Friday, July 8, 2011

Oh!!!~ Pretty Girl VS Ugly Girl...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Wah!~ Entry mengenai kaum Hawa lagilah... Sudah dua hari saya buat entry mengenai mereka... Eh, macamlah saya ni bukan perempuan nak sebut2 'mereka' pulak kan... Huhu!~ Ok, entry kali ini saya nak tunjuk perbandingan di antara gadis yang cantik menarik mereka memang da bomb macam Jennifer Lopez versus gadis2 kurang cantik macam Betty La Fea... Bukan nak me-laga2kan di antara mereka, tetapi nak saling membukakan pekung di dada mata korang2 di luar sana...

J. LoNad VS BettyNad... (^_____^)V

Di Dunia Blog :

Gadis cantik akan mempunyai follower yang ramai tahap BE dapat RM14K sebulanlah... Kalau mereka buat entry pasal kucing nak beranak pun akan mendapat 100 komen dalam masa 10 saat sahaja... Hebat tak hebat mereka tu?

Gadis kurang cantik pula follower mereka boleh dikira dengan jari... Ada tu yang tak sampai 10 jari tanganlah... Eh, bukan jari mereka cacat tapi bilangan follower mereka tak sampai 10 orang pun... Lepas tu komen tu, dalam sehari pun susah nak dapat...

Kesimpulannya, yang kurang cantik ni kenalah mekap tebal2 lepas tu tempek kat header... Pastikan gambar kat header tu penuh dan memerlukan blogger lain scroll ke bawah untuk jumpa your latest entry... Lepas tu, rajin2lah promote blog (ping blog) di fanpage blogger di Facebook... Huhu!~

Di Facebook :

Gadis cantik akan mempunyai ramai kawan sampaikan orang lain nak add tak boleh dah... Sebab dah penuh (full)... Kadang2 tu kawan2 yang terdapat dalam friend's list dorang tu bukannya dorang kenal pun... Entah apa yang dikejar pun saya tak tahu... Mungkin nak tunjuk yang mereka mempunyai kawan dunia akhirat yang me-lampau2 banyaknya... Kalau mereka post 'Bosanlah', maka ber-pusu2lah jejaka yang teruna dan yang sudah jadi bapak orang memberikan komen... Kadang2 tu kalah Oh! Media tau!~ :p

Gadis yang kurang cantik pula mempunyai kawan2 di kalangan kawan2 sekolah rendah, menengah, universiti dan pejabat... Maksudnya rakan2 di dalam freind's list mereka tu hanyalah orang2 yang mereka kenal... Kalau mereka post 'Bosanlah', jangan haraplah ada yang nak komen... Kalau ada komen yang terlepas, mungkin itu adalah dari kawan baik mereka... Hehe!~

Kesimpulannya, kawan2 gadis yang kurang cantik adalah amat sedikit... Hehe!~

Di Alam Realiti :

Gadis cantik sentiasa menjadi dan menarik perhatian sama ada dari kaum Adam mahupun Hawa... Oh, saya pun tidak terkecuali kerana saya suka tengok perempuan yang cantik dan itu bukan bermakna saya seorang lesbian... Kalau gadis cantik lalu depan si jejaka, mesti akan diusik sama ada si jejaka membuat suara cencorot atau bersiul lagu 'Tepuk Amai2'... Kalau tak pun, si jejaka sanggup ber-peluh2 busuk se-mata2 nak pulangkan dompet gadis cantik yang tercicir, siap sanggup redah kesesakan lalulintas la senang cakap (sila refer iklan deodorant lakonan Remy Ishak)...

Gadis kurang cantik pula kurang mendapat perhatian... Pergi mana2 tiada jejaka yang cuba nak mengayat... Oh, tidakkah si jejaka di luar sana memahami perasaan mereka? Mereka pun ingin merasa bagaimana perasaan apabila cuba di ngorat... Tapi ada segelintir di kalangan mereka tak hadap pun dengan si jejaka seperti itu kerana mereka kata si jejaka seperti itu tiada adab... Opsss!~ Bukan saya kata, mereka yang kata... Hehe!~

Kesimpulannya, gadis cantik ramai 'peminat'...

Dari Segi Penampilan :

Gadis cantik lebih kepada show off... Opsss!~ Jangan ada yang terasa ya... Ini dari pemerhatian sayalah... Mereka lebih suka mengenakan mekap tebal lima belas inci padahal mereka tak memerlukan pun mekap tebal bagai tu sebab mereka sudah dikurniakan dengan wajah yang cantik... Tapi ada satu fakta mengatakan bahawa kulit yang sihat juga memerlukan mekap... Cukup sekadar memakai bedak dan gincu bibir... Lagi satu, pemakaian mereka, mak aih, seksi... Bergetar jiwa dan raga saya melihatnya... Tapi segelintir je la...

Bagi gadis kurang cantik, mereka juga tak terkecuali dengan mekap tebal bagai... Nak tutup kekurangan yang ada pada wajah merekalah katakan... Mereka pun punya perasaan nak jadi vogue da vass... Cuma kadang2 mekap mereka terlalu tebal sehinggakan 'mencacatkan pemandangan'... Tapi dari segi pemakaian, mungkin lebih ke arah kesopanan... Tapi ada juga segelintir di kalangan mereka yang ingin menjadi vogue da vass dari segi pemakaian... Cuba bayangkan... (-_____-")

Kesimpulannya, tak perlu la gadis cantik dan kurang cantik terlalu mengenakan mekap dan berseksian berlebihan...

Kesimpulan keseluruhan, tiada yang sempurna di muka Bumi ini... Kecantikkan sebenar terletak pada hati (ini merupakan ayat yang sangat cliche)... Apa2 pun, cantikkanlah wajah anda dengan 'kesejukan' air wuduk...


P/S : Saya tidaklah terlalu cantik dan tidak juga terkurang cantik... (^_____^)V

24 comments:

Far8 budak baik said... [Reply]

kalau lelaki ensem kann...
aku tak dapat jadi macam gitu punn..
hahahahaha =p...
tak aci ar manU beli player powe2..
arsenal byk player kluar grrrr

Unknown said... [Reply]

setuju !!! :D hehe..

Namee Roslan said... [Reply]

hey... :)

bagi saya, semua org cantik. terpulang pada taste individu tu sendiri. yela mana ada makhluk Allah yang tak cantik kan. :) semua nya sempurna.

tentang blog, emm,,bg saya penulisan itu penting..mula2 start blog dah kena tulis kaw2 untuk buat org yakin. then dr situ org mula tertarik dan nk terus dtg ke blog.

then lepas tu kalau nk cerita hal kucing pun org baca juga sbb dah ada pembaca setia.

tp ini sekadar pandangan saya je. yg saya perhatikan dr blogger2 famous. :)

neway, txs bg link.. :) saya suka membaca :)

hey saya namee roslan. salam kenal :)

Anonymous said... [Reply]

hahaha , 'lawa editing MU tuh .. hahah
http://muhammadaliafandy.blogspot.com/

zaty faisol said... [Reply]

haha. yg penting kalau dah cantik luar tu dalam pon biar lah cantik.
ni muka cantik, tp hati??
:)

arituarini said... [Reply]

terbaik...tk semua mcm tu... janji hati mau baik... kih kih kih

yaya_flanella said... [Reply]

maknanya saya kurang cantik. -.-

kadang2 cantik atau tak tu semua tak penting. bergantung kepada penulisan mereka. get in dgn semua bloggers then awak tahu. ;)

Zulfahmi Abidin said... [Reply]

so yang cantik mak aku je. sbb mak aku takde blog.takde pesbuk. mak aku di alam nyata. patotlah takde pompuan yg aku terpikat. #foreveralone

lady-D said... [Reply]

sis nad pun chanteq gak..engkau yang chanteq, engkau yg manis, engkau yg manja..bg dla sume org cantik, apa yg perlu keyakinan diri tu penting..tp ada jugak blog yg x perlu tepek muka byk2, tp ttp org suka baca..

Unknown said... [Reply]

cantik itu bukan pada rupa. terpulang pada yg menilai :)

AnakPakZohar said... [Reply]

cantik luaran nak buat ape.. bukan kekal sampai tua.. hati tu yang penting.. =)

Ghab Van Hal said... [Reply]

kalau cantik luar, x cntik dalam apa guna kan???kekeke...

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Farid : Haha!~ Hensemkah anda? Hehe!~ Man U kan terbaik... Player pun terbaik la... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Deen : Setuju!~ Haha!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Namee : Memang betul apa yang dikatakan tu... Tapi itu semua lumrah kehidupan... Tak dapat nak lari walaupun dimana kita berada... Thanks atas pendapat Cik Namee... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Tentang Aku : Selawa tuan punya blog!~ Haha!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Zaty : Betul2... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Arul : Yezza!~ You r right dear.. Tapi itu kenyataan cliche... Huhu!~

SiS NaD said... [Reply]

Cik Yaya : Thanks for your opinion... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Zulfahmi : Semua ibu di dunia adalah cantik!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Dyla : Haha!~ Jangan puji Sis... Tapi itu semua pandangan masing2... Ini adalah pandangan Sis... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ezan Idma : You r right my dear... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Yad : Betul tu... Dah tua, muka berkdeut jugak... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Ghab : betul tu... (^_____^)V