Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Saya pasti dan pasti ramai anda2 di luar sana yang sering menerima jemputan secara
online... Tidak kiralah jemputan kahwin
ke, jemputan majlis hari lahir
ke, jemputan cukur jambul / akikah anak
ke, jemputan majlis berkhatan
ke dan sebagainya... Cara anda dijemput juga mungkin berbeza... Ada yang dijemput secara '
tagging' di mana anda di-
tag di dalam gambar kad kahwin dll tuan punya majlis, ataupun anda dijemput melalui
event... Oh ya, lupa pula... Di sini saya memfokuskan kepada jemputan yang diterima melalui laman sesawang '
Cinta Muka Buku' ya...
Di sini ada kebaikan dan keburukan jemputan secara maya... Saya
nak mulakan dengan keburukan yang tidak berapa
nak buruk sebenarnya... Sebenarnya tidak buruk pun, saya
nak betulkan ayat saya sebab macam
tak betul pula ayat saya
tu... Bukan kebaikan dan keburukan, tetapi kesan positif dan negatif...
Arghhh!~ Pandai2lah
korang terjemahkan sendiri...
Apa yang negatif melalui jemputan
online adalah, tuan punya majlis akan dianggap kurang sopan atau dengan erti kata lain, tidak beradab... Kita sebagai penduduk Malaysia telah ditanam dengan nilai2 murni... Jadi tidak salah untuk menjemput rakan2 atau saudara mara ke majlis yang akan diadakan dengan cara berhemah iaitu dengan mengirimkan kad, sama ada melalui pos atau bersemuka... Bukankah itu lebih beradab?
Sejak jemputan
online mula 'menapak' di laman sesawang '
Cinta Muka Buku', cara tradisi di dalam menjemput kenalan ke majlis seakan makin dilupakan... Mungkin nilai2 tradisi ini akan terhakis sedikit demi sedikit dengan penggunaan jemputan
online yang berleluasa... Harap2 jemputan secara tradisi tidak 'mati' begitu sahaja...
Dari sudut positif pula, jemputan
online ini amat menjimatkan masa, wang ringgit dan keringat
jantan... Bagaimana? Hanya dengan duduk di depan komputer / laptop /
notebook /
netbook / iPhone dll, hanya
create event, dan
publish!~ Semudah 1, 2, 3
Doremi, apa nak jadi, Alif Ba Ta A B C...
Tak perlu pening2 kepala
nak bajet duit untuk kos kad jemputan dan
tak perlu risau2 kalau ada yang tidak terjemput... Kalau di 'Muka Buku', rakan2 yang kita
tak pernah bertegur sapa pun akan turut menerima jemputan tersebut (kalau mereka tersenarai di dalam
friend's list la)...
Hanya tetapkan tarikh, jenis majlis, alamat majlis diadakan dan siapa yang ingin dijemput...
Mungkin ada segelintir mereka yang tidak kisah pun untuk menerima jemputan
online, kerana kegilaan mereka 'bercinta' dengan 'Muka Buku' selama ber-jam2 akan membuatkan mereka
alert dengan
event2 yang akan berlangsung... Bagaimana? Dengan adanya '
Upcoming Events'...
'Upcoming Events' amat membantu... Itupun kalau korang online tiap2 hari dan ALERT!~
Jemputan
online se-olah2 telah menjadi
trend zaman sekarang... Yang tua dan yang muda sama2 memanfaatkannya... Apa2pun, yang tradisi jangan dilupakan... Bak kata orang2 tua, '
tak lapuk
dek hujan,
tak lekang
dek panas'... Renung2kan dan selamat beramal... (^_____^)V
P/S : Tidak salah untuk memanfaatkan teknologi, tapi biarlah ber-pada2... (^_____^)V