Wednesday, August 17, 2011

Oh!!!~ Ceritera hari ketujuhbelas puasa : Kematian...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Malam tadi, sebelum memulakan solat sunat terawih, Imam membuat pengumuman bahawa selepas sembahyang terawih akan dilakukan sembahyang jenazah kerana salah seorang jemaah telah meninggal dunia pada petang semalam... Baru semalam saya publish satu entry yang bersangkut paut dengan kematian... Patutlah malam tadi jumlah jemaah wanita sangat sedikit... Daripada 5 saf pada malam2 sebelumnya, hanya tinggal 2 saf...

Selepas Imam membuat pengumuman, jemaah2 wanita yang ada saling berteka-teki antara satu sama lain, siapakah jemaah yang dimaksudkan... Saya tidak terkecuali... Saya biarkan pertanyaan di dalam hati saya tidak berjawab... Dan seperti malam2 sebelumnya, saya hanya membuat 8 rakaat solat sunat terawih... Semasa menuruni tangga surau, seorang jemaah wanita menegur Emak, dan daripada ceritanya mengenai si mati, saya macam mengenali si mati... Hampir kesemua jemaah wanita saya kenal... Dan saya andaikan bahawa jemaah wanita yang meniggal itu adalah seperti apa yang diceritakan oleh jemaah yang menegur Emak...

Garah dan Abah buat terawih sampai habis... Dan mereka melakukan solat jenazah sekali... Sejurus Farah memasuki bilik, saya bertanya :

Saya : Siapa yang meninggal?

Farah : Saudara kau...

Saya : Saudara aku? (Dalam keadaan bingung)

Setelah beberapa ketika, Farah membalas...

Farah : Ala... Yang duduk kat Taman Dahlia tu... Siapa tu... Isteri pakcik Zakaria... Makcik Rokiah punya kakak... Panggil Cik Kiah kan? Kakak Cik Kiah...

Nampaknya jawapan yang diberikan oleh jemaah wanita yang menegur Emak adalah salah... Darah saya terus berderau... Saya kenal si mati!~ Dia emak kepada kawan saya!~ Kawan satu kelas semasa sekolah rendah... Kawan yang merangkap saudara ber-pupu2... Semasa sekolah, kami tak pernah mengetahui yang kami saudara ber-pupu2... Pada tahun 2009 baru kami tahu... Itupun kerana majlis perkahwinan sepupu kami!~

Berbalik kepada cerita asal, setelah mengetahui siapakah si mati, saya terus on facebook untuk memastikan kesahihannya.... Dan ternyata ianya BETUL!~ Saya mula rasa menyesal kerana tidak membuat solat sunat terawih secara penuh dan melakukan solat jenazah...

Apa2pun, saya doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan solehah... Harap rakan saya itu tabah dalam menghadapi dugaan ini, lagi2 Syawal bakal menjelma...


P/S : Setiap yang hidup pasti akan mati... Insaf...

8 comments:

josrevalution said... [Reply]

salam sis nad..sedih bila ada kematian kan..walo pun hanya sepupu ke saudara ke..tapi tetap sedih..kg aku pun bru je mggu lepas ada kematian belah saudara juga tapi syg aku x dpt blk..so aku hanya blh brdoa je untuk si mati...n kpda sepupu sis tu sy ucapkan takziah pada semua kelurga dia semoga tabah menempuh..sis jom jenguk worldless aku yg first..hehe.. wordless-wednesday-1-aku-series

MamaEma said... [Reply]

Al-Fatihah untuk keluarga arwah...

aiEz said... [Reply]

Salam takziah,moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.Janji Allah itu pasti bila kematian tu tiba takkan terlewat walau sedetik pun..Hari ni sy banyak dgr berita kematian,kebetulan kwn sy pun kehilangan suami tercintanya..mmg kasihan,apa yg termampu tabah dgn dugaan..dan doakan utk kesejahteraan arwah...

Henry Zackery said... [Reply]

al-fatihah...
cerita puasa nie memang menarik, jgn lupa update entry cerita puasa nie sampai habis puasa tau :) terbaek

Kerja Paling Disukai Lelaki

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : Ye Jo.... Thanks ye...

SiS NaD said... [Reply]

Puan MamaEma : Al-Fatihah...

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Aiez : Kematian itu akan menjemput bila tiba saatnya...

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Henry : Al-fatihah....