Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Wah!~
Entry mengenai kaum Hawa lagilah... Sudah dua hari saya buat
entry mengenai mereka... Eh, macamlah saya
ni bukan perempuan
nak sebut2 'mereka'
pulak kan...
Huhu!~ Ok,
entry kali ini saya
nak tunjuk perbandingan di antara gadis yang cantik menarik mereka memang
da bomb macam Jennifer Lopez versus gadis2 kurang cantik macam Betty La Fea... Bukan
nak me-laga2kan di antara mereka, tetapi
nak saling membukakan
pekung di dada mata
korang2 di luar sana...
J. LoNad VS BettyNad... (^_____^)V
Di Dunia Blog :
Gadis cantik akan mempunyai
follower yang ramai tahap BE dapat RM14K sebulanlah... Kalau mereka buat
entry pasal kucing
nak beranak pun akan mendapat 100 komen dalam masa 10 saat sahaja... Hebat
tak hebat mereka
tu?
Gadis kurang cantik pula
follower mereka boleh dikira dengan jari... Ada
tu yang
tak sampai 10 jari tanganlah... Eh, bukan jari mereka cacat tapi bilangan follower mereka
tak sampai 10 orang pun... Lepas
tu komen
tu, dalam sehari pun susah
nak dapat...
Kesimpulannya, yang kurang cantik ni kenalah mekap tebal2 lepas tu tempek kat header... Pastikan gambar kat header tu penuh dan memerlukan blogger lain scroll ke bawah untuk jumpa your latest entry... Lepas tu, rajin2lah
promote blog (
ping blog) di
fanpage blogger di
Facebook...
Huhu!~
Di Facebook :
Gadis cantik akan mempunyai ramai kawan sampaikan orang lain
nak add tak boleh
dah... Sebab
dah penuh (
full)... Kadang2
tu kawan2 yang terdapat dalam
friend's list dorang tu bukannya
dorang kenal pun... Entah apa yang dikejar pun saya
tak tahu... Mungkin
nak tunjuk yang mereka mempunyai kawan dunia akhirat yang me-lampau2 banyaknya... Kalau mereka
post 'Bosanlah', maka ber-pusu2lah jejaka yang teruna dan yang sudah jadi bapak orang memberikan komen... Kadang2
tu kalah Oh! Media
tau!~ :p
Gadis yang kurang cantik pula mempunyai kawan2 di kalangan kawan2 sekolah rendah, menengah, universiti dan pejabat... Maksudnya rakan2 di dalam
freind's list mereka
tu hanyalah orang2 yang mereka kenal... Kalau mereka
post 'Bosanlah', jangan haraplah ada yang
nak komen... Kalau ada komen yang terlepas, mungkin itu adalah dari kawan baik mereka...
Hehe!~
Kesimpulannya, kawan2 gadis yang kurang cantik adalah amat sedikit...
Hehe!~
Di Alam Realiti :
Gadis cantik sentiasa menjadi dan menarik perhatian sama ada dari kaum Adam mahupun Hawa... Oh, saya pun tidak terkecuali kerana saya suka tengok perempuan yang cantik dan itu bukan bermakna saya seorang lesbian... Kalau gadis cantik lalu depan si jejaka, mesti akan diusik sama ada si jejaka membuat suara cencorot atau bersiul lagu 'Tepuk Amai2'... Kalau
tak pun, si jejaka sanggup ber-peluh2 busuk se-mata2
nak pulangkan dompet gadis cantik yang tercicir, siap sanggup redah kesesakan lalulintas
la senang cakap (sila
refer iklan
deodorant lakonan Remy Ishak)...
Gadis kurang cantik pula kurang mendapat perhatian... Pergi mana2 tiada jejaka yang cuba
nak mengayat... Oh, tidakkah si jejaka di luar sana memahami perasaan mereka? Mereka pun ingin merasa bagaimana perasaan apabila cuba di
ngorat... Tapi ada segelintir di kalangan mereka
tak hadap pun dengan si jejaka seperti itu kerana mereka kata si jejaka seperti itu tiada adab...
Opsss!~ Bukan saya kata, mereka yang kata...
Hehe!~
Kesimpulannya, gadis cantik ramai 'peminat'...
Dari Segi Penampilan :
Gadis cantik lebih kepada
show off...
Opsss!~ Jangan ada yang terasa ya... Ini dari pemerhatian sayalah... Mereka lebih suka mengenakan mekap tebal lima belas inci padahal mereka
tak memerlukan pun mekap tebal bagai
tu sebab mereka sudah dikurniakan dengan wajah yang cantik... Tapi ada satu fakta mengatakan bahawa kulit yang sihat juga memerlukan mekap... Cukup sekadar memakai bedak dan gincu bibir... Lagi satu, pemakaian mereka, mak
aih, seksi... Bergetar jiwa dan raga saya melihatnya... Tapi segelintir
je la...
Bagi gadis kurang cantik, mereka juga
tak terkecuali dengan mekap tebal bagai...
Nak tutup kekurangan yang ada pada wajah merekalah katakan... Mereka pun punya perasaan
nak jadi
vogue da vass... Cuma kadang2 mekap mereka terlalu tebal sehinggakan 'mencacatkan pemandangan'... Tapi dari segi pemakaian, mungkin lebih ke arah kesopanan... Tapi ada juga segelintir di kalangan mereka yang ingin menjadi
vogue da vass dari segi pemakaian... Cuba bayangkan... (-_____-")
Kesimpulannya,
tak perlu
la gadis cantik dan kurang cantik terlalu mengenakan mekap dan berseksian berlebihan...
Kesimpulan keseluruhan, tiada yang sempurna di muka Bumi ini... Kecantikkan sebenar terletak pada hati (ini merupakan ayat yang sangat
cliche)... Apa2 pun, cantikkanlah wajah anda dengan 'kesejukan' air wuduk...
P/S : Saya tidaklah terlalu cantik dan tidak juga terkurang cantik... (^_____^)V