Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sejak akhir2 ini kita sering 'disemaikan' dengan cerita2 genre seram di pawagam... Fenomena apakah ini? Sehinggakan perkara ini menjadi perbahasan di pihak kementerian... Ada yang berpendapat cerita2 genre seram ini tidak patut ditayangkan kerana ia hanya akan memupuk perasaan takut di kalangan rakyat Malaysia... Entahlah... Tetapi pada saya, saya tidak mempunyai masalah dengan penayangan cerita2 genre seram ini... Kalau rasa hendak tengok, saya akan tengok, dan begitulah sebaliknya... Mungkin ada yang berpendapat bahawa cerita2 seram ini bisa memesongkan akidah umat Islam... Tetapi, lain orang lain pendapatnya... "Tepuk dada, tanya iman"...
Kali ini saya ingin perkenalkan kepada anda semua jenis2 makhluk yang sering muncul di dalam cerita2 seram... Anda disarankan untuk membaca entri ini pada waktu malam, barulah gempak! Sedikit nasihat dari saya, jika anda penghidap lemah jantung atau anda sedang megandungkan anak suami anda, anda dinasihatkan untuk tidak membaca entri inikerana dikhuatiri sesiapa yang menghidap lemah jantung akan 'pergi' dan yang sedang mengandung akan melahirkan anak secara tidak sengaja...
Sejak akhir2 ini kita sering 'disemaikan' dengan cerita2 genre seram di pawagam... Fenomena apakah ini? Sehinggakan perkara ini menjadi perbahasan di pihak kementerian... Ada yang berpendapat cerita2 genre seram ini tidak patut ditayangkan kerana ia hanya akan memupuk perasaan takut di kalangan rakyat Malaysia... Entahlah... Tetapi pada saya, saya tidak mempunyai masalah dengan penayangan cerita2 genre seram ini... Kalau rasa hendak tengok, saya akan tengok, dan begitulah sebaliknya... Mungkin ada yang berpendapat bahawa cerita2 seram ini bisa memesongkan akidah umat Islam... Tetapi, lain orang lain pendapatnya... "Tepuk dada, tanya iman"...
Kali ini saya ingin perkenalkan kepada anda semua jenis2 makhluk yang sering muncul di dalam cerita2 seram... Anda disarankan untuk membaca entri ini pada waktu malam, barulah gempak! Sedikit nasihat dari saya, jika anda penghidap lemah jantung atau anda sedang megandungkan anak suami anda, anda dinasihatkan untuk tidak membaca entri inikerana dikhuatiri sesiapa yang menghidap lemah jantung akan 'pergi' dan yang sedang mengandung akan melahirkan anak secara tidak sengaja...
1. Hantu Raya : Hantu jenis ini memang popular di kalangan rakyat Malaysia... Hantu ini dipercayai menyerupai tuannya dan boleh juga menyerupai orang lain jika ia ada niat untuk mengganggu orang lain... Ia dipercayai dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan bagi memudaratkan musuh... Makanan kegemaran hantu raya adalah telur, ayam panggang dan pulut kuning (selera mengalahkan manusia!)... Sekiranya makan minumnya tidak dijaga, tuannya akan menjadi mangsanya...
(Pada versi saya, hantu raya berasal dari Tanah Melayu dan dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalanraya, sebaik sahaja ia keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya... Makanan kegemarannya adalah kuih raya dan tempat penginapannya dipercayai di balai2 raya...)
(Pada versi saya, hantu raya berasal dari Tanah Melayu dan dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalanraya, sebaik sahaja ia keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya... Makanan kegemarannya adalah kuih raya dan tempat penginapannya dipercayai di balai2 raya...)
2. Hantu Tetek (hendak sebut hantu payudara, lain macam pula bunyinya) : Hantu ini mempunyai rupa yang sangat hodoh... Payudaranya melabuh sampai ke tanah dan boleh di-lipat2kan hingga ke belakang badannya... Hantu ini sangat gemarkan kanak2 dan kalau dapat seorang kanak2, kanak2 itu akan disembunyikan di bawah payudaranya yang labuh itu... Dan agak sukar untu memujuknya mengeluarkan kanak2 itu kecuali di atas kemahuannya...
(Pada versi saya, hantu tetek ini terbentuk daripada mereka2 yang melakukan pembedahan pembesaran payudara.... Disebabkan lupa hendak buang implan silikon itu apabila mati, itu yang jadi hantu tetek... Tujuan asal ia menjadi hantu tetek adalah untuk meminta tolong manusia supaya mengeluarkan implan silikon tersebut...)
3. Hantu Galah : Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya mencecah awan dan kakinya sebesar batang pokok... Sebenarnya ramau yang salah sangka mengenai hantu galah... Ramai yang menyangka hantu ini tinggi sangat2 tetapi sebenarnya ia ibarat 'langit dan bumi'... Yang menyebabkannya jadi tinggi adalah sifat karut dan tahyul yang ada di dalam diri kita... Hakikatnya hantu galah ini rendah, paling tidak pun sama tinggi dengan kita...
(Pada versi saya, hantu galah ini masa ia jadi manusia, suka sangat main jolok2 buah mangga atau buah2 lain di kebun orang... Dengan erti kata lain, suka curi buah2an di kebun orang... Akibatnya ia telah disumpah oleh pemilik kebun supaya menjadi tinggi ala2 galah apabila sudah mati...)
4. Pontianak : Ini lagi satu hantu yang sangat popular di Malaysia... Ianya dipercayai berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan atau melahirkan anak... Hantu ini berpakaian serba putih dan mempunyai rambut uang panjang mengurai dengan matanya yang ber-contact lense merah menyala... Kegemarannya adalah menyanyi sambil diiringi suara mengilai (sila rujuk cerita 'Pontianak Harum Sundal malam')... Tempat lepak hantu ini adalah di pohon2 beringin dan bunga kegemarannya adalah bunga kemboja yang selalu ada di kubur2... Suka berjalan sendirian di tengah2 malam sambil mendukung bayi a.k.a batu nisan dengan harapan ada yang sudi menumpangkannya...
(Pada versi saya, hantu ini disyaki berasal dari India... Seorang lelaki yang bernama Encik Ponti telah mendapat anak perempuan yang sangat hodoh... Orang kampung selalu menyindir anak Encik Ponti.. "Ponti punya anak... Ponti punya anak...". Encik Ponti sangat malu lalu mengurung anaknya... Selepas 5 tahun, anak Encik Ponti keluar dari kurungannya dan terkejutlah seorang nenek tua lalu nenek itu berkata, "Hoi Pontianak!". Maka lekatlah nama Pontianak sehingga dia menjadi hantu...)
5. Langsuir : Hantu langsuir ada 2 versi... Versi pertama, ia dikatakan memyerupai anak Encik Ponti yang suka terbang2... Versi kedua pula, ia mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak... Hantu ini dikatakan suka menghisap darah manusia secara per-lahan2 sehingga manusia itu mati... Dan makanan kegemarannya adalah uri bayi yang baru lahir...
(Pada versi saya, hantu langsuir ini dulu suka menjahit langsir dan kadang2 suka main sorok2 belakang langsir... Dan pada satu ketika, tempahan yang diperolehi tidak sampai 5 tempahan dalam 1 tahun... Disebabkan itu ia telah bersumpah untuk menghisap darah manusia apabila sudah mati sebab manusia tidak mahu membuat tempahan langsir lagi dengannya...)
6. Pocong : Hantu bungkus atau dikenali sebagai pocong ini berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan... Ia sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat dan akan bergerak dengan cara me-lompat2 dan mampu bergerak sepantas kereta... Ini berita baik bagi mereka yang ingin menjadi atlet balapa untuk acara 100M, 200M atau yang sewaktu dengannya... Bolehlah anda adakan pertandingna dengan Pocong... Rasa2nya mat rempit pun tidak dapat kalahkan hantu ini... Tips kalau terjumpa hantu ini, serkup mukanya dan tarik 'uniformnya' hingga tertanggal...
(Pada versi saya, pocong ini berasal dari Puchong, Selangor... Ia suka sangat menipu orang, dengan erti kata lain, kaki 'cong'lah... Bila sudah mati, ter-lompat2lah iai sebab hendak pergi 'cong' orang...)
7. Jerangkung : Merujuk kepada makhluk yang dipelihara bagi tujuan menganiaya orang lain... Pemeliharaannya turut dikenali sebagai saka... Ianya berfizikalkan orang tua yang bongkok dengan rambut panjang dan mempunyai giri taring yang panjang utnuk memudahkan ia menghisap darah mangsanya...
(Pada versi saya, jerangkung dipercayai berasal dari Tanah Besar China... Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuag restoran... Hari2 kerjanya adalah menjerang kangkugn did alam sebuah periuk besar... Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang dan kerana terlalu terkejut ia terjatuh ke dalam periuk itu... Perkataan akhirnya adalah, "Jerang... kung...". maka jadilah ia hantu jerangkung... Hobinya adalah mencangkung dan tempat tinggalnya adalah di dalam almari... Sebab itulah ada lagi 'Jerangkung dalam Almari'...)
8. Hantu Penanggal : Hantu ini ada ilmu hebat! Ia bisa menanggalkan kepalanya dari badannya dan mampu terbang dengan tali perut ter-urai2... Darah yang menitik dari tali perut / ususnya itu dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena... Penanggal ini dipercayai sangat menyikai darah orang bersalin dan sekiranya ia menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat mengalami tumpah darah... Mereka yang menuntut ilmu penanggalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali ke dalam badan asal mereka...
(Pada versi saya, hantu ini berasal dari seorang ibu tiri yang kejam... Hobi ibu tiri tersebut adalah menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya... Sudah terbiasa dengan cara sebegitu, dia rasa seronok pula... Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang kampung... Maka hebohlah satu kampung akan hobi ibu tiri itu...)
9. Hantu Kum Kum : Asal hantu ini dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka... Tetapi salah satu pantangnya adalah dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari... Kerana selalu dipuji cantik oleh orang kampung, pada hari terakhir dia telah melanggar pantang... Akibatnya mukanya menjadi buruk dan setelah dia kembali menemui gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya akan kembali cantik apabila disapukan dengan darah XXX perawan... Disebabkan itu, wanita itu me-rayau2 mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil mengenakan jibab... Nasihat saya pada para gadis, pastikan anda mencuci darah XXX anda sehingga bersih apabila didatangi XXX...
(Pada versi saya, hantu ini berasal dari hantu komputer, macam anda semua yang suka main komputer dan melayari internet 24 jam hingga tidak ingat dunia... Disebabkan suka main komputer, mati pun depan komputer... Akhirnya disebutlah hantu Kum2...)
10. Toyol : Dikatakan berbentuk atau bersaiz seperti kanak2 yang berumur lingkungan 5 atau 6 tahun dan tidak memakai baju... Kerjanya adalah mencuri duit atau barang2 berharga seperti yang diarahkan oleh tuannya... Seperti kanak2, makan minumnya perlu dijaga dan makanan kegemarannya adalah ayam hidup... Kalau tidak dijaga makan minumnya, maka tuannya akan menjadi mangsa... Boleh rujuk cerita 'Janin' lakonan Sharifah Eja...
(Pada versi saya, toyol berasal dari Tanah Melayu a.k.a Malaysia dan ia merupakan seorang budak yang nakal sebab suka mencuri harta benda orang kampung... Pada suatu hari, sedang dia leka mencuri, dia telah mati akibat terkena serangan jantung... Budak2 pun boleh terkena serangan jantung ya...)
Untuk pengetahuan, semasa saya menghasilkan entri ini, saya akui saya tidak senang duduk walaupun saya menghasilkan entri ini pada waktu siang...
P/S : Anda sudah menonton filem 'Khurafat'? Ramai yang memberikan respon baik punya...
3 comments:
aSe SeRaM La... HaiSH!~
hahahahahaha... adessss
LaWaK Ke? HuKHuK!~ SeRaM + LaWaK = GiLeS!~ :p
Post a Comment