Sunday, May 8, 2011

Oh!!!~ Semuanya tentang EMAK...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Happy mother's day to all mom in the world, especially in Malaysia... Pagi2 dah tercongok depan laptop besar gedabak saya ni sebab nak buat entry khas untuk Emak saya... Hehe!~ Oh, perkara ini sangat cliche bagi saya sebab bila Hari Ibu baru nak buat pujian me-lambung2 terhadap Emak... (-_____-) Saya pasti ramai bloggers di luar sana pun membuat entry khas untuk Ibu, Emak, Mama, Umi, Bonda, Mummy masing2...

Saya sayang Emak saya!~ Ya, saya sayang Emak saya... Banyak yang Emak telah korbankan untuk kami adik beradik... Masa kecik dulu, Emak tukarkan lampin kitorang bila kitorang berak atau kencing tanpa rasa geli dan jemu walaupun terpaksa menukar 10 kali sehari... Lepas tu tengah2 malam buta terpaksa bangun untuk buatkan kami susu kalau kami mengeluarkan nada suara yang paling tinggi...

 Emak meriba saya... Tak pasti umur saya ketika itu sebab masa mak riba saya, saya lupa nak tanya... Haha!~ (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Bila dah besar ni, macam2 jenis perangai anak2 yang Emak kena hadapi... Ada yang keras kepala, ada yang tak dengar cakap, ada yang kuat melawan... Macam2 ada la senang cerita... Tapi Emak tetap cool... Susah sangat nak tengok Emak marah2 kitorang... Kadang2 tu bila lawan cakap dengan Emak, Emak tak pernah nak marah2 atau membalas dengan nada suara yang tinggi... Tapi bila saya bergusti cakap dengan Emak, akan membuatkan saya sakit hati... Macam yang saya ceritakan dalam ENTRY INI... Haish!~ Kadang2 tu geram je... (-_____-)

Kami sedang bergaduh!~ Emak senyum sampai ke telinga sebab Emak menang... Huh!~


Lagi satu, Emak sangat tak berkira pasal duit dengan anak2 dia... Kadang2 tu, bila Emak tengok barang kecantikan kulit anak2 perempuan dia dah tinggal sikit (pencuci muka, krim siang, krim malam dll), Emak akan belikan yang baru tanpa kitorang suruh dan tanpa kitorang beritahu "Emak, pencuci muka dah nak habis... Nanti orang bagi duit, Emak belikan ye". Nampak sangat yang Emak sangat prihatin terhadap kitorang... Walaupun sebenarnya kitorang ada duit nak beli, lebih2 lagi saya yang dah bekerja ni, Emak tetap akan belikan bila 'menghidu' akan stok kami yang tinggal sedikit... Dan Emak tak pernah sesekali meminta kami bayar untuk barang2 yang telah dibeli tu... Oh, Emak terlalu baik...

Emak sedang cuba membina 'Istana pasir'... Hehe!~

Emak jugak selalu back-up kami kalau Abah tegur2 kami... Entahlah, agaknya perasaan seorang Emak tu tak boleh tengok anak2 dia kena marah kot... Kadang2 sampai bergusti lengan dengan Abah la sebab nak back-up anak2 dia... Hehe!~ Tapi selalunya Emak akan menang... May be sebab Abah sedar yang Emak memang betul... Yes!~ Emak menang!~ Hehe!~

 Emak dan my beloved grandma... Sayang Emak dan Nenek!~ (^_____^)V


Kadang2 saya suka peluk Emak... Kadang2 saya duduk atas riba Emak... Bukan kerana itu tabiat saya, tapi kerana suka menyakat adik2 dan budak2 yang Emak jaga... Kadang2 waktu malam, bila Aiman dan Emak masuk dalam bilik sebab nak tidur, saya akan sakat Aiman dengan baring sebelah Emak dan peluk Emak... Nanti Aiman akan mula mengamuk sebab dia tak akan benarkan orang lain tidur sebelah Emak, walaupun Abah!~ Kalau Abah tidur sebelah Emak, dia akan pukul2 dan tendang2 Abah sebab nak suruh Abah tidur tempat lain... Haish!~ Budak sorang ni memang nak kena... Lagi satu, bila budak2 yang Emak jaga berebut nak duduk atas riba Emak, sampai betumbuk bagai, saya akan tolak mereka ke tepi dan duduk atas riba Emak... Emak akan gelak je dan saya tak akan berganjak dari riba Emak selagi mereka tak diam... Haha!~

Tapi kan, tapi kan, ada satu perkara yang saya benci dengan Emak... Uhhh!~ Tak tahu nak cakap macam mana... Hmmm... Macam ni... Kalau kami keluar jalan2, and jumpa orang yang baru dikenali macam orang2 di kedai, mereka akan ingat saya dan Emak adalah adik beradik!!!~ Oh!!!~ Saya tak suka, ok!~ Adakah Emak yang nampak muda atau saya yang nampak terlalu matured? Huh!~ Benci, ok!~ Minggu lepas, masa Kak Su hantar saya balik rumah, Kak Su ternampak Emak di belakang rumah dan Kak Su cakap, "Emak Nadiah nampak mudalah!~". Ok, saya memang tua!~ Huh!~ >_____<

 Cepat beritahu, siapa lagi muda???!~ Huh!~ (Dari kiri : Nenek, Emak dan saya)


Apa2 pun, saya tetap sayang Emak... Thanks Emak sebab dah lahirkan kitorang yang seramai 7 orang ni ke Bumi ALLAH ni walaupun Emak terpaksa tanggung kesakitan semasa lahirkan kami secara 'manual'... Thanks sebab buatkan kami makanan sehingga kami cukup zat dan nutrisi serta membesar dengan sihat... Terima kasih sebab didik kami menjadi seorang INSAN sebab Emak yang sentiasa ada di rumah bila kami pulang ke rumah... Terima kasih sebab tak pernah marah2 kami adik beradik kecuali bila perlu... Huhu!~ Terima kasih kerana memberikan kami kasih sayang yang ternilai buat kami adik beradik...

Dengan ini, saya sebgai anak sulung ingin menyatakan bagi pihak adik2 yang KAMI SAYANG EMAK SELAMANYA!!!~ (^_____^)V


P/S : She's everythig to me!!!~ (^_____^)V

23 comments:

mIsSz said... [Reply]

ko klau bab2 tambah perasa dlm citer ni mmg over....~ sejak bila lak ko suka peluk mak.. ~huh~

nureenina said... [Reply]

eyh~samala...rmai ingat mak ngan sy sibling~ papepom selamat hari ibu~

nureenina said... [Reply]

eyh~samala...rmai ingat mak ngan sy sibling~ papepom selamat hari ibu~

storyfromme said... [Reply]

happy mother's day :)

Far8 budak baik said... [Reply]

hahaha sampai 10 kali
melampau...
berebut bagai..
melampau betol...hahaha
wehh selamat hari ibu.

Jahidih Saili said... [Reply]

Assalamualaikum..
wah..mak sis nad mmg nampak muda la..
mcm adik beradik..mcm nenek tu pula yg mak..

Farhan Zulhusmi said... [Reply]

yaAllah.....bila berckp pasal emak.......sedih rasanya...
dia cuba segala2nya untuk kita...cuba berusaha untuk melahirkan kita...pertaruhkan nyawanya...:-(
mampu ke kita buat mcm tu untuk dia???

putERi-kAtEk said... [Reply]

selamat hari ibu!!!!!

kim salam kat mak kamu ye....hehehehe

semoga jadi anak yg baik!

SiS NaD said... [Reply]

CiK WaNi aDiKKu : LoR... Ko TaK Tau Ke? CuBa TaNYa MaK Lau Ko TaK CaYa... (-_-)

SiS NaD said... [Reply]

CiK NiNa : LoR... SaMaLa KiTa ea.... HeHe!~ Tu La DaPaT MaK aWeT Muda... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK FaD : HaPPY MoTHeR'S DaY GaKS!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK FaR8 : MLaMPau TaK MLaMPau, MaK CaKaP, "aDa aKu KiSaH???" HeHe!~ SLaMaT HaRi iBu GakS!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : W'SaLaM... HuHu!~ Tau TaKPe... KaDaNG2 CaM MaLaS NaK JaLan SeBeLaH MaK.. (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK FaRHaN : iNSYaALLAH, BoLeH... SLaGi MaK MaSiH BNYaWa, JaGaLahH HaTi Dia K... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK KaTeK : SLaMat aRi iBu GakS!~ WoKeY DeaR!~ KaMoo PuN JaDi aNak YaNG BaiK + SoLeHaH K... (^_____^)V

Naddia said... [Reply]

kusyuk dan tawaduknye mama die bina istana pasir..

mIsSz said... [Reply]

eeeeee...........
aku dah taye dah emak..
mak ckp x de pun...........~ :P

SiS NaD said... [Reply]

CiK NaD : HeHe!~ Dia Nak MNGiMBaS ZaMaN KaNaK2 Tu.. (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK WaNi aDiKKu : MaK aLaMi aMNeSia La.. (-_-")

Syafiq Rosli said... [Reply]

hehe..sporting mak eh..wat istana pasir jgk..:)

sekamar rindu said... [Reply]

salam...

jasa ibu tersangat besar tiada tolok bandingnya...

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SYaFiQ : HeHe!~ NaK LePaSKan GiaN ZaMaN KeKaNaK... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SR : W'SalaM... U R RiTe!~ (^_____^)V