Sunday, October 30, 2011

Oh!!!~ Ambil nyawa bukan lagi kerja Tuhan...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

"Hari2 tengok berita buruk jam lapan
Hari2 tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja tuhan?
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal DIA yang tentukan"

Gambar ihsan dari Encik Google...


Korang tahu lagu di atas? Itulah lagu yang didendangkan oleh Malique dan Rabbani yang berjudul 'Perang Sudah Tamat'... Isu yang cuba saya ketengahkan di sini adalah mengenai kematian yang mungkin tiba sebelum ajal sebenar kita... Kematian yang ditentukan di tangan manusia sendiri...

Ya (!), saya tahu bahawa Allah SWT yang menentukan ajal seseorang, tapi cara kematian mereka kadang2 menyayat hati... Pernah tidak korang terfikir tentang persoalan adakah Allah tergamak meletakkan ajal seseorang itu dengan cara yang sangat menyayat hati?  Contohnya, seorang bayi yang baru lahir diletakkan di dalam lubang tandas lalu di pam... Tak pun, seorang bayi yang baru lahir dicampak dari tingkat 3 sebuah bangunan... Itu baru kisah mengenai bayi yang tidak berdosa!~

Kalau kanak2 pula, dirogol, dibelasah lalu dibunuh... Itu belum lagi kes2 orang yang mati dibakar, di mana sebelum itu si pembunuh mendera mangsa dengan se-puas2nya... Tidakkah semua kes kematian itu sangat menyayat hati? Kematian yang letaknya di tangan manusia sendiri... Manusia yang mengambil nyawa manusia yang lain...

Tapi sekarang ini, mengambil nyawa bukan lagi kerja Tuhan... Semuanya kerja manusia... Manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah!~

Contoh lain yang saya boleh bagi, Si A mengupah Si B untuk membunuh Si C... Si A mahu Si B tamatkan riwayat Si C pada hari esok juga... Nah!~ Siapakah yang mengambil nyawa Si C? Bukannya Tuhan tapi MANUSIA!~

Entahlah... Ini cuma pandangan saya... Saya hanya meluahkan apa yang saya dengar, lihat dan baca... Luahan yang telah lama saya pendamkan dek kerana kemarahan yang mem-buak2 di dalam hati terhadap mereka yang sanggup mengambil nyawa orang lain tanpa sedikitpun perasaan bersalah di hati yang mungkin telah lama  kering dan hitam...

Jika ada yang salah dan tidak betul dalam apa yang saya bicarakan, sila perbetulkan kerana saya menghasilkan entry ini dalam keadaan beremosi... Saya menerimanya dengan hati terbuka...


P/S : Ajal saya, tak tahu bila akan tiba...

Friday, October 28, 2011

Oh!!!~ 'Hijab' itu telah terbuka...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

"Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Aku mohon pada-Mu...
Lindungilah pandanganku, hatiku dan fikiranku...
Daripada dia...
Wujudkanlah hijab di antara kami...
Amin..."

Itu merupakan doa saya pada Allah SWT sejak kebelakangan ini... Saya tidak menyesal jika Allah benar2 menutup pandangan dan membutakan hati saya daripada dia... Selama ini saya mampu untuk pertahankan 'hijab' tersebut... Tetapi oleh kerana sebab yang tidak disengajakan, ianya telah terbuka... Dan saya amat2 menyesalinya!~ Sangat2 menyesal!~ Rasa marah pada diri sendiri juga ada... Moga2 selepas ini saya lebih ber-hati2 di dalam mempertahankan 'hijab' tersebut...


P/S : 'Hijab' itu adalah 'pembutaan mata, pembutaan hati dan pembutaan fikiran' terhadap dia... Maksudnya, adanya 'dinding' di antara kami... <--- Jawapan untuk Cik Awien dan semua... (^_____^)V

Wednesday, October 26, 2011

Oh!!!~ Dilema seorang insan bergelar WANITA...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Siapa berjantinakan perempuan, sila baca... Terutama kepada makcik2 joyah yang sangat bermulut becok bak murai tercabut ekor yang suka sangat nak jaga tepi kain dalam anak2 gadis dan perempuan2 muda yang sudah berkahwin... Dan kepada mereka yang berjantinakan lelaki, digalakkan baca... Bukan apa, ini pun untuk membuka mata2 anda yang berada di luar sana... Apa yang akan saya tunjukkan adalah dilema2 yang dihadapi oleh kaum Hawa... Ini adalah realiti bagi kehidupan seorang WANITA!~

1 . Apabila sudah habis belajar, orang2 sekeliling akan bertanya :

"Bila nak kerja?"


Jawapan kami, "Belum ada rezeki..."



2 . Apabila sudah kerja, orang2 sekeliling akan bertanya :

"Bila nak kahwin?"


Jawapan kami, "Belum ada jodoh..."



3 . Apabila sudah kahwin, orang2 sekeliling akan bertanya,

"Bila nak mengandung?"


Jawapan kami, "Belum ada rezeki..."




4 . Apabila sudah mengandung, orang2 sekeliling akan bertanya :

"Bila nak bersalin?"


Jawapan kami, "Belum due date..."



5 . Apabila sudah bersalin, orang2 sekeliling akan bertanya :

"Berpantang kat mana?"


Jawapan kami, "Tak tahu lagi..."



6 . Apabila anak sudah besar sikit, orang2 sekeliling akan bertanya :

"Bila nak tambah anak?"


Jawapan kami, "Belum ada rezeki... Cukuplah satu dahulu..."


Oh, kami sebagai kaum WANITA amat penat dan letih untuk menjawab pertanyaan2 yang merupakan ketentuan dari Allah SWT... Kami hanya merancang kerana Allah yang menetukan segalanya... Sekian, terima kasih...


P/S : Saya sudah dan akan melalui dilema2 tersebut...

Monday, October 24, 2011

Oh!!!~ Hari yang 'PANAS'!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Macam mana hari korang hari ini? Hari saya sangat2 PANAS!~ Tapi seawal malam tadi lagi sudah panas!~ Panas, panas dan panas!~ Rasa2nya kalau saya sentuh benda2 yang mudah terbakar, memang benda itu akan terbakar dengan serta-merta dan akan menjadi abu dalam masa dua ratus lima puluh ribu saat!~

Tepat jam 10:47 malam tadi, handphone tak berapa canggih saya mengeluarkan nada dering 'Cahaya Seluruh Alam' dendangan Al-Mawlid... Nak tahu mesej apa yang saya terima? "Man.u kalah dgn man.city?". Oh, sangat2 'tuttt' orang yang menghantar mesej sebegitu kepada saya!~ Orang yang sangat2 saya hormati telah menghantar mesej tersebut kepada saya tanpa memikirkan dan menghormati perasaan saya!~ Huh!~

Pagi2 semasa hendak ber-siap2, dengar Hot.fm, perghhh (!!!), tak macam menyirap pula kan!~ Dua orang tua tersebut memang mahu makan penampar Jepun saya nampaknya... Tapi nasib baiklah mereka nun jauh di 'hutan batu' sana... Kalau ada di depan mata saya, mahu saya minta tandatangan dorang!~ Haha!~ (Sabar2...)

Sesampai di pejabat office, duduk2 je di tempat duduk saya, ada pula yang bikin panas!~ Haish!~ Memang menyirap betullah!~ Bila budak2 lelaki sudah memenuhi ruangan pejabat office, yang kedengaran hanyalah perkataan2 'nganjingan' mereka terhadap pasukan kegemaran saya!~ Bunyinya sanagt2 bingit macam langau sedang makan 'tuttt'... Saya hanya mampu bersabar, bersabar dan bersabar!~ Yang mampu saya lakukan hanyalah memekakkan telinga dan pura2 membuat kerja walaupun kesakitan di hati ini hanya Tuhan yang tahu...

Apalah yang dorang nak kecohkan sangat dengan kekalahan Manchester United terhadap Manchester City tu? Dorang akan jadi kaya ke kalau Manchester United kalah? Huh!~ Masih beremosi lagi sampai sekarang, dan banyak lagi 'kata2' yang ingin diluahkan, tapi cukuplah...

Tak mengapa... Kalah sekali bukan bermakna kalah untuk kali seterusnya!~ Tapi saya geram juga dengan Manchester United yang senang2 bagi peluang kepada Manchester City!~


P/S : Saya minta maaf pada Encik Nazmi kerana marah2 anda tengahhari tadi... Emosi lebihlah Adik... (^_____^)V

Friday, October 21, 2011

Oh!!!~ Jangan amalkan perkara ini!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sedar tak sedar, sebenarnya di dalam kehidupan harian kita, ada beberapa perkara remeh temeh yang boleh mendatangkn kesusaahan dalam hidup kita... Kesusahan di sini bukanlah bermaksud yang kaya akan jadi miskin, yang sihat akan jadi sakit dan sebagainya... Dalam hadis2 ada terkandung perkara2 yang mempunyai hubungkait dengan kesusahan seseorang...
  • Tidak sembahyang atau solat... (Perkara wajib ini tidak harus ditinggalkan).
  • Tidak membaca Basmalah ketika hendak makan... (Sebelum makan diwajibkan membaca doa makan).
  • Makan atas pinggan yang terbalik...
  • Memakai kasut atau sandal dengan kaki sebelah kiri dahulu... (Setiap perkara haruslah didahulukan yang kanan).
  • Menganggap ringan apa2 yang terjatuh ke dalam hidangan makanan...
  • Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil...
  • Suka bersandar pada pintu rumah...
  • Suka duduk di atas tangga... (Orang tua2 selalu pesan mengenai perkara ini).
  • Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan...
  • Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung...
  • Tidak membersihkan rumah...
  • Membuang sampah atau menyapu dnegan kain...
  • Suka membersihkan rumah pada waktu malam...
  • Membakar kulit bawang...
  • Menjahit baju yang sedang dipakai...
  • Mengelap muka dengan baju...
  • Berdiri sambil bercekak pinggang...
  • Tidur tidak memakai baju...
  • Makan sebelum mandi hadas...
  • Ter-gesa2 meninggalkan masjid selepas solat Subuh... (Bukankah elok kalau dengar kuliah Subuh dahulu).
  • Pergi ke pasar sebelum matahari terbit... (Kalau gelap2, macam mana nak pilih ikan? Hehe!~)
  • Lambat pulang dari masjid...
  • Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibu bapa dan anak2...
  • Tidak menutup makanan yang dihidang... (Kalau lalat atau habuk hinggap pada makanan, akan memudaratkan diri apabila makan makanan tersebut).
  • Suka memadamkan api pelita dengan nafas...
  • Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup... (Se-elok2nya, bunuh dahulu kutu tersebut sebelum di buang).
  • Membasuh kaki dengan tangan kanan...
  • Membuang air kecil pada air yang mengalir... (Air mengalir bermaksud air sungai, air laut dll).
  • Memakai seluar sambil berdiri... (Sunnah Rasulullah SAW adalah memakai seluar dalam keadaan duduk).
  • Memakai serban sambil duduk...
  • Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis...
  • Berjalan di antara kambing...
  • Berjalan di antara dua perempuan...
  • Suka mempermainkan janggut...
  • Suka meletakkkan jari jemari tangan pada bahagian lutut...
  • Meletakkan tapak tangan pada hidung...
  • Suka menggigit kuku...
  • Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan...
  • Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil...
  • Menguap ketika solat...
  • Meludah di tempat buang air besar atau air kecil...

P/S : Wallahualam... Jika ada yang salah, harap sudi perbetulkan...

Wednesday, October 19, 2011

Oh!!!~ Nama kita, identiti kita...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Nama... Ada apa dengan nama kita? Nama kita, identiti kita... Bukan sahaja sebagai identiti kita di dunia ini, tetapi juga di akhirat... Zaman moden serba canggih kini, kebanyakan ibu bapa memberikan anak2 mereka dengan nama yang sangat kreatif, unik dan canggih bunyinya... Kadang2 samapi berbelit lidah hendak menyebutnya... Dan perkara itu tidak salah asalkan ia mempunyai maksud yang baik...

Di negara Arab sendiri, orang2 Arab mempunyai koleksi nama yang tiada maksudnya... Nama yang berfungsi sebagai nama se-mata2... Jika di Malaysia, kita dilambakkan dengan buku2 yang bertajuk 'Nama2 Islam' dan yang setajuk dengannya... Dan nama2 yang terdapat di dalam buku tersebut sudah tentu merupakan hasil cedokan daripada perkataan2 Arab, di mana ia mempunyai maksud yang baik...

Oleh itu, Islam mensyariatkan agar nama yang baik diberikan kepada seseorang kerana ia akan dipanggil oleh Allah SWT pada hari kebangkitan nanti... Dari Abu Al-Darda', Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya kamu semua akan diapnggil pada hari kiamat dengan nama2 kamu dan nama bapa kamu... Maka perbaikilah nama2 kamu..." (Riwayat Abu Daud).

Ingin tahu nama yang dianjurkan di dalam Islam? Dari Abi Wahab, Rasulullah SAW bersabda : "Dan nama yang paling dicintai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman..." (Riwayat Abu Daud). dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari pula, Rasulullah SAW bersabda : "Namakan anak2mu dengan nama2 para nabi..." (Riwayat Abu Daud). Untuk pengetahuan semua, jika nama yang diberikan adalah dari nama2 Allah, hendaklah diletakkan 'Abdul' di hadapannya... Sebagai contoh, Abdul Hakim...

Secara tidak langsung, nama merupakan satu doa... Jika baik nama yang diberikan, maka baiklah perangai seseorang itu... Jika buruk nama yng diberikan, maka buruklah perangai seseorang itu... Para ulama' mengharuskan kita menukar nama secara umumnya, dan sunat jika hendak memperelokkan nama tersebut... Dari Ibn Umar : "Sesungguhnya anak perempuan Umar bernama "Asiyyah (penderhaka), maka Rasulullah menamakannya Jamilah (yang cantik jelita)..." (Riwayat Muslim). Dari Abu hurairah pula : "Sesungguhnya Zainab (isteri Nabi) asalnya bernama Barrah (orang yang suka membuat kebajikan). Dikatakan oleh orang ramai bahawa Zainab telah memuji diri sendiri dengan apa yang dilakukannya. Maka Nabi menamakannya Zainab..." (Riwayat Al-Bukhari).

Maka pilihlah nama2 yang elok untuk anak2mu... Semoga dengan nama yang diberikan, mereka akan menjadi orang  yang mulia di sisi Allah SWT...



P/S : Nurul Nadiah binti Muhammad adalah nama saya... Nurul Nadiah bererti 'cahaya pemurah'... Nama itu satu doa, dan ia telah terbukti... (^_____^)V

Friday, October 14, 2011

Oh!!!~ Kau terpaksa, aku dipaksa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apa perasaan korang kalau korang dipaksa untuk melakukan sesuatu yang korang tidak suka kerana orang yang memaksa korang membuat perkara tersebut terpaksa untuk memaksa korang? Tak faham? Macam ni la... Saya bagi contoh ya... Emak korang memaksa korang membuat sampah sebab dia terpaksa memaksa korang buat macam tu walaupun kerana bau busuk sudah mula menghuni ruang rumah korang... Ada faham?

Dan itulah yang sedang 'aku dipaksa' itu rasakan... Siapakah 'aku dipaksa' tersebut, biarlah rahsia... Bila tersepit di antara 'kau terpaksa, aku dipaksa', apa tindakan yang harus diambil? Nak senang cerita, ikutkan sahajalah kemahuan Si Pemaksa a.k.a 'kau terpaksa'... Bukannya apa, cuma malas nak betegang urat dan bertikam lidah... Kalau dua2 pihak pun nak menang, jawabnya bermasam mukalah selepas ini...

Kadang2 sikap 'kau terpaksa' itu pun boleh membuatkan 'aku dipaksa' meluat... Dan mungkin juga 'kau terpaksa' pun meluat dengan 'aku terpaksa' sebab asyik nak berlawan cakap dengan dia... Senang cerita, sama2 meluat antara satu sama lain... Tapi tak boleh juga nak salahkan 'kau terpaksa' kerana dia mempunyai sebab untuk memaksa 'aku dipaksa'... Mungkin kerana 'kau terpaksa' telah dipaksa oleh seseorang a.k.a orang atasan untuk memaksa 'aku dipaksa' melakukan perkara tersebut...

Oh, sudah2lah saya berceloteh mengenai paksa memaksa ini... Kalau korang tak faham, buat2 faham sajalah... (^_____^)V


P/S : Oh, saya terpaksa dan telah dipaksa!~ (-_____-")

Wednesday, October 12, 2011

Oh!!!~ 10 peringatan Bumi!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Awas korang semua!~ Ini adalah pesanan oleh Bumi... Pesanan yang disampaikan melalui mimpi saya itu ada 10 kesemuanya dan Bumi telah menyuruh saya untuk menghebahkannya ke seluruh pelusuk dunia agar kita semua sentiasa beringat akan apa yang kita bakal hadapi kelak!~ Wah!~ Seram tak dengan intro saya? Hehe!~

Ok2... Serius (!) ini peringatan Bumi kepada kita yang kadang2 alpa dengan keindahan dunia kerana ia hanyalah palsu se-mata2... Perghhh!~ Ayat tak boleh blah!~ Kalau nak tahu, setiap masa Bumi ber-kata2 pada kita yang sering lalai ini, cuma kita sedar atau tidak sahaja... Telah berkata Anas Bin Malik R.A : "Sesungguhnya setiap hari Bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara...". Nak tahu apa perkara2 tersebut? Jom baca!~ :)


  • Wahai anak Adam!~ Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah (!), engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak...
  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan diazab di dalam perutku...
  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah (!), engkau akan menangis di dalam perutku...
  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan kecewa di dalam perutku...
  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan menyesal di dalam perutku...
  • Engkai makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan dimakan ulat di dalam perutku...
  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan dihina di dalam perutku...
  • Engkau berlari dengan riang di atas perutku, tetapi ingatlah (!), engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita...
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, tetapi ingatlah (!), engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku...
  • Engkau hidup di atas belakangku be-ramai2, tetapi ingatlah (!), engkau akan keseorangan di dalam perutku...
Faham tak murid2? Kalau tak faham, bolehlah bertanya kepada encik Bumi kita... Hanya 'dia' yang lebih mengerti akan peringatannya itu... Hei!~ Takkanlah peringatan seringkas itu pun tak faham? Terpulanglah kepada korang untuk mentafsirkan kata2 Bumi itu...

Gambar ihsan dari encik Google... (^_____^)V


P/S : Kadang2 nikmat di dunia sering membuatkan kita alpa...

Tuesday, October 11, 2011

Oh!!!~ All about bananas!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini saya nak ceritakan mengenai pisang... Mengenai khasiat pisang... Sebelum ini pun saya pernah menghasilkan satu entry mengenai pisang... Kepada yang nak review balik entry tersebut boleh klik DI SINI... Korang pun tahukan bahawa pisang merupakan buah tempatan Malaysia... Dan di dalam pisang itu sendiri mempunyai seribu satu khasiat!~ Dengan hanya memakan pisang, korang akan sentiasa sihat walafiat <--- ok, ini ayat menipu!~ :D Ok2, malas nak celoteh panjang, di bawah ini saya berikan khasiat2 yang terdapat di dalam sebiji pisang!~

TEKANAN : Merujuk kepada penyiasatan terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit2 tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas memakan pisang... Ini kerana pisang mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, megembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira...

PMS : Lupakan pil2 hospital dan apa yang perlu gadis2 di luar sana lakukan adalah dengan mengambil sebiji pisang!~ Vitamin B6 yang terkandung di dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah yang boleh mengembalikan mood korang... Kepada jejaka2 di luar sana, sekarang korang dah tahu nak buat apa kalau pasangan korang emo2 dengan korang semasa PMS!~ :D

ANEMIA : Merupakan sejenis penyakit di mana pesakit kekurangan sel darah merah atau hemoglobin... Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, di mana secara tidak langsung ia mampu membantu kes2 anemia...

TEKANAN DARAH TINGGI : Buat tropikal ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah... Potassium ataupun dikenali sebagai kalium merupakan mineral zat mikro yang penting dalam gizi manusia di mana ia membantu pengecutan otot dan pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh... Tak faham? Sila rujuk SINI...


KUASA MINDA : Wah!~ Bunyi macam hebat!~ Ini bukan kelebihan untuk membaca minda orang, ok!~ Kajian telah dibuat terhadap 200 orang pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat dan makan tengahari... Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar kalium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar2 itu lebih cekap (alert)...

PENGHADAMAN : Kandungan gentian yang tinggi membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar korang kalau ia diambil sebagai diet harian korang... Jangan sampai tercirit sudah la... :D

KELETIHAN : Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan adalah dengan membuat minuman pisang susu campur madu... Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu, dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula dapat memperbetulkan sistem hidrasi semulajadi kita...

PANAS JANTUNG : Korang pernah rasa seperti jantung korang dibakar? Kalau pernah, amalkan memakan pisang kerana ia mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan... Jadi, makanlah pisang untuk pemulihan yang baik...

DEMAM PAGI : Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi... Di sini, snek bukan bermaksud kerepek pisang, ok!~

GIGITAN NYAMUK : Ditekankan lagi sekali, GIGITAN NYAMUK dan bukannya gigitan cinta... Sebelum menggunakan krim gigitan cinta serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang... Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan cinta nyamuk dengan cara ini...

SARAF : Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf tunjang korang...

ULSER : Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita... Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita...

KAWALAN SUHU : Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu ke-dua2 fizikal dan emosi kepada ibu2 mengandung... Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool)... Cool gila kan? :D

KETAGIHAN ROKOK DAN TEMBAKAU : Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok... Vitamin B6, B12, potassium (kalium) dan magnesium yang terdapat di dalam pisang dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh... Tapi kalau nak cuba NIQUITIN pun boleh juga... :)

TEKANAN PERASAAN : Potassium merupakan bahan mineral vital yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air di dalam tubuh... Apabila seseorang menghadapi tekanan, kadar metabolisme akan naik dan akan menyebabkan kadar potassium menurun... Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan The Bananas dengan mendengar lagu2 mereka... (Iklan sekejap). :D

STROK : Mengikut kajian di dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!~ Lagi 60% saya tak tahu pergi mana...

LAIN2 PENYAKIT KULIT : Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang dan tampalkan bahagian dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau plaster bedah...

Di sini dapat disimpulkan bahawa pisang merupakan ubat semulajadi untuk pelbagai penyakit... Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali mineral lain... Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati...

Saya suka makan pisang!~ (^_____^)V

Pisang juga boleh dimasak dengan pelbagai cara... (^_____^)V


Segala gambar adalah bersumberkan Google... Segala intipati entry adalah bersumberkan sebuah diari Islam... Tetapi telah diolah 30%... (^_____^)V


P/S : Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus pada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering... Hasilnya menakjubkan!~ (^_____^)V

Tuesday, October 4, 2011

Oh!!!~ Apabila terkena badi menguap...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pernah tak apabila korang melihat orang menguap, korang pun akan ikut menguap? Oh, perkara ini selalu terjadi pada saya... Kalau saya membaca perkataan menguap, saya akan secara automatik menguap... Begitu juga kalau saya bayangkan di minda saya aksi2 rakan2 saya menguap... Haish!~ Rasa letih pula apabila menguap...

Eh2!~ Ada yang tak tahu apa itu menguap? Ish3!~ Di sini menguap dapat diertikan sebagai satu tindakan refleks di mana seseorang itu akan menarik nafas se-dalam2nya sehingga perut mengembung ke depan dan melepaskan kembali nafas tersebut sambil airmata berjujuran ke Bumi... Menguap terjadi apabila kita berada di dalam keletihan atau lebih tepat lagi, mengantuk... Saya pernah terbaca bahawa menguap terjadi kerana kurangnya oksigen di dalam otak dan paru2 kita... Selalunya, apabila saya mula menguap, saya akan keluar dari rumah untuk menhirup udara segar untuk mendapatkan oksigen dan menyegarkan badan...

Apabila menguap, terdapat adab2 yang perlu diikut... Pertama, wajiblah bagi  kita untuk menutup mulut dengan belakang tangan kiri semasa menguap... Ini kerana, apabila menguap seperti yang kita ketahui, syaitan akan turut masuk ke dalam badan kita... Dari Abu Said Al-Khudrim Rasulullah SAW bersabda : "Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau2 syaitan masuk...". Signifikan disuruh menutup mulut adalah supaya orang2 di sekeliling korang tidak akan terhidu bau mulut kita + terlihat 'benda'2 yang tak sepatutnya di dalam mulut kita...

Kedua, wajiblah bagi kita umat Islam untuk mengucapkan 'Astaghfirullah al'azim'... Ini kerana menguap adalah dari syaitan... Ketika kita menguap, syaitan akan mentertawakan kita... Maka untuk menghentikan kegembiraan syaitan yang direjam, eloklah kita mengucapkan ucapan2 tersebut... Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah SAW bersabda : "Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan... Apabila ada di antara kamu yang menguap, maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan...". (Riwayat Muslim). Di sini jelas menunjukkan bahawa menguap itu merupakan gangguan daripada syaitan...

Se-elok2nya kita menahan diri kita daripada menguap kerana perbuatan menguap itu dibenci Allah SAW... Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah SAW suka kepada bersin dan benci kepada menguap...". Dan apabila menguap, adalah makruh menghasilkan bunyi...

Tiba2 jadi ustazah pula... Dah alang2 menghasilkan entry menguap, apa salahnya diseltikan serba sedikit unsur2 agama... Tak gitu, Jah??? :D

Silalah tatap gambar ni lama2 supaya korang boleh menguap ber-kali2... (^_____^)V


P/S : Saya sudah letih menguap sepanjang menaip entry ini... Berapa kali korang menguap semasa membaca entry ini? Haha!~ (^_____^)V

Monday, October 3, 2011

Oh!!!~ Berikan saya peluang!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Oh cemburunya tengok kawan2 yang sama2 belajar masa Degree dulu sudah tamat Master masing2... Cemburu yang amat!~ Bila tengok mereka konvo untuk Master, mulalah timbul persoalan di dalam benak akal dan kotak fikiran, 'Kenapa aku tak sambung Master juga?'... Peluang sudah ada di depan mata, tapi saya lepaskan begitu saja... Saya pasti ramai rakan2 yang seangkatan saya turut membiarkan peluang keemasan itu berlalu pergi...

Orang2 tua ada berkata, 'peluang hanya datang sekali' dan 'peluang tak akan datang bergolek'... Tapi adakah kata2 gurindam tersebut masih relevan di zaman sekaranag? Mungkin ada benarnya kata2 tersebut kerana peluang yang terbaik tidak akan untuk kali kedua, kali ketiga, kali keempat, kali kelima, kali keenam dan kali2 seterusnya... Jadi manfaatkan peluang yang datang untuk pertama kali...

Tapi mungkin juga peluang yang datang untuk pertama kali itu bukan peluang yang terbaik untuk kita... Kerana itu wujudnya ayat yang berbunyi : 'Berikanlah dia peluang kedua'... Setiap orang layak untuk menerima peluang kedua... Peluang untuk membaiki kesilapan semasa diberikan peluang yang pertama...

Ada juga yang berkata, 'peluang kalau tak dikejar dan dicari, tak akan dapat'... Oh, kena mencari pula ya? Macam mana nak mencari peluang? Dengan hanya satu klik, peluang akan datang ber-golek2... Ya (!), pada zaman serba canggih yang sangatlah canggih tak hengat, hanya dengan satu klik, peluang akan terbentang luas bak saujana mata memandang di depan mata... Sebagai contoh, peluang pekerjaan... Cuma taip kerja apa yang ingin dicari, nah (!), be-ribu2 lemon peluang pekerjaan yang tersenarai... Cuma semuanya terletak pada hati kita, sama ada kita nak ataupun tidak...

Apa2pun, jangan diabaikan peluang yang ada di depan mata sekarang dan jangan lupa untuk terus mencari peluang2 yang terbaik demi masa depan hidup kita...

Akhir kata dari saya, 'Majulah sukan untuk negara!'. Ok, memang tak ada kena mengena... (^_____^)V



P/S : Peluang, beruang, wang... Blog saya berwajah baru!~ (^_____^)V
P/S : Tahniah kepada rakan2 ex-INTAFF yang telah habiskan Master!~ (^_____^)V