Hehe!

Maaf kerana lukisan saya hodoh... Hehe! (^_____^)V


Jangan potong kuku waktu malam, nanti harimau datang... Wallawei! Sebab potong kuku waktu malam, harimau datang... Dari manakah datang si belang itu? Kalau duduk di kawasan kampung yang ada hutan2, memang masuk akallah... Tapi kalau duduk di tengah2 bandar, dari mana pula harimau itu akan muncul? Terlepas dari zoo? Mungkin juga... Sebenarnya bukannya apa, orang2 tua tidak mahu kita potong kuku malam2 sebab takut terketip jari sendiri... 'Malam2' di sini bermaksud memotong kuku tanpa sebarang cahaya...

Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk... Ini lagi satu yang ada sangkut paut dengan binatang... Kali ini dengan ular... Serius dulu saya ingat ular betul2 akan datang... Zaman hingusan, biasalah, cepat percaya dengan cakap2 orang... Tapi sebeanrnya tidak betul pun... Orang2 tua cakap begitu supaya kita tidak main2 dengan payung ketika berada di dalam rumah sebab nanti takut tercucuk orang lain...

Jangan tukar2 tempat semasa makan, nanti kahwin banyak... Kalau lelaki, memang suka bila baca apat tahu mengenai pantang larang ini... Makinlah hendak dibuat mereka... Hendak kahwin 4 punya pasal, sanggup tukar2 tempat semasa makan... Adakah lelaki yang macam tu? Haha! Gilalah kalau ada lelaki yang percaya pantang larang tersebut... Orang2 tua wujudkan 'pantang larang' tersebut sebab tak mahu kita tukar2 tempat duduk semasa makan sebab nampak tidak sopan... (Oh, sopan sangatkah orang2 kita? *Mata ke langit, tangan di bahu*). Lagi satu, mungkin perbuatan tukar2 tempat duduk semasa makan akan merimaskan orang lain yang sedang makan...

Jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua (Khas untuk gadis2)... Pantang larang ini sudah biasa sangat didengar oleh telinga saya dan saya yakin juga telinga2 anak2 dara dan mereka yang pernah menjadi anak dara... Sebab menyanyi hendak menghiburkan hati ketika memasak, anak2 dara 'diugut' akan mendapat suami tua... Memang tidak masuk akal... Hakikatnya, orang2 tua tidak mahu kita leka dengan nyanyian kita sehingga menyebabkan makanan yang kita masak menjadi hangit... Itu sahaja...

Jangan tunjuk pelangi dengan jari, nanti tangan kudung... Ini lagi satu pantang larang yang tidak masuk akal... Agak2nya bila kita tunjuk pelangi dengan jari, tiba2 kilat datang memancar pada tangan kita sampai putus... Ala2 lighting sword... Apa kena mengena kilat dengan pelangi? Sebab ke-dua2nya ada sangkut paut dengan hujan... Haha! Tapikan, saya tidak dapat merungkai sebab musabab wujudnya pantang larang ini... Huhu!

Jangan jelir lidah, nanti kena potong... Ini lagi satu pantang larang yang memang saya percaya masa zaman hingusan dulu... Kawan2 siap tambah lagi, 'nanti lidah kena potong di akhirat'... Perghhh! Menakutkan... Di akhirat tu... Tapi kenyataannya, menjelir lidah itu merupakan satu perbuatan yang tidak sopan kerana se-olah2 mengejek seseorang... Tapikan, sekarang ini, saya lihat ramai remaja perempuan yang ber'posing' bagai  di hadapan kamera sambil menjelirkan lidah... Oh, budak2 zaman sekarang perangai pelik!

Jangan asah pensil sampai pendek, nanti pendek umur... Astaghfirullah al'azim... Siapalah pensil itu untuk menentukan jangka hayat kita hidup di dunia ini... Huhu! Rasa macam kelakarlah pula... Ini pun merupakan pantang larang yang telah berjaya merasuk pemikiran saya, tetapi tabiat saya dulu2 memang suka mengasah pensil sampai pendek... Kalau boleh biar lebih pendek dari jari kelingking... Seeloknya janganlah diasah sampai pendek sebab nanti menyusahkan kita untuk menggunakan pensil tersebut...

Jangan main waktu Maghrib, nanti kena sorok dengan hantu kopek... Tahu apa itu hantu kopek? Sila klik DI SINI untuk keterangan lebih lanjut... Bila saya takut2kan adik saya dengan pantang larang tersebut, mereka akan bertanya, "Hantu kopek tu macam mana?". Krrr2 (bunyi cengkerik)... Maksudnya, tiada jawapanlah... Haha! 'Pantang larang' ini wujud pun sebab orang2 tua tidak mahu budak2 kecil main di luar waktu Maghrib sebab waktu itu banyak syaitan yang berkeliaran... Lagipun mana ada orang main di luar rumah pada waktu malam...

Jangan buang nasi yang tidak habis, nanti nasi akan menangis... Apa yang tersirat di sebalik larangan tersebut adalah, orang2 tua tidak mahu kita membazir... Kalau rasa2 'tangki' itu kecil, ambillah nasi atau makanan yang lain dalam kadar yang sedikit... Jangan sampai terbuang makanan tersebut lantaran dari ketamakan diri sendiri yang tidak sedar diri dan kadang2 lupa diri...

Jangan ambil gambar kucing, nanti kucing itu mati... Ok, saya tidak nampak signifikan dan relevannya antara ke-dua2 ayat tersebut...


P/S : Budak2 sekarang bijak berfikir... (^_____^)V

Monday, May 21, 2012

Oh!!! Perginya tidak akan kembali...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Melihat kepada tajuk di atas, saya yakin kebanyakan anda di luar sana memahami maksud tersirat disebalik ayat tersebut... Pada hari Jumaat yang lepas, dalam pukul 6:08 petang, saya telah mendapat panggilan telefon dari sepupu saya, Kak Hanis... Daripada nada dia di sana, saya dapati dia sedang menangis...

Saya : Hello, assalamualaikum...

Kak Hanis : Wa'alaikumsalam... Nadiah... Nenek dah tak ada... (Father's side)

Saya : Kak Hanis biar betul??? (Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu)

Kak Hanis : Takkan akak nak main2 pula... (Dia masih lagi menangis)

Saya terus berlari ke ruang tamu dan beritahu Emak... Kemudian saya serahkan telefon pada Emak... Selepas habis bercakap di telefon, Emak terus mendapatkan Abah yang sedang bermain sepak takraw di padang belakang rumah... Saya lihat Abah sangat tenang semasa memberitahu Abah akan 'pemergian' ibundanya...

7:45 malam - Kami bertolak ke Melaka... Abah masih lagi di dalam keadaan tenang ketika memandu kereta...

9:00 malam - Kami berhenti di R&R Machap utnuk solat Isya' dan makan malam... Jam 10 malam, kami sambung perjalanan...

12:20 tengah malam - Sampai di rumah arwah Nenek... Terus salam saudara mara yang ada dan semasa bersalam dengan Kak Hanis, airmata saya tidak dapat dibendung lagi...

12:30 tengah malam - Terus ambil Yassin dan sedekahkan Yassin untuk arwah Nenek... Abah hanya mampu duduk di sisi jenazah sambil menundukkan muka... Pakcik dari Perak dan sepupu dari Kuala Lumpur sampai di rumah arwah Nenek... Makin ramai yang membacakan Yassin untuk arwah Nenek... Termasuk mereka yang memang tinggal sebumbung dengan arwah Nenek...

1:00 pagi - Berbual dengan makcik2 dan sepupu2 untuk mendapatkan cerita yang sebenar...

2:00 pagi - Semua kaum perempuan ambil keputusan untuk tidur di sisi jenazah... Saya mengambil tempat di hujung kaki arwah Nenek...

5:30 pagi - Terbangun dari tidur kerana pakcik baru sampai dari Pulau Pinang... Abah dan Emak ajak balik ke rumah Nenek (mother's side) yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari rumah arwah Nenek...

6:20 pagi - Imam di masjid membuat pengumuman akan kematian Nenek menggunakan pembesar suara...

8:00 pagi - Pergi ke rumah arwah Nenek... Kelihatan saudara mara mula membanjiri rumah arwah...

9:15 pagi - Jenazah Nenek dimandikan dan dikafankan... Kemudian sanak saudara diberi peluang untuk menatap dan mencium jenazah Nenek untuk kali terakhir... Saya sempat cium dahi dan ke-dua2 belah pipi Nenek...

10:50 pagi - Jenazah Nenek dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki van jenazah... Abah, Amir & Aiman berjalan kaki menuju ke tanah perkuburan... Saya, Emak, Nenek (mother's side) & Fatin menaiki kereta...



11:00 pagi - Jenazah dikebumikan dan talkin dibacakan...






5:00 petang - Tahlil untuk arwah Nenek...

Sekarang hanya tinggal seorang Nenek (mother's side) yang masih lagi diberi nyawa oleh Allah SWT... Moga Allah SWT memanjangkan umur dia dan sentiasa berada di dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT... Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Selepas dua tahun arwah menderita, kini akhirnya Allah SWT memerintahkan malaikat-Nya untuk mencabut nyawa Nenek pada hari penghulu segala hari... Al-Fatihah buat arwah Nenek (father's side)... Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 mukmin... Amin Ya Rabbal 'Alamin...


P/S : Setiap yang hidup pasti akan mati... Itu janji Allah SWT...

Thursday, May 17, 2012

Oh!!! Bangga tapi bengang!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Untuk kali kedua dalam bulan ini, saya menghasilkan entri basi... Basi yang tidak membuatkan perut menjadi sakit, tetapi membuatkan hati dan perasaan menjadi sakit... Merapu sudah... Maafkan saya (ikut stail Zizan)... Baiklah, baiklah... Saya akan teruskan penceritaan berdasarkan tajuk di atas... Macam karangan pula... Maafkan saya (ikut stail Zizan)... Haha!

Cerita pertama mengenai kebanggaan di mana saya amat berbangga dengan kejayaan pemain hoki remaja Malaysia apabila berjaya menjadi juara untuk '7th Men's Junior Asia Cup' di Melaka pada 13 Mei 2012 bersamaan hari Ahad yang lalu... Untuk pengetahuan semua, saya tidak tertinggal walau satu saat untuk mengikuti perlawanan tersebut di kaca televisyen... Malaysia berjaya menewaskan pasukan dari Pakistan yang merupakan pasukan nombor satu dunia... 2-1... Setelah 20 tahun Malaysia menunggu untu menjadi juara, akhirnya kemenangan menjadi milik kita! Kepada yang tidak tahu, pada tahun 1992 Malaysia telah berjaya perlawanan akhir bagi pertandingan yang sama tetapi hanya sekadar meraih tempat kedua... Dan tahun ini skuad hoki remaja Malaysia membuktikan bahawa Malaysia layak untuk memegang takhta juara... Sememangnya saya bangga dengan kejayaan yang diraih Malaysia...

Tahniah skuad hoki remaja Malaysia! (^_____^)V


Cerita kedua mengenai kebengangan... Bengang yang amat sangat apabila Manchester United tidak dapat memepertahankan kejuaraan di Liga EPL... Untuk pengetahuan semua, saya tidak menonton langsung perlawanan di antara Manchester United dan Sunderland yang berlangsung pada hari yang sama berlangsungnya perlawanan hoki remaja Asia di antara Malaysia dan Pakistan... Mungkin kerana saya tidak menonton perlawanan tersebut maka Manchester United mengalami kekalahan... Manchester United hampir2 meraih kejuaraan tetapi Manchester City berjaya merampas takhta yang bakal dimiliki oleh MU hanya kerana masa tambahan! Apa2pun, saya benci Manchester City dan pengadil perlawanan (terutamanya!) pada hari itu sebab meberikan masa tambahan bagi perlawanan antara Manchester City dan Queens Park Rangers (QPR)! Walaupun saya tahu masa tambahan memang wajib ada dalam setiap perlawanan bole sepak!

Menyirap bila tengok gambar ini... Tapi tidak mengapa, Manchester United bagi can... 


P/S : Grrrrrrrr!!!

Wednesday, May 16, 2012

Oh!!! 'Selamat Hari Guru'!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Tanggal 16 Mei setiap tahun, memang hari yang di-tunggu2 oleh semua warga pendidik di seluruh dunia kerana pada hari tersebut mereka dirai dengan gilang gemilang lagi terbilang oleh murid2 yang 'cemerlang'... Ya (!), murid2 'cemerlang' yang tahu menghargai jasa2 mereka sebagai pendidik anak bangsa...

Sesungguhnya tugas sebagai pendidik memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi demi melayan kerenah anak2 murid yang pelbagai... Ada yang sejuk mata memandang, ada yang rasa macam hendak kena lempang...

Dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru2 yang pernah mendidik saya tanpa mengenal erti jemu... Daripada saya di tadika sehingga saya ke universiti, banyak ilmu yang saya dapat (walaupun ada sebahagiannya telah hilang dari memori saya) hasil daripada didikan semua tenaga pengajar yang mengajar saya...

'SELAMAT HARI GURU' buat guru2 di :

  • Pasti ABIM Al-Ummah, Johor Bahru
  • Sekolah Rendah Perempuan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1), Johor Bahru
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru
  • Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor Bahru
  • Kolej Matrikulasi Melaka, Melaka
  • Universiti Utara Malaysia, Kedah
  • Sekolah Agama Taman Cempaka, Johor Bahru
  • Sekolah Agama Bandar, Johor Bahru
  • Ustazah2 yang pernah mengajar saya mengaji sampai khatam

Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1)... Spot me!(^_____^)


Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru... Spot me! (^_____^)V


P/S : Terima Kasih, Cikgu! (^_____^)V

Sunday, May 13, 2012

Oh!!! Amir, Aiman dan McD...

Assalamualakum semua!~ (^_____^)V

Pada Hari Buruh yang lalu (oh, nampak sangat cerita ini sudah basi), adik2 saya yang bersekolah telah diberikan cuti dan saya yang bekerja juga diberikan cuti... Kenapa adik2 saya turut dicutikan padahal cuti tersebut sempena meraikan mereka yang bekerja? Ok2, malas untuk mempersoalkannya...

Adik saya, Fatin telah berjanji dengan rakan2nya untuk ke sebuah pusat membeli belah terkemuka di bandar Johor Bahru... Sebelum Fatin keluar, saya telah memesan McD... Dan saya telah berniat untuk membelanjai adik2 saya... Ada atau tidak perkataan 'membelanjai'? Ok, abaikan... Maka saya telah bertanya dengan ke-dua2 adik kecil saya burger jenis apa yang diinginkan... Ikutilah perbualan kami...

Saya : Fatin, belikan aku McD...

Fatin : Ok... Nak burger apa?

Saya : Kejap... Amir, Aiman nak McD? (Sambil memandang Amir dan Aiman)

Amir  Aiman : Nak!

Aiman : Aku nak BENJO!!!

Amir : Aku nak ayam...

Saya : Benjo??? Hahahaha! Di McD mana ada benjolah Adik...

Iwan : Benjo??? Hahahaha! Mana ada benjo... Boleh pula minta benjo... Hahaha!

Saya : Amir, Aiman, akak beli yang macam Kak Wani hari itu, ya?

Amir & Aiman mengangguk...

Saya : Fatin, belikan Double Cheese Burger empatlah...  

Gambar ihsan Encik Google...


P/S :  Foldover kembali lagi! (^_____^)V

Saturday, May 5, 2012

Oh!!! Buku terbaik abad ini...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Untuk kali kedua, saya mahu membuat ulasan mengenai sebuah buku... Buku yang mengandungi unsur2 Islamik... Saya yakin dan yakin, bila nampak sahaja perkataan Islamik, mesti ramai yang menganggap buku itu membosankan... Hello peeps, don't judge a book by it's cover, ok! Buku yang ingin saya promosikan ini bukanlah buku Islamik sembarangan... Tidak membosankan! Itu saya jamin...

Buku yang saya maksudkan adalah 'Srikandi2 Yang Benar' terbitan PTS Litera Utama... Buku tulisan Zahiruddin Zabidi tersebut mengisahkan mengenai tiga srikandi Islam yang sangat ada hibungkaitnya dengan Rasulullah SAW iaitu ibu Baginda, Aminah, anak Baginda, Fatimah dan stikandi terulung iaitu Rabiatul Adawiyah...

Pendekatan yang digunakan oleh Zahiruddin Zabidi adalah sperti gaya penulisan novel... Serius! Macam membaca sebuah novel... Jadi tidak bosan ketika membacanya... Itu merupakan salah satu faktor supaya anda mendapatkan buku tersebut... Ayat2 yang digunakan tidak begitu puitis dan sangat mudah difahami... Banyak dialog yang digunakan, seperti di dalam novel...



P/S : Dapatkanlah sementara stok masih ada! (^_____^)V