Friday, October 14, 2011

Oh!!!~ Kau terpaksa, aku dipaksa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apa perasaan korang kalau korang dipaksa untuk melakukan sesuatu yang korang tidak suka kerana orang yang memaksa korang membuat perkara tersebut terpaksa untuk memaksa korang? Tak faham? Macam ni la... Saya bagi contoh ya... Emak korang memaksa korang membuat sampah sebab dia terpaksa memaksa korang buat macam tu walaupun kerana bau busuk sudah mula menghuni ruang rumah korang... Ada faham?

Dan itulah yang sedang 'aku dipaksa' itu rasakan... Siapakah 'aku dipaksa' tersebut, biarlah rahsia... Bila tersepit di antara 'kau terpaksa, aku dipaksa', apa tindakan yang harus diambil? Nak senang cerita, ikutkan sahajalah kemahuan Si Pemaksa a.k.a 'kau terpaksa'... Bukannya apa, cuma malas nak betegang urat dan bertikam lidah... Kalau dua2 pihak pun nak menang, jawabnya bermasam mukalah selepas ini...

Kadang2 sikap 'kau terpaksa' itu pun boleh membuatkan 'aku dipaksa' meluat... Dan mungkin juga 'kau terpaksa' pun meluat dengan 'aku terpaksa' sebab asyik nak berlawan cakap dengan dia... Senang cerita, sama2 meluat antara satu sama lain... Tapi tak boleh juga nak salahkan 'kau terpaksa' kerana dia mempunyai sebab untuk memaksa 'aku dipaksa'... Mungkin kerana 'kau terpaksa' telah dipaksa oleh seseorang a.k.a orang atasan untuk memaksa 'aku dipaksa' melakukan perkara tersebut...

Oh, sudah2lah saya berceloteh mengenai paksa memaksa ini... Kalau korang tak faham, buat2 faham sajalah... (^_____^)V


P/S : Oh, saya terpaksa dan telah dipaksa!~ (-_____-")

4 comments:

  1. fenin sya yg terpakse bace oleh pemaksa..

    ReplyDelete
  2. berusaha untuk memahami..tp terpaksa buat2 faham..muehehe..aku terpaksa!!!

    ReplyDelete
  3. Cik Awien ---> Haha!~ Tak payah baca la Awien kalau pening... Nanti migrain pulak... (^_____^)V

    ReplyDelete
  4. Cik Dyla ---> Haha!~ Sis tak paksa!~ (^_____^)V

    ReplyDelete