Thursday, May 19, 2011

Oh!!!~ Saya dapat!~ (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kali ni nak story mory sikit apa yang berlaku hari ini... Pagi tadi ada kemalangan ngeri masa on the way ke pejabat office... Tapi saya nak simpan cerita tu untuk esok... Biarlah esok orang nak kata cerita kemalangan pagi tadi tu dah basi atau tak sebab berlaku hari ini... Sekarang mood tengah ceria... So taknak spoil-kan mood tu...

Dapat berlagak lagi!~
Ya, saya dapat berlagak lagi setelah mendapatkan Can Glass McD yang berwarna merah jambu... Hari ni hari pertama Can Glass McD merah jambu berada di restoran Uncle Ronald tu... Dan seawal jam 11 pagi, saya dan rakan2 telah mendapatkan Can Glass tersebut... Dan mungkin kami adalah orang pertama yang medapatkannya... (^_____^)V Untuk cerita lanjut, sila klik SINI ...

Dapat 'beli' bau kenangan!~
Ya!~ Saya telah 'membeli' bau tersebut yang merupakan sangat kenangan bagi saya!~ Bau tersebut sebenarnya adalah bau pewangi kereta tetapi saya telah letakkan bau tersebut di dalam bilik saya... Balik kerja petang tadi, saya terus mencuci penapis habuk air-cond di bilik saya yang telah lebih 5 tahun tak dibersihkan sejak hari pertama Emak membelikan air-cond tu untuk kami... Dah cuci, saya dengan semangat meletakkan pewanngi yang saya beli tu di air-cond dan terus on air-cond... Bila bau tersebut mula menguasai ruang bilik saya, mulalah mengimbas kenangan lalu... Apa kenangannya, silalah tanya pada Cik Sima... (^_____^)V

Nampak tak apakah punca bau tersebut? Hehe!~


Dapat Malaysia!~
Sampai2 je kat rumah, tengok atas almari ada sampul surat yang tertulis nama saya... Dalam hati dah boleh agak apa yang terkandung di dalam sampul surat besar tu... Hehe!~ Minggu lepas baru dapat Manchester United, hari ni dah dapat Malaysia!~ Murah je... Mampu dimiliki oleh sesiapa... (^_____^)V

Rasa macam nak pakai hari Ahad ni...


Tak dapat cermin mata!~
Tak suka, tak suka dan tak suka!~ Cadang nak ambil cermin mata hari ni... Tapi hujan lebat pulak... Errr... Sebenarnya saya pun tak pasti sama ada hujan turun atau tak sebab saya dah terbongkang buat tahi mata setelah mencuba baju di atas... Hehe!~ Nampaknya korang tak dapat tengok my new look... Hehe!~


P/S : Kejap lagi nak sembahyang Isya', tengok berita, 999, Anjasmoro dan tidur... (^_____^)V

8 comments:

Harfiz@Bizstudent said... [Reply]

Tahniah2 dah dapat...tak nak share ke?

MissNadh said... [Reply]

bau ambi pure kaler purple kenangan saya..hehe

1 said... [Reply]

wah..banyaknya sis nad dapat..dpt baju, dpt pewangi, n dapat gelas.. xlama lg, cukuplah koleksi gelas sis nad tu.

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK HaRFiZ : MaNa BoLeH KoNGSi... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK NaDH : WaH!~ aDa Bau KenanGaN JuGak ea? CaYaLa!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : Tu La PaSaL... SuKa SaNGaT2... n PaSaL GLaSS Tu, TaK SaBar Nak CuKuPKan KoLeKSi... (^_____^)V

Yanty Lee said... [Reply]

tahniah sis nad!

Yanty de tag sis..mana tahu rezeki lagi ..jom2...

http://themptyanty.blogspot.com/2011/05/games-bingo-dan-giveaway.html

BTW, yanty nk add di FB ...xleh ...mind to add me?

SiS NaD said... [Reply]

CiK YaNTY : HeHe!~ THanKS DeaR!~ (^_____^)V

DeaR, SiS DaH CuBa aDD KaMu JuGaK, TaPi TaK BoeLeH La... HuHu!~