Sunday, July 10, 2011

Oh!!!~ Jom berlawan dengan Am......!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Oit2!~ Bukan berlawan dengan AMBIGA tetapi berlawan dengan AMARAH... (^_____^)V

Hari ini mood nak jadi ustazah... Kenapa, tak percaya ke? Sekali sekala saling berkongsi info dan maklumat, tak salah kan? Ok2, kali ini saya nak kongsi tips untuk melawan AMARAH!~ Siapa tu AMARAH? AMARAH tu bukan siapa2 tetapi ia merupakan satu sifat atau perasaan yang amat negarif dan patut dielakkan... Singkatan kepada amarah adalah marah... Perasaan marah ni bila sudah menguasai diri, maka makhluk berapi itu akan menghasut dengan menghantar bola2 apinya kepada kita maka marah kita akan makin ber-api2... Bila sudah ber-api2, itu yang berlakunya kejadian suami sepak tendang terajang isteri, budak2 sekolah yang berjantinakan 'betina' saling tarik menarik rambut dan tudung sebab berebutkan 'jantan', adik beradik di dalam sebuah keluarga saling belasah membelasah dan mencurahkan asid (tidak terkcuali juga ibu dan bapa) dan macam2 lagilah...

Untuk menghilangkan atau mengawal sifat marah yang mem-buak2 di dalam hati, ada 4 cara... Ini adalah daripada pengalaman saya sendiri... Kalau ada sesiapa yang ingin menambah dan ingin berkongsi tips, dipersilakan... Sharing is caring... (^_____^)V

Cara pertama dan diakui mujarab adalah dengan mengambil air sembahyang... Tidak dinafikan cara ini amat berkesan... Sebab apa amat berkesan? Kerana apa yang kita tahu, sifat marah itu datangnya dari makhluk berapi itu kerana dia yang menghasut seseorang untuk berasa marah, dan apabila kita mengambil air sembahyang, maka berlarilah makhluk itu untuk menghindari diri kita kerana takut mati... Yelah, kalau air disimbah pada api, maka terpadamlah api itu... Ini merupakan teori saya dan tidak ada kena mengana dengan fakta2 dari mana2...

Cara kedua adalah dengan bertistighfar... Beristighfarlah banyak2 tatkala perasaan marah mula hadir dalam diri... InsyaALLAH, perasaan marah tersebut akan lenyap... Apabila kita beristghfar, akan mengingatkan kita pada Allah SWT... Selain itu, kita juga boleh membawa Ta'awwuz (A'uzubillahi minas syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan...

Cara ketiga adalah dengan memikirkan perkara2 yang positif... Dan fikirkan kesan daripada sifat marah kita itu... Contohnya jika kita marah dengan bos di tempat kerja, mungkin bermula dari saat itu kita akan mula bencikan bos dan tidak akan mempunyai hubungan yang baik dengan bos... Lantaran daripada itu, kita susah nak naik pangkat... (Ok, memang huraian saya itu macam tak logik)... Jika kita sentiasa memmikirkan perkara2 positif, se-kurang2nya ia akan menenangkan diri kita yang sedang marah...

Cara keempat adalah tidur... Ini merupakan jalan terakhir... Dengan tidur, hati kita akan tenang kerana sifat marah tersebut tidak akan terus2an 'mencucuk' kita... Kalau tidak boleh tidur, pura2 tidur pun tidak mengapa... Hehe!~ Tapi jangan pula kalau korang keluar dengan pasangan di shopping complex, dan korang bergaduh dengan pasangan, korang terus tidur di shopping complex itu... Fikir logik ya sebelum melakukannya...

Saya nak tambah lagi satu cara... Cara terakhir dan bukannya cara kelima... Hehe!~ Kalau rasa marah dan nak lepaskan kemarahan, pergilah ke bilik air dan penuhkan air di dalam gayung atau baldi... Kemudian jeritlah sekuat hati di dalam gayung atau baldi yang dipenuhi air itu... Saya pernah melakukannya (menjerit) semasa zaman belajar dahulu... Menjerit sekuat hati di Puncak Vista sehingga di-'sound' oleh beberapa pelajar yang turut berada di situ... Memanjat puncak itu hanya untuk menjerit... Memang lega lepas dah menjerit...


Muka cantik, tapi kalau marah nampak buruk... (^_____^)V


P/S : Jom BERSIHkan sifat amarah!~ (^_____^)V 

14 comments:

  1. owh..ingt kowt berlawan dgn amirah...hehehe

    ReplyDelete
  2. salam sis..er..slalunya kalo aku marah,xlah tido,kalo tdo pun mana bleh tdo tngah marah2 nie..hehe..tapi kalo sy fikirkan perkara yang sensitif sbb kalo nak guna air sembayang rasanya x sempat,hehe...CARA MERAPIKAN TEKS PADA POST

    ReplyDelete
  3. hahaha..ingt amarah tu ape..
    rupa nye marah..
    kau ni buat aku marah je
    tertanye tnye..hahahaha =p

    ReplyDelete
  4. kalau marah, gvh bisa men game. pastu boleh marah game itu puas2 kalau kita kalh...kekeke...

    ReplyDelete
  5. sume tu mmg betul..kdg2 dla kalo mrh kene buat something yg boleh buat dla hepi..layan cite lawak ke..haha..keluar jln2 ke

    ReplyDelete
  6. Ku Azhar : Haha!~ Amirah adalah kawan Sis... So tak boleh lawan dengan dia... (^_____^)V

    ReplyDelete
  7. Inchik Jo : W;salam Jo... Lain orang lain caranya... Itu hanyalah cadanagn Sis je... (^_____^)V

    ReplyDelete
  8. Cik Syazwana : Samalah dengan Sis... Huhu!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  9. Inchik Heidi : tidur itu satu nikmat... (^_____^)V

    ReplyDelete
  10. Inchik Far8 : Uiks... Entry Sis buatkan Far8 marah? Takutla dengan Far8 ni... Huhu!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  11. Inchik Ghab : Haha!~ Itu juga salah satu cara... Thanks berkongsi... (^_____^)V

    ReplyDelete
  12. Cik Dyla : Betul tu... Tapi Sis nak keluar jalan2 selalu dengan family... (^_____^)V

    ReplyDelete