Sunday, May 22, 2011

Oh!!!~ Dating dengan 'Nur Kasih'!~ (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ya (!), hari ini saya telah dating dengan pelakon Nur Kasih... Dating dengan Remy Ishak!~ Haha!~ Sebab menang peraduan meneka mengenai filem Nur Kasih... Gila la!~ Unbeliveable, ok!~ Makan kat restoran biasa je... Tak la ekslusif mana pun...

Actually, tak dating pun dengan Remy Ishak sebab Remy Ishak tak dapat datang... So pihak filem 'Nur Kasi'h gantikan dengan Tiz Zaqyah... Nak taknak, terpaksalah dating dengan Tiz Zaqyah... Lepas tu, boleh pulak Tiz bawa seorang lagi pelakon lelaki temankan dia... Huh!~

Sebenarnya, bukan dating apapun... Petang tadi Tiz Zaqyah datang ke Plaza Angsana untuk sesi road tour filem 'Nur Kasih'... Janji pukul 2 petang, tapi pukul 3:30 petang baru nampak batang hidung... Tapi takpe la... Nak 'dating' dengan Tiz Zaqyah punya pasal, saya tolak tepi kelewatan dia tu...

Perghhh!~ Tak macam penuh pulak Plaza Angsana tu... Semua dok tunggu Tiz Zaqyah... Masa Tiz sampai, semua dok bersorak macam kena yang histeria... Yang lelaki pun sama... Tapi saya tak tengok sangat si Tiz ni sebab saya lebih suka tengok gelagat orang... Masa ni la saya dapat tengok budak2 zaman sekarang dengan fesyen haram J dorang... Ada jugak mamat2 poyo yang dah macam 'rusa masuk kampung'... Eh, betul ke peribahasa saya tu? Huhu!~

Saya lepak di tepi kedai je... Sambil memegang erat tangan Amir dan Aiman... Kedai tu terletak berhampiran dengan pentas... Cakap banyak pun tak guna... Silalah lihat gambar2 yang telah diambil oleh adik saya, Farah...

 Semua dok berebut goodies...

 Setiap floor dah full...

 Eh2!~ Akak Mila la... Hehe!~

 Apa ea nama budak ni? Tak ingatlah... Huhu!~

 Tiz Zaqyah sedang beramah mesra dengan pengunjung...

 Alamak... Terkabur sudaa!~

Berperang mulut dengan Farah sebelum dia naik ke atas pentas untuk bergambar dengan banner besar tu...


P/S : Bila entah nak tengok filem 'Nur Kasih' ni...

4 comments:

MissNadh said... [Reply]

laa..ingatkan dah tengok...:p

Myra Jay said... [Reply]

Tiz pun xpela, ada gak pengganti Remy ha :)

Semua org bersorak sebab terlebih sronok ler tu..

zacky ~786~ said... [Reply]

wooo kt angsana... den pernah g sini .. hehee.. :)

fan Man utd ke ? lariii..

d_LA said... [Reply]

ingatkan betul2 ddk smja ngan tiz tadi..hehe..dla lglah ntah bila nak gi tgk..tgu download jelah kot..haha