Thursday, July 14, 2011

Oh!!!~ Warna warni hari2...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini saya nak berikan tips berpakaian... Bukan tips cara berpakaian tapi tips mengenai warna2 yang patut dipakai pada setiap hari... Terima kasih kepada adik saya, Fatin kerana 'mengingatkan' saya untuk membuat entry ini... Sudah lama bertangguh!~ Uhhh!~ Ok2, saya pun tak mahu berceloteh panjang... Di bawah ini saya senaraikan warna baju yang patut dipakai dari hari Isnin sehingga Ahad...


Isnin : Warna Putih


Warna putih dapat mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan azam yang baru... Biasanya pada hari Isnin inilah kita akan menyelesaikan kerja2 yang tertunggak dan dengan memakai pakaian berwarna putih InsyaALLAH kita dapat bekerja dengan lebih efisyen dan kreatif... Dari segi Sains, warna putih dapat merangsang kalenjar pineal dan kalenjar pituitari... Oleh itu, wajiblah bagi sesiapa yang bekerja untuk tidur awal pada hari Ahad supaya dapat bangun dengan bersemangat untuk pergi kerja pada hari Isnin... Jangan tanya saya apa itu kalenjar pineal dan kalenjar pituitari sebab saya malas nak google... (^_____^)V


Selasa : Warna Merah Jambu (Pink)


Ini merupakan warna kegemaran Yus dan Tokey dari kumpulan Jambu... Bak kata mereka, 'muka legend tapi hati cute'... Saya pasti ramai gadis2 di luar sana menyukai warna ini tetapi saya tidak suka warna ini... Warna merah jambu merupakan warna kasih sayang dan hari Selasa merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi dan meluahkan perasaan kepada pasangan... Bukan meluahkan perasaan benci, ok, tetapi perasaan kasih sayang... Apabila memakai pakaian berwarna merah jambu, kuasa untuk memujuk seseorang akan bertambah kuat... Bukan bermaksud pada hari Selasa korang suka2 hati bergaduh dengan seseorang, kemudian dengan suka2 hati memujuk mereka semula...


Rabu : Warna Biru


Oh, ini adalah warna kegemaran saya!~ Menurut Sains, warna biru dapat merangsang kalenjar tiroid dan merembeskan hormon throxine kepada paras yang optimum... Sila rujuk google untuk mengetahui apa itu throxine dan kalenjar tiroid... Hormon throxine dapat menjadikan segala yang dihasratkan hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata2... Jadi, apabila terasa diri nak bercakap banyak2, tunggulah pada hari Rabu, pasti korang tak akan kekeringan idea... Bercakaplah sampai berbuih mulut, mesti korang akan rasa puas...


Khamis : Warna Kuning / Oren


Warna kuning amat penting untuk sistem penghadaman... Ini kerana asid folik dihasilkan dengan banyak pada hari Khamis berbanding hari2 biasa... Jadi, korang dinasihatkan untuk tidak makan terlalu banyak sehingga membuncitkan perut yang sedia buncit supaya sistem penghadaman dapat berjalan dengan lancar pada malam hari... Maka, hari Khamis amatlah sesuai bagi mereka yang ingin berdiet kerana kandungan asid urik, lemak dan protein dapat dipecahkan dan ditukarkan menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak... Lagi satu (!!!), warna oren  pula dapat merangsang kesuburan lelaki dan wanita... Jadi hari Khamis amatlah sesuai bagi mereka yang sudah bernikah untuk merancang zuriat...Hanya untuk mereka yang sudah bernikah, ok!~  (^_____^)V


Jumaat : Warna Hijau


Warna hijau ni dapat merangsang fungsi jantung dan paru2... Jadi, sangat sesuai kalau kita melakukan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah kerana pada hari Jumaat oksigen paling banyak dibebaskan oleh aktiviti klorofil tumbuhan hijau dan ianya berlaku satu jam setelah matahari tergelincir ke Barat (satu jam setelah atau ketika solat Jumaat)... Jadi, kepada kaum Adam, anda digalakkan memakai baju melayu atau kemeja warna hijau semasa solat Jumaat...


Sabtu : Warna Merah


Warna ini menyamai bahagian usus, otot, darah dan saraf dan organ2 ini paling banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh... Hari Sabtu merupakan hari yang amat sesuai untuk keluar bersosial, bersukan dan melakukan aktiviti2 lasak... Jadi, pemakaian warna merah dapat merangsang fungsi organ2 tersebut untuk rawatan fizikal tubuh...

Ahad : Warna Hitam

Warna ini dapat mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan... Jadi, kalau rasa taknak kuasa2 jahat menguasai diri, pakailah pakaian yang berwarna hitam pada hari Ahad kerana kuasa2 jahat hanya akan menyerng pada hari Ahad... Tak percaya? Cuba buka Astro Ceria, sepanjang hari ditayangkan cerita Ultraman yang menentang kuasa jahat...


P/S : Confirm esok ramai officemates saya pakai baju warna hijau... (Bajet diorang baca blog saya la...) Huhu!~ (^_____^)V

16 comments:

Unknown said... [Reply]

saye suke merah hehee

Unknown said... [Reply]

salam sis nad......eham..hehe..rupanya kita nie sama warna fav yer..hahaha....uis...patut ke kena pakai pakaian berlainan warna setiap ari?..hehe..ntah lah..tp kalo aku x tntu..

Syazwan said... [Reply]

suka warna hijau. kiranya sihat la ni? ^_^"


jom terjah blog sy lak

Yatt S. said... [Reply]

sekarang ni suka sangat pakai baju kaler merah. menonjol. hehehe. eh kenapa warna turqoise tak masuk?

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

lady-D said... [Reply]

boleh try ni...tp isnin kdg2 kene pakai baju korporat kaler biru..hehe..

Ku Azhar said... [Reply]

nk pink! hehehe

Unknown said... [Reply]

xde bju kolor pink ngan oren.. huhu..

arituarini said... [Reply]

suka biruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ezan Idma : Sis suka merah jugak... Sebab Manchseter united!~ Hehe!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : Tak salah untuk mencuba kan? Tapi Sis pun tak pakai pun ikut hari... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Syazwan : Kamu nampak sihat!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Miss Y : Merah itu cantik... Turqoise tu lebih kurang biru la kan? Hehe!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Dyla : Takpe... Sekadar info bersama je... Tapi tak salahkan untuk mencuba... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Ku Azhar : Erkkk... Haha!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Saiazuan : Takpe... Boleh cuba warna lain... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Arul : Sis pun samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... (^_____^)V