Wednesday, May 25, 2011

Oh!!!~ Ini entry terakhir!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Macam yang korang boleh baca pada tajuk yang merah menyala di atas, memang betul ini adalah entry terakhir... Entry terakhir untuk hari ini... Dan ini juga merupakan entry pertama untuk hari ini... Hehe!~ May be esok saya nak rehat dari menghasilkan entry kerana baru saya tahu yang kerja hakiki saya sangat ber-lambak2 untuk disiapkan... Ianya boleh membuatkan saya muntah hijau!~ Hari Jumaat kena hantar!~ So kena ambil masa hari esok... Wajib siapkan juga!~ Bukan kerana bertangguh menyiapkan kerja tapi kerana kerja hakiki saya memerlukan saya membuat kerja luar setiap hari kerana harus berjumpa dengan responden2... So tak ada masa nak buat... Nak buat kat rumah? Jangan haraplah!~

Ok... Ni nak cerita mengenai tugas saya hari ini... Hari ini kami telah pergi ke daerah Kota Tinggi yang terletak hampir sebelas ratus kilometer dari daerah Johor Bahru... Ok, saya tipu!~ Sebenarnya, jarak antara Johor Bahru dan Kota Tinggi dalam lingkungan 60 kilometer... Kalau lebih dari 60 kilometer, dikira sebagai loging... Tak perlu tanya dan tak perlulah korang cuba memahami apa itu loging... Penat memang penat... Belumpun sampai bandar Kota Tinggi saya dah penat duduk dalam kereta... Kak Su yang memandu lagilah penat...

Lokasi rumah responden2 kami terletak di Felda Air Tawar 3, Felda Air Tawar 2, Felda Air Tawar 1, Felcra Sungai Layau, Kampung Sungai Seluyut, Felda Pasak, Kampung Makam dan area bandar Kota Tinggi... Cuaca ok2 je... Sekejap panas, sekejap hujan... Berselang-seli... Dari bandar, kami ke felda2... Semasa di Felda Air Tawar 3, salah seorang responden saya boleh pulak buat luahan perasaan mengenai situasi politik sekarang... Macam2 dia cakap se-olah2 dia tidak berpuashati dengan 'tuttt'... Siap suruh isteri dia buatkan air lagi supaya saya terus mendengar 'ceramah' dia!~ Saya layankan je sebab fikirkan responden saya tu dah tua... Dah penat menadah telinga mendengar 'ceramah' dia yang selama lebih kurang setengah jam itu, saya berkata, "Takpe la encik... Banyak lagi tempat yang saya nak pergi...". Itu dah kira paling sopan la tu... Huhu!~

Lepas tu pergi ke perkampungan Orang Asli... Perghhh!~ Tak macam jauh pulak perkampungan Orang Asli tu... Jauh ke dalam!~ Dah la kawasan sunyi... "Bila nak sampai ni? Dah jauh sangat ni...". Itulah pertanyaan dan keluhan yang sering keluar dari mulut saya dan Kak Su semasa menuju ke perkampungan Orang Asli... Nasib baiklah dapat berjumpa dengan respondan... So tak sia2lah perjalanan kami yang memakan hampir 1 jam itu!~ Huh!~

Dari perkampungan Orang Asli kami ke kawasan muara sungai pulak... Seram pulak tengok sungai yang mengalir deras... Ke kawasan muara sungai tu sebab nak cari responden yang membuat servis baiki bot... Tapi hampa... Tak jumpa... Puas tanya orang kampung, dan mereka menyatakan bahawa alamat yang terdapat dalam list saya itu tidak wujud... Huh!~ Takpe2!~ Itu merupakan destinasi terakhir kami... Jam 4 petang baru kami betul2 keluar dari bandar Kota Tinggi...  Penat memang penat, tapi dah tugas... (^_____^)V


P/S : Kalau korang nampak saya publish entry pada esok hari, maksudnya saya ni blogger tegar!~ Haha!~ (^_____^)V

6 comments:

FaiZaH Fyn said... [Reply]

esok saya jadi warden..selagi x siap keje x boleh main blog huahua...macam best je keje sis ni...jalan sana-sini

Wan Gerrard said... [Reply]

cepat siapkan keje :P

Unknown said... [Reply]

salam sis nad..hehe..sama lah kita..bulan nie memang bulan cbuk sngat..semoga keja tu cepat siap yer..spya cpat skit nak update blog..huhu..jgn lupa singgah ni ei..apa dah jadi!!sebuah fan page facebook menghina islam

SiS NaD said... [Reply]

CiK FaiZaH : HeHe!~ Ni YaNG SiS NaK LaRi Ni.. HuHu!~ BeST MeMaNG BeST, TaPi PeNaT.... :(

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK WaN : BaiK BoS!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK Jo : W'SaLaM Jo... Tau TaKPe... BuLan Ni BanYaK Tak uPDaTe... :(