Saturday, July 2, 2011

Oh!!!~ Selamat datang 'ahli' baru!~ (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam, kami satu keluarga mendapat 'ahli' baru... Tak tahu nak cakap macam mana... Teruja sangat2... Dah la handsome nak mamp*s... Hai... Sangat2 terpikat dengannya... Memang kacak menarik 'dia' memang da bomb la!~ Mula2 saya jumpa 'dia' semalam, semasa pulang dari kerja... Agak malu2 jugalah... Yelah, baru pertama kali berjumpa...

Lepas sembahyang Asar semalam, saya terus duduk di hadapan 'dia' sambil merenung tajam ke arah 'dia' tanpa berkelip sesaat pun... Sebab orang kata, pandangan pertama itu rezeki... Kalau dah berkelip, dah kira pandangan kedua... So nak taknak, mata saya tak boleh berkelip walau sekali pun... Saya tak tahu apa perasaan 'dia' tatkala itu... Oh, terlalu indah dunia ini dirasakan...

Tetapi, apabila di-risik2, rupa2nya 'dia' adalah milik Emak saya... What??? Emak main kayu tiga di belakang Abah??? Ini tidak boleh jadi ni... Bila sudah tahu 'dia' adalah milik Emak, saya berjauh hati... Tapi kadang2 saya ada jugak sentuh2 'dia'... Tapi bila Emak nampak, Emak tidak pula marah pada saya... Pelik bin Ajaib!~

Ok2, yang sebenarnya, Emak telah membeli televisyen baru untuk keluarga kami... Emak yang beli, ok!~ Sebab masa hari Khamis, satu malam kami tidak menonton televisyen kerana televisyen sudah rosak... Tidak sangka pula Emak nak beli televisyen baru untuk kami... Kenapa bukan Abah yang beli? Emak ceritakan pada saya, semasa Abah dan Emak memilih televisyen baru di salah sebuat kedai perabot yang agak popular, Abah berkata, "Awaklah yang bayar... Awak yang nak tengok televisyen... Saya tak tengok televisyen...". Nasib baik Emak tidak kisah mengeluarkan sedikit wang untuk hiburan kami sekeluarga... Huhu!~ (^_____^)V

Gambar tidak menunjukkan bentuk rupa televisyen yang sebenar...


P/S : Janganlah ada barang2 dalam rumah yang rosak...

10 comments:

Razil Tahir said... [Reply]

Yeah TV baru!!!!!
boleh tengok Naruto!

josrevalution said... [Reply]

salam sis..er ingat kan betul2 emak sis tu main kayu 3..rupa2nya tv plak.hahaha..pandai lah ko berlawak...hehe..wow pasti tv yang 64ic tu kan?..antara icon-icon facebook yang mungkin anda belum tahu

EZAN IDMA said... [Reply]

ingtkan bwk menntu baru td hehehe

ghab van hal said... [Reply]

mesti best tv baru kan???kekeke..

d_LA said... [Reply]

wahhhh..besarnya telebisen baru dia..hehe..bgus la emak nad x berkire pun kan..best2

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Razil : Sis tak suka Naruto... Tapi adik2 Sis suka... (-_____-")

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : W'salam Jo... Haha!~ Minta dielakkan la... Takdela samapi 64 inci... Tu besar sangat... Huhu!~

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ezan Idma : Anak2nya belum ada calon la... Huhu!~

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Ghab : Bukanla... TV lama yang baru dibeli... Huhu!~

SiS NaD said... [Reply]

Cik Dyla : Tula pasal... Kembang kempis je hidung ni dapat TV baru... Mak Sis memang tak berkira... (^_____^)V