Semalam ialah hari Jumaat... Biasanya kalau hari Jumaat, waktu rehat bagi pekerja kerajaan adalah lama... Dari jam 12:15 tengah hari sehingga jam 2:45 petang... Ini adalah untuk memberikan peluang kepada kaum Adam untuk melakukan solat Jumaat yang sememangnya kita ketahui hanya diwajibkan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat... Bagi kaum Hawa pula, inilah masa bagi mereka mencuci mata dan mengisi masa yang terluang dengan rakan2 di pusat2 beli belah yang berdekatan...
Semalam, saya dan rakan2 pejabat (perempuan) telah bercadang untuk menonton cerita 'Suatu Malam Kubur Berasap' di salah sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar Johor Bahru... Cerita hanya bermula pada jam 12:50 tengah hari dan berakhir pada jam 2:25 petang... Sebelum itu, kami pergi makan di Warung Batu bagi mengisi perut yang kosong lantaran dari pagi tidak menjamah sebarang makanan (ok, saya tipu!)...
Apa yang ingin saya ceritakan dan ketengahkan di sini bukan mengenai kebuluran yang saya dan rakan2 alami, tetapi mengenai tindakan beberapa orang pekerja sepejabat kami yang berjantinakan LELAKI... Semasa saya dan 4 lagi rakan perempuan menuju ke bilik tayangan, salah seorang rakan saya memberitahu saya bahawa ada beberapa rakan sepejabat kami yang berjantinakan LELAKI turut menuju ke bilik tayangan berada di belakang kami... Apabila saya melihat jam di tangan, waktu menunjukkan jam 12:45 tengah hari... Saya berprasangka baik, mungkin mereka ingin menonton wayang untuk jangkamasa 10-15 minit kerana mereka memakai BAJU MELAYU...
Setelah saya dan rakan2 perempuan mendapatkan tempat duduk, kami perasan yang rakan2 LELAKI tadi duduk di belakang kami... Oh, mereka juga ingin menonton filem yang sama... Saat ke saat, minit ke minit, masa terus berlalu... Dan mereka masih lagi tetap di tempat duduk mereka... Sehinggalah jam menunjukkan tepat ke 2 petang, mereka masih lagi di tempat duduk mereka... Ok, mereka tidak pergi sembahyang Jumaat... Datang bulankah mereka? (-_-)
Jika mereka sanggup tinggalkan solat Jumaat yang hanya datang menjengah hanya seminggu sekali se-mata2 untuk mendapatkan hiburan di dunia, tidak mustahil mereka sanggup meninggalkan solat2 wajib yang setiap hari wajib dilakukan... Ok, saya cuba untuk berprasangka baik... Mungkin mereka melakukan solat2 wajib, cuma solat Jumaat pada hari semalam sahaja mereka tidak lakukan... Ada juga rakan2 lelaki saya yang memberitahu saya bahawa mereka akan pergi solat Jumaat pada minggu ini, tetapi tidak pergi untuk minggu depan... Dan minggu lagi satu mereka akan pergi, dan tidak pula untuk minggu selepas itu... Maksudnya mereka pergi sekali untuk jangkamasa 2 minggu... Ada ya konsep sebegitu?
Hukum solat Jumaat adalah Fardu Ain ke atas kaum Adam... Maksudnya ianya wajib ke atas tiap2 lelaki, seperti yang terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW... Sabda Rasulullah SAW : "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit..." (Hadis Riwayat Abu Daud & Hakim)...
Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)..." (Surah Al-Jumaat : 9)...
Rasulullah SAW turut bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah SWT akan menguncikan hati mereka..." (Hadis Riwayat Abu Daud)...
Jadi, kepada kaum Adam sekalian, renung2kanlah dan selamat beramal... Saya bukan cuba untuk menjadi ustazah atau berlagak baik, tetapi cuma untuk memberi peringatan kepada kaum2 Adam yang disayangi... (^_____^)V
Raef - It's Jumuah (Cover Rebecca Black - Friday)
P/S : Harap2 lelaki2 yang saya sayangi tidak mengambil ringan akan solat Jumaat... (^_____^)V
1 comment:
Dunia akhir zaman...
Post a Comment