Saturday, May 21, 2011

Oh!!!~ Apakah nasib mereka? T_____T

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Baru pagi tadi saya menghasilkan tentang bencana alam yang berlaku di pejabat office saya semalam, dan hari ini berlakunya satu lagi bencana alam yang menggemparkan rakyat Malaysia... Amat terkejut dengan bencana alam yang berlaku di Hulu Langat itu kerana ia membabitkan anak2 yatim... Tanah runtuh... Apalah nasib mereka... Sudahlah ketiadaan ibu atau ayah, terpaksa pulak menempuh kejadian ini...

Saya mengetahui berita tersebut pun semasa menontong rancangan Muzik2 di TV3... Tiba2 keluar notice line di bahagian bawah skrin televisyen yang mengkhabarkan berita tersebut... Agak tersentap jugak la sebab ia melibatkan anak2 yatim...

Kejadian yang melibatkan Rumah Anak2 Yatim dan Anak2 Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat itu telah mendapat liputan meluas dari media2 seluruh Malaysia...  Dan setakat jam 7:40 malam tadi, seramai 7 orang telah berjaya diselamatkan dan 3 orang terbunuh... 20 orang lagi dikhuatiri tertimbus di dalam runtuhan tersebut... 

Difahamkan kejadian yang berlaku kira2 jam 2:30 petang itu berlaku ketika kanak2 itu sedang berada di dewan makan rumah anak2 yatim itu... Bayangkan, ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari yang mungkin tak semewah kita, tiba2 berlaku kejadian tersebut... Apa perasaan mereka yang mungikn tidak beribu atau berbapa ketika mengharungi detik2 cemas tersebut...

Apa2pun, "Innalillahi wainna ilaihi raji'un" kepada yang terkorban... Dan marilah kita sama2 doakan agar yang mereka yang dikhuatiri tertimbus itu dujumpai dengan selamat... Amin...

 Tempat kejadian...


P/S : Bencana alam berlaku kerana kegiatan manusia... Orang lain yang menjadi punca, orang lain yang menjadi mangsa... (-_____-)

4 comments:

1 said... [Reply]

al-fatihah kpd mangsa..

semutsengal said... [Reply]

bumi dah semakin tua..huh ~

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : aL-FaTiHaH...

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK HaNiF : You aRe RiGHT!~