Wednesday, July 13, 2011

Oh!!!~ Kenapa perlu menipu???

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Nadiah Muhammad kembali lagi dengan entry terbaru... Salam ukhuwah dihulurkan buat semua... Setelah 3 hari tiada sebarang update di blog saya, hari ini, kerana adanya masa terluang, maka saya dengan segala hormatnya saya mempersilakan diri saya untuk membuat entry baru... (Terluanglah sangat!~ Esok siaplah kamu wahai Nadiah!~)

Nak tanya ni... Korang pernah ditipu? Atau korang pernah menipu? Oh, kalau tanya saya, jawapan saya adalah ya bagi soalan pertama... Dan tidak untuk soalan kedua... Korang percaya ke saya tak pernah menipu? Haha!~ Apa korang rasa apabila ditipu? Mestilah korang rasa marah, bengang, sedih dll... Dan apa korang rasa apabila menipu? Mestilah korang rasa puas, gembira , rasa diri terselamat dll...

Bukan LI-YAR, tapi LAI-YER... (^_____^)V


Di entry ini, saya ingin huraikan mengapa korang ditipu dan mengapa korang menipu... Pertama, kerana ingin menutup kesalahan... Contohnya korang telah membuat satu kesilapan yang besar tetapi apabila ditanya, korang menafikan kesilapan tersebut berpunca dari diri korang... Dan tidak se-mena2 orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung kesalahan tersebut... Oh, ini adalah perbuatan yang amat tidak patut kerana sanggup menganiaya orang2 yang tidak bersalah...

Kedua adalah kerana untuk tidak mengecewakan seseorang... Contohnya korang sedang berpacaran dengan seseorang... Kemudian dalam pada masa yang sama, korang berjumpa dengan orang lain yang lebih serasi... Kemudian korang meminta untuk memutuskan perhubungan dengan pasangan pertama tetapi sebab yang korang bagi adalah kerana korang terpaksa menurut pilihan pasangan yang ditentukan oleh orang tua... Contoh lain, korang ada penyakit serius yang boleh membawa maut dan korang meminta untuk memutuskan perhubungan dengan pasangan dengan menyatakan bahawa korang terpaksa ke luar negara kerana mengikut family dan tidak percaya dengan hubungan jarak jauh, padahal korang taknak kecewakan pasangan korang dan taknak pasangan korang menderita apabila korang 'pergi' meninggalkan dia...

Sebab ketiga adalah untuk sembunyikan kebenaran... Contohnya korang (perempuan) berkawan dengan seseorang (lelaki) dan lelaki tersebut menyatakan bahawa dia masih bujang, padahal dia sudah berumahtangga... Tetapi disebabkan dia mengalami pergolakan rumahtangga maka dia mencari pasangan  baru (korang) tanpa berterus terang mengenai status perkahwinannya... Di situ, dia telah menipu untuk menyembunyikan status perkahwinannya kerana telah terpaut dengan korang... Dan dalam masa yang sama, dia sedang di dala proses penceraian dengan isterinya...

Di sini saya nak ingatkan bahawa menipu itu adalah suatu perbuatan yang salah di sisi agama (berdosa)... Tetapi menipu juga kadangkala boleh menjadi wajib kerana sebab2 tertentu... Antaranya adalah kerana jika seseorang itu bercakap benar maka akan mendatangkan bahawa kepada nyawa orang2 yang tidak berdosa... Maka menipu untuk menyelamatkan nyawa orang tidak berdosa adalah wjib...

Dan kadangkala menipu juga  menjadi harus... Ini kerana ianya adalah untuk menghalang dua pihak dari bersengketa sehingga mencetuskan peperangan dan untuk medamaikan dua pihak yang bersengketa, termasuklah pasangan suami isteri...


P/S : Tipu sunat??? No komen... (^_____^)V

14 comments:

josrevalution said... [Reply]

salam sis nad,ehem..kalo ekut aku pnya pnglmna memang aku dah bnyak kali menipu...tapi menipu ada tmpatnya..bukan main tpu betul...hehe..relaxkan minda anda dengan lawak ini!!..

EZAN IDMA said... [Reply]

pernah jugak menipu, tp bukan lah utk kenekan org

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

ada baik dan buruk bila menipu nie.
depends pada situasi.kan?

fyna said... [Reply]

hurm.fyna setuju.
:(

farahdafghi said... [Reply]

kadang2 mmg terpkse menipu. mmg rasa bersalah tpi xleh nk buat apelah

saiazuan said... [Reply]

kdng trpaksa menipu untuk kebaikn.. tp dah nama menipu, jadi menjadi kesalahan kalau menipu.. jadi perlu ke menipu? :)

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : W'salam Jo... Semua orang pun pernah menipu... Sis pun... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ezan Idma : Bagus... Jangan aniaya orang... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Syazwan.. You r right... Tapi kalau boleh elakkan dari menipu... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Fyna : Jangan masam2... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Farah : Sis pun sama jugak... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Saiazuan : Perlu untuk menyelamatkan orang yang teraniaya... (^_____^)V

Nurul Fazdasima Omar said... [Reply]

saya juga pernah menipu.. menipu sbb tk nk ingat pkr yg lepas.. huhuhu..

SiS NaD said... [Reply]

Cik Nurul : Hehe!~ Lepas tu mesti cari alasan untuk cover kan? :|(^_____^)V